fiqh muamalat PDF

Title fiqh muamalat
Author Khairul Nizam
Pages 57
File Size 704.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 63
Total Views 145

Summary

FIQH MUAMALAT BAHASA: DEFINISI UMUM: Kalimah bahasa Arab Segala hukum yang yang membawa mengatur hubungan maksud "kefahaman". manusia di muka bumi. ISTILAH: Ilmu yang berkaitan DEFINISI KHUSUS: hukum-hukum amali Merujuk kepada syariat yang urusan yang berkaitan dikeluarkan dari dalil- deng...


Description

FIQH

MUAMALAT

BAHASA: Kalimah bahasa Arab yang membawa maksud "kefahaman".

DEFINISI UMUM: Segala hukum yang mengatur hubungan manusia di muka bumi.

ISTILAH: Ilmu yang berkaitan hukum-hukum amali syariat yang dikeluarkan dari dalildalil tafsili.

DEFINISI KHUSUS: Merujuk kepada urusan yang berkaitan dengan harta.

FIQH FIQH MUAMALAT: Merujuk kepada ilmu berkaitan hukum-hukum syariat yang mengatur urusan manusia berkaitan harta. MUAMALAT

PEMILIKAN SEMPURNA

PEMBAHAGIAN PEMILIKAN PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA

1

PEMILIKAN SEMPURNA

PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA

Ciri-ciri Pemilikan Sempurna

Ciri-ciri Pemilikan Tidak Sempurna

~ Hak pemilikan tidak

~ Bersifat smentara,

terhad untuk tempoh tertentu.

~ Tidak terikat dengan masa dan tempoh.

~ Kekal selagi masih wujud dan akan terhapus sekiranya telah habis.

~ Bepindah milik

tidak kekal dan terikat dengan tempoh.

~ Tidak boleh diwarisi.

~ Hendaklah dikembalikan kepada pemilik asal apabila tamat tempoh.

apabila meninggal.

Sebab-sebab Pemilikan Sempurna ~ Penguasaan ke atas harta yang harus. contoh : tanah yang belum diterokai, binatang buruan yang berada di tempat awam.

~ Pindah milik pewarisan.

2

Untuk menjadikan di antara dua benda yang dilakukan menjadi sah/tidaksah.

Mempelbagaikan cara untuk mendapatkan rezeki yang halal dan menguntungkan semua pihak.

Memastikan harta yang diperolehi suci daripada riba/perkara-perkara yang dilarang oleh syara’.

Menjamin setiap kegiatan dilakukan dengan jujur, amanah dan saling meredhai.

3

Kerelaan

Kebebasan

PRINSIP-PRINSIP AKAD

Manfaat

Keadilan

RUKUN AKAD

Sighah (ijab dan qabul)

Aqidan (penjual dan pembeli)

Mauqudalayh (perkara yang diakadkan)

4

SYARAT KEPADA PELAKU AKAD

Mempunyai keahlian/kelayakan melakukan akad

Akad memberi faedah

Perkara yang diakadkan itu boleh menerima kesan hukum akad

5

Setiap urusan muamalat mestilah berdasarkan akad/perjanjian sama ada secara formal/tidak bertulis/lisan.

Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara'.

Ianya bebas sepenuhnya dari larangan-larangan syara'. Contohnya: riba

6

KONSEP PEMILIKAN

ISTILAH: (MILIK) Sesuatu pengkhususan yang ditetapkan oleh syara' yang menghalang orang lain dan membenarkan pemilik khusus itu bertindak terhadap hak miliknya.

BAHASA: (MILIK) Memiliki sesuatu dan mampu bertindak ke atasnya.

KESAN PEMILIKAN

Boleh memanfaatkan

Boleh menjual

Boleh membelanjakan tanpa ada halangan dari syara'

7

HARTA

MENURUT PENDAPAT IMAM BAHASA: MENURUT Dr. WAHBAH ALSYAFI'IE: ZUHAILI: Sesuatu yang berharga dan Barang-barang berharga seperti rumah dan tanah Sesuatu yang perlu dan hendaklah diganti atau dibayar gantirugi sekiranya yang dimiliki oleh orang mampu dimiliki oleh perseorangan, syarikat atau manusia sama ada dalam didapati berlaku kerosakan/kemusnahan pertubuhan. bentuk benda/kaedah. terhadanya.

MANFAAT

• Hak menggunakan manfaat secara peribadi iaitu apabila harta yang ditetapkan penggunaan manfaatnya untuk seseorang (khusus untuk orang yang membeli).

HAK

• Hak penggunaan berhubung dengan kemudahan-kemudahan asas. • Contohnya: Jalan raya, tiang elektrik.

8

MAKNA UMUM: Setiap apa yang diazamkan oleh seseorang untuk melakukannya sama ada akad itu lahir dari kehendak persendirian (sebelah pihak) seperti berwakaf/lahir dari kehendak dua pihak seperti melakukan jual beli.

ISTILAH FIQH MAKNA KHUSUS: Ikatan di antara ijab dan qabul mengikut cara syara' yang sabit kesannya kepada perkara yang diakadkan.

AKAD

BAHASA

Mengikat/menyimpul di antara dua hujung ikatan.

9

KEAHLIAN (ORANG YANG BOLEH BUAT AKAD)

• Bebas dari sebarang ikatan. (perhambaan, muflis, sekatan undang-undang. • Baligh (cukup umur). • Berakal, siuman, tidak gila, tidak mabuk. SEMPURNA KEAHLIAN

FUQAHA MEMBAHAGIKAN KEPADA TIGA KEAHLIAN

HILANG KEAHLIAN

• Kanak-kanak belum mumaiyiz. • i) Mazhab Syafi'ie • - kanak-kanak bawah umur 9 tahun • ii) Mazhab Hanafi • - kanak-kanak bawah umur 7 tahun • Gila

• Kanak-kanak mumaiyiz • i) Mazhab Syafi'ie • - kanak-kanak berumur 9-18 tahun • ii) Mazhab Hanafi • - kanak-kanak berumur 7-15 tahun KURANG KEAHLIAN

10

Takrif Jual Beli Al-bai` dari segi bahasa ialah pertukaran sesuatu dengan sesuatu, sama ada kedua-duanya dalam bentuk benda atau bukan benda. Dari segi istilah pula ialah akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan yang kekal. Dalil Jual Beli

 ‫ٱل ب‬

‫ أحل ﷲ ل يع ح‬ ‫ قا ل ه تعال‬،‫ أ يأخ أح كم ح ه‬:  ‫ل ه‬ ‫قا س‬ Maksudnya: Padahal Allah telah menghalalkan ‫ في يع ا‬، ‫فيأتي بح م لح ب ع‬ jual beli, dan mengharamkan riba. ، ‫ خي له من أ يسأ ل ا‬،‫في ف ﷲ ج ه‬ . ‫أ مع‬ ‫أع‬ Al-Quran

Hadith

Maksudnya: Sesungguhnya perbuatan seseorang kamu mengambil talinya, lalu dia memikul seikat kayu api di atas belakangnya kemudian menjualnya, dengan itu Allah menjaga mukanya (maruahnya), adalah lebih baik daripada dia meminta-minta belas ehsan orang ramai, sama ada mereka memberi kepadanya ataupun tidak.

Hikmah Pensyariatan  Manusia sentiasa memerlukan pelbagai barangan, dan setiap orang tidak mampu menghasilkan kesemua barangan secara seorang diri, dia memerlukan satu makanisma pertukaran yang adil dan saksama seperti jual beli.

 Ada di antara mereka yang mempunyai wang tetapi tidak memiliki barangan, dan ada yang sebaliknya.

 Sifat manusia yang sentiasa mengejar keuntungan, jadi aktiviti jual beli merupakan aktiviti utama hari ini untuk mencari keuntungan dan kekayaan.

11

RUKUN JUAL BELI  Pihak yang mengikat kontrak  Sighah kontrak

 Barang jualan dan harganya Syarat kepada Pihak Yang Mengikat Kontrak  Waras: iaitu baligh, berakal, dan boleh menguruskan harta dengan baik.  Bebas membuat pilihan mengikat kontrak.

 Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.  Boleh melihat.

Sighah Kontrak  Sighah secara langsung (sarih) bermaksud setiap ungkapan yang secara jelas merujuk kepada jual beli.contohnya penjual berkata : saya jual kepada kamu.pembeli menjawab: saya terima. ( Ucapan ini dianggap sah sebaik saja diucapkan tanpa perlu bergantung kepada niat).

 Sighah secara tidak langsung (kinayah) bermaksud ungkapan yang boleh membawa maksud jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa maksud yang lain. Contohnya penjual berkata:ambillah dengan harga sekian,atau pun saya serahkan dengan harga sekian, pembeli menjawab: saya terima. ( Ucapan kiasan ini tidak dianggap sebagai jual beli kecuali jika ia dilakukan dengan niat). Syarat Sighah Kontrak  Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh menggambarkan pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima.

 Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut.

 Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh tertentu.

1. Adakah jual beli boleh berlangsung dengan hanya hulur-mengulur? -

Pendapat pertama: pendapat yang masyhur dalam mazhab, kedua-dua pihak perlu melafazkan akad dan jual beli tidak sah dengan hulur-mengulur.

12

-

Pendapat kedua: membolehkan jual beli dengan cara hulur-mengulur Cuma bagi barangan yang murah seperti roti.

Manakala bagi barangan yang mewah dan

mempunyai nilai yang tinggi maka tidak sah dengan hanya hulur-mengulur. -

Pendapat ketiga: ulama` mutakhir membenarkan apa-apa jual beli yang dilakukan melaluai cara ini jika ianya menjadi satu kebiasaan.

Barang Jualan dan Harganya  Barangan jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dimeterai.

 Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak.

 Barangan jualan mestilah barangan yang bermanfaat menurut syarak dan uruf (kebiasaan orang ramai)

 Barangan tersebut hendaklah boleh diserahkan, daripada segi fizikal dan syarak.  Mestilah orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin dijual.  Barangan tersebut mestilah dalam pengetahuan kedua-dua belah pihak.

BEBERAPA BENTUK JUAL BELI KHUSUS Terdapat beberapa bentuk jual beli yang dikenali dengan istilah tersendiri, jual beli ini jarang dilakukan. Ada yang dibenarkan dan ada yang tidak dibenarkan. Jual Beli Yang Di Benarkan  Jual beli tanpa mengurang dan menambahkan harga terhadap sesuatu barangan. Atau pun

Tauliah

 seseorang menjual barang kepada orang lain dengan harga yang sama dengan harga asal.

 Contoh: B membeli barang daripada A dengan harga RM 20, dan menjual kepada C dengan harga yang sama.  Menjual sebahagian barangan dengan separuh harga. Isyrak/ perkongsian

 Contoh: saya serahkan separuh daripada akad ini kepada kamu sebagai rakan kongsi dengan nilai separuh harga.  Penjual menjual barangan kepada pembeli dengan mengambil sedikit keuntungan dari harga asal yang di dapati.

Murabahah

 Contoh: Y mendapatkan barangan itu dengan harga 50sen akan tetapi ia menjual kepada X dengan harga 90sen. 13

Oleh itu, keempat-empat bentuk jual beli yang dibenarkan perlu memenuhi syarat-syarat untuk menjadikannya sah seperti:  memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang di tetapkan dalam jual beli .  pembeli dan penjual mestilah sama-sama mengetahui harga sebenar barangan tersebut pada masa kontrak di meterai.

Jual Beli Yang Tidak Dibenarkan 1. Jual Beli Yang Diharamkan Dan Tidak Sah Menjual susu yang masih belum diperah

 Sumber atau punca jual beli ini tidak sah kerana barang yang ingin dijual itu tidak pasti keadaan dan nilai barangan tersebut.

atau bulu haiwan yang

 Contoh : Buah rambutan yang belum masak tidak diketahui

masih belum diketam

nilainya apabila sudah masak / dikenali sebagai pajak buah.

atau buah-buahan yang masih belum masak.

 Jual beli ini tidak dibenarkan kerana terdedah kepada risiko yang tinggi dan jual beli ini berdosa kerana menjual barang yang tidak wujud dan mungkin tidak akan wujud.

Jual beli yang

 Iaitu jual beli yang tidak dinyatakan secara jelas barang yang

mengandungi unsur

ingin dijual atau wujud perbuatan yang menidakkan kehendak

perjudian

salah satu pihak.

 Jual beli jenis ini yang dinyatakan dalam nas adalah :

 1 ) Jual beli munabazah (campak-mencampak) , ialah jual beli dengan melempar barangan yang ingin dijual. Apa sahaja yang dilemparkan oleh penjual akan disambut oleh pembeli. Tanpa mengetahui apa yang akan disambut oleh pembeli, ini boleh mengakibatkan penipuan dan sebagainya.

 2) Jual beli mulamasah , (sentuh-menyentuh) , ialah jual beli yang melibatkan pembeli menyentuh barang tanpa melihat barangan yang ingin dibeli.

Contohnya jika seseorang itu

menyentuh barangan tersebut maka dia dikira sebagai membeli barangan tersebut. Jual beli seperti ini akan menyebabkan pembeli mengalami kerugian.

14

Kontrak

dua

dalam

satu

 Iaitu memasukkan dua jenis kontrak ke dalam satu sighah pada masa yang sama.

 Contoh : Saya menjual kereta dengan harga RM 20,000 dengan syarat Jamal menjual kepada saya rumahnya dengan harga RM 30,000 . Jual beli ini diharamkan kerana dikaitkan dengan syarat tertentu.

Jual beli cengkeram (Urban / Deposit)

 Iaitu barangan yang dijual dengan pembeli perlu membayar sebahagian daripada harga barang yang dibeli kepada penjual .

 Bayaran permulaan (deposit) ini akan menjadi hadiah kepada penjual jika kontrak dibatalkan dan jika kontrak diteruskan deposit ini dikira sebagai sebahagian daripda pembayaran.

Jual

hutang

dengan

hutang

 Ialah seseorang menjual hutangnya kepada orang yang berhutang dengannya dan bayaran adalah hutang yang lain.

 Contoh: Ali membeli motosikal dan bayarannya ditangguhkan ke suatu masa. Apabila sampai tempoh matang, Ali tidak mampu menjelaskan hutangnya, kemudian dia berkata kepada penjual ‘juallah kepada saya motosikal ini secara tertangguh sehingga suatu masa degan harga tambahan.

Menjual

barangan

sebelum diterima

 Pembeli membeli suatu barang, kemudian menjual barang tersebut sebelum menerima barangan tersebut.

 Tidak sah kerana barangan tersebut masih belum berada dalam tanggungan pembeli selagi belum diterima.

2. Jual Beli Yang Diharamkan Tetapi Sah Jual Beli Musorrah

 Jual beli ini sah tetapi diharamkan kerana ada unsur penipuan dan pemalsuan. Sebagai contoh, unta, lembu, dan kambing yang secara sengaja tidak diperah susunya selama beberapa hari untuk mengumpulkan susunya di dalam pundi susu. (supaya dapat menarik minat pembeli untuk membeli ). Jika pembeli tersebut mengetahuinya, dia berhak memulangkan semula belian tersebut

Najasy

 Orang yang sengaja menawarkan harga yang tinggi sedangkan 15

(Menjuak)

dia tidak mahu membelinya, ini bertujuan untuk menarik perhatian orang lain supaya mereka membeli barangan tersebut dengan harga yang lebih mahal.

Barangan

 Orang kampung tiba membawa barang untuk dijual (barang

Orang Kampung Oleh

yang amat diperlukan penduduk tempatan ) , lalu datang

Orang Tempatan

seorang penduduk tempatan yang mahu membantu orang

Penjualan

kampung tersebut menjual barangannya dengan tujuan untuk menaikkan harga barangan tersebut.

Memintas Perdagangan

 Peniaga berangkat ke luar kawasan, bertemu para pedagang yang bakal datang ke kawasannya. Dia menipu mereka dengan mengatakan barangan yang bakal mereka jual sudah bertimbun di kawasannya dan dijual dengan harga yang rendah . Perbuatan tersebut bertujuan untuk membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dari harga asal.

Monopoli

 Membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan

( Ikhtiar )

asasi,apatah lagi dilakukan ketika barangan tersebut diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok bertujuan menaikkan harga berlipat ganda, kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasi keperluan orang ramai.

Jualan Atas Jualan Atau Tawaran Atas Tawaran

 Jualan atas jualan : seseorang menemui pembeli yang masih dalam tempoh khiyar lalu dia mengatakan bahawa dia akan menjual barangan yang lebih baik dari apa yang dia beli dengan harga yang sama, ataupun dia akan menjual barang tersebut kepada pembeli itu dengan harga yang sama atau harga yang lebih rendah.  Tawaran atas tawaran : seseorang sedang tawar-menawar mendapatkan suatu barangan, mungkin mereka bersetuju dengan harganya, lalu datang seseorang menawarkan pemilik barangan tadi supaya menjual kepadanya dengan harga yang lebih tinggi atau dia menawarkan pembeli tadi barangan yang sama dengan harga yang lebih rendah atau barangan yang lebih baik dengan harga yang sama. 16

Jual Beli Orang Yang

 Haram menjual atau membeli barangan dari orang yang

Diketahui Semua

diketahui bahawa hasil jualan barang

haram, seperti arak,

Hartanya Adalah

khinzir, bangkai atau anjing. Termasuklah pendapatannya dari

Haram

sumber yang haram seperti loteri, rasuah atau hasil sewaan barangan yang diharamkan.

TATASUSILA BERJUAL BELI  Bertolak Ansur o Penjual mestilah bertolak ansur dalam menentukan harga, dan pembeli pula perlu bijak menawarkan harga serta tidak meletakkan syarat-syarat yang boleh membebankan penjual.  Jujur Ketika Berurusan o Penjual haruslah bersikap jujur apabila di tanyakan pembeli tentang dari mana diperolehi barangan tersebut dan haruslah berlaku jujur setiap kali di tanyakan oleh pembeli.  Tidak Bersumpah o Penjual tidak di galakkan bersumpah walaupun menyatakan perkara yang benar kepada pembeli kerana ia boleh mencemarkan nama Allah dan menghilang adab ketika berurusan.  Memberikan Sedekah o Penjual haruslah sentiasa memberikan sedekah samada ketika urusan berjual beli ataupun sedang meniaga kerana ia boleh menjadi kifarat kepada sifat-sifat yang tidak sepatutnya semasa akad dijalankan.  Catatan Dan Saksi o Jika pembeli membeli dengan bayaran secara tertangguh (nasi’ah), adalah digalakkan mencatat dan merekodkan hutang serta mencarikan saksi supaya kedua-dua belah pihak iaitu penjual atau pembeli mendapat keadilan hak masing-masing dan tidak berlaku penipuan dan penindasan.

17

TAKRIF KHIYAR  Dari segi bahasa bermaksud pilihan .

 Dari segi syarak bermaksud hak pilihan yang diberikan kepada pihak yang berakad sama ada untuk meneruskan akad tersebut atau sebaliknya. JENIS-JENIS KHIYAR 1. Khiyar Majlis  Hak yang diberikan oleh syara` kepada penjual dan pembeli untuk membatalkan akad jual beli yang telah dilakukan selama mereka belum terpisah daripada majlis akad tesebut.

 Terpisah daripada majlis akad merupakan satu ukuran yang ditentukan oleh adat. Contohnya:

 Bagi akad yang dilakukan di dalam sebuah rumah yang besar,sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebalik,maka mereka dianggap berpisah.

 Manakala di dalam rumah yang kecil,perpisahan berlaku apabila salah satu pihak keluar dari rumah tersebut.

 Jika mereka berada di pasar/kawasan lapang/di atas kapal dan lain-lain,perpisahan berlaku salah satu pihak berpusing kebelakang dan melangkah beberapa tapak. Sekiranya mereka berdua keluar/berjalan bersama-sama majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar.Sabda Rasulullah SAW bersabda: ‫فأ ص قا أ ي ي ح ه ا اخ‬,‫ل يعا بالحيا ما لم يتف قا كانا ج يعا‬ Maksudnya:”dua pihak yang berjual beli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak berpisah dan sebelum itu bertemu ,atau salah seorang di antara mereka memberi pilihan kepada seorang lagi.”

2. Khiyar Syarat

18

 Berlaku apabila salah satu pihak atau kedua-dua pihak menetapkan syarat dia mempunyai hak khiyar iaitu hak untuk mmbatalkan kontrak dalam tempoh tertentu.

 Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai kontrak atau selepasnya,tetapi hendaklah sebelum berpisah dari majlis tersebut.

 Dinamakan khiyar syarat kerana pihak yang terlibat meletakkan syarat tertentu.  Khiyar ini perlu memenuhi beberapa syarat : a) Terhad kepada tempoh tertentu. b) Tempoh ditetapkan tidak boleh melebihi tiga hari jika barangan tersebut mudah rosak dalam tempoh tersebut. c) Tempoh hendaklah berturutan dan bersambung dengan kontrak. Riwayat lain:

‫لي ل يا ثاث‬ ‫يا‬ Maksudnya: “Saya berhak menuntut khiyar dalam tempoh tiga hari.” Hak Khiyar Dibatalkan  Apabila pihak yang mempunyai hak khiyar memilih membatalkan kontrak,maka kontrak tersebut dianggap batal.  Jika sesuatu kontrak jual beli dianggap terlaksana jika hak khiyar terbatal, hak khiyar syarat pula dianggap terbatal dengan sebab-sebab ...


Similar Free PDFs