FRASA NAMA DALAM AKHBAR BERITA HARIAN PENGHARGAAN DOC

Title FRASA NAMA DALAM AKHBAR BERITA HARIAN PENGHARGAAN
Author Vinittha Saravanan
Pages 1
File Size 521.9 KB
File Type DOC
Total Downloads 138
Total Views 361

Summary

FRASA NAMA DALAM AKHBAR BERITA HARIAN PENGHARGAAN Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kumpulan penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Penyelidik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah penyelidik...


Description

FRASA NAMA DALAM AKHBAR BERITA HARIAN PENGHARGAAN Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kumpulan penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Penyelidik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah penyelidik, iaitu Tuan Haji Abd Bari Bin Ahmad, atas dorongan dan sokongan beliau berikan kepada penyelidik. Penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1, iaitu Encik Selvarajan A/L Rengasamy kerana telah banyak meluangkan masa untuk membimbing penyelidik bagi menghasilkan kajian yang sempurna. Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang turut membantu kumpulan penyelidik dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah sama-sama menggembleng tenaga yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan ini. Thanushah A/P P Soniyasee Puharasi A/P Selvam Renukhaa A/P Arumugam Siti Zalikha Binti Kamarulzaman Tarikh :00/00/2015 1.0 Pengenalan Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan defnisi konsep kajian ini. 1.1 Latar Belakang Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Bahasa adalah alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia dan bahasa juga terdiri atas kata-kata atau kumpulan kata. Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat juga terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Ayat dalam sesuatu bahasa terdiri daripada pelbagai bentuk, susunan, jenis dan ragam. Salah satu cara menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yang terdapat di dalamnya. Dengan kata lain, bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan bentuk ayat tersebut, sama ada sebagai ayat tunggal atau ayat majmuk. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Melalui pola ayat dasar, maka terbentuklah ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal, majmuk, aktii, pasii dan sebagainya. Setiap ayat dasar terbentuk daripada unsur subjek dan predikat. Dalam tatabahasa tradisional, irasa didefnisikan sebagai sekumpulan kata yang membentuk satu unit sintaksis dan boleh bertarai ayat sempurna manakala tatabahasa sistematik mengatakan bahawa irasa merupakan salah satu daripada lima unit tatabahasa. Dalam hierarki tatabahasa, irasa terletak antara kata dan...


Similar Free PDFs