Iklan dan Kanak-kanak.docx DOCX

Title Iklan dan Kanak-kanak.docx
Author Ahmad Al-munzir
Pages 15
File Size 42.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 234
Total Views 461

Summary

1.0 PENDAHULUAN Iklan merupakan suatu kaedah atau cara berkomunikasi massa yang efektif dan berkesan dalam era modenisasi dan globalisasi kini. Dengan kata lain, ia merupakan salah satu cara atau wadah penyebaran informasi dan maklumat kepada masyarakat umum tentang sesuatu perkara melalui pelbagai ...


Description

1.0 PENDAHULUAN Iklan merupakan suatu kaedah atau cara berkomunikasi massa yang efektif dan berkesan dalam era modenisasi dan globalisasi kini. Dengan kata lain, ia merupakan salah satu cara atau wadah penyebaran informasi dan maklumat kepada masyarakat umum tentang sesuatu perkara melalui pelbagai saluran media massa dan juga media cetak seperti televisyen, radio, surat khabar dan lain-lain. Pada dasarnya, iklan digunakan sebagai suatu bentuk strategi pemasaran dan perniagaan oleh sesebuah syarikat, pengeluar atau mana-mana institusi yang berkehendakkan liputan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan mereka diketahui oleh khalayak sasaran atau masyarakat umum. Tambahan lagi, iklan bukan sahaja menjadi medium atau alat pemasaran yang membantu mempromosi dan menjual sesuatu produk malah membina keyakinan pelanggan dan pengguna terhadap sesuatu syarikat atau institusi melalui media massa. Selain itu, ia juga turut digunakan oleh kerajaan dan pihak-pihak lain untuk tujuan tertentu. Kebiasaannya, pengiklanan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bertujuan untuk menyampaikan informasi, maklumat, seruan, nasihat dan sebagainya. Dalam kehidupan seharian, manusia tidak boleh terlepas dari pengaruh iklan khususnya di media massa. Hal ini kerana iklan merupakan salah satu kaedah untuk menggalakkan, memujuk, merangsang atau mempengaruhi tingkah laku seseorang. Selain itu, iklan juga mampu mempengaruhi ingatan seseorang mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Salah satu golongan yang menjadi sasaran para pengiklan ialah kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan golongan yang sangat mudah dipengaruhi disebabkan oleh kemampuan dan kebolehan intelektual mereka dari aspek berfikir, memahami dan sebagainya yang terbatas. Realitinya, kanak-kanak pada hari ini membesar dan melalui kehidupan dan pengalaman yang berbeza dari kanak-kanak generasi terdahulu. Hal ini disebabkan oleh proses pembesaran mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran khususnya melalui apa yang dilihat dan didengar oleh mereka dan bukan lagi dipengaruhi oleh ibu bapa dan ahli keluarga lain seperti zaman dahulu (Izham, Amin & Jasmi, 2012) 1...


Similar Free PDFs