Jawapan Tutoran 1 Pengeluaran AP025.docx PDF

Title Jawapan Tutoran 1 Pengeluaran AP025.docx
Author NURUL NAJIHAH AMIRAH Moe
Course pengurusan perniagaan semester 2
Institution Kolej Matrikulasi Perlis
Pages 40
File Size 1 MB
File Type PDF
Total Downloads 158
Total Views 266

Summary

Bab 1: Pengeluaran BAB 1: PENGELUARAN Terangkan tiga (3) kepentingan Pengurusan Pengeluaran kepada organisasi. [3 markah] i. Menjamin kelancaran perancangan Setiap proses pengeluaran perlu dibuat dengan teliti, dikawal dengan terperinci dan sistematik untuk mengelakkan gangguan atau masalah semasa p...


Description

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran BAB 1: PENGELUARAN Terangkan tiga (3) kepentingan Pengurusan Pengeluaran kepada organisasi. [3 markah]

1.

i.

Menjamin kelancaran perancangan Setiap proses pengeluaran perlu dibuat dengan teliti, dikawal dengan terperinci dan sistematik untuk mengelakkan gangguan atau masalah semasa proses pengeluaran. Contoh, berdasarkan kapasiti, kilang minuman mampu mengeluarkan 100,000 botol sehari.

ii.

Mengurangkan kesan yang tidak baik kepada persekitaran Pengeluar perlu memastikan aktiviti pengeluaran mematuhi undangundang tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Contoh, kilang minuman menguruskan pembuatan air dengan berkesan tanpa sebarang bahan buangan.

iii.

Memastikan sumber perniagaan diurus secara optima Pengeluar perlu mengurus dan mengawal sumber perniagaan seperti pekerja, bahan mentah serta mesin dengan cekap untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan pembaziran dan memaksimumkan keuntungan.

Contoh, kilang minuman meletak 2 orang pekerja di setiap mesin di sepanjang lini pengeluaran (stesen A hingga stesen J) iaitu daripada stesen sukatan, stesen adunan hinggalah ke stesen pembungkusan. 2.

Rekabentuk pengeluaran melibatkan faktor pengeluaran seperti buruh, mesin dan

peralatan, kewangan, bahan mentah dan lain-lain. Huraikan dua (2) rekabentuk pengeluaran.

[6 markah]

a) Simplification • Merupakan satu reka bentuk pengeluaran yang diwujudkan daripada tindakan mengurangkan kepelbagaian dalam proses pengeluaran kepada proses pengeluaran yang lebih ringkas dan mudah.

UNIT PP KMM

AP 1

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran • Rekabentuk simplification dapat mengurangkan kepelbagaian dalam proses

pengeluaran,

mempercepatkan

penghasilan

produk,

mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti produk. • Contoh, kilang minuman mendapatkan bekalan perisa kola daripada syarikat A di Melaka, mendapatkan bekalan botol, penutup dan label daripada pembekal.

b) Standardization • Merupakan satu proses mewujudkan reka bentuk produk yang seragam dalam aspek produk, saiz dan kualiti. • Standardization dapat mewujudkan keberkesanan dan kecekapan serta mengurangkan kos inventori. Selain itu, dapat menjimatkan masa, pekerja dan peralatan dapat digunakan sepenuhnya. • Standardization amat sesuai digunakan dalam proses pengeluaran dalam skala yang besar. Hal ini dapat membantu organisasi yang terlibat mengurangkan kos per unit produk yang dihasilkan. • Contoh, kilang minuman menetapkan perisa kola yang Halal, tiada pengawet dan pewarna tiruan yang disahkan oleh GMP dan JAKIM. c) Modular • Merujuk gabungan beberapa komponen (modul) untuk menghasilkan pelbagai jenis produk. Komponen ini mudah ditukar ganti untuk menyesuaikan keperluan keunikan produk dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. • Objektif utama reka bentuk pengeluaran modular ini adalah untuk

menghasilkan satu sistem komponen (modul) yang bebas. Gabungan daripada komponen-komponen tersebut dapat meningkatkan pengeluaran produk dalam menghasilkan pelbagai jenis produk. • Contoh, botol dan penutup yang sama digunakan untuk membungkus

minuman perisa lain keluaran syarikat. Huraikan tiga (3) jenis pengeluaran.

3. i.

[6 markah]

Massa

• Pengeluaran secara massa juga dikenali sebagai pengeluaran secara besar-besaran. UNIT PP KMM

AP 2

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran • Pengeluaran secara massa memerlukan simpanan stok yang banyak dan penghantaran segera produk kepada pelanggan. • Aktiviti pengeluaran lazimnya berjalan secara automatik kerana melibatkan penggunaan jentera yang dikawal oleh sistem komputer. • Jenis pengeluaran ini biasanya digunakan untuk menghasilkan barang keperluan harian. • Piawaian produk yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan produk yang seragam. • Produk yang dihasilkan boleh disimpan sementara menerima pesanan daripada pelanggan. Hal ini membantu mengelakkan berlaku masalah kehabisan stok.

ii.

Kelompok • Melibatkan penghasilan beberapa jenis barang yang mempunyai fungsi yang sama dalam saiz yang sederhana. • Kilang yang mengamalkan pengeluaran secara berkelompok akan mengatur pekerja secara sistematik bagi membolehkan kemudahan dan tenaga kerja sedia ada digunakan secara optimum untuk mengeluarkan barang yang berbeza.

• Proses pengeluaran yang melibatkan ciri yang standard diproses terlebih dahulu serta diikuti dengan ciri produk mengikut spesifikasi pelanggan.

• Peralatan yang digunakan terdiri dari dua jenis, iaitu peralatan khusus dan pelbagai guna. iii.

Selanjar

• Pengeluaran jenis ini umumnya beroperasi 24 jam berterusan tanpa henti dan berulang-ulang. • Kebiasaannya hanya satu jenis produk sahaja yang dihasilkan tetapi dalam volum yang amat tinggi. • Produk mempunyai pempiawaian yang amat tinggi, maka aliran pengeluaran adalah secara lini dan sukar diubah. • Menggunakan peralatan yang sama dalam jangka masa yang lama.

UNIT PP KMM

AP 3

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran iv.

Tempahan

• Pengeluaran mengikut tempahan melibatkan penghasilan produk yang unik dalam kuantiti yang kecil apabila menerima tempahan daripada pelanggan.

• Jenis pengeluaran ini melibatkan penggunaan tenaga pakar yang memiliki kemahiran dalam bidang berkaitan. 4.

Rahim Frozen Foods Sdn Bhd (RFFSB) merupakan sebuah syarikat pengeluar produk makanan sejuk beku di Masjid Tanah Melaka. Kuantiti permintaan produk tersebut semakin meningkat sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Nyatakan jenis pengeluaran yang paling sesuai digunakan oleh syarikat RFFSB berserta

alasannya.

[2 markah]

*KAITAN KES Massa Pengeluaran secara massa juga dikenali sebagai pengeluaran secara besar-besaran. Pengeluaran secara massa memerlukan simpanan stok yang banyak dan penghantaran segera produk kepada pelanggan. Aktiviti pengeluaran lazimnya berjalan secara automatik kerana melibatkan penggunaan jentera yang dikawal oleh sistem komputer. Contohnya, Syarikat RFFSB menghasilkan produk makanan sejuk beku dan pasarannya hingga ke pasaran antarabangsa. Ini memerlukan syarikat menyimpan stok yang banyak, menggunakan mesin untuk mengekalkan kualiti dan standard serta dapat mengelakkan masalah kehabisan stok.

ATAU Jenis pengeluaran yang paling sesuai digunakan oleh Syarikat RFFSB adalah massa kerana: • Syarikat RFFSB menggunakan jenis pengeluaran secara massa yang juga dikenali sebagai pengeluaran secara besar-besaran. • Pengeluaran makanan sejuk beku syarikat sudah tentu memerlukan simpanan stok yang banyak dan penghantaran segera produk kepada pelanggan.

• Aktiviti pengeluaran makanan sejuk beku ini lazimnya berjalan secara automatik kerana melibatkan penggunaan jentera yang dikawal oleh sistem komputer.

UNIT PP KMM

AP 4

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran • Produk ini mendapat permintaan yang tinggi hingga ke pasaran antarabangsa, sudah tentu memerlukan piawaian yang tinggi untuk menghasilkan makanan sejuk beku yang seragam. 5.

Terangkan dengan ringkas kaedah pengeluaran selanjar beserta satu (1) contoh.

[2 markah] • Pengeluaran jenis ini umumnya beroperasi 24 jam berterusan tanpa henti dan berulang-ulang. • Kebiasaannya hanya satu jenis produk sahaja yang dihasilkan tetapi dalam volum yang amat tinggi. • Produk mempunyai pempiawaian yang amat tinggi, maka aliran pengeluaran adalah secara lini dan sukar diubah. • Menggunakan peralatan yang sama dalam jangka masa yang lama. • Contohnya, pemprosesan produk komoditi dengan volum pengeluaran yang sangat besar seperti stesen janakuasa elektrik, loji penapisan minyak, bahan-bahan kimia, barangan farmaseutikal dan sebagainya.

6.

Lengkapkan perbezaan antara kaedah pengeluaran kelompok, selanjar dan massa.

Ciri *Contoh produk

Kelompok Pencetakan (buku, majalah, surat

Selanjar Minyak sawit mentah, bahan

Massa Kereta, permainan kanak-kanak

khabar).

kimia, perkhidmatan (Lego), kafeteria polis dan penyiaran dan restoran

Jenis produk • Produk berbeza (mengikut tempahan) sesuai

televisyen.

makanan segera.

• Satu / sejenis produk.

• Pelbagai produk yang sama /

• Komoditi.

untuk produk

seragam. • Standard.

bermusim dan bersifat fleksibel. Permintaan

• Separa standard. • Kecil / besar ikut citarasa pelanggan

• Besar / berterusan / • Sangat tinggi. tetap, berulangkali

yang berubah-ubah / dan sangat besar. UNIT PP KMM

AP 5

Stabil, kualiti yang sama dan

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran bermusim. • Sederhana kerana tidak stabil. Penyimpanan • Tiada / sangat Inventori

sedikit. • Tinggi.

7.

• Amat tinggi kerana amat tinggi.

dapat diramal. • Tinggi kerana stabil.

• Sentiasa ada 24 jam.

• Ya. • Rendah.

• Rendah.

Kenal pasti jenis susun atur yang paling sesuai bagi organisasi berikut:

[2 markah]

a) Pasar raya Susun atur proses b) Kilang pemasangan kereta Susun atur produk 8.

Terangkan dua (2) jenis susunatur pengeluaran di sesebuah kilang.

[2 markah]

Susun atur tetap • Merupakan kaedah mengumpulkan aktiviti pengeluaran seperti sumber manusia, bahan mentah dan peralatan di lokasi pengeluaran. • Disebabkan oleh saiz yang besar & berat barangan tersebut terletak tetap ditempat pembuatan. • Peralatan, mesin, bahan mentah, jentera dan pekerja di bawa ke kedudukan yang telah ditentukan untuk melakukan proses-proses pembuatan.

• Kaedah penyusunan ini sesuai bagi produk yang mudah pecah, pukal atau terlalu berat untuk dialihkan. Kedudukan produk yang dihasilkan tetap manakala sumber-sumber pengeluaran dibawa ke lokasi. • Contoh: membina bangunan, rumah, empangan, jambatan, kapal terbang, kapal atau sebuah akuarium yang besar.

Susun atur proses • Aktiviti pengeluaran disusun dengan mengumpulkan manusia dan alatan yang sama fungsinya dalam satu tempat. • Susun atur secara proses dikenali sebagai susun atur fungsian atau job shop. UNIT PP KMM

AP 6

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran • Ia melibatkan pelaburan yang sedikit kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi guna serta tidak terhad untuk pengeluaran satu jenis produk sahaja.

• Produk akan bergerak dari satu bahagian kerja ke bahagian lain untuk disiapkan. • Contoh: perkhidmatan hospital, sekolah, pasaraya, bank, bengkel SPA dan lain-lain. Susun atur produk • Susun atur secara produk melibatkan penyusunan satu barisan mesin mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik. • Penyusunan produk dikenali sebagai barisan/lini pemasangan atau pengeluaran atau assembly lines. • Pada kebiasaannya, satu jenis mesin atau jentera akan digunakan secara khusus untuk mengeluarkan sesuatu produk dalam kilang. • Susun atur produk amat sesuai digunakan oleh kilang yang menghasilkan satu jenis produk secara berulangan berdasarkan standard atau piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. • Susun atur produk boleh berbentuk S, L, U, I atau O. • Contoh: pengeluaran sarung tangan getah, pemasangan kereta, produk elektronik, minuman dan lain-lain. Susun atur selular • Susun atur secara selular merupakan satu tindakan menyusun peralatan dan kerja yang serupa ke dalam satu kumpulan (sel) yang sama supaya bahagian proses pengeluaran menjadi lebih kecil serta berkemampuan mengeluarkan produk dengan cepat dan menjimatkan kos pengeluaran.

• Susun atur secara selular merupakan kombinasi susun atur secara produk dan susun atur secara proses. Oleh sebab itu, susun atur secara selular mempunyai ciri daripada kedua-duanya. • Susun atur produk mengambil kira kecekapan proses pengeluaran yang dapat meminimumkan kos per unit. • Susun atur proses mengambilkira kemampuan dalam menghasilkan pelbagai jenis produk dalam proses pengeluaran. UNIT PP KMM

AP 7

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran • Contoh: pekilang pakaian menetapkan satu selular untuk membuat poket bagi baju, seluar, kot, walaupun setiap saiz dan stail poket berbeza, semuanya melalui langkah yang sama. Terangkan kaedah penyusunan tetap dalam perancangan reka bentuk beserta contoh . [3

9.

markah]

• Merupakan kaedah mengumpulkan aktiviti pengeluaran seperti sumber manusia, bahan mentah dan peralatan di lokasi pengeluaran. • Disebabkan oleh saiz yang besar & berat barangan tersebut terletak tetap ditempat pembuatan. • Peralatan, mesin, bahan mentah, jentera dan pekerja di bawa ke kedudukan yang telah ditentukan untuk melakukan proses-proses pembuatan.

• Kaedah penyusunan ini sesuai bagi produk yang mudah pecah, pukal atau terlalu berat untuk dialihkan. Kedudukan produk yang dihasilkan tetap manakala sumber-sumber pengeluaran dibawa ke lokasi. • Contoh: membina bangunan, rumah, empangan, jambatan, kapal terbang, kapal atau sebuah akuarium yang besar. 10.

Huraikan lima (5) faktor yang perlu diambil kira oleh syarikat dalam perancangan

lokasi tapak baru. markah]

[15

Bekalan tenaga buruh Mudah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh merangkumi buruh mahir, separuh mahir dan kurang mahir serta kos upah buruh yang berpatutan. Berdekatan dengan sumber bahan mentah Sebagai jaminan bekalan bahan mentah tidak terputus serta meminimumkan kos penghantaran. Berhampiran dengan pengguna dan pasaran • Organisasi harus memberi tumpuan kepada saiz pasaran besar yang menjanjikan pulangan keuntungan maksimum. • Memudahkan dan mempercepatkan pengedaran produk kepada pengguna dan meminimumkan kos pengedaran. Kemudahan infrastruktur UNIT PP KMM

AP 8

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran • Kemudahan infrastruktur yang lengkap menjadi pertimbangan utama kepada firma dalam pemilihan lokasi tapak. • Kemudahan seperti bekalan air, elektrik, sistem komunikasi dan sistem perhubungan dapat memudahkan proses pengeluaran. Kemudahan khidmat sokongan Kemudahan

seperti

subkontraktor

dan

institusi

kewangan

dapat

membantu firma mendapatkan khidmat seperti penyelenggaraan, bekalan, sumber pembiayaan dan urusan pembayaran. Sistem pengangkutan dan logistik • Kemudahan jaringan pengangkutan darat, udara dan laut seperti jalan raya, lebuh raya, landasan keretapi, lapangan terbang dan pelabuhan memudahkan urusan logistik. • Memudahkan bahan mentah dihantar ke pusat operasi pengeluaran dengan segera dan kerap sekaligus dapat mengurangkan kos penyimpanan inventori.

• Mempercepatkan proses penghantaran produk ke pasaran. Politik dan undang-undang • Kestabilan politik menjadi tarikan dan dorongan kepada firma untuk beroperasi dengan lancar tanpa sebarang gangguan di dalam sesebuah negara.

• Peruntukan undang-undang yang melindungi hak pengeluar seperti akta hak cipta dan cukai yang tidak membebankan akan menjadi tumpuan firma untuk mengembangkan operasi pengeluaran. 11.

a) Puan Faezah merupakan seorang bekas pegawai pertanian yang berhasrat membuka sebuah kilang memproses sos cili. i) Nyatakan jenis pengeluaran yang paling sesuai digunakan oleh kilang Puan Faezah

beserta lima (5) alasan.

[6 markah]

*KAITAN KES Jenis pengeluaran yang paling sesuai digunakan oleh kilang Puan Faezah adalah massa kerana: Pengeluaran sos cili adalah secara besar-besaran. Pengeluaran sos cili memerlukan simpanan stok yang banyak dan penghantaran segera produk kepada pelanggan.

UNIT PP KMM

AP 9

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran Aktiviti pengeluaran sos cili berjalan secara automatik kerana melibatkan penggunaan jentera yang dikawal oleh sistem komputer.

Pengeluaran sos cili adalah barang keperluan harian. Maka, jenis pengeluaran massa sesuai. Piawaian sos cili yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan produk yang seragam. Sos cili yang dihasilkan boleh disimpan sementara menerima pesanan daripada pelanggan. Hal ini membantu mengelakkan berlaku masalah kehabisan stok.

Pengeluaran adalah stabil. Permintaan adalah tetap daripada pelanggan. Produk sos cili yang dikeluarkan adalah seragam. Sos cili mempunyai kualiti yang sama.

Kaedah pengeluaran sos cili adalah konsisten. Kos pengeluaran sos cili adalah murah kerana pengeluaran secara besarbesaran. Contoh, 325ml air CocaCola, kita bayar RM1, di kilang RM0.30. Contoh, 1 buku roti krim RM1.00, di kilang kosnya dalam RM0.70.

Sos cili yang dihasilkan boleh disimpan sebagai inventori. Pengeluaran sos cili dibuat / dikelauarkan secara berperingkat untuk dijual kepada pemborong atau pelanggan dari masa ke masa. Pengeluaran sos cili adalah secara pukal. Keperluan dan kehendak pelanggan terhadap cili sos adalah boleh diramal.

ii) Huraikan dua (2) faktor yang perlu diambil kira oleh Puan Faezah dalam perancangan lokasi tapak kilang. [6 markah] *KAITAN KES Bekalan tenaga buruh Mudah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh merangkumi buruh mahir, separuh mahir dan kurang mahir serta kos upah buruh yang berpatutan. Contohnya, Puan Faezah memilih kawasan perindustrian untuk membuka kilang sos cilinya kerana mudah mendapat pekerja yang tinggal sekitar kawasan perindustrian. Berdekatan dengan sumber bahan mentah UNIT PP KMM

AP 10

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran Sebagai jaminan bekalan bahan mentah tidak terputus serta meminimumkan kos penghantaran. Contohnya, kawasa perindustrian yang dipilih oleh Puan Faezah akan memudahkan pembekal daripada Kelantan / Cameron Highlands / ladang cili di sekitar kilang untuk menghantar bekalan cili ke kilangnya. Berhampiran dengan pengguna dan pasaran • Organisasi harus memberi tumpuan kepada saiz pasaran besar yang menjanjikan pulangan keuntungan maksimum. • Memudahkan dan mempercepatkan pengedaran produk kepada pengguna dan meminimumkan kos pengedaran. • Contohnya, kilang sos cili Puan Faezah yang teletak di kawasan merupakan kawasan di dalam bandar. Ini memudahkan pengedaran sos cili kepada pengguna melalui pasaraya dan kedai-kedai runcit. Kemudahan infrastruktur • Kemudahan infrastruktur yang lengkap menjadi pertimbangan utama kepada firma dalam pemilihan lokasi tapak. • Kemudahan seperti bekalan air, elektrik, sistem komunikasi dan sistem perhubungan dapat memudahkan proses pengeluaran. • Contohnya, Puan Faezah memilih kawasan perindustrian kerana ia dilengkapi dengan prasarana seperti bekalan utiliti dan sistem komunikasi yang laju.

Kemudahan khidmat sokongan Kemudahan

seperti

subkontraktor

dan

institusi

kewangan

dapat

membantu firma mendapatkan khidmat seperti penyelenggaraan, bekalan, sumber pembiayaan dan urusan pembayaran. Contohnya, kilang sos cili Puan Faezah yang beroperasi di kawasan perindustrian sememangnya mempunyai jaringan yang hampir dengan perbankan, khidmat kontraktor pembersihan dan penyelenggaraan mesin.

Sistem pengangkutan dan logistik UNIT PP KMM

AP 11

2020/2021

Pengurusan Perniagaan2 AP025 Bab 1: Pengeluaran • Kemudahan jaringan pengangkutan darat, udara dan laut seperti jalan raya, lebuh raya, lan...


Similar Free PDFs