Jawapan Tutoran 6 Perniagaan Antarabangsa AP025 PDF

Title Jawapan Tutoran 6 Perniagaan Antarabangsa AP025
Course Chemistry 1
Institution Kolej Matrikulasi Selangor
Pages 25
File Size 428.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 4
Total Views 115

Summary

Bab 6: Perniagaan Antarabangsa BAB 6: PERNIAGAAN ANTARABANGSA Syarikat Herba Asli Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat tempatan yang mengeluar produk perubatan berasaskan herba. Setelah menjalankan usaha penyelidikan dan pembangunan produk selama dua belas tahun, syarikat ini telah berjaya menghasilk...


Description

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa BAB 6: PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1.

Syarikat Herba Asli Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat tempatan yang mengeluar produk perubatan berasaskan herba. Setelah menjalankan usaha penyelidikan dan pembangunan produk selama dua belas tahun, syarikat ini telah berjaya menghasilkan dan memasarkan pelbagai produk perubatan berasaskan herba. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dijalankan, perubatan berasaskan herba semakin mendapat perhatian masyarakat dunia kerana ia berkesan, selamat digunakan serta bebas daripada kesan sampingan. Syarikat ini ingin mengembangkan perniagaannya ke negara Eropah. a) Bincangkan lima (5) empat (4) kebaikan perniagaan antarabangsa kepada Syarikat Herba Asli Sdn. Bhd.

[10 markah]

1. Tukaran Asing  Kadar nilai matawang negara Eropah yang bertukar dengan nilai mata wang RM. Peningkatan masuk tukaran asing akan menambahkan pendapatan negara.  Apabila Syarikat Herba Asli Sdn Bhd mengembangkan perniagaannya ke negara Eropah, syarikat akan mendapat banyak tukaran asing seperti Pound dan EURO. Ini boleh mengukuhkan ekonomi negara.

2. Pasaran Luas  Perniagaan antarabangsa menawarkan pasaran baru kepada Syarikat Herba Asli Sdn Bhd.  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd dapat meluaskan pasaran bagi produk perubatan berasaskan herba sehingga ke negara Eropah. Ini akan menyebabkan berlakunya pengeluaran besar-besaran produk syarikat.  Syarikat Herba Asli akan menjalankan pelbagai aktiviti seperti pengeluaran, pemasaran dan kewangan yang boleh menambahkan keuntungan syarikat.  Secara tidak langsung, tindakan Syarikat Herba Asli Sdn Bhd memasuki pasaran negara Eropah boleh memanjangkan jangka hayat produk.

3. Guna Tenaga  Apabila Syarikat Herba Asli mengembangkan perniagaannya ke negara Eropah, ia dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Malaysia dan di negara Eropah.

UNIT PP KMM

AP 1

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa  Berlaku mobiliti faktor-faktor pengeluaran yang dibawa ke negara Eropah seperti buruh, tanah, usahawan dan modal.  Ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di kedua-dua buah negara. 4. Pemindahan Teknologi  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd dapat menerima pemindahan teknologi dari negara Eropah seperti penggunaan mesin membuat produk perubatan berasaskan herba.  Pekerja syarikat mendapat latihan kepakaran dan meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan mesin.  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd dan syarikat di negara Eropah dapat mengeratkan hubungan dua hala dan pelbagai hala melalui jalinan usahasama.

b) Bincangkan bagaimana Syarikat Herba Asli Sdn. Bhd. boleh menceburi jenis-jenis perniagaan berikut untuk menembusi pasaran antarabangsa:

[9 markah]

i) Eksport  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd menjual produk perubatan berasaskan herba kepada pembeli individu atau organisasi di negara Eropah.  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd boleh menjual melalui dua acara: -

secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing di negara Eropah.

-

tidak langsung menerusi ejen tempatan (Malaysia) yang bertindak sebagai perantara Syarikat Herba Asli Sdn Bhd dengan pelanggan di negara Eropah.

ii) Usahasama  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd bergabung dengan beberapa syarikat perubatan di negara Eropah untuk menjalankan perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu.  Usahasama membolehkan Syarikat Herba Asli Sdn Bhd mendapat pengalaman dan menembusi pasaran di negara Eropah dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber syarikat di negara Eropah.  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd boleh melaksanakan usahasama dalam bentuk pelesenan, kontrak pengurusan, pemilikan minoriti dalam syarikat atau kontrak

UNIT PP KMM

AP 2

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa jangka panjang berdasarkan perjanjian tertentu. Contohnya, memberi lesen pengedar kepada wakil atau ejen di negara Eropah.

iii)Perlesenan  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd memberi hak dan kebenaran kepada syarikat di negara Eropah untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali jenama produknya (Syarikat Herba Asli Sdn Bhd) di pasaran Eropah.  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd boleh memberi lesen dalam bentuk: jenama, formula, paten, mengedar, mengeluar, trademark, proses, hak cipta, program dan lain-lain.  Syarikat Herba Asli Sdn Bhd (licensor) akan mendapat ganjaran dalam bentuk yuran dan royalti.  Syarikat di negara Eropah (licensee) yang menerima lesen daripada Syarikat Herba Asli Sdn Bhd menggunakan lesen tersebut untuk menjalankan perniagaan.

c) Jelaskan tiga (3) sekatan perniagaan antarabangsa yang mungkin dihadapi oleh syarikat ini. [6 markah] i)

Tarif

 Syarikat Herba Asli Sdn Bhd dikenakan tarif iaitu cukai kerajaan negara Eropah yang dikenakan terhadap barangan produk perubatan berasaskan herba yang dibawa masuk dalam negara.  Cukai yang dikenakan oleh negara Eropah akan menaikkan harga produk perubatan berasaskan herba Syarikat Herba Asli Sdn Bhd.  Ini menyebabkan produk Syarikat Herba Asli Sdn Bhd tidak dapat bersaing dengan keluaran negara Eropah.  Contohnya, produk perubatan berasaskan herba keluaran Syarikat Herba Asli Sdn Bhd dikenakan duti ad-valorem sebanyak 100% oleh kerajaan negara Eropah.

ii) Kuota  Kerajaan negara Eropah mengenakan kuota iaitu had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai sesuatu barangan yang boleh dikeluarkan atau digunakan atau diimport.

UNIT PP KMM

AP 3

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa  Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti sesuatu barangan yang diimport.  Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan terhadap barangan tempatan.  Contohnya, Syarikat Herba Asli Sdn Bhd dibenarkan menghantar 1,000 botol sebulan ke negara Eropah bagi setiap produk perubatan berasaskan herba yang dikeluarkan.

iii) Embargo  Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara.  Kerajaan negara Eropah telah mengenakan embargo terhadap produk perubatan berasaskan herba Syarikat Herba Asli Sdn Bhd dari Malaysia yang dianggap merbahaya kepada pengguna kerana terdapat penggunaan bahan terlarang dan kimia yang berlebihan. iv) Subsidi  Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada individu, unit pengeluaran atau pengeksport samada dalam bentuk bayaran langsung seperti geran atau pinjaman. Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah dari barangan luar atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan  Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap harga dan pasaran, khidmat atau kemudahan bantuan dan pemotongan atau pengecualian cukai.  Kerajaan negara Eropah telah memberikan subsidi kepada syarikat pengeluar produk yang sama di negara Eropah yang mana tindakan tersebut akan menghalang Syarikat Herba Asli Sdn Bhd untuk bersaing secara sihat dengan syarikat mereka.

v)

Piawaian keselamatan dan kesihatan produk

 Kerajaan negara Eropah telah mengenakan satu standard kualiti ke atas produk perubatan berasaskan herba yang ingin dipasarkan oleh Syarikat Herba Asli Sdn Bhd di pasaran negara Eropah.

UNIT PP KMM

AP 4

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa  Jika piawaian yang tinggi dikenakan ke atas produk, maka ini boleh menjadi penghalang kepada kemasukan produk luar yang tidak mencapai piawaian (industri makanan, kosmetik, elektronik dsbgnya.)  Produk perubatan berasaskan herba keluaran Syarikat Herba Asli Sdn Bhd yang ingin memasuki pasaran negara Eropah perlu melepasi tahap kualiti dan kelulusan negara tersebut (kandungan, pembungkusan, kelulusan FDA).

2.

a) Terangkan dengan ringkas konsep perniagaan antarabangsa di bawah: i) Pasaran menimbul (Emerging Market)

[1 markah]

 Sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan prestasi seimbang dengan negara-negara yang lebih maju di dunia melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa.  Contoh negara pasaran menimbul seperti Vietnam, China, India,

Argentina,

Mexico dan lain-lain.

ii)Nasionalisasi

[1 markah]

 Merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma tersebut sebagai milik negara.  Contohnya, kerajaan Malaysia telah mengambil alih pemilikan Guthrie Corporation PLC pada tahun 1981. b) Mengapakah dikatakan kebanyakan pasaran menimbul muncul dari kalangan negara selatan-selatan?

[1 markah]

 Negara selatan-selatan adalah negara-negara membangun (G-77).  Negara-negara ini berusaha untuk mempromosikan kerjasama perdagangan dan ekonomi, teknikal dan kepentingan sosial.  Negara-negara ini ingin meningkatkan taraf ekonomi supaya setanding dengan negara lain melalui pasaran baru kepada pelabur antarabangsa. c) Perniagaan antarabangsa boleh berlaku dalam berbagai bentuk, daripada cara yang ringkas kepada yang lebih kompleks seperti francais. Apakah cara perniagaan antarabangsa yang paling mudah dan ringkas sekali dilakukan?

[1 markah]

 Import

UNIT PP KMM

AP 5

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa  Eksport d) Sekiranya seorang peniaga daripada Republik Ukraine ingin berniaga dengan seorang peniaga dari Malaysia, nyatakan dua (2) masalah yang mungkin akan mereka hadapi. [1 markah]  Struktur organisasi  Kawalan pengurusan  Politik dan perundangan  Ekonomi  Sosiobudaya

3.

Jelaskan maksud syarikat multinasional dalam perniagaan antarabangsa.

[5 markah]

 Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di peringkat antarabangsa dengan tahap penglibatan yang tinggi.  Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di banyak negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual produk mereka di pasaran luar tetapi juga mengeluar, menjalankan penyelidikan, melatih pekerja tempatan serta membangunkan produk baru di pasaran yang mereka masuki.  Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia yang besar, dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di seluruh dunia.  Contoh syarikat multinasional adalah Coca-Cola, Tesco Lotus, Sony, Nestle, Hyundai.

4.

Butik Healthy Lifestyle mempunyai 30 buah cawangan yang beroperasi di seluruh negara. Selain daripada menjual produk penjagaan diri berasaskan herba, ia juga menawarkan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan dengan pelbagai cara seperti rawatan muka, mandian rempah, mandian wap, lulur, aromaterapi dan lain-lain lagi. Hasil penyelidikan pemasaran menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran terhadap kesihatan dan kecantikan di kalangan masyarakat di rantau Asia. Oleh itu, pihak pengurusan bercadang untuk meluaskan perniagaan ke pasaran antarabangsa. Di antara negara-negara yang dilihat berpotensi adalah Brunei, Singapura dan Jepun.

UNIT PP KMM

AP 6

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa a) Terangkan dua (2) jenis perniagaan antarabangsa yang boleh dijalankan oleh Butik Healthy Lifestyle.

[6 markah]

*Pilih mana-mana dua. Import Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara oleh individu atau organisasi. Import terbahagi kepada dua iaitu secara langsung melalui ejen asing atau wakil penjual dan tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan asing. Contohnya, Butik Healthy Lifestyle membeli produk kecantikan daripada Jepun melalui wakil penjual untuk digunakan di seluruh cawangannya.

Eksport Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar negara kepada pembeli individu atau organisasi di negara asing. Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan dalam pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran dan kerugian kepada syarikat. Eksport terbahagi kepada dua iaitu secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing dan tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan asing. Contohnya, Butik Healthy Lifestyle mengeksport produk kecantikan dan kesihatan diri berasaskan herba ke Brunei, Singapura dan Jepun menggunakan wakil penjual di setiap negara.

Perlesenan Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara asing untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali sesuatu jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran tempatan. Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan di pasaran tempatan Bentuk-bentuk perlesenan: jenama, formula, paten, mengedar, mengeluar, trademark, proses, hak cipta, program dan lain-lain.

UNIT PP KMM

AP 7

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa Contohnya, Butik Healthy Lifestyle memberi kebenaran menggunakan jenama produk kepada syarikat di Brunei, Singapura dan Jepun untuk memasar dan mengedar produk kecantikan dan kesihatan diri. Francais Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna tanda niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-prinsip pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan dengan perjalanan syarikat daripada francaisor. Francaisi dikehendaki membayar yuran dan royalti kepada francaisor. Contohnya, Butik Healthy Lifestyle membenarkan francaisi di Brunei, Singapura dan Jepun untuk membuka pusat rawatan kecantikan dan kesihatan diri di sana. Francaisi menggunakan produk, logo dan menawarkan perkhidmatan sama seperti yang ditawarkan oleh Butik Healthy Lifestyle di Malaysia.

Usahasama Gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu. Usahasama membolehkan syarikat asing mendapat pengalaman dan menembusi pasaran di negara lain dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber syarikat tempatan. Contohnya, Butik Healthy Lifestyle bekerjasama dengan syarikat daripada Brunei, Singapura dan Jepun bagi mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan diri terbaharu untuk dipasarkan di seluruh Asia.

Kontrak Pengeluaran Melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen memberi kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten, tanda perniagaan, teknologi, penggunaan jenama, spesifikasi kepada firma penerima kontrak untuk membuat, mengeluar/menjual produk

UNIT PP KMM

AP 8

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli semula komponen atau produk yang dikeluarkan oleh penerima kontrak. Contohnya, Butik Healthy Lifestyle memberi kontrak mengeluarkan bahan mentah, pembungkus dan produk kesihatan kepada syarikat daripada Brunei, Singapura dan Jepun. Produk tersebut dibeli semula oleh Butik Healthy Lifestyle untuk mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan diri.

Pelaburan Langsung Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut mengawal terhadap aset-aset yang dimiliki di negara berkenaan.

i. Greenfield: Butik Healthy Lifestyle memulakan pelaburan di Brunei dan Singapura dengan membuka cawangan baharu bagi pusat rawatan kecantikan dan kesihatan diri. ii.

Mergers and Acquisitions (Penggabungan dan Pengambilalihan):

Butik Healthy Lifestyle mengambil alih syarikat Shokubutsu iaitu sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan di Jepun dengan mengekalkan nama Shokubutsu.

b) Huraikan lima (5) cabaran yang perlu diambil kira sebelum menjalankan perniagaan antarabangsa.

[10 markah]

Struktur organisasi Struktur organisasi akan diubahsuai mengikut cara sesebuah organisasi itu beroperasi di tempat yang berbeza. Syarikat harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa sesuatu negara supaya operasi dapat berjalan dengan lancar. Contohnya, Butik Healthy Lifestyle perlu memilih struktur divisional mengikut negara untuk mengurus cawangan di Brunei, Singapura dan Jepun.

Kawalan pengurusan

UNIT PP KMM

AP 9

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa Pemilihan struktur organisasi yang sesuai adalah penting kerana ianya merupakan satu bentuk mekanisma kawalan yang utama. Pendekatan kawalan yang diamalkan boleh diperolehi dengan pemusatan kuasa atau pemencaran. Contohnya, Butik Healthy Lifestyle melaksanakan kawalan secara pemusatan di mana segala keputusan di buat oleh ibu pejabat di Malaysia agar operasi di cawangan Brunei, Singapura dan Jepun berjalan lancar.

Politik dan perundangan Persekitaran politik dan perundangan mempengaruhi iklim perniagaan apabila pihak kerajaan mengawal aktiviti perniagaan melalui kuasa politik dan undang-undang yang dibuat untuk menjaga kepentingan negara. Antara sebabnya untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik negara asal. Contohnya, Butik Healthy Lifestyle dikenakan cukai korporat yang tinggi oleh kerajaan Singapura, dikenakan syarat yang ketat oleh kerajaan Brunei dan dipaksa menjayakan program tempatan oleh kerajaan Jepun. Ekonomi Merujuk kepada keadaan ekonomi di mana perniagaan beroperasi. Sekiranya ekonomi stabil, maka perniagaan akan berkembang tetapi jika ekonomi lembab kuasa beli pengguna akan menurun. Contohnya, kerajaan Brunei, Singapura dan Jepun mengenakan duti import yang tinggi bagi produk keluaran Butik Healthy Lifestyle hingga menyebabkan syarikat tidak mendapat keuntungan yang besar kerana harga telah meningkat.

Sosiobudaya Kombinasi lebih daripada dua budaya yang berlainan

yang menyebabkan

kesukaran dalam mengadaptasikan sesuatu budaya yang bukan menjadi kebiasaan diri. Contohnya, Butik Healthy Lifestyle berdepan dengan masalah untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dan pekerja di Jepun kerana perbezaan bahasa dan budaya kerja. Ini telah menimbulkan banyak konflik pengurusan.

UNIT PP KMM

AP 10

2020/2021

Pengurusan Perniagaan 2 AP025 Bab 6: Perniagaan Antarabangsa 5.

FastRace Bhd mempunyai 20 buah rangkaian kedai yang memasarkan motorsikal berjenama Samurai di seluruh Selangor yang dipreolehi secara perlesenan dari sebuah syarikat di Jepun. Lembaga

Pengarah

syarikat

tersebut

berhasrat

untuk

mengembangkan

rangkaian

perniagaannya ke seluruh Malaysia dengan cara yang sama. a) Huraikan empat (4) sumbangan FastRace Bhd kepada pembangunan ekonomi negara menerusi perniagaan antarabangsa yang dijalankannya.

[10 markah]

Tukaran Asing FastRace Bhd mendapat lesen memasarkan motorsikal Samurai daripada Jepun. Apabila FastRace Bhd memberi lesen pemasaran kepada pihak lain di seluruh Malaysia, maka berlakulah pertukaran wang antara Yen ke RM. Ini dapat meningkatkan ekonomi negara kerana mendapat mata wang kukuh dalam bentuk Yen.

Pasaran Luas FastRace Bhd memberi lesen pemasaran motorsikal Samurai kepada pihak lain di seluruh Malaysia. Ini dapat meluaskan pasaran dan memanjangkan jangka hayat produk. Secara tidak langsung, pengguna mempunyai banyak pilihan jenama motorsikal. Guna Tenaga FastRace Bhd memberi lesen pemasaran motorsikal Samurai kepada pihak lain di seluruh Malaysia. Ini dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan di dalam negara seperti jurujual, servis motorsikal dan kedai alat ganti motorsikal Samurai. Pemindahan Teknologi FastRace Bhd dapat menerima teknologi permotoran daripada Jepun hasil usahasama dengan syarikat dan pakar di sana.

b) Jelaskan lima (5) kelebihan kaedah perlesenan kepada Fast Race Bhd dalam meneroka pasaran di n...


Similar Free PDFs