Kata-adjektif - sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga PDF

Title Kata-adjektif - sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Author muhammad nurrusyaidy
Course Computer Science
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 17
File Size 375.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 37
Total Views 132

Summary

sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...


Description

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Jenis Kata Adjektif 1. Kata adjektif sifatan / keadaan Contoh:

baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong

2. Kata Adjektif Warna Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu 3. Kata Adjektif Ukuran Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil 4. Kata Adjektif Bentuk Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok 5. Kata Adjektif Jarak Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris 6. Kata Adjektif Waktu Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu, 7. Kata Adjektif Perasaan Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu 8. Kata Adjektif Cara Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering 9. Kata Adjektif Pancaindera Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

1

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. 1

2

Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya. A

cair

B C

putih pekat

D

merah

Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi. A

ketat

B C

besar singkat

D

longgar

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 3

4

Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya. A B

kelat enak

C

manis

D

masam

Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________. A

tajam

B C

kasar kesat

D

tumpul

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

2

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 5

6

7

8

Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya. A B

jernih hitam

C

kotor

D

bersih

Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya. A B

kecil tebal

C

besar

D

panjang

Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya. A B

sejuk damai

C

panas

D

nyaman

Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________. A B

baik cergas

C

nyaman

D

indah

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

3

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

9

10

11

12

13

14

__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu. A

Indah

B C

Muram Kelam

D

Sayup

Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka. A B

baik malu

C

takut

D

patuh

Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya. A B

pilu mahu

C D

cemas gembira

Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________ A tinggi B

besar

C D

kontot panjang

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar. A hapak B

hanyir

C D

tengik hancing

Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. A

serak

B C

garau merdu

D

nyaring

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

4

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

15

Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya. A B

16

C

ramah

D

kasar

Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa. A kegelapan B

17

18

19

20

sombong senang

kedinginan

C

kemalapan

D

kepanasan

Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah. A

bengkok

B

bengkak

C D

botak lekuk

Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri. A lengang B C

senyap muram

D

suram

Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun. A

pedas

B C

lebam pedih

D

panas

Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat. A B

luas sempit

C

senang

D

besar

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

5

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi. A

menggelupas

B C

menggerutu melecur

D

melecet

22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu. A B

geli haru

C

kelam

D

gundah

23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air. A kesat B

telap

C D

telus kalis

24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam . A terkilan B C

runsing murung

D

sengsara

25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah . A

pelik

B C

gawat runsing

D

rencam

26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu . A B

busuk …tengik hanyir… wangi

C

hapak … harum

D

hancing …mersik

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

6

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

27

28

29

Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu . A B

ghairah asyik

C D

tekun leka

Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu . A becak B

lembik

C D

lembap bengkok

Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran. A serong B C

bengkok bongkok

D

condong

30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan .

31

32

A

jauh

B C

cepat dekat

D

nyaris

Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu. A B

sedih hairan

C

terkejut

D

gembira

“Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,” kata Ghani. A B

lazat busuk

C

kelat

D

harum

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

7

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Soalan 33 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 33

34

35

36

Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________. A

pantas

B

cepat

C D

deras kencang

Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik. A teliti B

lemah

C D

sopan lembut

Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai. A

baru

B C

antik retak

D

runtuh

Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang. A B

sibuk damai

C

serabut

D

gembira

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

8

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

37

38

Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________ A

hapak

B C

tengik hamis

D

haring

Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya. A B

39

tertib gopoh

C

pantas

D

cermat

Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya. A B

pilu gusar

C

geram

D

marah

Soalan 40 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 40

41

Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya. A

kelajuan

B C

kelalaian keberanian

D

kesibukan

Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar. A masuk B C

muat muak

D

mual

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

9

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

42

43

Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu. A

menjadikan

B C

mengecilkan mengecutkan

D

menguruskan

Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak. A B

44

C

segar

D

layu

Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu A B

45

47

tumpul tajam

C

tebal

D

nipis

Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap. A laju B

46

baru lama

petah

C

bising

D

pandai

Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya. A B

masam masin

C

manis

D

manja

Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh. A kuat B

lebat

C D

hebat renyai

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

10

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

48

49

50

51

52

Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________. A

laju

B C

tajam cepat

D

lambat

Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya. A

baik

B C

keras kejam

D

waras

Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati. A B

kecil baharu

C

usang

D

elok

Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula. A

pahit

B C D

masin manis masam

Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi. A B

tegang gelap

C D

pulih pilu

53 Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer. A geliga B

cekap

C D

petah fasih

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

11

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

54

Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah. A

kelat

B C

pahit manis

D

masam

55 Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu. A B

56

57

senyap sunyi

C

diam

D

riuh

Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya . A

lebar

B

buncit

C D

sendat runcing

Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam. A

luas

B

tinggi

C D

rimbun panjang

Soalan 58 berdasarkan Gambar 5

Gamabar 5 58

Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam. A hari B

larut

C D

gelap nampak

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

12

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

59

60

Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan. A

laju

B C

rata licin

D

lekuk

Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja. A B

61

62

63

64

nipis tebal

C

berkilat

D

berwarna

Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu. A

jauh

B

cetek

C D

dalam dangkal

Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya. A kaya B

papa

C D

cerdik peramah

Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara. A

kuat

B C

tajam lemau

D

garing

Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang diimport. A

nipis

B C

tebal kesat

D

keras

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

13

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

65

66

67

68

69

70

“Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,” kata Cikgu Siti Noridah. A

bijak

B C

malas cerdik

D

pandai

Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan. A B

asyik tekun

C

sering

D

kurang

Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan. A hangit B

tengik

C D

busuk basi

Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran. A kuat B C

kasar tinggi

D

kesat

Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________. A

pahit

B C

masin masam

D

manis

Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran. A

tebal

B C

nipis berkilat

D

berwarna

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

14

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

71

72

73

74

Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anakanak yang bermain di situ. A

pantai

B C

curam dalam

D

rendah

Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________. A B

mentah lembik

C

hangit

D

tengik

Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah. A B

aneh boros

C D

buruk bosan

Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya. A elok B

lazat

C D

hebat basi

75 Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya tetap ramai. A murah B

tinggi

C D

mahal rendah

76 Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur. A sarat B C

sendat sumbat

D

sendal

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

15

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

77 Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ . A

rangup

B C

lemau rapuh

D

hangit

78 Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai. A B

79

kesat basah

C

comot

D

compang

Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup . A B

kuat patuh

C

cekal

D

berani

80 Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak . A kesian B

hampa

C D

hancur resah

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

16

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

D A B D C A A C A D D D B C C B B A C B D A D B B C B A D D

31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60

A A C A C B C C A B B D A A B A B A C B A C B A B B B B C B

61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80

C A C D B A B C A A B B D B C A A C C B

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

17...


Similar Free PDFs