Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Borneo Menjelang Abad ke-19 DOCX

Title Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Borneo Menjelang Abad ke-19
Author Nararossa Peter
Pages 24
File Size 41.6 KB
File Type DOCX
Total Downloads 210
Total Views 528

Summary

Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Borneo Menjelang Abad ke-19 Oleh Nararossa Peter Ballak* & Mohd Samsudin Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Emel :[email protected]* Abstrak Kebanyakkan wilayah di Asia Tenggara didatangi oleh kuasa-kuasa Erop...


Description

Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Borneo Menjelang Abad ke-19 Oleh Nararossa Peter Ballak* & Mohd Samsudin Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Emel :[email protected]* Abstrak Kebanyakkan wilayah di Asia Tenggara didatangi oleh kuasa-kuasa Eropah sekitar jangkawaktu di antara tahun 1800 sehingga 1914. Pembukaan Terusan Suez sehingga tercetusnya Perang Dunia Pertama menyebabkan banyak perubahan yang berlaku. Sekitar 1860 sehingga 1941, hampir keseluruhan wilayah di Asia Tenggara didominasi oleh kuasa-kuasa Eropah dengan membawa agenda politik, ekonomi dan sosial. Di Kepulauan Borneo, persaingan di antara kuasa Eropah berlaku dalam memperjuangkan agenda tersendiri. Seiring dengan penemuan jalan dari Barat ke Timur, laluan perdagangan terutamanya di bahagian utara Kepulauan Borneo mengunjur ke zon perdagangan Kepulauan Sulu serta kekayaan bahan mentah mahupun hasil hutan menyaksikan persaingan berlaku di antara kuasa Barat untuk menguasai mana-mana wilayah di Asia Tenggara. Kepulauan Borneo mempunyai potensi menjadi sebuah wilayah yang penting sebagai pusat entreport di antara Selat Melaka dengan negeri China. Potensi ini telah dijangka oleh kuasa-kuasa Eropah dengan melihat jaringan perdagangan yang dilakukan terutamanya dengan Negara China. Oleh itu, kertas ini bertujuan untuk membincangkan sejauhmanakah faktor ekonomi menyebabkan British bersaing dengan kuasa Eropah lain untuk bertapak di Kepulauan Borneo menjelang abad ke-19. Persaingan kuasa telah berlaku di antara British dengan kuasa Eropah yang lain dengan mendukung kepentingan ekonomi melalui sistem perdagangan bebas untuk mengaut keuntungan dalam mana-mana wilayah di Kepulauan Borneo. Hasil kajian merumuskan bahawa kuasa-kuasa Eropah Amerika, Sepanyol, Jerman, Belanda dan British bersaing untuk memperjuangkan agenda ekonomi di Kepulauan Borneo. Persaingan tersebut akhirnya mendapati bahawa Belanda dan British berjaya menyingkirkan kuasa-kuasa Eropah yang lain dan bertapak di Kepulauan Borneo untuk mengaut keuntungan hasil bumi. Belanda bertapak di Kalimantan yang digelar sebagai Dutch Borneo, manakala British bertapak di Brunei, Borneo Utara dan Sarawak yang digelar sebagai British Borneo. Kata kunci : Kepulauan Borneo, British Borneo, Kuasa-kuasa Eropah, Ekonomi, persaingan kuasa, pertapakan 1...


Similar Free PDFs