kesedaran sosial dan politik masyarakat Indochina.docx DOCX

Title kesedaran sosial dan politik masyarakat Indochina.docx
Author Sri Utami Hepni
Pages 1
File Size 45.4 KB
File Type DOCX
Total Downloads 105
Total Views 617

Summary

1.0 Pengenalan Sebelum kedatangan Perancis, negara-negara Indochina yang terdiri daripada Vietnam (Tonkin, Annam dan Cochinchina), Laos dan Kemboja merupakan negara yang berasingan serta memiliki sistem pentadbiran dan perundangan yang berbeza. Laos dan Kemboja lebih dipengaruhi oleh Siam dari aspek...


Description

1.0 Pengenalan Sebelum kedatangan Perancis, negara-negara Indochina yang terdiri daripada Vietnam (Tonkin, Annam dan Cochinchina), Laos dan Kemboja merupakan negara yang berasingan serta memiliki sistem pentadbiran dan perundangan yang berbeza. Laos dan Kemboja lebih dipengaruhi oleh Siam dari aspek kebudayaan mahupun pentadbirannya. Kedua-dua kerajaan ini pernah menjadi naungan Siam dan mereka menghantar ufti ke Siam. Orang-orang Laos menganut agama Buddha dan menggunakan bahasa Thai serta manuskrip Thai dalam kebudayaan dan pertuturan harian mereka. Selain itu, simbol bagi kerajaan juga lebih banyak dipengaruhi oleh kerajaan Siam. Misalnya penggunaan payung putih dan gajah putih yang melambangkan kedaulatan dan kesucian seseorang raja. Laos pernah dijajah oleh Vietnam semasa dinasti Ayuthia menghadapi kemunduran akibat serangan dinasti Konbaung dari Burma. Istana Hue telah menabalkan wakilnya di Vientiane. Namun demikian, selepas kemenangan Siam pada tahun 1778, Raja Rama III berjaya mengalahkan wakil istana Hue dan menghalaunya dari Vientiane.1 Siam meneruskan perluasan pengaruhnya di sekitar Vientiane dan Sungai Mekong. Kemboja turut tidak lepas daripada pengaruh kedua-dua kuasa ini kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah keduanya. Seperti Laos, orang Kemboja juga lebih berpihak kepada Siam. Hal ini dijelaskan oleh John F. Cady yang menyatakan bahawa orang Kemboja menganggap orang Siam sebagai saudara atas aspek kebudayaan, orang Laos sebagai ahli keluarga tetapi orang Vietnam sebagai orang asing yang tidak disukai sama ada dari aspek kebudayaan mahupun bangsa. Hal ini mungkin berpunca daripada sikap Vietnam yang kerap meluaskan pengaruhnya ke kawasan Kemboja dan Laos bagi menampung kekurangan tanah di kawasannya, khususnya di Selatan Vietnam. 2 1 John F. Cady. Thailand, Burma, Laos and Cambodia. New Jersey. 1966. Hlm. 110. 2 J. Davidson. Indo-China: Signposts In The Storm. Kuala Lumpur. 1979. Hlm. 7. 1...


Similar Free PDFs