konsep new public service DOCX

Title konsep new public service
Author Yasmin Syedhasan
Pages 2
File Size 22 KB
File Type DOCX
Total Downloads 289
Total Views 1,002

Summary

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM YASMIN BINTI SYED HASAN 245323 KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT (IDEA OF MARKET) Konsep “New Public Management” pada dasarnya mengandungi tujuh komponen utama seperti Pengurusan Profesional di sektor awam, adanya standard tenaga kerja dan ukuran tenaga kerja, penekanan ya...


Description

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM YASMIN BINTI SYED HASAN 245323 KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT (IDEA OF MARKET) Konsep "New Public Management" pada dasarnya mengandungi tujuh komponen utama seperti Pengurusan Profesional di sektor awam, adanya standard tenaga kerja dan ukuran tenaga kerja, penekanan yang lebih besar terhadap pengendalian "output" dan "outcome", pembahagian unit-unit kerja di sektor awam, menciptakan persaingan di sektor awam, mengadaptasi gaya pengurusan di sektor perniagaan ke dalam sektor awam, dan penekanan pada disiplin dan penghematan yang lebih besar dalam menggunakan sumber tenaga. New Public Management (NPM) merupakan satu usaha pembaharuan pengurusan dan pentadbiran awam untuk membawa perubahan ke atas sesuatu sistem pentadbiran kerajaan supaya pentadbiran dan sistem pengurusannya dapat dikemaskinikan dan dilaksanakan dengan lebih efisyen dan berkesan kepada masyarakat awam khususnya dan amnya kepada pengurusan awam di dalam sesebuah negara. Bagi memenuhi ekspetasi pucuk pimpinan, kemahuan pelanggan dan menangani isu-isu semasa, pengurusan awam dari segi perkhidmatan dan pentadbirannya perlu terus meningkatkan usaha berasaskan ciri-ciri utama yang diperkenalkan melalui falsafah NPM seperti berikut : menyediakan perkhidmatan yang berorientasi dan mesra kepada pelanggan memperbaiki sistem dan prosedur kerja mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pensyarikatan dan Penswastaan Malaysia memperkukuhkan struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan displin memastikan kejayaan pelaksanaan segala usaha ke arah pembaharuan Antara aspek-aspek yang terkandung dalam konsep NPM adalah Pengurusan Kontrak. Ia adalah penyelenggaraan pentadbiran melalui perkesepakatan tentang matlamat yang hendak dicapai. Kesepakatan ini merangkumi matlamat yang hendak diraih hingga pengawasan terhadap proses pencapaian tujuan tersebut. Landasan pengurusan kontrak adalah kontrak atau perjanjian antara pihak-pihak yang membuat perjanjian. Penyerahan Tanggungjawab Di Bidang Sumber Tenaga juga merupkan aspek yang terkandung dalam NPM. Pengurusan kontrak bertujuan mengarahkan perhatian utama dan minat bahagian- bahagian pentadbiran pada hasil kerja mereka....


Similar Free PDFs