Konsep Siyasah Syari'yyah Melalui Zaman Pemerintahan Islam PDF

Title Konsep Siyasah Syari'yyah Melalui Zaman Pemerintahan Islam
Author Ammar Rothman
Pages 20
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 619
Total Views 681

Summary

KONSEP SIYASAH SYAR’IYYAH BERDASARKAN ZAMAN PEMERINTAHAN ISLAM (Concept of Siyasah Syar’iyyah Based on Islam Historic) AMMAR BIN ROTHMAN (CGS01117325) OPEN UNIVERSITY MALAYSIA ISI KANDUNGAN ABSTRAK Pendahuluan BAB PERTAMA 1.0 Pengertian Siyasah Syar’iyyah 1.1 Konsep Siyasah Syar’iyyah 1.1.1 Pandanga...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Konsep Siyasah Syari'yyah Melalui Zaman Pemerintahan Islam Ammar Rothman

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

EFEKT IF GOVERNAN DAN PELAKSANAANNYA DALAM PENTADBIRAN ISLAM Jurnal Syariah UM

SEJARAH PENGGAL 2 ST PM loey 61 MODUL PUNCAK MODUL PUNCAK MODUL PUNCAK SEJARAH ST PM SEJARAH ST PM SEJARAH ST PM P… farhanah nasri

KONSEP SIYASAH SYAR’IYYAH BERDASARKAN ZAMAN PEMERINTAHAN ISLAM (Concept of Siyasah Syar’iyyah Based on Islam Historic)

AMMAR BIN ROTHMAN (CGS01117325)

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

ISI KANDUNGAN ABSTRAK Pendahuluan BAB PERTAMA 1.0

Pengertian Siyasah Syar’iyyah

1.1

Konsep Siyasah Syar’iyyah 1.1.1

Pandangan Ibnu Khaldun

1.1.2

Pandangan Ibnu Abidin

1.1.3

Pandangan Yusuf Al-Qardhawi

1.1.4

Kesimpulan Konsep Siyasah Syari’yyah

BAB KEDUA 2.0

Kronologi Awal Penubuhan Kerajaan Islam Madinah Oleh Nabi Muhammad saw

2.1

Piagam Madinah Yang Diterapkan Oleh Nabi Muhammad saw 2.1.1

Kesan Penubuhan Piagam Madinah

2.1.2

Kepentingan Pembentukan Piagam Madinah

BAB KETIGA 3.0

Sumbangan Bagi Pembangunan Negara Pada Zaman Khulafa Ar-Rasyidin

3.1

Perbandingan Antara Zaman Kerajaan Umayyah dan Kerajaan Abbasiyyah

BAB KEEMPAT 4.0

Analisa Dan Rumusan Bagi Setiap Pemerintahan Kerajaan Islam Untuk Digunapakai Oleh Kerajaan Malaysia

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

KONSEP SIYASAH SYAR’IYYAH MELALUI ZAMAN PEMERINTAHAN ISLAM (Concept of Siyasah Syar’iyyah By Islamic Colonisation)

ABSTRAK Penyelidikan ini berkaitan dengan konsep Siyasah Syar’iyyah yang digunapakai pada zaman nabi Muhammad saw, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Kerajaan Umayyah dan Kerajaan Abbasiyyah menurut perpekstif Islam. Hasil kajian akan didapati melalui analisa berkenaan cara-cara pemerintahan bagi setiap khalifah. Perbandingan bagi adalah berpandukan pada setiap zaman pemerintahan khalifah yang dinilai bagi mendapatkan rumusan dan kaedah yang terbaik menurut konsep Siyasah Syar’iyyah. Pemerintahan nabi Muhammad saw akan dinilai dari segi prinsip-prinsip di dalam pentadbiran setelah tertubuhnya kerajaan Islam Madinah. Secara faktanya, Malaysia merupakan negara yang cuba mengamalkan agama Islam yang terdiri dari pelbagai kaum dan pelbagai agama. Kajian ini dapat menjadi contoh terbaik bagi politik Negara Malaysia untuk dipraktikkan pada masa hadapan. Hasil kajian ini dapat melihat sejauh mana keberkesanan Siyasah Syar’iyyah sebagaimana yang dilakukan oleh nabi Muhammad saw untuk menubuhkan kerajaan Islam Madinah. Sebenarnya konsep Siyasah Syar’iyyah merupakan teras dan prinsip utama bagi membangunkan sesebuah negara Islam yang mementingkan pentadbiran yang berkesan.

PENDAHULUAN Siyasah Syar’iyyah merupakan politik asas berasaskan syarak yang digunapakai sahabat dan ulama’ sejak zaman Nabi Muhammad saw. Ia memberi pengaruh yang besar di dalam kehidupan manusia khusus pada Negara yang ingin mengorak langkah untuk lebih keberkesanan di dalam pembangunan. Ia merangkumi permasalahan rakyat, maslahah dan muamalat dengan tujuan untuk menyusun atau menetapkan maqasid syariah ke atas manusia. Kesemua ini memerlukan undang-undang, pentadbiran, kewangan dan setiap perkara yang berkaitan dengan Siyasah Syar’iyyah. Bab pertama akan membincangkan berkenaan dengan konsep Siyasah Syar’iyyah menurut ahli fuqaha’ dan imam-imam besar Islam dari sudut pemikirannya dalam ilmu Fiqh. Perngertian akan diterangkan secara terperinci berdasarkan rujukan yang sahih dan tepat. Pengertian berdasarkan penerangan ahli fuqaha dari segi bahasa dan istilah syarak. Bab kedua akan membicarakan berkenaan cara-cara pemerintahan Nabi Muhammad saw berdasarkan prinsip-prinsip dalam pentadbiran menurut piagam Madinah yang telah dicipta. Setiap huraian dan fakta diambil dari permulaan menubuhkan kerajaan Madinah pada zaman Nabi Muhammad saw. Bab ini akan menghuraikan bagi setiap peringkat dan langkahlangkah penubuhan kerajaan Madinah. Bab ketiga akan membandingkan sistem pemerintahan pada zaman nabi Muhammad saw dan Khulafa’ Ar-Rasyidin. Perbandingan antara pemerintahan kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyyah juga diterapkan ke dalam bab ini bagi mengetahui keberkesanan pada setiap zaman pemerintahan Islam. Bab keempat akan menganalisa pemerintahan bagi setiap kerajaan yang terdiri dari Khulafa’ Ar-Rasyidin, Kerajaan Umayyah dan Kerajaan Abbasiyyah. Kesemua kerajaan ini akan dirumuskan dengan satu undang-undang Islam yang berkesan berdasarkan Siyasah Syar’iyyah. Kajian ini diakhiri kesimpulan dengan menyatakan kembali penjelasan secara ringkas dan mengambil iktibar serta pedoman untuk menerapkan di dalam politik semasa.

1.0

PENGERTIAN SIYASAH SYAR’IYYAH

‫ليدورلمعناهالحو لالقيا لعىلاليءلوتدبرهلوالترفلفيهلمال‬،‫تس تعمللالس ياسةليلاللغةلمصدراللساسليسوس‬ 1

‫يصلحه‬

Penggunaan Siyasah dari segi bahasa (dari sumber) sa sa, yasus (yang bermaksud asas), (dari istilah) bermaksud perkara yang membangunkan ke atas sesuatu, mentadbir(nya) dan mengaitkan dengan perkara maslahah. Perkataan Syari`ah berasal dari perkataan Syari`at dalam bahasa arab, yang dalam penggunaan biasanya diertikan sebagai jalan yang lurus, tempat keluar sesuatu dan jalan ke tempat air minum. Kaitan perkataan syariah dari segi bahasa menunjukkan kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung kepada penerusan hayat manusia. Begitu juga jalan yang lurus adalah sesuatu yang membawa manusia ke arah kebaikan. Perkataan Syari`ah juga digunakan di dalam Al-Quran dalam banyak ayat, antaranya ada yang bermaksud sebagai peraturan hidup yang terkandung dalam suruhan dan larangan dan ada juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak. Siyasah Syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang berasaskan kepada asasasas Islam atau mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliyyah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama mujtahidin.2

‫ جامعة اإما محمد بن سعود اإسام ة‬-‫الر اض‬.‫المدخل إل الس اسة الشرع ة‬.) 4991 / ‫ ھ‬4141(.‫عبد العال أحمد عطوة‬ Dr Abdul Jalil Borha . 904 .Ko sep Siyasah Syar’iyyah Dan Pelaksanaannya Dalam Konteks Malaysia.kertas kerja Se i ar Keba gsaa Siyasah Syar’iyyah Dala Ko teks Masa Ki i: Isu Da Cabara .Auditorium Punjangga, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Melaka.(Tidak Diterbitkan)

2

1

Para fuqaha menjelaskan bahawa Siyasah Syar’iyyah merupakan suatu ilmu mentadbir mengikut kepada ketentuan syarak. Kepentingan yang sebenar Siyasah Syar’iyyah adalah seseorang pemerintah menguruskan sesuatu negara dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan hukum syarak yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, tindakan pemerintah harus fleksibel dalam menguruskan negara walaupun tiada dalil yang menunjukkan bagi sesuatu situasi. Prinsip utama Siyasah Syar’iyyah adalah untuk mencapai kebaikan (maslahah) bagi pengurusan, muamalat, kebajikan manusia di sesuatu Negara dan mengelakkan berlaku permasalahan atau keburukan (mafsadah) di masa kini dan masa hadapan negara. Pelaksanaan

Siyasah

Syar’iyyah

adalah

berpandukan

perundangan

syarak

bagi

merealisasikan manfaat dan memenuhi kehendak manusia. Ini adalah pengertian Siyasah Syar’iyyah secara ringkas dan padat dari pandangan fuqaha dan para ulama. 1.1

KONSEP SIYASAH SYAR’IYYAH Ramai ahli fuqaha dan ulama memberi pendapat sendiri bagi merangka konsep

Siyasah Syar’iyyah yang berteraskan syarak. Diantaranya ialah: 1.1.1

PANDANGAN IBNU KHALDUN

Menurut Ibnu Khaldun akan konsep Siyasah Syar’iyyah terbahagi kepada dua bahagian, diantaranya ialah: 1) Konsep Siyasah Diniyah (berpandukan agama) dan 2) Konsep Siyasah Aqliyah (berpandukan akal). Konsep Siyasah Diniah adalah mengikut kepada ketentuan syarak dari segi kebaikan atau maslahah dan pembalasan di hari akhirat kelak. Konsep ini wajib diikuti oleh rakyat bagi memenuhi asas Siyasah Syar’iyyah. Konsep Siyasah Aqliyah telah diberi penjelasan berkenaan keputusan, tindakan dan teras bagi menjaga kemaslahatan manusia. Konsep ini juga menetapkan kaedah yang memberi manfaat pada masa hadapan dengan melihat situasi dan suasana untuk menetapkan keputusan yang terbaik tanpa melanggar syarak. Ibnu Khaldun berpendapat pemerintahan yang tidak berdasarkan syarak atau Siyasah Syar’iyyah akan meruntuhkan sistem kerajaan. Sistem politik yang kacau bilau, ketidakharmonian antara peringkat golongan miskin, sederhana, kaya, dan kekerasan di dalam pentasbilan negara akan berlaku sekiranya pemerintah mengabaikan syariat telah diturunkan oleh Allah swt. Kesan negatif ini akan diterapkan kepada pemikiran rakyat dan seterusnya menjadi santapan rutin harian hingga kemerosotan negara.

1.1.2

PANDANGAN IBNU ABIDIN

Ibnu Abidin menyatakan bahawa hukum-hakam Islam adalah sumber pertama untuk menegakkan keadilan rakyat tanpa mengira status golongan pertengahan atau rendah. Kaedah ini dapat melaksanakan undang-undang tanpa ada sekatan dan halangan dari pihak yang berjawatan dan berkuasa. Perkara ini adalah mudah untuk menjatuhkan hukuman bagi orang yang bersalah dan dapat menjadi pengajaran bagi semua rakyat berkenaan dengan jenayah. Hukum-hakam perlu diterapkan ke dalam undang-undang untuk menstabilkan keharmonian antara rakyat. Undang-undang antara manusia hanyalah mengatur dan menyusun kestabilan pengurusan rakyat dengan harmoni. Jenayah atau permasalahan yang tidak mempunyai nas perlu mengikuti Siyasah Syari’yyah adalah satu tindakan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan dengan mengikut perubahan masa, tempat dan keperluan manusia. Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya Siyasah Syari’yyah di dalam pembentukan negara. 1.1.3

PANDANGAN YUSUF AL-QARDHAWI

Yusuf Al-Qardhawi memberi pendapat bahawa beliau tidak bersetuju dengan pemerintahan sekular dan liberal yang dibawa oleh barat dan digunapakai oleh negara Islam. Pemerintahan sesuatu negara mestilah melaksanakan prinsip, tatacara, ajaran dan sistem sasaran berdasarkan syariat. Beliau mengkritik keras bagi orientalis yang cuba memisahkan pentadbiran dan syariat di dalam sesuatu pemerintahan. Tambahan lagi, beliau juga menentang bagi pendapat yang cuba menghalalkan semua cara dan penyingkiran moral yang cuba ditimbulkan oleh Machiavelli. 1.1.4

KESIMPULAN KONSEP SIYASAH SYARI’YYAH

Dari kenyataan yang telah diberi oleh para ulama berkenaan dengan Siyasah Syari’yyah, konsep ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan Al-Quran dan As-Sunnah adalah penting bagi merangka sesebuah negara yang berasaskan syarak. Tiada istilah kemajuan sesebuah negara dengan memisahkan antara hukum-hakam syarak dan pemerintahan. Contoh yang mudah dapat dilihat adalah perangkaan Piagam Madinah adalah satu undang-undang yang dapat memajukan negara dan menstabilkan keharmonian antara rakyat. Ini adalah kerana tiada perbandingan antara golongan kasta, pertengahan dan kaya bagi menetapkan hukuman jenayah. Siyasah Syari’yyah juga memudahkan pemerintah bagi menetapkan sesuatu hukuman berdasarkan situasi ketika itu berdasarkan syarak.

2.0

KRONOLOGI AWAL PENUBUHAN KERAJAAN ISLAM MADINAH OLEH NABI MUHAMMAD SAW Pada 12 Rabiul awal selepas tiga belas tahun Nabi Muhammad saw telah mengorak

langkah untuk memasuki ke bandar Madinah setelah mendapat perintah dari Tuhan (Allah). Di antara sebab-sebab berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad saw adalah mendapat ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak, strategi dakwah Nabi Muhammad saw sendiri, penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan terhadap umat Islam, perintah Allah swt untuk mempertahankan Islam dan dakwah Nabi Muhammad saw ditentang hebat oleh Musyrikin Mekah.3 Pada tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah datang berjumpa Nabi Muhammad saw secara rahsia. Pertemuan ini merintis jalan ke arah termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua. Perjanjian Aqabah Pertama telah dibuat di antara Nabi Muhammad saw dengan 12 orang lelaki dan seorang wanita di penempatan “Aqabah”. Diantara isi Perjanjian Aqabah Pertama adalah: 1. Tidak menyekutukan Allah swt 2. Tidak membunuh anak 3. Tidak membuat fitnah atau khianat 4. Tidak mencuri 5. Tidak melakukan zina 6. Tidak menderhaka kepada Nabi Muhammad saw Perjanjian Aqabah Kedua telah diadakan diantara Nabi Muhammad saw dengan 37 orang lelaki dengan 2 orang wanita penduduk Madinah. Isi perjanjian Aqabah Kedua pada tahun 622 Masihi diantaranya: 1. Menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin penduduk Madinah 2. Berjanji untuk menjaga dan mempertahankan keselamatan Nabi Muhammad saw 3. Berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam 4. Sanggup bekerjasama untuk membantu Nabi Muhammad saw dan umat Islam

3

Razali Bin Syarif, et al.(2006).Pendidikan Islam Tingkatan 1: Ampang: Dawama Sdn Bhd

2.1

PIAGAM MADINAH YANG DITERAPKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW Piagam Madinah terdiri daripada 10 bahagian yang mengandungi 47 fasal. 23 fasal

berkaitan dengan peraturan sesama Islam dan 24 fasal yang membabitkan orang Yahudi, antara kandungan Piagam Madinah adalah seperti berikut: 1. Mengakui Muhajirin dan Ansar sebagai satu umat yang bertanggungjawab terhadap Allah, rasul dan umat Islam. 2. Mengakui kewujudan orang Yahudi dalam kelompok masing-masing dan orang Musyrikin Madinah. 3. Setiap kaum mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing dalam suasana hidup bersama. 4. Orang Islam dan Yahudi mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan penduduk Madinah dan bertanggungjawab mempertahankan Negara daripada serangan musuh luar. 5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka sendiri dalam suasana menghormati orang Islam, namun mereka tidak dibenarkan melindungi harta dan jiwa Musyrikin Quraish. 6. Setiap individu dan kelompok bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan di Madinah. 7. Setiap individu tidak boleh menyakiti, menzalimi dan memusuhi individu atau kaum lain. Mereka hendaklah saling tolong-menolong untuk pembangunan, ekonomi dan keselamatan masyarakat. 8. Setiap kelompok hendak merujuk kepada Nabi Muhammad saw sebagai ketua Negara apabila berlaku perselisihan atau perbalahan. 9. Mana-mana pihak dilarang mengadakan perhubungan dengan pihak luar terutamanya dengan Musyrikin Mekah dan sekutu mereka. 10. Piagam

ini

mempunyai

kuasa

melindungi

semua

pihak

yang

mempersetujuinya dan mempunyai hak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya.4

4

Rijaluddin Bin Yahya, et al.(2011).Pendidikan Islam Tingkatan 3: Selangor: Perintis Marketing Sdn Bhd

2.1.1

KESAN PENUBUHAN PIAGAM MADINAH

ASPEK

KESAN PENUBUHAN PIAGAM MADINAH

POLITIK

1. Terbentuk Negara Islam pertama di dunia. 2. Orang bukan Islam mengakui menjadi warganegara sebuah Negara Islam yang membawa kepada kestabilan politik. 3. Semangat patriotik mempertahankan Negara menyebabkan pertahanan Negara lebih kukuh.

PENTADBIRAN

1. Nabi Muhammad saw diiktiraf sebagai ketua Negara Islam pertama di dunia 2. Penempatan masyarakat yang tersusun memudahkan perhubungan mereka dengan Nabi Muhammad saw 3. Nabi Muhammad saw memberi tumpuan mewujudkan hubungan dengan Negara luar.

SOSIAL

1. Perpaduan kaum dapat diwujudkan di Madinah Al-Munawwarah di bawah satu pakatan. 2. Wujud kesatuan umat dan menghapuskan semangat kesukuan jahiliah. 3. Kemakmuran Negara dapat dirasai bersama dalam suasana harmoni.

EKONOMI

1. Perdagangan berjalan dengan lebih pesat kesan daripada hubungan kaum yang lebih baik. 2. Kemenangan menambahkan harta rampasan perang dan harta baitulmal bertambah meningkat. 3. Bidang ternakan, pertanian, perusahaan semakin meningkat.

2.1.2

KEPENTINGAN PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH

Pembentukan Piagam Madinah amat penting untuk menentukan dasar muamalat kepada setiap umat Islam di Madinah. Dengan penubuhan ini, umat Islam mendapat hak-hak perlindungan bagi setiap individu. Selain itu, pelaksanaan syariat Islam dapat dijalankan secara menyeluruh. Inilah bukti Islam satu cara hidup yang lengkap dan dakwah Islam dapat berkembang dengan pesat. Piagam Madinah ini juga dapat menjaminkan keamanan dan keharmonian sesama umat Islam dan pihak luar.

3.0

SUMBANGAN BAGI PEMBANGUNAN NEGARA PADA ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN Khulafa Ar-Rasyidin terdiri daripada Abu Bakar As-Siddiq, Omar Al-Khattab, Osman

Bin Affan dan Ali Bin Abi Talib merupakan sahabat Nabi Muhammad saw yang menjadi pemerintah di zaman setelah kewafatan baginda. Mereka telah menyumbang dari pelbagai sudut diantaranya: NAMA Abu Bakar As-Siddiq

SUMBANGAN KHULAFA AR-RASYIDIN 1) Mendermakan seluruh harta untuk membiayai peperangan Tabuk. 2) Membebaskan penganut Islam yang diseksa dengan memberi tebusan seperti Bilal bin Rabah yang diseksa oleh tuannya dengan kejam. 3) Sentiasa bersama dengan Nabi Muhammad saw dalam semua peperangan. 4) Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa Nabi Muhammad saw walaupun nyawanya terancam. 5) Menemani Nabi Muhammad saw berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Omar Al-Khattab

1) Mengemas kini institusi Baitulmal. 2) Penerokaan kawasan-kawasan baru untuk dijadikan tanah pertanian serta membina saliran air. 3) Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir. 4) Membina sekolah-sekolah untuk mengajar dan mendidik anak-anak orang yang baru memeluk Islam.

Osman bin Affan

1) Menubuhkan angkatan tentera laut. 2) Menjadi utusan Nabi Muhammad saw dalam perjanjian Hudaibiyah. 3) Menyumbangkan harta yang banyak di jalan Allah. 4) Berjaya membentuk masyarakat yang mantap ekonominya. 5) Memperkenalkan sistem protokol. 6) Berjaya menawan hati rakyat dengan sifat beliau yang lemah lembut.

Ali bin Abi Talib

1) Jurutulis perjanjian Hudaibiyah. 2) Menganggotai misi dakwah di Hamadan. 3) Mengembangkan ilmu Islam. 4) Penasihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khulafa ArRasyidin. 5) Penulis wahyu.

6) Menjadi hakim di Yaman. 7) Menerima jawatan khalifah dalam keadaan Negara huru-hara. 8) Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.5

3.1

PERBANDINGAN

ANTARA

ZAMAN

KERAJAAN

UMAYYAH

DAN

KERAJAAN ABBASIYYAH 3.1.1

KERAJAAN UMAYYAH

Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abi Sufyan yang diislamkan pada tahun ke-8 Hijrah pada pembukaan Mekah.6Kerajaan Umayyah bermula pada tahun 661 masihi sehingga 750 masihi yang berpusat di Damsyik. Pemerintahan kerajaan ini dapat bertahan selama 89 tahun. Pada zaman ini telah lahir pelbagai golongan yang terkeluar dari agama Islam seperti golongan Syiah, Muktazilah, Qadariyah, Murjiah, Jahmiyah dan Khawarij. Zaman ini juga telah melahirkan dua aliran berbeza di Madinah (Ahli Hadith yang dipimpin oleh Ibrahim An-Nakhai’y) dan Kufah (Ahli Ra’yi yang dipimpin oleh Said Musayyab). Kerajaan Bani Umayyah juga terkenal dengan penubuhan Baitulmal. Institusi baitulmal merupakan tempat untuk menguruskan kewangan dan perbendaharaan Negara. Walaubagaimanapun, Institusi Baitulmal tidak aktif kerana penaklukan Negara Islam belum luas dan sumber pendapatan Negara tidak banyak. Pelaksanaan Baitulmal yang telah berlaku pada zaman Bani Umayyah adalah seperti berikut: 1. Kerajaan Bani Umayyah telah melantik pegawai ataupun khalifah untuk mengaw...


Similar Free PDFs