Kumpulan 1 ZINA TLD2 FIQH Jinayat(LBB 3043)-converted PDF

Title Kumpulan 1 ZINA TLD2 FIQH Jinayat(LBB 3043)-converted
Author Anonymous User
Course Fatawa Halal
Institution Universiti Sains Islam Malaysia
Pages 22
File Size 377.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 40
Total Views 131

Summary

Written assignment of Islamic Crime (Zina) and its related constitution in our country...


Description

FIQH JINAYAT (LBB 3043)

A211 SEMESTER 1 21/22

GROUP ASSIGNMENT: KEBERKESANAN PELAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ZINA DI MALAYSIA

LECTURER’S NAME: DR. LUKMAN BIN ABDUL MUTALIB KLD/TLD2 KUMPULAN 1 : BIL

NAMA

NO MATRIK

1

Mohamad Syahmie bin Zahari

1191926

2

Nurul Shafiqah binti Mahtar

1191929

3

Iffah Najihah bt Mahizam

1191933

OBJEKTIF Berikut adalah objektif dalam melaksanakan kertas kajian; 1) Untuk mengenalpasti undang-undang syariah di Malaysia berkaitan zina. 2) Untuk menganalisis adakah pelaksanaan undang-undang dapat mempengaruhi penurunan statistik Zina di Malaysia 3) Untuk mengenal pasti kewajaran pelaksanaan Hukum hudud khususnya terhadap pelaku Zina di Malaysia.

PENGENALAN Dalam melangkah ke arah kemodenan akhir ini, tak kita nafikan bahawa umat Islam kebanyakannya semakin jauh dengan fahaman serta pegangan syariat Islam yang hakiki. Adapun mereka yang dibawah umur seringkali menjadi buah mulut masyarakat dalam media massa dengan kerenah mereka, tidak lupa juga mereka yang sudah berusia iaitu dalam kalangan ahli VIP yang terlibat dengan rasuah dan seangkatan. Mengambil keratan Harian Metro pada tanggal November 2, 2017, Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Mohd Hafiz Abdul Rahman berkata statistik jenayah syariah melibatkan khalwat dan persetubuhan luar nikah merekodkan jumlah yang tinggi dah hal ini amat merisaukan kita sebagai masyarakat Muslim yang juga bernaung di bawah negara yang berstatus Islam sebagai agama rasmi. Mengambil kira pelbagai sudut pandang, boleh dikatakan masyarakat awam di Malaysia akhir-akhir ini agak menyimpang jauh dari landasan Islam yang sebenar. Jenayah zina yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini amat membimbangkan. Kesannya telah menimbulkan kes-kes jenayah yang lain seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, pengguguran janin, kelahiran anak tak sah taraf dan sebagainya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sejumlah 577 kes pembuangan bayi bagi tahun 2014 sehingga 2018. Antara punca pembuangan bayi adalah kehamilan luar nikah dan kehamilan remaja. (Berita Harian, 28 Jun 2019) Kira-kira 100,000 kes remaja perempuan hamil bawah umur 19 tahun dilaporkan sejak 2013. Terdapat kira-kira 900 kes pembuangan bayi dilaporkan bagi tempoh sama. Daripada 900 kes pembuangan bayi yang dilaporkan, hanya 30 peratus daripada jumlah bayi itu masih bernyawa. (Sinar Harian, 10 Mei 2019) Namun, penulis pada kali ini hanya mahu memfokuskan terhadap isu zina, seiring dengan tajuk pada permulaan artikel yang para pembaca lihat pada awalnya. Zina dari segi bahasa bermaksud dari perkataan bahasa Arab yang membawa maksud adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan seks (berjimak) yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri.

DEFINISI ZINA Di dalam Islam, pelaku zina dibezakan menjadi dua, iaitu pezina muhsan dan ghayru muhsan. Pezina muhsan adalah pezina yang sudah memiliki pasangan sah. Sedangkan pezina ghairu muhsan adalah pelaku yang belum pernah menikah dan tidak memiliki pasangan sah. Perkataan zina sudah didefinisikan dalam pelbagai perbahasan dan perbincangan dalam kalangan ulama' itu sendiri sehinggakan zina itu secara amnya, terbahagi kepada dua; iaitu zina lafzi dan juga zina hakiki. Zina lafzi itu dalam bahasa mudahnya ialah kegiatan yang awalnya melibat pancaindera, contohnya mata, tangan, hati dan sebagainya yang mendorong kearah zina yang utama iaitu zina kemaluan. Akan tetapi, dari segi fiqh pula, ulama mazhab empat yang utama; Maliki, Hanafi, Hanbali dan Syafie juga membahaskan pentakrifan zina mengikut kefahaman serta kesesuaian urf dan keadaan sekeliling mereka ketika mereka masih hidup. Menurut sudut pandang Malikiyyah, zina itu adalah hubungan seksual antara mukallaf (akil baligh serta waras pemikiran) Muslim pada faraj adami (manusia), tanpa ada syubhat dan dilakukan secara dengan sengaja. Mazhab Hanafi pula berpandangan bahwa zina itu adalah seksual yang dilakukan oleh laki-laki kepada seorang perempuan pada kemaluannya, dan zina disini ditegaskan cuma berlaku jika ianya berlawanan jantina secara sukarela. Untuk mazhab Hanbali, pengertian tentang zina diperjelaskan dengan lebih mendalam, dengan memberi gambaran bahawa zina itu ialah hilangnya hasyafah (kepala) zakar lelaki yang sudah baligh lagikan berakal kedalam salah satu dari dua lubang wanita, yang tidak ada hubungan ishmah (perkahwinan) antara mereka secara rela. Adapun mazhab Syafie juga menerapkan pemahaman terhadap zina dengan konteks yang sedikit berbeza dengan berpegang bahawa zina itu bermaksud masuknya hujung kemaluan lelaki dalam kemaluan wanita yang haram untuknya dalam keadaan yang normal tanpa syubhat. Masalah zina dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah sesuatu hal yang asing dan perlu kita hairan lagi, bahkan jika dilihat dari pola cara pergaulan mereka yang dari kalangan remaja semakin hari semakin menjadi-jadi. Selain itu, banyak program-program di siaran televisyen negara seringkali mempromosikan gaya pemikiran kearah sedemikian. Perkara sebegini sebenarnya sudah diberi amaran keras oleh kitab suci umat Islam itu sendiri, iaitu pada surah AlIsra' ayat 32 yang membawa maksud; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).

PENSYARIATAN HUDUD KE ATAS PELAKU ZINA Secara amnya, Undang-undang Islam atau Syariah bermaksud apa yang disyariatkan oleh Allah berupa hukum-hukum yang ditetapkan berasaskan dalil al-Quran, al-Sunnah dan cabangnya iaitu ijmak, qiyas dan lain-lain. Fekah pula bermaksud sekumpulan hukum syarak amali yang disimpulkan (diisbatkan) melalui dalil-dalil yang terperinci. Zina adalah persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang bukan pasangan suami isteri. Zina adalah perbuatan keji yang diharamkan. Semua persetubuhan di luar perkahwinan adalah zina kecuali dalam kes wat‟ i syubhah iaitu persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang disangka adalah isterinya yang sah sedangkan perempuan tersebut adalah orang lain. Wat‟ i syubhah juga berlaku apabila dia bersetubuh yang seorang perempuan kerana perkahwinan yang disangka sah sedangkan perkahwinan itu adalah tidak sah. Sesuatu kesalahan zina boleh disabitkan melalui cara iqrar atau pengakuan pezina sendiri seperti yang berlaku dalam kes Ma‟ iz bin Malik dan kes pengakuan zina oleh al-Ghamidiyah pada zaman Rasulullah dan kes pengakuan zina anak kedua Sayyidina Umar bernama Ubaidillah atau Abi Shamhah, ketika dia menjadi Khalifah. Menurut Abdul Rahman I. Doi, kebanyakan hukuman hudud yang dijalankan pada zaman Rasulullah dan empat Khulafa ‟ al-Rasyidin dijatuhi berasaskan kepada iqrar atau pengakuan. Selain dari itu zina juga boleh disabitkan melalui kesaksian empat orang saksi lelaki Muslim serta mukallaf dan adil. Saksi itu juga menyaksikan kejadian zina iaitu kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan secara jelas serta mereka perlu memberikan kesaksian menggunakan perkataan yang terus-terang bukan kiasan atau sindiran. Hukuman zina adalah berbeza mengikut status penzina. Penzina yang sudah berkahwin secara sah dan telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan itu dikenali sebagai „muhsan‟. Penzina yang belum berkahwin atau sudah berkahwin tetapi belum merasai nikmat persetubuhan dalam perkahwinan itu, pesalah itu dikenali sebagai ghairu muhsan atau bukan muhsan. Hukuman mereka adalah seperti berikut: 1. Bagi penzina bukan muhsan hukumnya adalah sebat sebanyak seratus kali sebatan. Hukuman bagi wanita yang mengandung ditangguhkan sehingga tempoh penyusuan tamat. Hukuman bagi penzina yang sakit ditangguhkan sehingga dia sembuh. Rotan yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil iaitu lebih kurang satu meter panjang dan satu sentimeter garis pusat. Sebatan dibuat pada merata-rata tubuh kecuali muka, kepala, dada dan kemaluan. Sebatan mesti dilakukan secara sederhana iaitu pegawai yang menjalankan hukuman tidak boleh mengangkat rotan itu tinggi hingga ke paras kepalanya. Pesalah dihukum dengan memakai pakaian yang nipis menutup aurat. Jika semasa sebatan dilakukan, pesalah itu didapati

tidak mampu menerima sebatan, maka atas pengesahan pegawai perubatan, sebatan itu perlu ditangguhkan sehingga pesalah itu sembuh kembali. Bagi hukuman yang sabit dengan iqrar atau pengakuan, pesalah boleh menarik balik ikrarnya ketika hukuman dijalankan. 2. Bagi penzina muhsan, hukumannya adalah rejam dengan batu yang sederhana besar sehingga mati. Hukuman dilakukan secara terbuka dan disaksikan oleh orang-orang Islam. Hukuman bagi wanita yang mengandung dan orang sakit juga ditangguhkan seperti dalam kes zina bukan muhsan. Pesalah dikenakan pakaian yang menutup aurat. Bagi pesalah yang sabit kerana iqrar, mereka boleh menarik balik iqrar ketika hukuman berjalan. Hukuman rejam ini adalah ketetapan Allah seperti yang termaktub di dalam Sunnah Nabi S.A.W. Hukuman zina hanya dikenakan jika ia dilakukan secara sukarela. Jika ia dilakukan secara paksa atau dirogol maka ia dikecualikan dari hukuman. Islam mengharamkan zina dan mengenakan hukuman keras ke atas pelakunya kerana zina adalah perbuatan yang sangat jijik yang boleh keruntuhan institusi kekeluargaan dan moral masyarakat.

1.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA BERKAITAN ZINA Sekali lagi ditegaskan, zina merupakan jenayah yang tertakluk dibawah kuatkuasa syariah. Namun, sistem perundangan di Malaysia tidaklah pula berasaskan undang-undang Islam sepenuhnya akan tetapi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang siap dibentuk sewaktu negara kita peroleh kemerdekaan tanpa pertumpahan darah kira-kira 60 tahun dahulu. Namun, usaha dari pelbagai pihak dalam menyuarakan suara dalam mencadangkan rang undang-undang yang membolehkan penerapan elemen hudud dalam jenayah syariah seringkali menemui jalan buntu atau sekadar gimik ahli-ahli politik dalam bermanifesto. Walau demikian, kerajaan pusat setiap negeri di Malaysia mempunyai enakmen yang tersendiri berbeza mengikut negeri masing-masing. Hal ini terjadi kerana bidang kuasa syariah tertakluk dibawah Perlembagaan Negeri yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri oleh Perlembagaan Malaysia dalam menjaga nilai-nilai Islamik semampu mungkin. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas lagi, berikut merupakan antara enakmen syariah yang berkait dengan zina oleh beberapa negeri; • Enakmen 13 Tahun 2015, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (2015), Kelantan, Bahagian I – Kesalahan-kesalahan Hudud. Seksyen 12. Zina. 1) Kecuali dalam hal wati‟ syubhah yang dinyatakan dalam subseksyen (3), seseorang itu adalah melakukan zina jika dia melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki atau seorang perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang bukan isteri atau suaminya yang sah. (2) Bagi maksud subseksyen (1)-

(a) jika pesalah itu sudah berkahwin dengan sah dan telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan itu, maka pesalah itu dinamakanmohsan; dan (b) apabila pesalah itu belum berkahwin atau sudah berkahwin tetapi belum merasai nikmat persetubuhan dalam perkahwinan itu maka pesalah itu dinamakan ghairu mohsan. (3) Wati‟ syubhah ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan isterinya dan persetubuhan itu dilakukan(a) dalam keadaan yang meragukan dalam mana dia menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya; atau (b) dalam keadaan yang meragukan dalam mana dia menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhi olehnya itu adalah sah mengikut hukum syarak, sedangkan pada hakikatnya perkahwinan itu adalah tidak sah. • Enakmen 11 Tahun 1965, Undang-undang Pentadbiran Ugama Islam 1965, Perak, Bahagian IX – Kesalahan2. Seksyen 156 (1) Barang siapa yang bersetubuh dengan sa-orang yang diketahuinya atau ia pada masa itu isteri kepada orang lain atau ada sebab2 yang boleh di-perchaya bahawa orang itu ia-lah isteri orang lain dan persetubuhan itu bukan menjadikan satu kesalahan rogol, ada-lah melakukan kesalahan zina dan boleh-lah di-hukum penjara tidak lebih daripada satu tahun dan boleh-lah juga dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit. (2) Barang siapa bersetubuh dengan sa-orang perempuan yang bukan isteri kepada orang lain, jika persetubuhan itu bukan membangkitkan satu tuduhan rogol, ada-Iah melakukan kesalahan zina, dan apabila di-dapati salah oleh Mahkamah yang berkuasa boleh-Iah di-hukum penjara tiada lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-nya sa-kali penjara dan denda. (3) Mana2 perempuan yang bersubahat melakukan kesalahan yang tersebut dalam pecahan2 (1) dan (2) dalam fasal ini boleh di-hukum penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit. • Enakmen 11 Tahun 2013, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, Pahang, Bahagian IV – Kesalahan Berhubungan dengan Kesusilaan. Seksyen 29. Persetubuhan luar nikah. (1) Mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan dengan perempuan yang bukan isterinya yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima

ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. (2) Mana-mana perempuan yang melakukan persetubuhan dengan lelaki yang bukan suaminya yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. (3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya dan semasa dia melakukannya dia sedar tentang perbuatannya adalah keterangan prima facie tentang perlakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh perempuan itu. (4) Bagi maksud subseksyen (3), seseorang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah. • Enakmen 4 Tahun 1997, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997, Johor, Bahagian IV – Kesalahan yang Berhubungan dengan Kesusilaan. Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah. (1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. (2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. (3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang kelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu. (4) Bagi maksud subsekyen (3), mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah. Secara umumnya, setiap negeri mempunyai enakmen tersendiri dalam setiap perkara yang berkait, namun terdapat sedikit perbezaan dari segi penyusunan akta, definisi serta hukuman yang akan dijalankan bagi pelaku. Kelainan sebegini sememangnya menimbulkan seribu satu

persoalan dalam kalangan masyarakat, tetapi dapat juga membuka minda individu tentang luasnya sistem perundangan Islam itu sendiri.

2.0 PERANGKAAN STATISTIK REMAJA HAMIL LUAR NIKAH, ANAK TIDAK SAH TARAF DAN PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA. 2.1 Statistik Remaja Hamil Luar Nikah Di Malaysia, lebih 300 orang kanak-kanak dan remaja Melayu, 13 hingga 25 tahun didapati terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas sehingga menyebabkan kehamilan dan melakukan pengguguran janin. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2016 menunjukkan dalam kalangan 13,831 remaja berumur antara 10 hingga 19 tahun, 3,938 mengandung anak luar nikah. Ia merekodkan lima negeri dengan bilangan kehamilan remaja tertinggi iaitu Sabah sebanyak 3,084 kes, diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang sebanyak 940 kes. Pada masa sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Hannah Yeoh turut berkata terdapat kira-kira 100 000 kes remaja perempuan hamil bawah umur 19 tahun dilaporkan sejak 2013 sehingga kini.(Sinar Harian,2019) Sumber Kementerian Kesihatan, menerusi kehamilan yang berdaftar di Klinik Kesihatan, menunjukkan pada 2017, sebanyak 3,694 kes remaja hamil luar nikah. Bagaimana pun, berlaku penurunan kes, iaitu hanya 2,873 dicatatkan sepanjang tahun 2018. Statistik Remaja Hamil pada tahun 2014(3980), 2015(3980) dan 2016(3938) dikeluarkan Kementerian Kesihatan, menunjukkan penurunan ketara membabitkan remaja hamil luar nikah berbanding 2018. (Shuib, 2019)

Rajah 1.0. Kes Remaja Hamil Luar Nikah (2014 - 2018)

Tahun

Jumlah

2014

3980

2015

3980

2016

3938

2017

3694

2018

2873

2.2 Statistik Anak Tidak Sah Taraf Anak luar nikah Kerana zina atau rogol, dia tidak datang syubhah jahanam atau tidak dari anak perhambaan. Selain itu, Kanak-kanak bawah 6 bulan 2 lahzah (Saat) dari tarikh mengikut kalendar lunar tamkin (hubungan seksual). Anak tak sah taraf juga dikenali sebagai “anak luar nikah” dalam masyarakat Melayu atau “anak zina” mengikut hukum syarak. Berdasarkan data Jabatan pendaftaran negara (JPN), bagi tahun 2010 hingga tahun 2019, seramai 362 246 bayi direkodkan bagi pendaftaran kelahiran di bawah seksyen 13/10/11 tanpa maklumat bapa. (Kasnoon, 2020) 2.3 Statistik Pembuangan Bayi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata mengikut kes yang dilaporkan sejak 2013 hingga kini, terdapat 900 kes pembuangan bayi dilaporkan bagi tempoh yang sama manakala hanya 30 peratus daripada jumlah bayi itu masih bernyawa.(Sinar Harian,2019) Berdasarkan rekod laporan dan siasatan yang diperoleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia(PDRM), mendapati sejumlah 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018. Rekod menunjukkan sebanyak 103 kes pembuangan bayi atau janin berlaku pada tahun 2014, 111 kes (2015), 115 kes (2016), 120 kes (2017) dan 128 kes (2018). Mengikut statistik kes pembuangan bayi, Selangor mencatatkan kes paling ramai dalam tempoh lima tahun iaitu 135 kes, diikuti Sabah (67 kes), Johor dan Kuala Lumpur (62 kes), Kedah (42 kes)). Perak (35 kes) dan Pahang (33 kes). Pada masa sama, Perlis mencatatkan bilangan bayi terbuang paling rendah iaitu 7 kes, diikuti Terengganu (12 kes) dan Melaka (13 kes). Antaranya, 435 bayi yang dibuang didapati bayi baru lahir, dan 142 lagi adalah janin bayi. Mengikut perangkaan Bahagian Seksual, Penderaan dan Siasatan Kanak-Kanak (D11) PDRM dari 2014 hingga 2018, berdasarkan 170 kes yang dilaporkan, didapati individu yang membuang bayi atau janin lebih gemar kawasan kediaman sebagai lokasi aktiviti tersebut. Selain itu, pelaku juga didapati gemar membuang bayi atau janin ke dalam tandas (74 kejadian), pusat pembuangan sampah (51 kejadian), masjid dan surau (44 kejadian), loji, pembetung dan pusat kumbahan (44 kejadian), dan kedai dan bangunan (33 kes), tepi jalan (28 kes) dan pemeriksaan (23 kes). (Md denim et al., 2019) Berikut adalah statistik kes pembuangan bayi dalam tempoh 5 tahun bermula 2014-2018.

Rajah 2.1. Kes Pembuangan Bayi Mengikut Umur (2014 - 2018)

Umur Mangsa

2014

2015

2016

2017

2018

Jumlah...


Similar Free PDFs