LAPORAN KERTAS KERJA PROJEK KECERIAN DOC

Title LAPORAN KERTAS KERJA PROJEK KECERIAN
Author Shima Kamarul
Pages 13
File Size 71.5 KB
File Type DOC
Total Downloads 306
Total Views 459

Summary

LAPORAN KERTAS KERJA PROJEK KECERIAN Matlamat Projek keceriaan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Matematik. Mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif untuk menarik minat murid-murid mempelajari mata pelajaran ini. Objektif 1) Mewujudkan bilik darjah yang lengka...


Description

LAPORAN KERTAS KERJA PROJEK KECERIAN Matlamat Projek keceriaan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Matematik. Mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif untuk menarik minat murid-murid mempelajari mata pelajaran ini. Objektif 1) Mewujudkan bilik darjah yang lengkap dengan teknologi terkini. 2) Menceriakan persekitaran fizikal bilik darjah dan mampu menarik minat murid- murid untuk belajar. 3) Meningkatkan peratus lulus yang tinggi dalam mata pelajaran Matematik. 4) Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti matematik. 5) Meningkatkan kualiti pembelajaran di kalangan murid dan mutu pengajaran guru. Pengenalan Pendidikan merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anak, seorang rakan dengan rakan yang lain dan juga seorang guru dengan anak muridnya. Pendidikan bermula dari rumah dan seterusnya di sekolah. Di sekolah pendidikan dijalankan di dalam bilik darjah. Bilik darjah merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara rasmi. Bilik darjah juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Persekitaran bilik darjah yang kondusif amat penting untuk murid-murid menjana ilmu pengetahuan dan berinteraksi sesama mereka tanpa ada sebarang gangguan. Persekitaran yang bersih dan ceria dan juga kelengkapan peralatan yang lengkap akan menjadikan proses pengajaran pembelajaran lancar. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau juga menekankan tentang pengurusan dan penyususnan bilik darjah seperti cara...


Similar Free PDFs