Model Bandar Harris & Ullman DOCX

Title Model Bandar Harris & Ullman
Author Abdilla Khairol
Pages 1
File Size 85.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 14
Total Views 591

Summary

PENGENALAN. Bandar ditakrifkan sebagai sesuatu kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan ciri-ciri yang sama berdasarkan jenis pekerjaan, budaya, pandangan politik dan gaya hidup. Bandar juga ditakrifkan sebagai satu kawasan yang mempunyai jenis gunatanah yang khusus, kepelbagaian...


Description

PENGENALAN. Bandar ditakrifkan sebagai sesuatu kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan ciri-ciri yang sama berdasarkan jenis pekerjaan, budaya, pandangan politik dan gaya hidup. Bandar juga ditakrifkan sebagai satu kawasan yang mempunyai jenis gunatanah yang khusus, kepelbagaian institusi dan kecekapan penggunaan sumber yang mana juga menentukan jenis bandar (Briney A, http://geogratphy.about..co//o//urbaeecoeo/ cgeogratphy/a/ur baegeogratphy.ht./). Bandar juga dikatakan sebagai intepretsi ruangan yang melibatkan kepadatan yang tinggi berserta corak pembinaan atau pembangunan yang konsisten dan berterusan (DeBlij H.j. & Muller, 1994: 172-173). Bandar juga dikenali sebagai penempatan yang berpusat, kepelbagaian fungsi, dan mempunyai CBD (Fellman J. et, al, 1996: 380). Model merupakan satu skema atau pelan yang menggambarkan sesuatu keadaan di atas muka bumi (Stockburger D.W, http://www.tpsychst.at../ ssour st.at.e.e/u/ et.roboo//sb/4m/.ht./). Model juga dikatakan sebagai satu sistem yang membolehkan penyelidik untuk menyelidik sesuatu perkara atau kandungan dan membuat ramalam tentang perkara yang berkemungkinan akan terjadi ("Model", http://www.investorwords.com/5662/model.htm). Model bandar merupakan satu pelan yang menggambarkan satu kawasan yang mempunyai aktiviti yang khusus secara teori. Dalam kertas kerja ini, ianya akan menilai ketiga-tiga model bandar klasik ini serta memberikan contoh model bandar klasik yang mana sesuai mengikut peredaran zaman khususnya zaman kontemporari ini. Setiap penilaian ini akan berdasarkan model bandar tersebut serta fungsi guna tanah berdasarkan model bandar tersebut, serta melihat kepada kelebihan serta kelemahan setiap ciri-ciri model bandar itu. Khususnya kemudahan yang ada berdasarkan teori bandar tersebut, kerana kemudahan yang ada haruslah mencapai pada tahap yang sangat memuaskan kerana pengguna itu sendiri mempunyai kehendak dan keperluan yang mana akan berubah mengikut keadaan semasa (Davidoff P.G, 1995: 21). Pengguna yang dimaksudkan ini bukanlah hanya merujuk kepada pembeli semata-mata tetapi merujuk kepada setiap individua tau organisasi yang menjalankan urusan jualbeli, dan menggunakan kemudahan di sesuatu bandar seperti jaringan pengangkutan untuk urusan tertentu bagi aktiviti tertentu yang mana akan memenuhi kehendak dan keperluan pengguna tersebut....


Similar Free PDFs