Modul Asas Promosi Kesihatan PDF

Title Modul Asas Promosi Kesihatan
Author Kulat Liat
Pages 162
File Size 35.8 MB
File Type PDF
Total Downloads 86
Total Views 190

Summary

2011 Modul Asas Promosi Kesihatan LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia Modul Asas Program Promosi Kesihatan 2011 Kandungan Halaman Kata alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif i Mari Kenali MySihat ii Panduan Menggunakan Modul iv Kandungan Modul iv Panduan kepada Fasilitator iv Panduan Latihan v Calon Peser...


Description

Asas Promosi Kesihatan

Modul

2011 LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

Kandungan

Halaman

Kata alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif

i

Mari Kenali MySihat

ii

Panduan Menggunakan Modul

iv

Kandungan Modul

iv

Panduan kepada Fasilitator

iv

Panduan Latihan

v

Calon Peserta Latihan

v

Pelan Pembelajaran

v

Contoh Jadual Latihan

vi

Modul Asas Promosi Kesihatan i)

ii)

Unit 1 : Promosi Kesihatan  1.0 Pengenalan  2.0 Rancangan Pembelajaran  3.0 Topik Utama 3.1 Definisi 3.2 Konsep Promosi Kesihatan 3.3 Teori & Model Promosi Kesihatan 3.4 Strategi Promosi Kesihatan 3.5 Elemen-elemen Utama dalam Bidang Promosi Kesihatan Unit 2 : Perancangan Program Bahagian A  1.0 Pengenalan  2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 Pengenalan kepada Perancangan Program 2.2 Perancangan dan elemen utama dalam perancangan 2.3 Kepentingan Perancangan 2.4 Langkah dan Peringkat Perancangan 2.5 Penyediaan Pelan Program dan Pelan Pelaksanaan 2.6 Penilaian Aktiviti / Program  3.0 Kandungan Topik Unit 2, Bahagian A : Perancangan Program 3.1 Topik 1:Pengenalan kepada Program 3.2 Topik 2:Perancangan & Elemen Utama 3.3 Topik 3:Kepentingan Perancangan Bersama Untuk Kesihatan

1 1 3 3 3 3 6 10

1 2 2 3 4 5 6 7 8 8 8 10

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

3.4 Topik 4:Langkah-langkah & Peringkat Perancangan 3.5 Topik 5:Penyediaan Pelan Program & Pelan Pelaksanaan 3.6 Topik 6:Penilaian Aktiviti / Program Bahagian B:Perancangan & Pengurusan Kewangan Geran MySihat  1.0 Pengenalan  2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 Pengenalan kepada Perancangan Program  3.0 Kandungan Topik Unit 2, Bahagian B:Perancangan & Pengurusan Kewangan Geran 3.1 Perancangan 3.2 Penyediaan Belanjawan Program 3.3 Pelaksanaan Program 3.4 Penyeliaan Prestasi Perbelanjaan 3.5 Penyelarasan Bajet 3.6 Penyemakan  4.0 Pengurusan Geran MySihat 4.1 Tanggung Jawab Pertubuhan 4.2 Tanggung Jawab MySihat  5.0 Kajian Kes – Bayaran Geran Secara Berperingkat  Lampiran 1 : Kertas Kerja Perancangan Projek Promosi Kesihatan iii)

iv)

Unit 3 : Komunikasi dalam Promosi Kesihatan  1.0 Pengenalan  2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 Kepentingan Komunikasi di Kalangan Pertubuhan 2.2 Mengenal Pasti & Mengatasi Halangan Komunikasi 2.3 Kaedah Penyempaian Maklumat  3.0 Kandungan Topik Unit 3:Komunikasi di kalangan Pertubuhan 3.1 Kepentingan Komunikasi dalam Kesihatan di kalangan Pertubuhan 3.2 Mengenalpasti dan Mengatasi Halangan Komunikasi 3.3 Kaedah Penyampaian Maklumat Unit 4 : Penilaian Program  1.0 Pengenalan  2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 Penilaian Program  3.0 Topik Utama 3.1 Jenis Penilaian  4.0 Format Penilaian 4.1 Penilaian Risiko / Parameter Kesihatan 4.2 Penulisan Objektif Projek Promosi Kesihatan 4.3 Penilaian Formatif

Bersama Untuk Kesihatan

11 11 14

17 18 18 19 19 20 22 23 23 23 24 24 26 27 28

1 2 2 3 4 5 5 8 10

1 1 1 3 6 6 8 9

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

Gambar Rajah o Unit 1  Gambar Rajah 1.1 : Model Kepercayaan Kesihatan  Gambar Rajah 2 : 5 Strategi Utama Piagam Ottawa untuk Promosi Kesihatan o Unit 2  Gambar Rajah 2.1 : Konsep Objektif SMART  Gambar Rajah 2.2 : Aliran Proses Pengurusan Kewangan  Gambar Rajah 2.3 : Perkara-perkara yang Perlu Diteliti oleh Pertubuhan Semasa Menerima Geran MySihat  Gambar Rajah 2.4 : Tanggung Jawab MySihat  Gambar Rajah 2.5 : Pengurusan Kewangan Pertubuhan yang Berkesan o Unit 3  Gambar Rajah 3.1 : Gambaran Proses Komunikasi o Unit 4  Gambar Rajah 4.1 : Jenis Penilaian Program  Gambar Rajah 4.2 : Konsep Objektif SMART Jadual o Unit 1   o Unit 2   o Unit 3 

4 7 15 20 24 26 26 8 3 4

Jadual 1 : Huraian Model Kepercayaan Kesihatan Jadual 1.2 : Huraian Model Tahap Perubahan Tingkah Laku

4 5

Jadual 2.1: Contoh Pelan Pelaksanaan Program Jadual 2.2:Ringkasan Anggaran Perbelanjaan Projek yang Dipohon

13 21

Jadual 3.1:Halangan –halangan Komunikasi di Pelbagai Peringkat & Cara Mengatasinya

9

o Unit 4  Jadual 4.1:Borang Penilaian Formatif MySihat Slaid Pembentangan o Unit 1  Lampiran 1 : Konsep, Definisi Promosi Kesihatan & Pengamalan  Promosi Kesihatan o Unit 2  Lampiran 2 : Perancangan Program Promosi Kesihatan  Lampiran 3 : Pengurusan Kewangan yang Berkesan – Geran LPKM o Unit 3  Lampiran 1 : Komunikasi NGO o Unit 4  Lampiran 2 : Penilaian Program Rujukan Penghargaan

Bersama Untuk Kesihatan

10

2011

Modul Asas Promosi Kesihatan

Kata Alu-Aluan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)

Assalamualaikum w.b.t, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk merakamkan kata-kata aluan di dalam Modul Asas Promosi Kesihatan. Modul ini memberi satu panduan kepada pertubuhan untuk melaksanakan projek promosi kesihatan di kalangan masyarakat. Terdapat empat unit dalam modul ini iaitu Promosi Kesihatan, Perancangan Program, Komunikasi dan Penilaian Program. Saya berharap agar modul ini akan membawa manfaat kepada semua pertubuhan yang menjalankan projek promosi kesihatan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pakar-pakar rujuk yang terlibat dalam penggubalan Modul Asas Promosi Kesihatan kerana menghasilkan kandungan yang perlu diketahui oleh pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti promosi kesihatan. Adalah diharapkan agar modul ini menjadi panduan dan titik tolak dalam merealisasikan impian MySihat untuk memperkasakan pertubuhan melalui proses bina upaya.

DATUK DR. HJ. YAHYA BABA Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat ) 2011

Bersama Untuk Kesihatan

i

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

Mari Kenali MySihat MySihat (Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia) telah beroperasi pada 1 April 2007 berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651). Objektif utama MySihat adalah untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara intensif yang digerakkan bersama melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Misi & Visi Misi : Ke arah masyarakat Malaysia yang sihat dan aktif. Visi : Menjadi sebuah pusat kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang promosi kesihatan melalui cara hidup, persekitaran dan masyarakat yang sihat.

Teras Perkhidmatan Teras perkhidmatan MySihat ialah membina upaya organisasi dalam bidang promosi kesihatan melalui latihan dan pemberian geran atau lain-lain bantuan kewangan bagi membantu program dan aktiviti promosi kesihatan.

Bidang Keutamaan Promosi Kesihatan Bidang-bidang promosi kesihatan yang diberi keutamaan atau prioriti untuk sesuatu permohonan adalah seperti berikut:        

Kawalan dan pencegahan penggunaan tembakau dan alkohol. Promosi dan gaya hidup sihat seperti promosi senaman atau aktiviti fizikal dan makan secara sihat. Kesihatan persekitaran Kesihatan mental Pencegahan kanser Pencegahan diabetes Pencegahan penyakit kardiovaskular Pencegahan obesiti (kegemukan) Bersama Untuk Kesihatan

ii

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

 Kesihatan seksual (termasuk HIV/AIDS)  Penyelidikan di bidang promosi kesihatan  Promosi kesihatan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan

Bersama Untuk Kesihatan

iii

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

Panduan Menggunakan Modul Modul ini dihasilkan bagi tujuan melatih pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagai panduan kepada NGO yang berhasrat untuk melaksanakan program promosi kesihatan. NGO perlu mempunyai pengetahuan mengenai aspek promosi kesihatan dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti - aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan.

Kandungan Modul Modul ini mengandungi 4 unit modul iaitu Promosi Kesihatan, Perancangan Program, Komunikasi dan Penilaian Program. Setiap unit mengandungi Pengenalan, Objektif Pembelajaran, Isi Kandungan, Aktiviti Pembelajaran, Alat Bantu Mengajar dan Penilaian.

Panduan Kepada Fasilitator 1. Fasilitator perlu dilatih berpandukan kepada manual ini. 2. Fasilitator perlu memahami kandungan modul dan boleh melaksanakan aktiviti dalam manual. 3. Fasilitator perlu menghayati proses pengajaran dan pembelajaran yang didapati dalam manual ini. 4. Fasilitator perlu menilai tahap kemampuan dan kebolehan persatuan sebelum dan selepas aktiviti.

Bersama Untuk Kesihatan

iv

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

Panduan Latihan Objektif latihan adalah untuk membina upayakan NGO yang terpilih sebagai fasilitator dalam bidang promosi kesihatan, pencegahan obesiti dan makan secara sihat.

Calon Peserta Latihan -

NGO yang terlibat dalam projek promosi kesihatan Mempunyai ciri ’passion’ untuk mengajar atau membina upayakan komuniti Mempunyai kemahiran komunikasi Berminat mengadakan projek promosi kesihatan di kalangan komuniti Mempunyai kemahiran untuk membimbing dalam mendampingi masyarakat

Pelan Pembelajaran Pelan pembelajaran harus disediakan mengikut panduan yang diberikan di dalam modul. Setiap sesi hendaklah didokumentasi mengikut tajuk, objektif, metodologi, peralatan, tempat latihan, tarikh, bajet, penceramah undangan, penilaian pelaksanaan latihan, penilaian keberkesanan latihan (penilaian pre dan post) dan kesimpulan.

Bersama Untuk Kesihatan

v

Contoh Jadual Latihan

9.00 – 10.00 pg

10.00 – 10.30 pg

10.30 pg – 12.30 ptg

12.30 – 2.30 ptg

SESI 4: Komunikasi Dalam Promosi Kesihatan

SESI 10: Memilih Makanan Yang Bersih dan Selamat

SESI 11: Pengenalan Kepada Obesiti

SESI 17: Pembentangan Proposal

SESI 6: Prinsip Asas Makan Secara Sihat (MSS)

SESI 5: Penilaian Program

SESI 12: Penyebab Obesiti & Implikasi Kesihatan

 Pembentangan  Rumusan  Majlis Penutup

Makan Tengah Hari

SESI 3 (Samb.): Pengurusan kewangan geran

Minum Pagi

Sarapan Pagi

SENAMAN

15 Julai (Jumaat)

17 Julai (Ahad)

4.30 – 5.00 ptg

Daftar masuk penginapan (Penceramah/ Urus Setia/ Peserta)

14 Julai (Khamis)

16 Julai (Sabtu)

2.30 – 4.30 ptg

SESI 13: Pencegahan Obesiti & Langkah Mengawal Berat Badan

5.00 – 6.00 ptg

6.00 – 6.30 ptg

6.30 – 8.00 mlm

 Perasmian  Taklimat latihan

Persiapan tempat latihan (Urus Setia MySIHAT)

SESI 7: Kesan Pengambilan Gula, Garam & Lemak Berlebihan

8.00 – 9.00 mlm

 SESI 1: Pengenalan Promosi Kesihatan

SESI 14:

Latih Amal

SESI 15:  Latih Amal  Sedia proposal

vi

10.30 – 11.00 mlm

SESI 2: Perancangan Program  Pengurusan Projek  Permohonan geran

SESI 8:

Penyediaan Hidangan Sihat

Daftar keluar

Bersama Untuk Kesihatan

9.00 – 10.30 mlm

SESI 9: Latih Amal

SESI 16: Sedia proposal

Minum Malam

8.00 – 9.00 pg

Makan Malam

7.00 – 8.00 pg

4 hari 3 malam (tertakluk kepada topic modul yang dipilih)

Minum Petang

TARIKH

6.30 – 7.00 pg

:

SENAMAN

Tempoh

LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

Unit 1: Promosi Kesihatan

Asas Promosi Kesihatan

Modul

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

UNIT 1: PROMOSI KESIHATAN 1.0

Pengenalan

Modul ini adalah panduan kepada pertubuhan yang berhasrat untuk melaksanakan program promosi kesihatan. Pertubuhan perlu mempunyai pengetahuan mengenai aspek promosi kesihatan dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti - aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan. Subjek ini perlu dipermudahkan dengan penggunaan dan pemakaian teori dan model akademik yang seminimum yang boleh, sekadar untuk mengukuhkan hujah sahaja selain ia harus mudah dan praktikal.

2.0

Rancangan Pembelajaran

2.1 PROMOSI KESIHATAN 2.1.1 Objektif Pembelajaran Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1. Menerangkan konsep promosi kesihatan 2. Mengenal pasti strategi dalam promosi kesihatan. 3. Menghuraikan kompetensi yang perlu untuk melaksanakan projek promosi kesihatan. 4. Mengenal pasti faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD – non communicable disease) dan cara mengatasinya melalui promosi kesihatan.

2.1.2 Kaedah 1. Ceramah/ persembahan slaid 2. Perbincangan kumpulan

2.1.3 Setting  Bercorak dalam darjah/ dewan

2.1.4 Bahan/ Peralatan     

Papan tulis/ flip chart Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP

 Komputer riba  Perisian pembentangan (contoh powerpoint)  Layar putih/ skrin  Projektor LCD Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

 Penunjuk laser

2.1.5 Jangka Masa  1 jam

2.1.6 Penilaian Dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:-

 Soal jawab/ ujian sebelum dan selepas ceramah (pre & post): a)

Apakah yang anda faham mengenai Promosi Kesihatan?

b)

Huraikan perbezaan antara Pendidikan Kesihatan dengan Promosi Kesihatan?

c)

Nyatakan 5 teras strategi Promosi Kesihatan Piagam Ottawa 1986.

d)

Nyatakan kompetensi/ kemahiran yang perlu kepada pertubuhan untuk melaksanakan program Promosi Kesihatan.

e)

Apakah peranan yang kita boleh mainkan dalam program atau aktiviti Promosi Kesihatan?

f)

Nyatakan peranan individu dalam aktiviti Promosi Kesihatan.

g)

Terangkan peranan Kerajaan dalamprogram Promosi Kesihatan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

3.0

Topik Utama

3.1

Definisi

World Health Organization (WHO) mendefinisikan Promosi Kesihatan sebagai: “Health promotion is the process of enabling people to increase control over, and to improve their health.”; atau “Promosi kesihatan merupakan satu proses mengupayakan manusia untuk meningkatkan kawalan seterusnya meningkatkan kesihatan mereka.”

3.2

Konsep Promosi Kesihatan

Percel et al. (1981) menyatakan bahawa promosi kesihatan adalah sebagai satu usaha membina pengetahuan berkaitan dengan kesihatan, kemahiran dan sikap melalui penggunaan teori tingkah laku. Ajzen et al. (1980) pula menyatakan dalam teori penyebab tingkah laku bahawa manusia akan bertingkah laku berdasarkan kepada sikap dan kepercayaan tentang faedah ataupun kos hasil daripada tingkah laku yang diamalkan. Di samping itu, beliau juga membincangkan tentang persepsi individu berkaitan dengan tekanan sosial yang mempengaruhi individu untuk mengubah tingkah lakunya. Simonds (1976) pula menyatakan bahawa promosi kesihatan bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku kepada individu, kumpulan dan penduduk keseluruhannya daripada tingkah laku sekarang kepada tingkah laku yang baik untuk kesihatan, tingkah laku semasa yang bermasalah kepada tingkah laku kesihatan masa depan. Minkler (1989) menyatakan secara ringkas bahawa promosi kesihatan adalah kombinasi pendidikan kesihatan dengan advokasi kesihatan.

3.3

Teori dan Model Promosi Kesihatan

3.3.1 Model Kepercayaan Kesihatan (Health Belief Model) Model ini diperkenalkan oleh Hochbaum dan Rosenstock sekitar dekad 1950-an yang diasaskan menggunakan pendekatan psikologi. Model ini mengandaikan perubahan tingkah laku kesihatan berdasarkan konsep yang digambarkan seperti Gambar Rajah 1.1:-

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

Gambar Rajah 1.1: Model Kepercayaan Kesihatan

Tanggapan Individu

Faktor Pemboleh Ubah  Pemboleh ubah demografi (contoh: umur, jantina, bangsa)  Pemboleh ubah sosio psikologi (contoh: tekanan perasaan)

 Tanggapan kemungkinan mendapat penyakit  Tanggapan keterukan penyakit

Kemungkinan Untuk Bertindak

 Tanggapan faedah daripada tindakan  Tanggapan halangan daripada tindakan

 Kemungkinan untuk mengubah tingkah laku

Tanggapan ancaman

 Petunjuk untuk bertindak (contoh: kempen media massa, nasihat doktor atau rakan)

Model ini diubah suai pada tahun 1988 apabila Rosenstock, Strecher dan Becker menambah unsur keyakinan diri (self efficacy). Penambahan ini untuk mengukuhkan tingkah laku yang memerlukan perubahan jangka masa panjang (rujuk Jadual 1.1).

Jadual 1:

Huraian Model Kepercayaan Kesihatan

KONSEP Tanggapan kemungkinan mendapat penyakit

DEFINISI

STRATEGI

Persepsi mudah mendapat penyakit



Terangkan tentang kemungkinan mendapat penyakit dan tahap risiko

(Perceived susceptibility)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

2011

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

KONSEP Tanggapan keterukan penyakit

DEFINISI

STRATEGI

Persepsi tentang tahap keseriusan sesuatu penyakit dan kesannya



Terangkan tentang kesan dan keseriusan sesuatu penyakit

Persepsi keberkesanan tindakan yang disyorkan



Jelaskan apakah tindakan, bagaimana, dimana, bila, dan kebaikan yang akan diperolehi

Persepsi tentang kos material dan psokologi akibat mengamalkan tindakan yang disyorkan



Berikan nasihat, insentif, bantuan serta perbetulkan tanggapan yang salah

Strategi yang mencetuskan kesediaan untuk berubah



Berikan maklumat, tingkatkan kesedaran dan wujudkan sistem peringatan

Keyakinan terhadap keupayaan untuk mengambil tindakan

 

Sediakan latihan dan panduan Bantu tetapkan matlamat secara progresif Berikan peringatan secara lisan Demonstrasikan tingkah laku yang diingini Bantu kurangkan kegelisahan

(Perceived severity) Tanggapan faedah (Perceived benefits) Tanggapan halangan (Perceived barriers) Petunjuk untuk tindakan (Cues to action) Keyakinan diri (Self efficacy)

  

3.3.2 Model Tahap Perubahan Tingkah Laku (Transtheoretical Model) Model diperkenalkan pada 1977 ini oleh Prochaska dan DiClemente, menyatakan bahawa perubahan tingkah laku merupakan satu proses dan bukannya satu peristiwa. Seseorang individu yang cuba mengubah tingkah lakunya akan melalui 5 tahap perubahan seperti dalam Jadual 1.2:-

Jadual 1.2: Huraian Model Tahap Perubahan Tingkah Laku

TAHAP 1

KONSEP Tiada Niat

DEFINISI Tiada hasrat untuk mengambil tindakan (Precontemplation) dalam tempoh 6 bulan akan datang



STRATEGI Tingkatkan kesedaran untuk berubah, berikan maklumat tentang risiko serta faedah yang akan...


Similar Free PDFs