OLA BOLA 1 ch - ctu PDF

Title OLA BOLA 1 ch - ctu
Author siti aisyah
Course fundamentals of islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 20
File Size 685.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 666
Total Views 893

Summary

PengenalanKami telah memilih tajuk tentang “Filem Olabola”. Perkataan 'Ola' membawa maksud 'Hello' manakala 'Bola' dalam Bahasa Malaysia adalah sama dengan Bahasa Portugis yang digunakan secara meluas di Brazil 1. Filem ini telah memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah menghar...


Description

Pengenalan Kami telah memilih tajuk tentang “Filem Olabola”. Perkataan 'Ola' membawa maksud 'Hello' manakala 'Bola' dalam Bahasa Malaysia adalah sama dengan Bahasa Portugis yang digunakan secara meluas di Brazil1. Filem ini telah memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada tahun 1980s dan juga mengimbau kembali ketika awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting2. Filem ini telah ditayangkan pada 28 Januari 2016 yang dihasilkan oleh pengarah Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee sebagai Tauke, Luqman Hafidz sebagai Ali, Saran Kumar Manokaran sebagai Muthu dan Marianne Tan sebagai Marianne iaitu seorang wartawan. Pengarah Chiu Keng Guan merupakan bekas penyerang terbaik bagi pasukan bola sepak sekolahnya. Dengan ini, beliau menghasilkan filem ini mengenai bola sepak dan impiannya terkini sudah mencapai. Filem Olabola ini melambangkan pasukan Kebangsaan Malaysia yang diwakil oleh pelbagai kaum antaranya ialah kaum Melayu, Cina dan India serta kaum dari Sabah untuk mencapaikan kejayaaan mereka dalam perlawanan bola sepak walaupun mempunyai kulit yang berbeza dan juga berkomunikasi dalam pelbagai bahasa antara satu sama lain tetapi mempunyai semangat bekerjasama antara pelbagai kaum. Seterusnya, filem ini juga membawa semangat rakyat yang berbilang bangsa bersatu padu untuk memberi sokongan kepada pasukan supaya mempuyai bersemangat dan keyakinan dalam pertandingan bola sepak. Filem Olabola juga menjalani pengambaran di beberapa tempat pemandangan di Malaysia antaranya ialah Stadium Merdeka, Victoria Instituition, Sabah, Selangor dan sebagainya. Filem Olabola diilhamkan dari peristiwa sebenar akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk bersama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Dalam filem ini penonton-penonton akan melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat

1 http://www.mediahiburan.my/7-perkara-menarik-tentang-ola-bola-1.478811 2 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-ola-bola-kisah-benar-pemain-bola-sepak-negara-era-80an85718

1

dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia3. Akhir sekali, adalah filem lagu temanya ‘Arena Cahaya’ dinyanyi oleh Zee Avi. Lagu ini sangat bermakna. Contohnya, dalam babak sedih, muzik latar belakangnya perlahan dan sedih, manakalah jika babak itu medebarkan, muziknya bertukar dramatik. Semua ini memberi impak besar dalam mood filem tersebut dan memberi kesan emosi yang lebih tinggi4.

3 https://ms.wikipedia.org/wiki/Ola_Bola_(filem) 4 http://sinar.fm/Zon-Interaktif/Hiburan/OlaBola/Kemunculan-Zee-Avi-Dalam-Soundtrack-Ola-Bola

2

Objektif Kajian 1. Mengkaji kepentingan semangat dan kekuatan jati diri yang terdapat dalam filem Olabola. Objektif utama kerja kursus ini adalah untuk mengkaji semangat dan kekuatan jati diri yang ada dalam watak-watak filem Olabola. Dengan ini, kami ingin mengenal pasti kepentingan semangat dan kekuatan jati diri yang terdapat setiap individu untuk membentuk satu bangsa Malaysia. 2. Mengenal pasti kebaikan patriotisme yang wujud dalam Filem Olabola. Melalui filem Olabola, kami ingin mengetahui konteks kesedaran kepada semangat patriotisme dalam masyarakat Malaysia. Dengan ini, kami juga mengkaji kebaikan-kebaikan yang diperolehi oleh semangat patriotisme terhadap individu, masyarakat dan negara. 3. Mengkaji impak-impak yang besar daripada kerjasama dalam kalangan seluruh rakyat. Kajian ini adalah untuk mengkaji adakah filem Olabola mencerminkan kerjasama antara pelbagai kaum. Kami juga ingin mengenal pasti impak-impak yang besar daripada wujudnya kerjasama dalam kalangan rakyat Malaysia. 4. Mengenal pasti sumbangan-sumbangan tamadun Melayu, Cina dan India yang membantu dalam pembentukan Malaysia pada hari ini. Melalui kajian ini, kami ingin memahami tamadun Melayu, Cina dan India dengan lebih mendalam. Kami juga berharap untuk mengetahui bagaimana tamadun Melayu, Cina dan India dapat memberi sumbangan kepada pembentukan Malaysia yang berbilang kaum, cemerlang dan aman sejahtera pada hari ini.

3

Latar belakang tempat kajian 1. Stadium Merdeka Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur, Malaysia yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti kegiatan sukan atau aktiviti hiburan. Stadium ini mula digunakan sebagai satu upacara yang bersejarah bagi Malaysia, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya.5 Pembinaan stadium ini adalah merupakan satu kemajuan ke arah perkembangan dan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini. Dengan adanya stadium ini, ia dapat memberi kemudahan bagi kegiatan-kegiatan sukan, kebudayaan dan perhimpunan-perhimpunan raksaksa peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di samping itu, perpaduan yang erat dapat ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan sukan dan upacara kebangsaan yang diadakan di stadium ini.6 Selain itu, Stadium Merdeka juga digunakan untuk mangambil penggambaran pertandingan bola sepak dalam filem Olabola. 2. Victoria Institution (Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria) Sekolah ini merupakan antara sekolah perdana untuk sekolah lelaki (dan perempuan untuk Tingkatan 6) dan merupakan sekolah tertua di Kuala Lumpur. Ia terletak di jalan Hang Tuah dan dibuka secara rasmi pada 30 Kulai 1894. Sekolah ini diasaskan oleh Residen british, saudagar bijuh timah Loke Yew, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Kwan Seng dan ahli perniagaan Thanboonsamy Pillay bagi memenuhi keperluan mewujudkan sekolah Inggeris supaya dapat melahirkan kakitangan yang berbahasa Inggeris untuk mengisi jawatan dalam Kerajaan Tempatan. 7 Sekolah ini juga mempunyai asas dalam percampuran masyarakat majmuk di Malaysia, sudah tentulah dari segi pelajar-pelajarnya yang berlainan bangsa, iaitu Melayu, India dan Cina, serta etnik-etnik lain di Malaysia. Padang bola sepak di Victoria Instituition menjadi tempat latihan bagi setiap pemain bola sepak dalam filem Olabola.

5 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Stadium_Merdeka 6 http://yolanaaa.blogspot.my/2015/09/topik-1-sejarah-stadium-merdeka-latar.html?m=1 7 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Victoria

4

Laporan Lawatan ke SMK Victoria dan Stadium Merdeka Program lawatan ke SMK Victoria dan Stadium Merdeka adalah anjuran pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman sedang membuat kajian mengenai “FILEM OLABOLA”. Lawatan tersebut diadakan pada hari Rabu, 15 Jun 2016 yang disertai oleh 5 orang pelajar dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengambil gambar di lokasi-lokasi yang mana Filem Olabola pernah mengambil sebagai salah satu scene dalam filem tersebut bagi menjadi sebagai bukti-bukti dalam projek Tamadun Islam dan Asia. Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah SMK Victoria. Semasa berada di SMK Victoria kami berpeluang untuk mengunjungi kawasan sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, tetapi juga berpeluang untuk mengambil gambar di padang bola sepak yang merupakan salah satu scene di mana Filem Olabola mengadakan sesi latihan bola sepak. Selepas itu, Stadium Merdeka adalah destinasi yang kedua bagi lawatan kami. Kami tidak dapat memasuki Stadium Merdeka kerana stadium tersebut hanya dibuka untuk aktivitiaktiviti yang tertentu. Oleh sebab itu, kami telah mengambil gambar dari luar Stadium Merdeka untuk menggunakan sebagai bukti dalam projek kami. Walaupun lawatan seumpama ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh kami untuk membuat projek, namun lawatan ini sangat berhasil dari segi maklumat serta gambar yang kami dapati tetapi juga mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Kami berharap agar mempunyai peluang yang lain untuk mengadakan lawatan sebegini.

5

Hasil Kajian 1. Mengkaji kepentingan semangat dan kekuatan jati diri yang terdapat dalam filem Olabola. Jati diri merupakan sifat yang unik dan istimewa sama ada dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang boleh menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa.8 Cara yang paling mudah untuk membentuk jati diri bagi seseorang adalah melalui agama sendirinya, kerana setiap agama menyarankan kepada kebaikan. Kami sudah mendapati semangat jati diri yang kuat telah ditonjolkan oleh watakwatak dalam filem Olabola. Sebagai contohnya, watak Chow Kok Keong atau Tauke, Kapten pasukan yang mempuyai semangat jati diri yang kuat untuk membawa pasukannya ke Sukan Olimpik Moscow walaupun pasukannya telah dihalang tetapi dia tidak berputus asas untuk menghabiskan perlawanan yang terakhir. Dia hendak membuktikan pasukannya kepada rakyat dan negara bahawa pasukannya tidak membazir masa dalam empat tahun ini. Bukan itu sahaja, demi negara, setiap anggota pasukan berbekalkan jati diri yang tinggi telah berusaha keras dan tidak mengenal putus asa untuk mengharumkan nama Malaysia. Walaupun pasukan lawan lebih kuat, tetapi kami memperlihatkan semangat jati diri yang kuat iaitu usaha gigih tanpa putus asa yang telah mereka ditonjolkan untuk mencapai matlamat mereka. Selain itu, semua pemain bola sepak juga sangat berusaha dalam latihan bola sepak tanpa mengira betapa kesakitan dan kesusahan. Sebagai contohnya, walaupun watak Ali mengalami sakit kaki dalam pertandingan, tetapi dia masih mengambil bahagian dalam latihan-latihan itu. Semangat ini amat terpuji. Semangat dan kekuatan jati diri akan membawa banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan juga Negara. Seseorang itu mempunyai jati diri yang kuat akan mengelakkan diri daripada pengaruh negatif. Hal ini kerana mereka akan mencari dan mengakui kelemahan dirinya, dan menerimanya sebagai tentangan yang harus dihadapi. 9 Mereka juga akan mengelakkan diri untuk mengulangi kesilapan yang sama. Di samping itu, setiap individu perlu mempunyai jati diri yang kuat agar dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan memupuk perpaduan kaum melalui semangat kejersama, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati. Dengan ini, kesepakatan antara masyarakat akan mudah dicapai. Secara tidak langsung, keharmonian dan kemakmuran negara akan terjamin. 8 https://prezi.com/bxst7nfxiobs/mampukah-sejarah-membangunkan-jati-diri-masyarakat-malaysia/ 9 http://shazmelhafiz.blogspot.my/2011/04/konsep-jati-diri.html

6

2. Mengenal pasti kebaikan patriotisme yang wujud dalam Filem Olabola. Dengan menggunakan filem Olabola sebagai satu rujukan, iaitu satu kisah semangat kesukanan orang muda yang tinggi dan genggaman sebuah potret penyatuan bangsa yang luar biasa. Perkara ini adalah yang sepatutnya ada pada jiwa setiap rakyat Malaysia pada hari ini. Contohnya, sejarah bola sepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik buat pertama kali adalah pada tahun 1972, pasukan ini telah berjaya mendapatkan tempat beraksi pada Sukan Olimpik di Moscow. Bagi pasukan bola sepak, pada waktu itu bukan soal wang ringgit tetapi adalah kesabaran dan kesungguhan mereka untuk membanggakan negara Malaysia dan menghormati antara satu sama lain. Hal ini telah menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa dengan pencapaian dalam sukan Olimpik. Filem ini juga menyatakan bahawa setiap pemain yang perwatakan dalam filem itu telah menceritakan bayangan yang patut diwujudkan dalam sejarah pembikinan generasi akan datang, dan meraksasakan semangat sukan yang tinggi untuk mengembalikan pasukan bola sepak yang mengaum di pentas Olimpik dan jika tidak keterlaluan, mencipta adegan baharu dipentas Piala Dunia. Ini merupakan usaha kerjasama yang dapat dilakukan oleh semua pasukan yang ingin menjadikan legenda dan bintang bola sepak yang hebat. Selain itu, filem Olabola juga memaparkan semangat rakyat berbilang bangsa bersatu padu untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan kesayaangan mereka apabila Malaysia berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Contohnya, seorang pengulas sukan pelatih, Rahman menjadi penyokong yang taat setia dan pengulas yang petah berkatakata serta bersemangat menyokong di belakang pasukan negara. Dengan fakta-fakta itu, kami boleh melihat rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan taat setia kepada Malaysia supaya kejayaan Malaysia dicapai. Kini, semangat patriotisme amat signifikan kepada masyarakat Malaysia. Seperti mana yang kita tahu, Malaysia merupakan satu negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat, walaupun musuh negara amat kuat, tetapi rakyat Malaysia akan bersatu padu untuk menentang musuh. Oleh itu, negara akan tidak mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. Selain itu, rakyat yang mencintai negera akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Hal ini kerana rakyat berharap negara dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. 7

3. Mengkaji impak-impak yang besar daripada kerjasama dalam kalangan seluruh rakyat. Berdasarkan filem Olabola yang berlatar belakang pada era 1980-an, filem ini merupakan kisah tentang kejayaan, keberanian, kerjasama dan semangat bersatu padu yang memberi inspirasi kepada para pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kecewaan dan muncul sebagai wira negara. Semangat positif ini dapat dikaitkan dengan tamadun-tamadun yang hendak dikajikan. Semangat kerjasama yang terdapat dalam filem Olabola dapat dikaitkan dengan zaman Tamadun Islam. Antara impak besar yang terdapat daripada kerjasama rakyat dalam filem ini ialah menyaksikan kerjasama dan perit jerih pasukan bola sepak kebangsaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 10. Dalam filem berkenaan, watak-watak seperti Ali, Tauke, Muthu dan Eric adalah lambang perpaduan yang membentuk Malaysia sejak dahulu lagi. Keakraban rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa dan latar belakang jelas dapat dilihat melalui filem berkenaan. Seluruh Malaysia bersatu dalam mempertahankan maruah negara walau berbeza warna, bangsa dan agama. Semangat kerjasama yang terdapat dalam Filem Olabola juga boleh kita jumpa dalam tamadun-tamadun yang dikajikan. Antaranya ialah Tamadun Islam. Sebagai contoh, Nabi Muhammad S.A.W. yang berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang kaum dan keturunan seperti mempersaudarakan kaum Ansar dengan Muhajirin. Kaum Ansar banyak membantu golongan Muhajirin semasa berpindah dalam keadaan tergesa-gesa ke Madinah. Selepas Nabi menyatukan semula masyarakat Madinah, masyarakat Madinah yang berbilang kaum bekerjasama dan saling bantu-membantu serta memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh-musuh Islam. Penyatuan dan penyerapan semangat ukhwah Islamiah ini turut menggambarkan kejayaan Rasullulah menghapuskan semangat assabiyah yang membelenggu masyarakat Arab sebelum kedatangan agama Islam. Selain itu, semangat kerjasama juga terdapat dalam Tamadun Cina. Contohnya, Perang China-Jepun Kedua, ialah perang utama antara Republik China dengan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II 11. Rakyat di China bekerjasama menentang orang Jepun yang hendak menyerang serta menakluk negara China bagi meluaskan kuasa di Asia Tenggara. Peristiwa ini dapat dibuktikan dengan ekspedisi Utara merentasi China dengan mudah sehingga disekat di Shandong apabila Zhang Zongchang, hulubalang Beiyang yang 10 http://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/ola-bola-perpaduan-dan-1malaysia 11 https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_China-Jepun_Kedua

8

disokong oleh Jepun, cuba menghentikan Tentera Kuomintang daripada menyatukan China. Keadaan ini memuncak dengan Peristiwa Jinan pada tahun 1928 yang mengakibatkan pertempuran singkat antara tentera Kuomintang dengan tentera Jepun. Pada tahun yang sama, Zhang Zuolin, hulubalang Manchuria, dibunuh oleh Jepun apabila beliau enggan bekerjasama dengannya. Menyusul peristiwa-peristiwa ini, kerajaan Kuomintang di bawah Chiang Kaishek akhirnya berjaya menyatukan China pada tahun 1928.12 Seterusnya, China (nationalis) mempunyai banyak maklumat bagi menentang keganasan Jepun serta berjaya menyatukan China di bawah sebuah kerajaan pusat, manakala Parti Komunis mengadakan serangan gerila terhadap pihak Jepun. Dengan itu, pihak komunis akan menjadi pemenang dalam pertempuran yang tidak dapat dielakkan dengan pihak Nasionalis untuk penguasaan China.13 Oleh yang demikian, semangat kerjasama antara rakyat adalah elemen yang penting bagi mengembangkan tamadun-tamadun pada masa dahulu ataupun masyarakat pada zaman modenisasi ini.

12 https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_China-Jepun_Kedua 13 https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_China-Jepun_Kedua

9

4. Mengenal pasti sumbangan-sumbangan tamadun Melayu, Cina dan India yang membantu dalam pembentukan Malaysia pada hari ini. Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh kumpulan orang Melayu dan bertumpu di Nusantara.14 Tamadun ini sangat berkait rapat dengan tamadun Islam. Agama Islam adalah asas utama Tamadun Melayu, dan penerimaannya sudah menjadi pembentukan dan perkembangan sebuah Tamadun Melayu yang gemilang dan terbilang di dunia. Tamadun Cina merupakan tamadun yang terawal muncul di dunia selain tamadun Mesir dan tamadun Yunani.15 Bahasa Cina merupakan bahasa yang kekal dituturkan serta digunakan sehingga hari ini. Bagi tamadun India, tamadun ini juga merupakan tamadun terawal yang wujud di Asia Tenggara dan tempat asal agama Hindu dan Buddha. Bahasa yang digunakan oleh orang Indo-Arya ialah Sanskrit manakala bahasa Tamil adalah digunakan oleh golongan Dravida.16 Melalui kajian ini, kami mendapati tamadun Melayu, Cina dan India menyumbang besar kepada pembentukan Malaysia. Tamadun-tamadun ini yang saling berinteraksi memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan negara Malaysia kita hari ini. Pada masa dahulu, orang Melayu merupakan penduduk tempatan ini dan sudi berinteraksi dengan kumpulan manusia yang dari tamadun lain. Interaksi itu telah diwujudkan daripada semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain. Interaksi Tamadun Melayu dan Cina adalah melalui perdagangan. Hal ini membolehkan penduduk tempatan mendapat keperluan kehidupan, dan meningkatkan kualiti hidup. Selain itu, berlakunya perkahwinan campur antara pedagang-pedagang cina dengan wanita-wanita tempatan. Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam ke China dan memperkayakan agama masing-masing. Terdapat kemahiran-kemahiran lain yang dibawa oleh kumpulan manusia Tamadun India dan diperkembangkan kepada penduduk tempatan, sebagai contohnya teknologi dalam bidang matematil, astronomi, fizik, kimia dan perubatan. Jika diteliti dengan lebih mendalam, agama Islam juga bersifat terbuka dalam penerimaan nilai dan idea daripada tamadun lain selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Sifat yang mulia ini sudah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Oleh itu, dengan kepelbagaian 14 http://www.academia.edu/8946234/TAMADUN_MELAYU_TERAS_TAMADUN_MALAYSIA 15 http://www.slideshare.net/rajarosenani/bab-5-tamadun-cina 16 http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Bab%209%20TI%20(Konsep%20Tamadun%20India).pdf

10

kaum yang menjadi teras kepada kewujudan majmuk, negara kita dapat merealisasikan Visi 2020 pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, agama Islam juga mementingkan ilmu pengetahuan dan pengunaan akal kerana ia merupakan landasan untuk mencapai kejayaan. Tanpa

ilmu

pengetahuan, individu, masyarakat, dan negara akan mundur dan ketinggalan dalam semua bidang. Oleh itu, wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w mementingkam ilmu dan mewajibkan seluruh umatnya agar menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan hidup. Kesimpulannya, budaya membaca dan menekankan ilmu pengetahuan yang tamadun Islam dan tamadun lain titikberatkan telah memberi sumbangan yang besar dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan. Tambahan pula, kami juga mendapati Malaysia sudah memperolehi pengajaranpengajaran darip...


Similar Free PDFs