ULASAN FILEM NASIONAL (TEMPATAN) SITI ARVINA CHE COB OLA BOLA : Sebuah Filem Nasional 1 Malaysia DOCX

Title ULASAN FILEM NASIONAL (TEMPATAN) SITI ARVINA CHE COB OLA BOLA : Sebuah Filem Nasional 1 Malaysia
Author Ct Vee
Pages 4
File Size 17.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 25
Total Views 41

Summary

ULASAN FILEM NASIONAL (TEMPATAN) SITI ARVINA CHE COB OLA BOLA : Sebuah Filem Nasional 1 Malaysia Filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan merupakan sebuah filem yang melambangkan pelbagai budaya di Malaysia dengan semangat persahabatan serta bersatu padu tanpa mengenal latar belakang. Ola Bola bermula d...


Description

ULASAN FILEM NASIONAL (TEMPATAN) SITI ARVINA CHE COB OLA BOLA : Sebuah Filem Nasional 1 Malaysia Filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan merupakan sebuah filem yang melambangkan pelbagai budaya di Malaysia dengan semangat persahabatan serta bersatu padu tanpa mengenal latar belakang. Ola Bola bermula dengan kisah Marianne (Marianne Tan), seorang wartawan telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an. Dia mengambil keputusan untuk menjejak pemain handalan di era tersebut. Pertemuan mereka akhirnya merungkai sejarah ahli pasukan yang terlibat, termasuk pemain utamanya, Chow Kok Keong atau Tauke (J C Chee), Ali, (Luqman Hafidz) dan Muthu (Saran Kumar). Masing-masing mempunyai konflik dan kisah perjuangan hidup mereka tersendiri yang memerlukan pengorbanan serta kesungguhan luar biasa yang secara tidak langsung mengheret sama perasaan penonton. Tauke misalnya berdepan konflik di mana dia perlu memilih cita-cita atau menjaga keluarganya. Manakala Muthu mempunyai hubungan dingin dengan bapa sendiri kerana tidak mendapat restu. Ali pula sentiasa bergelut dengan impiannya untuk menyarung jersi nombor 10. Mengangkat kisah bola sepak sebagai isu utama penceritaan, maka sudah pasti banyak babak di padang, termasuk ketika latihan dan perlawanan sebenar di hidangkan kepada penonton. Malah beberapa perlawanan yang melibatkan antara pasukan Malaysia dan negara Asean ketika itu telah ditonjolkan sebaik mungkin dengan fakta pungutan mata gol. Terkenal dengan sentuhan magisnya dalam mengetengahkan nilai budaya bangsa dalam filem The Journey, Keng Guan turut memberi suntikan yang lebih kurang sama dalam karya terbaharunya ini. Ia sekali gus menjadikannya sebagai sebuah filem nasional yang wajib ditonton semua lapisan masyarakat. Ini kerana ciri-ciri dan nilai budaya pelbagai kaum dalam masyarakat Malaysia dipaparkan dalam filem ini yang dapat dilihat menerusi kehidupan Tauke, Muthu dan pengulas sukan bernama Rahman. Selain itu, babak di lokasi 'Fun Fair' memberi gambaran bentuk pesta dan hiburan pada era 80-an dengan menonjolkan keharmonian masyarakat...


Similar Free PDFs