Pendidikan Inklusif di Brunei Darussalam: Suatu Perspektif dan Perbandingan DOCX

Title Pendidikan Inklusif di Brunei Darussalam: Suatu Perspektif dan Perbandingan
Author Wan Fadhlurrahman
Pages 13
File Size 33.2 KB
File Type DOCX
Total Downloads 565
Total Views 885

Summary

1.0 Pengenalan Sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam adalah terdiri daripada sistem pendidikan dua aliran iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu. Dalam sistem pendidikan ini, pelajar aliran Inggeris mempunyai kelebihan kerana dapat melanjutkan p...


Description

1.0 Pengenalan Sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam adalah terdiri daripada sistem pendidikan dua aliran iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu. Dalam sistem pendidikan ini, pelajar aliran Inggeris mempunyai kelebihan kerana dapat melanjutkan pendidikan tinggi mereka ke luar negera disebabkan lebih banyak institusi pengajian tinggi luar negara menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi. Ketidak seimbangan ini membimbingkan masyarakat dan cuba diselesaikan oleh kerajaan Negara Brunei, maka pada tahun 1985 iaitu setahun setelah mencapai kemerdekaan, satu dasar pendidikan baharu yang dinamakan Sistem Pendidikan Dwibahasa (SPD) diperkenalkan. Matlamat utama SPD yang antara lain bertujuan untuk menjadikan warga Brunei sebagai warga yang kompeten pelbagai bahasa. Walau bagaimanapun, kerajaan negara Brunei memikirkan satu penyelesaian yang holistik yang mampu menangani setiap inci isu pendidikan di negara mereka termasuklah isu kebolehpasaran pelajar mereka di peringkat antarabangsa. Justeru, muncul pula Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) sebagai Dasar Pendidikan Negara bermula tahun 2009. Lebih menarik lagi SPN21 menekankan peluang pembelajaran untuk golongan kurang upaya dalam kluster pendidikan mereka yang dikenali sebagai Pendidikan Inklusif (Kementerian Pendidikan Brunei, 2009). 2.0 Tinjauan Literatur 2.1 Pendidikan Inklusif Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan 1...


Similar Free PDFs