peranan media massa dalam politik DOCX

Title peranan media massa dalam politik
Author Nurhidaya Gani
Pages 1
File Size 29.4 KB
File Type DOCX
Total Downloads 188
Total Views 472

Summary

1.0 Peranan Media Massa Sebelum Kemerdekaan Peranan media massa dalam perkembangan politik memang tidak dapat dinafikan. Ini dapat dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme yang didorong oleh media massa memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat penduduk d...


Description

1.0 Peranan Media Massa Sebelum Kemerdekaan Peranan media massa dalam perkembangan politik memang tidak dapat dinafikan. Ini dapat dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme yang didorong oleh media massa memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat penduduk di Tanah Melayu untuk bangkit menentang penjajah. Perkembangan media massa di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan dapat dilihat melalui perkembangan dalam bidang penulisan akhbar dan majalah yang digunakan rakyat sebagai medium untuk membuka minda masyarakat mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan. Peranan media yang mula berkembang sekitar awal abad ke-20 ini memberi impak yang amat besar dalam memberi kesedaran sosial dan politik kepada masyarakat melayu. Melalui akhbar, masyarakat Melayu mendapat maklumat penting tentang perkembangan di Tanah Melayu dan di negara luar. Antara akhbar dan majalah yang telah menyumbangkan peranan bagi menimbulkan kesedaran sosial dan politik masyarakat Melayu pada awal kurun ke-20 ialah Al-Imam, Saudara, Pengasuh ,Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu dan banyak lagi. Penyebaran maklumat dari luar negara, seperti kisah kebangkitan nasionalisme di India, China dan negara Asia Tenggara, seperti Indonesia dan Filipina telah memberikan impak kesedaran tentang pentingnya perjuangan menuntut kemerdekaan. Tuntutan persamaan hak oleh kaum pendatang di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua menyemarakkan lagi kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera negara ini (Zulkifli, 1979). Lantaran itu, beberapa orang tokoh politik Melayu telah memilih untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dalam akhbar tempatan yang sedang berkembang pesat. Pada waktu itu, inilah cara yang terbaik untuk menyalurkan pandangan bagi menyedarkan orang Melayu yang sekian lama terleka (Ishak Saat, 2008). Dasar dan sistem yang diperkenalkan oleh British dalam bidang pendidikan dan ekonomi telah menyebabkan orang melayu ketinggalan. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menyebabkan bangsa melayu semakin lemah (Muhammad, 1994). Sistem pentadbiran British ini ternyata melemahkan orang melayu dan senario ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu. Justeru itu, masyarakat sedar bahawa sistem ini perlu ditentang dengan cara menuntut kemerdekaan yang penuh daripada pihak British. Walaupun pada ketika itu, masyarakat melayu terbahagi...


Similar Free PDFs