PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN DOCX

Title PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN
Author 宇凡 王
Pages 1
File Size 43.4 KB
File Type DOCX
Total Downloads 104
Total Views 314

Summary

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN Peranan Seni dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dala...


Description

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN Peranan Seni dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai "3R" iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, "R" adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan "R" keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan ialah: a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. b) Memupuk nilai kerjasama Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi social yang terjalin melalui deria sentuh. c) Memenuhi keperluan sosial yang asas Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat social iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik....


Similar Free PDFs