Peranan ibu bapa dalam Pendidikan Inklusif DOCX

Title Peranan ibu bapa dalam Pendidikan Inklusif
Author Bikfil PPKI
Pages 1
File Size 14.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 12
Total Views 476

Summary

Peranan ibu bapa dalam Pendidikan Inklusif Peranan ibu bapa adalah agen pengerak dalam menjayakan Pendidikan Inklusif. Ia akan memberi impak yang positif sekiranya ibu bapa berperanan secara aktif dalam Pendidikan anak-anak, terutamanya anak berkeperluan Pendidikan Khas ini. Ibu bapa banyak membantu...


Description

Peranan ibu bapa dalam Pendidikan Inklusif Peranan ibu bapa adalah agen pengerak dalam menjayakan Pendidikan Inklusif. Ia akan memberi impak yang positif sekiranya ibu bapa berperanan secara aktif dalam Pendidikan anak-anak, terutamanya anak berkeperluan Pendidikan Khas ini. Ibu bapa banyak membantu pelaksanaan program inklusif ini dengan membina keyakinan diri murid berkeperluan khas bagi mencapai potensi yang optimum. Ibu bapa banyak mendedahkan anak-anak dengan pergaulan sesama ahli keluarga dan kawan yang lain dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan diri murid. Kerjasama ibu bapa juga dapat dilihat melalui penglibatan mereka dengan aktiviti pembelajaran anak mereka. Ia boleh dikategorikan kepada dua jenis penglibatan iaitu penglibatan berasaskan sekolah dan penglibatan berasaskan rumah (Hoover-Dempsey dan Sandler 2007).Penglibatan berasaskan sekolah merujuk kepada penglibatan ibu bapa dalam seminar keibu bapaaan, membantu guru dikelas dan ahli pembuat kepurtusan sekolah (Cavkaytar 2007; Scorgie et al 2008). Manakala Penglibatan berasaskan rumah termasukkan bantuan ibu bapa memantau anak-anak menyiapkan kerja rumah, melatih membaca dan melaksanakan aktiviti-aktiviti di rumah yang dapat meningkatkan perkembangan pendidikan anak-anak. Kesimpulannya, peranan antara ibu bapa, komuniti dan sekolah dalam pemuafakatan merupakan satu strategi yang boleh dilaksanakan untuk mendorong penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah.bergerak secara aktif. Peranan ibu bapa bapa memberi implikasi yang besar terhadap percapaian akedemik, pengurusan tingkalau dan emosi pelajar. Menyedari hakikat bahawa peranan ibu bapa terutamanya dalam pendidikan inklusif mendorong pihak sekolah terutamanya mengalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti untuk membantu pihak sekolah memantau perkembangan pelajar berkeperluan khas agar dapat berkembang semaksima yang boleh....


Similar Free PDFs