Faktor kejayaan Pendidikan Inklusif dalam merealisasikan pendidikan tanpa diskriminasi ACADEMIA DOCX

Title Faktor kejayaan Pendidikan Inklusif dalam merealisasikan pendidikan tanpa diskriminasi ACADEMIA
Author Bayyinah Raflis
Pages 1
File Size 23.2 KB
File Type DOCX
Total Downloads 512
Total Views 605

Summary

Faktor kejayaan Pendidikan Inklusif dalam merealisasikan pendidikan tanpa diskriminasi Oleh:Nur Bayyinah BT Rafus Proses inklusif memberikan peluang mengikut keperluan kepada semua murid melalui pembelajaran, budaya, komuniti dan tanpa pengecualian berkaitan pendidikan.(UNESCO,2005) Pelan Pembanguna...


Description

Faktor kejayaan Pendidikan Inklusif dalam merealisasikan pendidikan tanpa diskriminasi Oleh:Nur Bayyinah BT Rafus Proses inklusif memberikan peluang mengikut keperluan kepada semua murid melalui pembelajaran, budaya, komuniti dan tanpa pengecualian berkaitan pendidikan. (UNESCO,2005) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan tiada murid yang tercicir dan dinafikan hak daripada mendapat pendidikan berkualiti dan inklusif. Menurut Bahagian Pendidikan Khas membangunkan golongan murid berkeperluan khas (MBK) terbukti tidak meletakkan mereka sebagai liabiliti sebaliknya menjadi sebahagian daripada sumber modal insan negara (Utusan Malaysia, 2017). Hal ini bagi mengelakkan pendiskriminasian kelak kepada golongan ini untuk mendapat pekerjaan dan bersaing dengan manusia normal. Pendidikan Inklusif bermaksud program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama dengan murid lain dalam kelas yang sama. Murid berkeperluan khas yang dimaksudkan merujuk kepada murid bermasalah pembelajaran namun memenuhi syarat dan dapat menerima pembelajaran seperti murid normal. (Norliah, Hanafi, Yasina, 2016). Solusi kepada pendidikan tanpa diskriminasi ini membolehkan MBK menyertai 2 jenis program bergantung kepada syarat yang mereka penuhi iaitu inklusif separa dan inklusif penuh. matlamat pendiudikan inklusif adalah meningkatkan peluang peneyrtaan murid MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama dalam arus perdana. Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner, guru , ibu bapa dan rakan merupakan mesosistem yakni yang paling rapat dengan murid secara langsung memberi pengaruh kepada murid (Noriati, Boon, Zuraidah, dan Sharifah, 2017). Oleh itu, mereka ini merupakan faktor penting kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Faktor murid iaitu murid normal sebagai rakan kelas dan MBK itu sendiri sebagai subjek program ini berkait rapat dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. MBK itu sendiri perlu memenuhi syarat mengikuti program pendidikan inklusif agar tidak menghalang proses pembelajaran dan pengajaran dan tidak melakukan pengubahsuaian yang besar terhadap pelaksanaan aktiviti pengajaran di dalam kelas tersebut. Murid normal pula perlu mendapat pendedahan mengenai MBK agar mereka faham dan menerima perbezaan seterusnya meningkatkan integrasi sosial antara mereka. Hal...


Similar Free PDFs