PERMAINAN “QUENTION HUNT” DALAM MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN LIMA PDF

Title PERMAINAN “QUENTION HUNT” DALAM MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN LIMA
Author Ling Mei-Teng
Pages 16
File Size 546.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 66
Total Views 120

Summary

KAJIAN TINDAKAN ”QUESTION HUNT” TAJUK KAJIAN PERMAINAN “QUENTION HUNT” DALAM MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN LIMA OLEH : LING MEI TENG 89507 PENAMPANG, SABAH OGOS-SEPTEMBER 2012 ABSTRAK Kajian tindakan yang gurujalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan m...


Description

Accelerat ing t he world's research.

PERMAINAN “QUENTION HUNT” DALAM MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN LIMA Ling Mei-Teng

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Archimedes's Learning Kit for Secondary Level - PhD T hesis Malaysian Aut hor Abu Bakar Abdullah

T HE DEVELOPMENT OF T EACHING & LEARNING MODEL AND ARCHIMEDES’ PRINCIPLE LEARNING KIT F… Abu Bakar Abdullah 2010: Buku 2010 , Penilaian Prest asi pendidikan di Inst it usi Pengajian T inggi , Pendekat an Penilaian Te… Nangkula Ut abert a

KAJIAN TINDAKAN ”QUESTION HUNT”

TAJUK KAJIAN

PERMAINAN “QUENTION HUNT” DALAM MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN LIMA

OLEH :

LING MEI TENG

89507 PENAMPANG, SABAH

OGOS-SEPTEMBER 2012

ABSTRAK

Kajian tindakan yang gurujalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Biologi bagi pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2012. Seramai41 pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan pemerhatian dan melalui penilaian keputusan peperiksaan semester satu 2012pelajar. Hasil daripada tinjauan, guru mendapati keputusan pelajar masih tidak mencapai ETR yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Di samping itu, kebanyakan pelajar berkeupayaan rendah turut gagal dalam peperiksaan tersebut. Daripada kertas peperiksaan yang telah diperiksa, mereka tidak menjawab kebanyakan soalan termasuklah soalan berbentuk melabel dan mengira. Pelajar juga tidak berminat dalam subjek Sains (Biologi, Kimia dan Fizik). Guru telah memperkenalkan Permainan Question Hunt. Melalui permainan ini, pelajar belajar sambil bermain. Pelajar yang berkeupayaan tinggi turut dapat membantu pelajar yang berkeupayaan rendah. Gred pelajar dalam ujia pos didapati meningkat dan pelajar yang selalunya tidak memberi jawapan telah cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan. Mereka telah lebih berminat dalam subjek ini berbanding sebelum kajian ini dilakukan. Belajar sambil bermain bukan sahaja berkesan dalam subjek Biologi sahaja tetapi sesuai untuk subjek lain seperti Geografi.

2

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK ...................................................................................................................................... 2 ISI KANDUNGAN ......................................................................................................................... 3 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ..................................................... 4 2. FOKUS KAJIAN ................................................................................................................. 5 3. OBJEKTIF KAJIAN ............................................................................................................ 5 4. KUMPULAN SASARAN ................................................................................................... 5 5. PELAKSANAAN KAJIAN................................................................................................. 6 5.1 5.2

6

Merancang tindakan ..................................................................................................... 6 Pelaksanaan .................................................................................................................... 10

5.2.1

Ujian Pra ................................................................................................................. 10

5.2.2

Pembahagian Kumpulan ......................................................................................... 10

5.2.3

Pelaksanaan Permainan ........................................................................................... 11

5.2.4

Penerangan jawapan dan beri motivasi ................................................................... 14

5.2.5

Ujian pos ................................................................................................................. 14

PERBINCANGAN ............................................................................................................... 15 6.1

Pemerhatian Dan Perbincangan ..................................................................................... 15

6.2

Cadangan ........................................................................................................................ 15

3

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Merujuk kepada analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 dalam 1 kelas yang diajar oleh guru dan 1 kelas yang diajar oleh guru lain, keputusan dalam mata pelajaran Biologi bagi pelajar Tingkatan 4 adalah tidak memuaskan dan sangat lemah. Kebanyakan pelajar dalam kelas 5 Sains 2 tidak mempunyai minat dalam mata pelajaran Sains kerana mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk masuk ke aliran tersebut. Selain daripada itu, asas dalam mata pelajaran Sains semasa Tingkatan Tiga juga lemah. Pelajar daam kelas tersebut mempunyai pelajar yang mendapat gred D dalam mata pelajaran Sains. Kelas 5 Sains 1 turut amat membimbangkan guru kerana jurang akademik mereka amatlah jauh iaitu pelajar yang berpengetahuan tinggi boleh mencapai markah lebih daripada 80 manakala pelajar yang berpengetahuan rendah mendapat markah kurang daripada 20. Apabila mereka telah naik ke Tingkatan Lima, pelajar mempunyai tanggapan bahawa subjek-subjek Sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik adalah susah dan membosankan. Mereka tidak berminat untuk belajar dan tidak mempedulikan markah mereka. Malah terdapat seorang pelajar pernah memberitahu guru bahawa, “belajar atau tidak belajar, keputusan saya masih sama sahaja, gagal!” Merujuk kepada Carta Bar dalam Rajah 1, 23 daripada 41 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi gagal dalam peperiksaan semester 1. Ini bermakna lebih daripada 50% pelajar yang mendapat gred G dalam mata pelajaran ini. Selain daripada itu, hanya dua orang yang mendapat A- dalam mata pelajaran tersebut. 25

23

bilangan pelajar

20 15 10 5

3

4

5 3 1

2 0

0

0

A

A+

0 G

E

D

C

C+

B

B+

A-

gred

Rajah 1: Bilangan Pelajar Melawan Gred Keputusan Dalam Peperiksaan Semester 1

4

Daripada pemerhatian guru, masalah utama yang timbul dalam kalangan pelajar adalah kurang minat terhadap subjek Biologi. Pelajar sering kali menganggap Biologi merupakan satu mata pelajaran yang melibatkan banyak fakta dan perlu memori yang baik untuk menghafal. Selain daripada itu, pelajar mempunyai sikap terus berputus asa sekiranya tidak dapat menyelesaikan sesuatu soalan. Walaupun dipujuk oleh guru berulang kali, mereka tidak ingin meneruskan latihan kerana menganggap bahawa mereka tidak boleh menyelesaikannya langsung. Sikap ini telah menyebabkan pelajar tidak ingin menjawab soalan di kertas dua kerana perlukan pengetahuan Biologi. Terdapat pelajar yang tidak menjawab bahagian esei dalam kertas dua.

2. FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini, satu permainan Question Hunt telah dirancang dan dilaksanakan. Beberapa topik telah dipilih iaitu topik yang melibatkan pengiraan seperti pengiraan kalori makanan, ekologi populasi dan aliran tenaga dalam rantai manakan. Selain itu, topik yang turut dilibatkan adalah bab ekosistem.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran tersebut.

Objektif Khusus Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Biologi.

4. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 41 orang pelajar Tingkatan 5 Sains SMK Bahang yang mengambil mata pelajar Biologi untuk SPM 2012. Jadual 1: Bilangan Pelajar mengikut Kelas dan Jantina

Pelajar

4S1

4S2

Jumlah

Perempuan

17

10

27

Lelaki

12

2

14

Jumlah

29

12

41

5

5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1

Merancang tindakan

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, guru telah menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan. Dalam fasa perancangan, guru perlu mendefinisikan konteks treasure hunt, topik yang terlibat dan jenis soalan. Selain itu, guru juga membuat perancangan dalam peraturan permainan, bilangan pelajar dalam kumpulan, tempat atau kawasan permainan, bilangan soalan yang diperlukan, dan masa untuk permainan.

5.1.1

DefinisiKonsep Question Hunt adalah sejenis permainan serupa dengan Treasure Hunt iaitumelibatkan satu atau lebih pemain yang cuba untuk mencari barang tersembunyi, lokasi atau tempattempat dengan menggunakan satu siri petunjuk. Dalam kajian ini, pelajar dikehendaki mencari soalan-soalan yang tersembunyi di kawasan-kawasan tertentu dan menjawab soalan tersebut. Jika soalan yang dijawap adalah betul, maka petunjuk untuk soalan yang kedua akan diberikan oleh guru.

5.1.2

Topik yang terlibat Kebanyakan soalan yang diambil daripada Bab 8 dan Bab 9 Tingkatan Empat. Ini kerana pelajar tidak dapat membuat soalan yang melibatkan pengiraan bagi Bab tersebut. Selain daripada itu, soalan daripada topik-topik lain turut dimasukkan. Senarai soalan ditunjukkan dalam Lampiran 1.

5.1.3

Jenis Soalan dan Bilangan Soalan Soalan yang terlibat dalam permainan ini adalah soalan jenis subjektif, termasuklah pengiraan, mengisi tempat kosong dan soalan struktur ringkas. Guru telah menyediakan 20 soalan dan diletakkan di kawasan-kawasan tertentu.

5.1.4

Peraturan permainan Pelajar terbahagi kepada kumpulan yang ditetapkan oleh guru. Pelajar tidak dibenarkan menukar kumpulan sesuka hati. Pelajar dibenarkan untuk merujuk kepada buku untuk mendapatkan jawapan yang betul. Selepas pelajar mendapat nota kecil daripada guru untuk mencari lokasi yang pertama, barulah permainan dimulakan. Pelajar yang telah berjaya mencarilokasi yang pertama akan mencari soalan di lokasi tersebut. Setelah

6

mendapat soalan, pelajar perlu berjumpa dengan guru unruk memberitahu jawapan yang betul. Setiap pelajar dalam kumpulan perlu memahami soalan dan berupaya menjawab soalan yang dicari. Setiap soalan perlu dijawab oleh pelajar yang berlainan dalam kumpulan tersebut. Kemudian, permainan diteruskan dengan pemberian petunjuk lokasi kedua daripada guru untuk mencari soalan yang seterusnya. Pelajar tidak dibenarkan mencari soalan kedua sekiranya soalan yang pertama belum berjaya dijawab dengan betul. Kumpulan yang paling cepat menperolehi semua soalan dan menjawab dengan tepat adalah pemenang.

5.1.5

Tempat / Kawasan permainan Kawasan permainan dijalankan adalah kawasan dewan terbuka sekolah dan kantin sekolah. Soalan-soalan klu dilekatkan di kawasan-kawasan yang tersembunyi untuk dicari oleh pelajar. Sebanyak 10 lokasi telah dikenalpasti untuk menyembunyikan soalansoalan tersebut. Rajah 2 menunjukkan peta lokasi soalan tersembunyi.

KIOSK USAHAWAN

PENTAS

PONDOK KIOSK

TIA NG BEN PONDOK PON SURAT DOK KHABAR SUR TON TONG KITAR G SEMULA KIT

TIANG BENDERA

KANTIN SEKOLAH

TAPAK PERHIMPUNAN

TAMAN PSK

LALUAN KE KANTIN

Rajah 2: Peta lokasi soalan

7

Petunjuk lokasi ditulis dalam nota kecil yang dipegang oleh guru. Petunjuk-petunjuk tersebut ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Petunjuk Lokasi dan Lokasi Bilangan

Petunjuk

Lokasi

1.

Berita lampau

Pondok surat khabar lama

2.

Sampah bagi kamu, emas bagi kami.

Tong kitar semula

3.

Bersedia

Belakang pentas

4.

Journey of the life

Pentas utama

5.

Berkumpul kita di sini demi

Tiang-tiang di tapak

perjuangan hari ini

perhimpunan

6.

Tulang belakang tegak

Tiang bendera

7.

Fotosintesis & respirasi

Taman PSK

8.

Enzim pencernaan menjadi aktif.

Tempat penjualan makanan di kantin

5.1.6

9.

Enzim pencernaan mula berfungsi

Meja di kantin

10.

Sama-sama duduk, buatan rimba

Pondok kioks

11.

Usahawan berjuang

Koisk

Masa permainan Guru menggunakan masa kelas tambahan untuk menjalankan aktiviti ini. Masa yang diambil adalah selama dua jam (2.00pm-4.00pm). Jadual 3 menunjukkan pembahagian masa untuk permainan ini.

Jadual 3: Pembahagian masa Masa

Aktiviti

15 minit

Ujian pra

15 minit

Pembahagian kumpulan dan penerangan peraturan

60 minit

Permainan

15 minit

Penerangan jawapan dan beri motivasi

15 minit

Ujian pos

8

5.1.7

Bilangan pelajar dalam kumpulan Oleh kerana 5 Sains 1 dan 5 Sains 2 berada dalam kelas yang berasingan, guru akan menjalankan permainan ini selama dua hari yang berlainan. Pelajar 5 Sains 1 terdiri daripada 29 pelajar manakala pelajar 5 Sains 2 yang mengambil Biologi adalah seramai 12 orang. Maka, setiap kumpulan pelajar terdiri daripada 4 orang pelajar. Pelajar dalam kumpulan disusun oleh guru. Tujuan penyusunan demikian adalah supaya pelajar yang berpengetahuan tinggi dapat membantu pelajar yang berpengetahuan rendah, iaitu mendekatkan jurang akademik dalam kalangan pelajar.

Jadual 1: Pembahagian Kumpulan Pelajar 5 Sains 1 dan 5 Sains 2 Kumpulan 1

3

5

7

9

Pelajar Adeline Lee Ting JesslineSemon Bernie Joikon Sheva Jayrin Jeffery Liew Kazli Syafiq

Kumpulan 2

Agnes Desmond Eddy Charlotte Erecca Sandrah Theresa Kimberly

8

4

6

10

9

Pelajar Tay Gladys Farahin Alexandra Jessica Keith Winson Eldora Fenella Jester Natalia Paul Chia Bonyventure Randy Renee Elsie Afnie Josephine Maitelinda Norah

5.2

Pelaksanaan

5.2.1

Ujian Pra

Gambar 1: Pelajar sedang menjawab Ujian Pra Sebanyak 20 soalan yang bakal ditanya dalam soalan permainan telah diberikan kepada pelajar untuk dijawab.Carta bar dalam Rajah 2 menunjukkan bilangan pelajar dan keputusan mengikut gred untuk ujian pra.

25

Bilangan Pelajar

20 15 10

Ujian Pra

5 0 A+

A

A-

B+

B

C+

C

D

E

G

Gred

Rajah 2: Bilangan pelajar melawan Gred Ujian Pra

Analisis mendapati kebanyakan pelajar tidak menjawab soalan terutamanya soalan pengiraan. Pelajar memberitahu guru mereka telah lupa cara atau langkah mendapat jawapan. Selain itu, mereka tidak berminat dalam mata pelajaran Biologi kerana menganggapnya bosan dan perlu banyak mengingat.

5.2.2

Pembahagian Kumpulan Pelajar 5 Sains 1 terbahagi kepada tujuh kumpulan seperti dirancang manakala 5 Sains 2 terbahagi kepada 3 kumpulan. Sembilan kumpulan terdiri daripada empat pelajar dan sekumpulan

10

terdiri daripada lima orang pelajar. Semua pelajar hadir pada hari tersebut. Pembahagian pelajar dilakukan dalam masa yang ditetapkan kerana guru telah memberitahu pelajar kumpulan mereka sehari sebelum permainan dijalankan. Pelajar telah membawa buku rujukan dan buku teks sebagai rujukan. Pelajar kelihatan gembira dan berminat untuk mengikuti permainan ini.

5.2.3

Pelaksanaan Permainan Seperti yang dirancangkan, permainan dimulakan dengan pembahagian nota kecil petunjuk lokasi soalan telah diberikan kepada kumpulan pelajar. Masa permainan adalah selama 1 jam. Pelajar dibenarkan merujuk kepada buku rujukan untuk mendapatkan jawapan. Kesemua pelajar perlu menunjukkan jawapan kepada guru untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.

Gambar 2: Pelajar telah dapat mencari soalan dan sedang menyelesaikan soalan tersebut

Gambar 2: Pelajar telah dapat mencari soalan dan sedang menyelesaikan soalan tersebut

11

Gambar 3: Pelajar telah dapat mencari soalan dan sedang menyelesaikan soalan tersebut

Gambar 4: Pelajar merujuk kepada buku rujukan untuk menjawab soalan

Gambar 5: Menyelesaikan soalan yang berada di pasu bunga di Taman PSK

12

Gambar 6: Berbincang untuk mendapatkan jawapan

Gambar 7: Berusaha menyelesaikan soalan

Gambar 8: Menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh

13

Gambar 9: Merujuk kepada buku dan perbincangan 5.2.4

Penerangan jawapan dan beri motivasi Guru menerangkan jawapan kepada pelajar dan memberitahu jawapan sebenar kepada pelajar. Guru meneruskan dengan sesi soal jawab kepada pelajar. Selepas selesaikan aktiviti soal jawab, guru memberi motivasi kepada pelajar bahawa mereka boleh menjawab soalan dan mampu menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang sekiranya mereka berusaha.

Ujian pos Guru telah meneruskan kajian ini dengan memberi ujian pos kepada pelajar. Ujian pos ini dijalankan dalam makmal Biologi sebaik sahaja aktiviti selesai dijalankan. Soalan ujian pos adalah hampir serupa dengan ujian pra. Soalan-soalan tersebut dikeluarkan daripada topik yang sama, terutamanya soalan berbentuk pengiraan. Ujian pos dijalankan selama 15 minit. Carta bar dalam Rajah 3 menunjukkan perbezaan gred ujian pra dan ujian pos untuk pelajar 5 Sains 1 dan 5 Sains 2. 25 Bilangan Pelajar

5.2.5

20 15 Ujian Pra

10

Ujian Pos 5 0 A+

A

A-

B+

B

C+

C

D

E

G

Gred

Rajah 3: Perbezaan gred Ujian Pra dan Ujian Pos

14

6

PERBINCANGAN

6.1

Pemerhatian Dan Perbincangan Question Hunt merupakan satu aktiviti yang berjaya menarik minat pelajar dalam subjek tertentu. Mereka berasa seronok apabila boleh bermain sambil belajar. Daripada peningkatan gred yang, guru mendapati pelajar telah berjaya menjawab soalan yang selama ini dibiarkan kosong. Walaupun masih terdapat pelajar yang memberi jawapan yang tidak tepat, tetapi sekurangkurangnya mereka telah cuba menjawab dan tidak menhantar “kertas tanpa jawapan” kepada guru. Walaupun Treasure Hunt (mencari harta karun) adalah satu permainan, tetapi kaedah permainan mampu menarik minat pelajar untuk terus meneroka dalam subjek tertentu. Pelajar yang kurang aktif dalam kelas dan bersifat pendiam menunjukkan sikap yang positif apabila membuat aktiviti dalam kumpulan melalui permainan. Pelajar bertungkus lumus untuk mendapatkan jawapan daripada buku rujukan dan buku teks, di mana jarang-jarang sekali disentuh oleh pelajar kerana tidak berminat dalam subjek tersebut.

6.2

Cadangan Kaedah permainan mencari harta karun bukan sahaja sesuai untuk subjek Biologi, malah permainan ini sangat sesuai untuk subjek Geografi. Ini merana pengkaji boleh menyediakan peta dan meminta pelajar mencari l...


Similar Free PDFs