PPPY 1282 KAEDAH PENYELIDIKAN (SEM 1 09/10) PDF

Title PPPY 1282 KAEDAH PENYELIDIKAN (SEM 1 09/10)
Author Nurbazla Ismail
Pages 20
File Size 105.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 338
Total Views 405

Summary

1 1.0 PENDAHULUAN Kebebasan diri boleh ditafsirkan mengikut pandangan masing-masing menggunakan akal fikiran. Ada sesetengah orang yang menafsirkan kebebasan diri secara mutlak dan tidak boleh dihalang walau sedikitpun. Sesetengahnya pula mengehadkan kebebasan diri dengan perkara tertentu. Contohnya...


Description

1

1.0

PENDAHULUAN

Kebebasan diri boleh ditafsirkan mengikut pandangan masing-masing menggunakan akal fikiran. Ada sesetengah orang yang menafsirkan kebebasan diri secara mutlak dan tidak boleh dihalang walau sedikitpun. Sesetengahnya pula mengehadkan kebebasan diri dengan perkara tertentu. Contohnya, dalam melakukan ibadat kepada Tuhan, umat Islam perlu dipandu kepada syariat supaya tidak terpesong dan sesat. Dengan ini, masyarakat sentiasa terjamin keselamatannya dan dilindungi berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

2.0

LATAR BELAKANG/PERMASALAHAN KAJIAN

Kebelakangan ini, jika dilihat kepada akhlak dan nilai moral mahasiswa/i Islam di UKM sangatlah teruk tetapi bukanlah secara keseluruhannya begitu. Namun, pada hakikatnya, itulah yang dapat kita lihat apabila diperhatikan di sekeliling. Mahasiswa/i Islam tidak lagi mencerminkan identiti umat Islam yang sepatutnya ditonjolkan dalam diri para pelajar. Jika dahulu, kita dapat membezakan dengan jelas antara mahasiswa/i Islam dan bukan Islam dari segi pemakaiannya, tingkah lakunya, akhlaknya, cara percakapannya dan sebagainya. Namun kini, sukar untuk dibezakan yang mana satu mahasiswa/i Islam ataupun tidak.

Terdapat sesetengah ibu bapa yang terlalu mengongkong kehidupan peribadi anak mereka. Jadi, apabila anak-anak tersebut terlepas ke dunia luar dan jauh daripada keluarga, remaja tersebut sudah tentu merasa bebas, hidup sebagai seorang mahasiswa/i universiti. Bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan ibu bapa. Terkadang mereka terlalu leka dengan dunia luar, menjadikan mahasiswa/i ini tidak lagi menghiraukan batas-batas agama dan hukum-hukum syarak walhal mereka tahu apa yang boleh, dan apa yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang Muslim.

2

Seseorang insan yang bergelar remaja, tambah-tambah lagi mendapat gelaran mahasiswa/i sudah tentulah mempunyai pemikiran yang luas berserta idea-idea yang bernas untuk diutarakan di khalayak ramai. Namun, silap faham mengenai maksud sebenar kebebasan diri menjadikan mereka hanyut dalam dunianya sendiri. Membuat sesuatu tanpa usul periksa, kerana terlalu mengikut hati muda yang sentiasa inginkan kelainan dan perkara baru.

Ketika umat Islam pada masa sekarang sedang menuju kebangkitan peradaban yang komprehensif, walau apapun, mahasiswa/i masih memerlukan pembinaan kemanusiaan yang berasaskan prinsip-prinsip Islam yang suci dan akhlak-akhlak mulia. Tanpa akhlak, Islam tidak akan abadi. Dan tidak ada akhlak tanpa memerhatikan pendidikan agama yang benar.

3.0

MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor silap faham erti sebenar kebebasan di kalangan mahasiswa/i Islam.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

a. Mencari hubungan antara silap faham erti kebebasan di kalangan mahasiswa/i Islam dan erti kebebasan sebenar menurut Islam. b. Mengenalpasti cara untuk memantapkan jati diri umat khususnya mahasiswa/i Islam UKM selaras dengan nilai-nilai murni agama Islam dan nilai Asia dalam batasan yang tidak bercanggah dengan agama Islam. c. Mengukur tahap kefahaman mahasiswa/i Islam tentang erti sebenar kebebasan. d. Mengkaji jalan penyelesaian terbaik yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.

3

5.0 DEFINISI OPERASI KAJIAN

5.1 Salah Faham : Tidak mengerti hal yang sebenarnya ( silap mengerti )

5.2 Kebebasan : Keadaan bebas atau kemerdekaan. Boleh juga ditakrifkan sebagai individu yang dapat membuat sesuatu dengan sewenang-wenangnya serta terlepas daripada kewajipan dan keterikatan.

5.3 Mahasiswa/i : Pelajar atau penuntut di universiti

5.4 Islam : Agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW

6.0

LIMITASI KAJIAN

6.1 Limitasi masa Kajian dijalankan pada 12 Disember 2009 hingga 30 April 2010

6.2 Limitasi tempat Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor Darul Ehsan

6.3 Limitasi subjek Kajian yang dijalankan adalah satu kajian ilmiah yang berbentuk kajian lapangan. Skop penyelidikan ini hanya memberi fokus tentang salah faham erti sebenar kebebasan di kalangan mahasiswa/wi Islam di UKM, Bangi.

4

7.0

HIPOTESIS KAJIAN

Salah faham tentang erti sebenar kebebasan menjadikan mahasiswa/i bebas melakukan apa sahaja tanpa ada sekatan.

8.0

METODOLOGI KAJIAN

Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi kajian perlu digunakan. Justeru, kajian ini akan menggunakan metodologi:

8.1 Jenis Kajian Jenis kajian yang akan di jalankan ialah :

8.1.1 Kajian Lapangan ( fieldwork research ) : Kajian lapangan dijalankan untuk mendapatkan maklumat, gambaran serta data yang lebih tepat mengenai penyelidikan ini. Penyelidik akan menjalankan kajian lapangan seperti melakukan pemerhatian. Penyelidik akan menjalankan pemerhatian terhadap sikap dan tingkahlaku mahasiswa/i Islam di sekitar UKM. Melalui kaedah ini, penyelidik akan mendapat gambaran serba sedikit terhadap tingkahlaku mahasiswa/i UKM yang agak bebas.

8.1.2 Kajian Perpustakaan ( arm chair research ) : Kajian perpustakaan akan dijalankan bagi mencari dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian kes. Antara bahan yang terlibat dalam pencarian maklumat ini ialah buku, akhbar, jurnal, majalah,artikel, blog, tesis, internet dan lain-lain.

8.2 Persampelan Melalui persampelan, penyelidik akan menjelaskan beberapa kaedah dan rasional persampelan yang digunakan dalam kajian, jumlah sampel yang digunakan, skala kajian dan kawasan sampel yang dipilih.

5

8.2.1 Kaedah Persampelan Penyelidik akan menggunakan dua bentuk metodologi bagi mendapatkan data dalam kajian ini. Kaedah tersebut ialah melalui soal selidik dan temu bual.

Kaedah soalselidik: Penyelidik akan menjalankan soal selidik sebagai salah satu cara untuk mendapatkan data. Soalselidik ini menggunakan dua bentuk soalan iaitu soalan berstruktur dan soalan terbuka. Manakala, persampelan yang akan digunakan ialah persampelan kuota yang mana ia termasuk dalam persampelan secara non-probaliti. Persampelan ini dipilih sebagai sampel dalam kajian kerana ia akan memudahkan penyelidik menetapkan jumlah sampel bagi setiap fakulti dan ia juga akan memudahkan dalam penganalisaan data. Selain itu, teknik ini juga tidak memerlukan masa yang lama untuk disiapkan di samping kosnya yang agak rendah.

Kaedah temubual: Penyelidik akan menggunakan kaedah temu bual iaitu kaedah secara lansung untuk mendapatkan maklumat berbentuk pandangan daripada responden. Temubual yang dijalankan adalah temubual berstruktur. Penyelidik memilih temubual berstruktur ini kerana ia akan menjimatkan masa penyelidik dan responden akan memberikan jawapan mengikut kehendak penyelidik.

8.2.2 Skala Kajian : Penyelidik akan menggunakan skala Likert dalam kaedah soalselidik sebagai skala kajian. Skala jenis ini sangat sesuai digunakan untuk mengukur tahap kefahaman mahasiswa/i tentang kebebasan.

8.2.3 Kawasan Kajian: Penyelidik telah memilih kawasan sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Bangi sebagai kawasan kajian. Ini kerana permasalahan yang ingin dikaji oleh penyelidik adalah berkenaan dengan mahasiswa/i Islam di UKM Bangi.

6

8.2.4 Sampel Kajian : Penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik kepada kesemua 370 orang mahasiswa/i Islam di sekitar UKM Bangi yang diambil berdasarkan kadar anggaran sebanyak 10000 orang mahasiswa/i Islam di seluruh UKM Bangi. Jumlah soalselidik yang akan diedarkan adalah mengikut Jadual Kadar Populasi (N) dan sampel (S).

8.3 Instrumen Kajian Antara instrumen kajian yang akan digunakan oleh penyelidik ialah ;

8.3.1 Soal Selidik : Soal selidik dipilih kerana ia adalah langkah yang mudah dan efektif dalam mengumpulkan data serta menjimatkan masa, kos dan tenaga. Jumlah soalan dalam borang soal selidik ini bilangannya dianggap releven untuk tujuan kajian ini iaitu 25 soalan untuk diberikan kepada 370 orang mahasiswa/i berdasarkan jumlah keseluruhan pelajar Islam UKM yang dianggarkan seramai 10 000 orang. Bagi setiap fakulti, akan diedarkan sebanyak 46 borang iaitu 23 borang untuk mahasiswa manakala 23 borang lagi untuk mahasiswi. Jumlah ini diambil berdasarkan kesemua 370 borang yang dibahagikan kepada 8 fakulti yang wujud di sekitar UKM Bangi. Pembahagian jantina ini yang akan dilakukan oleh penyelidik adalah penting bagi mengukur tahap kefahaman mahasiswa/i Islam yang mempunyai pemikiran yang berbeza. Contoh soalselidik yang akan dijalankan adalah seperti yang terdapat pada lampiran A.

8.3.2 Temubual : Selain itu juga, penyelidik akan menggunakan kaedah temubual dalam mendapatkan maklumat untuk kajian ini. Penyelidik akan mengkhususkan kepada 8 orang pensyarah untuk ditemubual yang terdiri daripada 4 orang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam Jabatan Dakwah dan Kepimpinan dan 4 orang pensyarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia. Ini kerana penyelidik mahu mengkhususkan kepada pensyarah yang mempunyai kecenderungan yang menjurus kepada permasalahan kajian ini. Pensyarah ini diharap dapat membantu penyelidik mencari penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah ini. Temubual adalah melalui kaedah face to face antara penyelidik dan pihak responden

7

sama ada melalui temubual berstruktur, temubual tidak berstruktur dan temubual melalui telefon. Contoh soalan yang akan ditanya boleh dirujuk pada lampiran B.

8.3.3 Kaedah Analisis Data Penyelidik akan menggunakan analisis data secara berkomputer menggunakan SPSS (Servise Package for Sceince Social) untuk mendapatkan keputusan analisis yang tepat.

9.0

ULASAN KEPUSTAKAAN (LITERATURE REVIEW)

Kajian ini dilakukan dengan berpandukan beberapa sumber yang dibuat oleh penyelidik. Antara sumber yang telah dirujuk adalah seperti laporan akhbar Berita Harian (Erti merdeka ikut Islam, Minda generasi muda masih menyimpang daripada erti kebebasan, Konsep kebebasan Islam disalah ertikan), artikel-artikel dripada blog dan laman web seperti artikel “Menyelami erti falsafah kemerdekaan sebenar” oleh Mohd Nabil Majdi al-Muslihi dalam blog Laman Sufi Salafi.blogspot, http://zaharuddinmuhammad. blogspot.com. (Erti kemerdekaan yang sebenar), artikel ‘Kemerdekaan Jiwa Lambang Kebebasan Sebenar’ oleh Noor Shakirah Mat Akhir, Khutbah Jumaat dripada JAIS (Kebebasan yang disalah ertikan), serta buku-buku rujukan seperti Reason, Freedom, & Democracy in Islam karya Mahmoud Sadri & Ahmad Sadri, Islam ideology and the way of life karya

Afzalur Rahman, Hak al-Hurriyyah fi al-‘Alam karya Wahbah

Zuhailiyy dan Psikologi Anak dan Remaja Muslim karya Abdul Rosyad Shiddiq dan Ahmad Vathir Zaman.

Menurut artikel dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Ogos 2005 ada menyatakan tentang golongan muda yang masih belum memahami takrif merdeka menurut Islam berpandukan kata-kata Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Di sini, beliau menyimpulkan erti kemerdekaan menurut Islam iaitu umat yang dapat berfikir dengan bebas apa yang baik untuk dilakukan pada diri, bangsa atau kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi dan tiada yang ditakuti kecuali Allah serta segala tindakan mestilah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Di samping

8

itu, beliau turut menitikkan rasa kesal terhadap sikap golongan muda mudi yang memahami erti kemerdekaan itu bebas melakukan apa sahaja sehingga keluar daripada landasan agama lantas terjerumus ke lembah kemaksiatan. Berdasarkan artikel ini, ia menerangkan erti perkataan merdeka yang membawa membawa maksud kebebasan diri atau jiwa individu seperti yang dikehendaki oleh penyelidik. Jadi, dengan ini penyelidik dapat mengetahui maksud kemerdekaan menurut Islam sahaja dan ia tidak menerangkan erti kemerdekaan atau kebebasan menurut Barat, cuma menerangkan sedikit tentang jenis penjajahan minda yang dibawa oleh Barat.

Menurut keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh 6 September 2005 dalam artikel yang bertajuk ‘Minda Generasi Muda Masih menyimpang dari Erti Kebebasan’ juga menyatakan tentang generasi muda yang masih belum memenuhi takrifan merdeka atau kebebasan menurut Islam seperti keratan yang lalu. Ia juga menerangkan erti kemerdekaan bagi genarasi terdahulu iaitu kemerdekaan dengan air mata dan darah. Di samping itu, ia juga menceritakan tentang penjajahan minda oleh golongan Barat pada era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini. Pada pandangan penyelidik, artikel ini menyerupai artikel yang lepas bertarikh 23 Ogos cuma ia lebih menekankan tentang penjajahan minda dan maksud kemerdekaan yang diberikankanya lebih cenderung kepada kemerdekaan daripada penjajah bukannya erti kebebasan jiwa seperti yang dikehendaki oleh penyelidik.

Menurut keratan akhbar Beritan Harian bertarikh 2 Jun 2007, artikel yang ditulis oleh Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UDM menyatakan mengenai konsep kebebasan sebenar di dalam Islam yang telah disalah ertikan oleh kebanyakkan masyarakat Islam. Rata-rata mereka memahami kebebasan dalam erti kata boleh melakukan apa sahaja menurut kehendak hati dan nafsu biarpun ia bercanggah dengan agama dan disebabkan ini, mereka bebas menerima apa sahaja yang datang dari Barat. Selain itu, artikel ini juga menerangkan tentang konsep kebebasan Islam dalam pelbagai aspek seperti kebebasan individu, kebebasan masyarakat, kebebasan bernegara, kebebasan pendapat, kebebasan beragama dan kebebasan asasi. Berdasrkan artikel ini, penyelidik mendapati ia amat sesuai sebagai rujukan kepada penyelidik untuk mengetahui konsep kebebasan sebenar menurut Islam dan aspek-aspek kebebasan yang dinyatakan cuma penjelasan bagi setiap aspek kebebasan itu sangat ringkas.

9

Menurut artikel yang ditulis oleh Mohd Nabil Mujdi Al-Muslihi di dalam blognya, ia membahaskan isu erti falsafah kemerdekaan sebenar di kalangan rakyat Malaysia. Bagi rakyat Malaysia kini terutamanya di kalangan muda mudi memahami erti falsafah kemerdekaan itu ialah mereka bebas melakukan apa sahaja apabila tiba Hari Kemerdekaan bagi negara kita dengan bersoronok dan bersuka-ria tanpa memahami erti sebenar kemerdekaan itu. Namun, sambutan kemerdekaan yang sepatutnya lambang kebebasan bertukar menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia masih dijajah. Kalau dahulu, umat Melayu dijajah dalam bentuk fizikal, hari ini mereka dijajah dalam bentuk fikiran. Berdasarkan artikel ini, penyelidik mendapati kandungannya lebih membincangkan kepada erti kemerdekaan bagi negara kita bukannya erti kebebasan seperti yang dikehendaki oleh penyelidik.

Menurut artikel ‘kemerdekaan Jiwa Lambang Kebebasan Sebenar’ yang ditulis oleh Noor Shakirah Mat Akhir iaitu seorang pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia membincangkan mengenai erti kemerdekaan yang sebenar adalah terlalu luas merangkumi kehidupan termasuk kebebasan jiwa. Ini bermaksud individu yang merdeka ialah inividu yang bebas daripada faktor yang membelenggu dan mengawalnya tanpa kerelaan. Namun, kemerdekaan sebenar bukan juga bermakna kebebasan mutlak tanpa batasan dan peraturan. Di samping itu, beliau turut mengaitkan tentang cara untuk mendapatkan jiwa yang merdeka iaitu melalui proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) untuk melahirkan jiwa yang suci dan ia perlu ditekankan dalam jiwa anak remaja yang telah hanyut dalam gejala sosial masa kini. Berdasarkan artikel ini, penyelidik dapat mengetahui bahawa erti kebebasan yang hendak dikaji adalah termasuk dalam erti kemerdekaan yang terlalu luas skopnya. Dalam artikel ini juga terdapat banyak info-info mengenai erti kebebasan yang banyak membantu penyelidik.

Menurut Khutbah Jumaat ‘Kebebasan yang Disalah Ertikan’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 6 Mac 2009 menitipkan tentang erti kebebasan yang telah didukung oleh Islam. Ia membawa maksud bahawa Islam memberi kebebasan kepada umatnya untuk membuat keputusan, bersuara dan mengkritik atau untuk melakukan apa sahaja, namun, ia bukanlah kebebasan yang mutlak tetapi kebebasan yang terikat pada syarat dan peraturan tertentu. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran agama dan tidak menceroboh

10

hak orang lain, maka, Islam membenarkannya. Selain iu, khutbah Jumaat ini juga turut memuatkan tentang bentuk kebebasan yang terdapat di dalam Islam secara teperinci contohnya kebebasan beriktikad (beragama), kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara atau mengeluarkan pendapat. Melalui bahan ini, penyelidik dapat mengetahui maksud sebenar kebebasan dalam membandingkan erti kebebasan dari sudut Islam dan Barat dengan lebih mendalam.

Menurut buku yang bertajuk ‘Kebebasan berfikir dan berpendapat dalam Islam’ yang ditulis oleh Afif Muhammad, terdapat dua jenis kebebasan iaitu kebebasan nafsu dan naluri. Penulis tersebut menjelaskan bahawa umat Islam bebas berfikir dan mengeluarkan pendapat mengikut kehendak hati mereka dengan syarat bahawa pendapat itu sememangnya pendapat mereka sendiri tetapi penyelidik berpendapat syarat tersebut terlalu umum dan tidak diterangkan dengan jelas hukum bagi sesuatu pendapat itu. Bagaimana jika mereka mengeluarkan pendapat yang tidak dibenarkan oleh syarak? Sudah tentulah pendapat mereka itu tidak boleh diambil kira dan tidak boleh dipakai. Selain itu, penulis juga ada menyebut tentang kebebasan dan kemerdekaan. Namun, kebanyakan contoh yang dikemukakan oleh penulis adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau sebagai seorang pensyarah dalam bidang agama.

Menurut buku ‘Islam ideology and the way of life’ yang ditulis oleh Afzalur Rahman pula, terjemahannya, setiap manusia bebas untuk memilih antara dua cara hidup mengikut hati masing-masing tetapi pada akhirnya, setiap perkara baik yang dilakukan akan diberi ganjaran, dan setiap perkara jahat yang dilakukan akan mendapat balasan. Setiap manusia akan menanggung setiap apa yang dilakukan sama ada baik atau buruk. Semuanya ini dinilai oleh Allah. Penulis juga menyatakan bahawa manusia tidak boleh melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh Allah berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Buku ini adalah antara buku yang dicari oleh penyelidik untuk mencari maksud kebebasan dari segi Islam, yang menerangkan secara teliti aspek-aspek kebebasan yang bertepatan dengan konsep Islam dan disertakan dengan dalil-dalil daripada al-Quran yang berkaitan.

11

Menurut buku ‘Reason, freedom & democracy in Islam’ yang diterjemah dan diedit oleh Mahmoud Sadri dan Ahmad Sadri, terjemahannya, membahagikan kebebasan kepada dua, iaitu luaran dan dalaman ataupun bebas untuk dan bebas daripada ataupun dari segi positif dan negatif. Dalam buku ini, penulis lebih menekankan kepada perkaitan antara kebebasan dan demokrasi yang melibatkan politik sama ada dari segi bentuk pemerintahan, keadilan dan sebagainya. Penulis juga lebih banyak menulis berkenaan perkaitan antara sebab dan kebebasan secara ditil. Buku ini tidak banyak membantu penyelidik dalam mencari maksud kebebasan dalam Islam. Namun, sedikit sebanyak membantu dalam memberikan input yang mungkin berguna dalam kajian-kajian lain.

Menurut buku ‘Etika dan Moral, untuk Pengajian Tinggi’ yang ditulis oleh K.Bertens, menerangkan erti kebebasan dalam skop yang sangat luas. Ia memberi beberapa maksud kebebasan berdasarkan skop sosiopolitik yang mana ia berkaitan dengan etika politik atau disebut sebagai ‘falsafah politik’ manakala berdasarkan skop kebebasan individu merangkumi kesewenang-wenangan (kebebasan jiwa), kebebasan fizikal, kebebasan asasi, kebebasan psikologis, kebebasan moral dan kebebasan eksistensial. Penyelidik hanya memfokuskan kepada maksud kesewenang-wenangan atau kebebasan jiwa dalam skop kebebasan individu. Masksud yang dibawa ialah terlepas daripada kewajipan dan keterikatan serta ia dilihat sebagai izin atau kesempatan untuk berb...


Similar Free PDFs