Proposal HLP DOC

Title Proposal HLP
Author M. Mat Jusoh
Pages 1
File Size 76 KB
File Type DOC
Total Downloads 5
Total Views 476

Summary

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK TARANNUM AL-QURAN KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) DI NEGERI SEMBILAN Oleh : Mohd Syahiruddin b. Daud SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban 1. PENDA...


Description

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK TARANNUM AL-QURAN KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) DI NEGERI SEMBILAN Oleh : Mohd Syahiruddin b. Daud SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban 1. PENDAHULUAN Kertas cadangan ini akan membincangkan kajian tentang keberkesanan kaedah- kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) Tarannum Al-Quran yang digunakan oleh guru-guru KKQ di beberapa buah sekolah SMKA dan KAA di sekitar Negeri Sembilan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah- kaedah tertentu yang sesuai, menarik dan berkesan yang boleh dijadikan panduan para guru dan pelajar- pelajar tersebut dalam usaha meningkatkan keberkesanan P&P yang diamalkan. 2. PENGENALAN Subjek Tarannum Al-Quran merupakan salah satu daripada subjek-subjek yang terdapat dalam sukatan pelajaran KKQ. Tarannum Al-Quran ialah seni bacaan Al- Quran secara berlagu dan memperelokkan suara ketika membacanya. Selain Tarannum, subjek-subjek yang diajar ialah Tajwid, Hafazan, Ulum Al-Quran dan Qiraat as-Sab'ah. Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dimulakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum sehingga sekarang. Peraksanaannya berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Kelas KKQ seterusnya diperluaskan ke Kelas Aliran Agama (KAA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) apabila Kementerian Pendidikan Malaysia telah membenarkan pembukaan kelas tersebut pada tahun 1988. 1...


Similar Free PDFs