Puitika Pengabdian dalam Sumsum Bulan Rawan DOCX

Title Puitika Pengabdian dalam Sumsum Bulan Rawan
Author Mohd Fadzil Yusof
Pages 11
File Size 27.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 502
Total Views 559

Summary

Puitika Pengabdian dalam Sumsum Bulan Rawan Mencari karya yang bernafaskan Sastera Islam di abad ini dirasakan semakin penting, lantaran Islam antara subjek yang selalu diberikan tumpuan dalam pelbagai sudut dan disiplin ilmu. Dalam tuntutan sebeginilah subjek dan karya Sastera Islam sangat menarik ...


Description

Puitika Pengabdian dalam Sumsum Bulan Rawan Mencari karya yang bernafaskan Sastera Islam di abad ini dirasakan semakin penting, lantaran Islam antara subjek yang selalu diberikan tumpuan dalam pelbagai sudut dan disiplin ilmu. Dalam tuntutan sebeginilah subjek dan karya Sastera Islam sangat menarik untuk dibaca dan dikaji. Sesungguhnya pengarang atau penyair Sastera Islam, tidak sekadar berinteraksi dengan subjek yang mujarad, streotaip malah mempunyai fleksibeliti dan anjakan kreativitinya. Khususnya dalam pasca tragedi 11 September yang menyaksikan pandangan terhadap Islam mulai terserak di sana sini dan di dalam pelbagai prisma pandangan. Tafsiran-tafsiran terhadap Islam juga bersimpang-siur malah membawa kepada kesalahfahaman yang membimbangkan dan mengundang implikasi tertentu. Kehadiran Sastera Islam hakikatnya bukan semata-mata mempertahankan bentuk dan sesuatu imej keagamaan sebaliknya berperanan secara universal dengan sifat 'Islam' yang terbuka menerima pelbagai idea, reaksi dan anjuran asal sahaja mempunyai pautan dan lingkaran akidah dan syariat yang ditetapkan. Justeru karya Sastera Islam terkadang harus ditelaah daripada sudut suasana dan perubahan latar belakang atau peristiwa yang berlaku. Perubahan ini dapat dilihat daripada cara kepengarangan, pemikiran dan intelektualisme, idealisme yang digarap sehingga menampakkan kemandirian Sastera Islam itu sendiri. Di negara kita, Sasterawan Negara Kemala atau Ahmad Kamal Abdullah antara penyair yang gigih menghasilkan karya yang berdegup dan bernafaskan Sastera Islam dan dia dilihat kesinambungannya daripada awal penglibatan beliau dalam sastera. Perjalanan kepenyairannya sedia dimaklumi umum, bermula daripada tahun 70-an lagi dan mengekalkan gaya kepenyairan yang tersendiri hingga ke saat ini. Di dalam karya beliau yang mutakhir ini, berjudul Sumsum Bulan Rawan (2011) yang merupakan kumpulan puisi yang dikumpulkan daipada 2002 hingga 2010. Kumpulan ini, mengadunkan puisi-puisi yang...


Similar Free PDFs