REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM PENDIDIKAN PDF

Title REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM PENDIDIKAN
Pages 13
File Size 281.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 33
Total Views 127

Summary

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN DT50703 KAEDAH PENYELIDIKAN DAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 SEMESTER 1 SESI PENGAJIAN 2019|2020 TAJUK TUGASAN: ESEI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DAN BAGAIMANA PENYELIDIKAN BOLEH DITAMBAH BAIK MENGGUNAKAN I.R.4.0 NAMA: SABRI BIN BAYANI NO MATRIK: PP1912010T PROGRAM: DIPLOMA PENDID...


Description

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN DT50703 KAEDAH PENYELIDIKAN DAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 SEMESTER 1 SESI PENGAJIAN 2019|2020

TAJUK TUGASAN:

ESEI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DAN BAGAIMANA

PENYELIDIKAN BOLEH

DITAMBAH BAIK MENGGUNAKAN I.R.4.0 NAMA:

SABRI BIN BAYANI

NO MATRIK:

PP1912010T

PROGRAM:

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

NAMA PENSYARAH:

PROFESSOR MADYA Dr ZAKI ISHAK

1

1. Tulis satu esei mengenai Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan berikan pendapat

anda

sendiri

(disokong

oleh

kajian

lepas)

BAGAIMANA

penyelidikan pendidikan dapat ditambahbaik menggunakan cara IR4.0 teknologi/platform. 1.1 PENGENALAN Revolusi industri bukanlah sesuatu yang baharu kita dengar. Apa yang kita gunakan sekarang merupakan hasil daripada revolusi industri yang pertama sehinggalah revolusi industri yang keempat. Kemajuaan teknologi daripada zaman dahulu sehinggalah sekarang mendorong manusia sejagat untuk melakukan inovasi agar ianya seiring dengan peradaban manusia itu sendiri. Gadget yang kita gunakan sudah cukup untuk menceritakan betapa majunya teknologi yang ada berbanding teknologi pada zaman dahulu. Namun begitu, semua ini tidak akan dapat dikecapi tanpa adanya perkembangan ilmu pengetahuan. Ilmu mendorong manusia untuk berubah, menjadi kreatif dan sekaligus melakukan inovasi yang mampu untuk memberikan sumbangan kepada global. 2.1 PENGENALAN REVOLUSI INDUSTRI 2.1.1 REVOLUSI INDUSTRI PERTAMA Perkembangan ilmu pengetahuan telah mengubah dunia dengan membawa perubahan yang besar kepada manusia segajat. Perkembangan ini sekaligus mengubah landskap dunia daripada sudut sektor ekonomi, perindustrian dan tidak lupa juga dalam bidang perdagangan. Kita lihat kepada revolusi industri yang pertama dimana mesin-mesin mula diperkenalkan bagi mengurangkan penggunaan haiwan dan juga tenaga manusia. Perkembangan teknologi dilihat sudah berlaku pada masa ini dimana didalam zaman ini, teknologi mesin sudah mula berkembang terutama daripada bidang pertanian,bidang tekstil dan bidang pengangkutan. Sebagai contoh, penggunaan tenaga haiwan seperti kuda telah dikurangkan kerana pada masa ini telah tercipta kapal wap yang dapat mengangkut pengiriman barang-barang dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang singkat berbanding dengan penggunaan tenaga haiwan.

2

2.1.2 REVOLUSI INDUSTRI KEDUA Perkembangan industri ini tidak terhenti di situ sahaja, kerana tidak lama kemudian revolusi industri kedua telah muncul. Pada masa ini, revolusi ini amat cepat berlaku terutama dinegara-negara yang maju terlibat dalam perang dunia ke-II seperti negara Britain, Jerman, Amerika dan Jepun. Dalam revolusi ini dilihat perkembangan amat ketara daripada sudut teknologi telekomunikasi dan teknologi pengangkutan automotif darat dan udara. Negara kita secara tidak langsung menerima impak hasil daripada revolusi ini. Sebagai contoh, Jinel Noin (2017) di Sabah sendiri, British North Borneo Company menyahut cabaran bagi memenuhi pasaran industri dengan bantuan dasar kerajaan British dengan pengecualian cukai dan jaminan dividen dengan cara syarikat ini telah mengeluarkan modal sebanyak 200,000 Pound Sterling untuk menjalankan perusahaan penanaman getah secara besar-besaran bagi membiayai penanaman getah seluas 20,000 hektar. Penanaman getah besar-besaran ini digunakan sebagai tayar dalam industri automotif di Eropah. 2.1.3 REVOLUSI INDUSTRI KETIGA Seterusnya, peredaran zaman semakin berkembang dan mendorong manusia itu sendiri melakukan suatu inovasi yang berasaskan kepada teknologi. Pada revolusi industri yang sebelumnya, manusia sangat berperanan penting disebalik proses pembuatan dan pengeluaran, namun revolusi industri yang ketiga ini mengurangkan peranan dan penglibatan manusia. Sebagai contoh, pada zaman Perang Dunia II, salah satu komputer yang dikembangkan pada masa itu ialah komputer bernama

Colossus. Komputer ini merupakan mesin yang besar dan menelan tenaga elektrik yang amat tinggi ini dan tidak boleh menerima arahan daripada manusia kecuali menggunakan papan kekunci. Teknologi purba tersebut mendorong manusia melakukan inovasi sehingga terciptanya teknologi komputer yang moden selepas Perang Dunia II ini berakhir. Teknologi-teknologi yang canggih mula ditemukan seperti

Intergrated Chip (IC) dan tekologi komputer pula semakin moden dari segi saiz dan penggunaan tenaga elektrik yang bersesuaian.

3

3.0 PENGENALAN REVOLUSI INDUSTRI/ INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0 (IR4.0) Beralih pula kepada Revolusi Industri 4, dimana pada era ini, akses internet, teknologi maklumat dan juga teknologi robotik sudah semakin meluas digunakan. Jika kita melihat ketika Revolusi Industri 3.0, akses kepada internet dan teknologi maklumat memang sudah sedia ada, namun capaian terhadap kesemua akses ini masih lagi terhad dan ianya tidak lagi digunakan secara meluas. Manusia masih lagi menggunakan cara yang manual seperti mengisi borang dimana pada masa tersebut manusia masih lagi menggunakan pen dan kertas untuk menulis borang. Begitu juga dengan urusan harian dimana manusia perlu berjumpa secara bersemuka untuk berurusan. Ianya amat berbeza pada masa kini dimana borang-borang diisi secara dalam talian manakala segala urusan boleh dilakukan dimana-mana sahaja tanpa perlu bersemuka. Manusia pada masa kini mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi terhadap gadget di dalam era ini. Tidak dinafikan bahawa perubahan-perubahan ini memberikan impak terhadap gaya dan cara hidup kepada manusia sejagat. Namun begitu, revolusi-revolusi industri ini bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti sekaligus ianya memberikan peluang kepada manusia sejagat untuk belajar benda yang baharu dan menyumbang sesuatu kepada negara dan global. Pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth

Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ditandai dengan kemunculan

superkomputer,

robotik

dan

kenderaan

tanpa pengemudi

bagi

mengoptimalkan fungsi otak. Jika dilihat pada masa kini, semuanya adalah berasaskan IR4.0. Secara tidak kita sedari, hampir setiap hari urusan kehidupan kita berasaskan teknologi IR4.0, sekaligus ianya memberikan perubahan terhadap cara hidup kita sendiri. IR4.0 ini bukan sahaja memberikan perubahan kepada kehidupan kita, bahkan kepada bidang-bidang yang lain seperti bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain. Jika diperhatikan daripada bidang pendidikan, IR4.0 sudah mula diaplikasikan sesuai dengan saranan Kementerian Pendidikan dimana IR4.0 diperkenalkan dalam membantu guru-guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk memastikan sesi pembelajaran itu berlaku dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, 4

jika pada suatu ketika dahulu, guru-guru menggunakan kapur untuk menulis di papan hitam untuk mengajar murid-murid namun pada masa sekarang ianya sudah lebih moden dimana guru-guru menggunakan Liquid Crystal Display (LCD) yang boleh menayangkan gambar dan tayangan video yang mempunyai warna dan suara. Ianya sekaligus akan menjadikan pengajaran menjadi lebih seronok dan menarik minat para pelajar untuk belajar tentang subjek tersebut. Selain itu, jika dilihat daripada bidang ekonomi pula semuanya dilihat amat ketara perubahannya. Kalau sebelum wujudnya IR4.0 ini, urusan perbankan perlu dilakukan secara bersemuka. Pelanggan perlu datang ke bank untuk melakukan urusan seperti urusan pembayaran secara bersemuka. Namun selepas wujudnya IR4.0, urusan perbankan sekarang dapat dilakukan dimana-mana sahaja bahkan didalam rumah. Transaksi-transaksi berkaitan perbankan dapat dilakukan pada bila-bila masa sekaligus menjimatkan kos, masa dan juga tenaga. Pelanggan hanya memerlukan capaian terhadapa akses internet dan juga sebuah telefon pintar untuk melakukan semua urusan tersebut. Dalam bidang sosial pula, IR4.0 tidak dinafikan memberikan impak yang sangat besar bahkan sebelum IR4.0 ini lagi. Teknologi komunikasi pada era IR4.0 ini boleh dikatakan amat membantu yang berada ditempat yang jauh untuk berhubung. Jika pada masa dahulu kita menggunakan burung merpati untuk menghantar surat sebagai alat perhubungan namun pada masa kini, kita boleh membuat panggilan video di mana-mana sahaja selagi telefon pintar kita mempunyai capaian akses internet. Kita boleh menghubungi keluarga yang berada jauh dari kita bahkan mungkin di luar negara. Bukan itu sahaja, ada juga yang menggunakan teknologi ini sebagai alat untuk digunakan dalam pekerjaan. Sebagai contoh, mesyuarat boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu pergi ke pejabat. Ini banyak dilakukan oleh pekerja yang mempunyai majikan yang berada diluar negara. 4.0

PENAMBAHBAIKAN

PENYELIDIKAN

TEKNOLGI REVOLUSI INDUSTRI 4.0

4.0.1 AUGMENTED REALITY

5

PENDIDIKAN

BERDASARKAN

Jurnal Antarabangsa Persekitaran dan Pendidikan Sains menyatakan bahawa pengguna teknologi IR4.0 seperti Augmented Reality (AR) memberikan penggunanya sistem sempurna yang membawa dunia nyata dan maya bersama-sama. Pengguna boleh berinteraksi dengan objek maya yang diletakkan dalam keadaan yang sebenar di sekeliling dan mengalami interaksi dengan manusia-komputer dalam keadaan yang nyata. Pada pendapat saya, ianya sangat benar bahawa teknologi AR ini dilihat mampu untuk memberikan impak yang baik kepada para pelajar. Ianya dapat memberikan penambahbaikan dalam bidang pendidikan yang sedia ada pada masa ini. Walaupun tujuan asal AR ini dicipta untuk permainan video sahaja namun sudah ada negara yang menggunakan teknologi AR dalam pendidikan. Hal ini kerana, jika kita melihat kepada contoh-contoh eksperimen yang melibatkan kejadian-kejadian alam yang luar biasa yang tidak mampu untuk kita berikan pendedahan kepada para pelajar. Ini berkemungkinan ianya agak mustahil jika ianya untuk dilaksanakan didunia yang nyata, maka dengan itu teknologi AR ini dilihat mampu memberikan penyelesaian kepada permasalahan ini. Sebagai contoh, melihat kepada sillibus subjek sains pada peringkat menengah rendah dan menengah atas, subjek-subjek ini banyak menerangkan tentang kejadian alam seperti teori ‘big

bang’ dan ‘supernova’. Kejadian-kejadian yang dashyat ini tidak mampu untuk diterangkan dan digambar secara mendalam oleh guru kepada para pelajar kerana mempunyai maklumat yang amat terhad. Begitu juga dengan latihan praktikal oleh para pelajar perubatan seperti di hospital-hospital. Di sesetengah negara, mereka menggunakan teknologi AR untuk memberikan latihan kepada para pelajar perubatan terutama dalam membuat pembedahan tanpa membahayakan nyawa sesiapa. Maka salah satu solusinya ialah dengan teknologi AR ini, ianya mampu memberikan suatu gambaran yang jelas dan secara tidak langsung ianya akan memberikan satu pengalaman yang baharu berdasarkan bantuan teknologi ini. 4.0.2 CLOUD COMPUTING

Cloud Computing ialah ketersediaan sumber dalam sistem komputer, terutamanya daripada segi penyimpanan data dan kuasa komputer tanpa penguasaan aktif kepada pengguna. Istilah ini biasanya digunakan untuk menggambarkan pusat data yang 6

tersedia kepada pengguna yang banyak melalui internet (Wang, 2012). Cloud

Computing bukanlah suatu teknologi yang baharu malahan terdapat syarikat-syarikat yang besar berlumba-lumba membangunkan teknolgi Cloud Computing seperti

AliBaba dan juga Amazon. Ianya memberikan banyak faedah kepada para pelajar dimana mereka boleh mengakses bahan-bahan ilmiah seperti jurnal-jurnal secara dalam talian. Jika pada masa dahulu, para pelajar ingin mendapatkan bahan bacaan, mereka terpaksa pergi ke perpustakaan atau melakukan pembelian, namun ianya sudah berbeza dimana bahan bacaan berbentuk ilmiah sudah boleh didapat secara dalam talian secara percuma. Para guru dan pensyarah boleh juga menggunakan platform Cloud Computing seperti aplikasi Edmodo dan Schoology dimana platform pendidikan ini dilihat sesuai bagai setiap peringkat umur. Guru-guru perlu menjadikan pembelajaran dan pengajaran menjadi menarik dengan penggunaan aplikasi pendidikan ini. Para guru dan pensyarah perlu melihat bahawa para-pelajar masa kini ialah Generasi Y dan Z dimana mereka ini ialah generasi Revolusi 4.0. Oleh itu, pendidik boleh menggunakan platform Cloud Computing untuk meletakkan modul-modul pengajaran, perbincangan dan kuliah di aplikasi ini agar para pelajar ini dapat mencabar diri mereka dan berasa seronok dalam perbincangan kumpulan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang interaktif dan secara tidak lansung memberikan mereka peluang untuk berkoloborasi dengan rakan-rakan mereka agar mereka ini merasakan bahawa pembelajaran masih boleh berlaku biarpun bukan sahaja di dalam kelas. 4.0.3 ROBOTIC Mohd Aiman Kamar, et. al., (2016) menyebut bahawa industri automotif dan robotik di negara kita telah dilaksanakan sejak tahun 1983 oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohammad ketika memperkenalkan pengeluar kereta kebangsaan iaitu Proton. Sejak dari itu, robotik mula diterapkan pada peringkat sekolah menerusi subjek Reka Cipta. Oleh itu, pertandingan robotik telah diperkenalkan secara meluas diperingkat sekolah menerusi pertandingan-pertandingan robotik peringkat sekolah dan lain-lain lagi. 7

Pada pendapat saya, saya amat bersetuju elemen robotik ini diterapkan dalam sekolah. Hal ini kerana ianya merangsang para pelajar untuk menyertai program yang merangsang pemikiran kreatif dan dan melahirkan pelajar yang berinovasi. Sebagai contoh, pembinaan robotik ini bukanlah sesuatu yang mudah, ini kerana para pelajar memerlukan

kepakaran

untuk

menggunakan

peralatan

berteknologi

seperti

memprogramkan komputer. Bukan itu sahaja, disamping perkembangan kognitif pelajar, perkembangan insaniah juga turut dikembangkan melalui program ini seperti komunikasi interpersonal dan juga kerjasama antara kumpulan untuk memastikan penyertaan mereka dalam program ini berjaya. 4.0.4 BIG DATA

Big Data ini mempunyai tiga ciri yang utama iaitu Volume, Velocity dan Variety. Big Data ini merupakan salah satu medan yang dibangunkan untuk pengguna yang berhadapan dengan set-set data yang terlalu besar atau kompleks dan amat sulit untuk diceraikan oleh perisian atau aplikasi pemprosesan data yang tradisional/lama. Dunia kini telah dibanjiri oleh data dan kita malahan mengeluarkan video, gambar, email dan mesej setiap hari. Kita juga bukan sahaja dilihat sebagai pengguna data bahkan juga sebagai penghasil data itu sendiri sehingga berlakunya ledakan data. Kebanyakkannya pengguna moden amat bergantung kepada teknologi. Maka dengan itu, teknologi seperti telefon pintar dicipta untuk membantu pengguna untuk menguruskan data-data mereka. Pada pendapat saya, saya amat bersetuju dengan penggunaan elemen big data ini dalam penyelidakan pendidikan. Hal ini kerana data-data yang berunsurkan ilmiah akan cepat diakses di laman sesawang seperti Google Scholars. Dengan penggunaan teknologi Big Data ini, para pendidik dapat menggunakan teknologi ini untuk mengumpulkan

maklumat

mengenai

para

pelajar

sekaligus

membangunkan

rancangan pembelajaran yang bersesuaian. Jika pada masa dahulu, kurikulum tradisional sekolah dijalankan secara statik tanpa mengira pencapaian akademik, namun dengan adanya teknolgi Big Data yang inovatif, sekolah akan dapat melaksanakan program Blended Learning yang menggabungkan pembelajaran tradisional dengan pembelajaran secara dalam talian, sekaligus membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. 8

5.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN IR.4.0 DALAM PENDIDIKAN DAN PSIKOLOGI DI MASA HADAPAN 5.1.1 KELEBIHAN I.R.4.0 DALAM PENDIDIKAN DAN PSIKOLOGI DI MASA HADAPAN Jurnal Antarabangsa Pendidikan dan Pengajian Literasi menyatakan bahawa terdapat trend berkaitan dengan Pendidikan 4.0 iaitu yang pertama ialah pendidikan boleh berlaku dimana-mana sahaja tanpa mengira masa. Dunwill (2016) menjangkakan bahawa kebanyakan kelas pada temph masa 5 sehingga 7 tahun pada masa hadapan ialah salah satunya ialah penggunaan Massive Open Online Courses (MOOC) atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai kursus secara dalam talian. Segala bentuk nota-nota yang diletakkan diadalam MOOC adalah percuma dan boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Ini bermaksud para pelajar mampu mendapatkan pengetahuan melalui MOOC tanpa menghadirkan diri ke kelas. Ianya juga memberikan faedah kepada warga pendidik kerana ianya boleh dijadikan sebagai alternatif oleh pensyarah jika mereka tidak dapat melakukan kelas secara bersemuka. Selain itu, kelebihan yang kedua ialah daripada menjimatkan kos. Kos yang dinyatakan seperti kewangan dan juga daripada segi masa. Hal ini kerana, seperti yang kita lihat, pada pembelajaran masa kini, hampir semua bahan-bahan mengajar dimuat naik didalam platform aplikasi pendidikan pendidikan. Ia menjimatkan kos kepada para pelajar dimana mereka hanya memuat turun bahan-bahan tersebut. Ianya berbeza seperti dahulu dimana para pelajar terpaksa mencetak bahan-bahan tersebut dalam kuatiti yang banyak sekaligus dapat mengurangkan penggunaan kertas. 5.1.2 KEKURANGAN I.R.4.0 DALAM PENDIDIKAN DAN PSIKOLOGI DI MASA HADAPAN Bukan itu sahaja, setiap kelebihan, ada kekurangan masing-masing. Ianya seimbang kerana mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Oleh itu, kekurangan yang pertama ialah tahap kebergantungan terhadap media itu amat tinggi. Seperti yang kita lihat pada masa kini, lihat dan masuk kedalam gedung ilmu iaitu perpustakaan. Jumlah 9

mereka yang berada di perpustakaan bukan seperti masa lalu. Perpustakaan pada hari ini tidak seperti dahulu kerana maklumat sudah berada dihujung jari. Segala bentuk ilmu ada di alam maya bahkan sekali dengan elemen hiburan. Para pelajar hanya mengakses jurnal-jurnal tanpa perlu susah-payah mencarinya di perpustakaan berjam-jam. Namun begitu, para pelajar amat bergantung kepada media kerana mereka hanya menggunakan sumber yang berada di alam maya. Para pelajar kebanyakkannya tidak mahu untuk membaca dan mencari jurnal secara manual di perpustakaan. Melalui kebergantungan yang tinggi ini, ianya sekaligus akan mencipta sifat malas dalam diri pelajar. Pelajar secara tidak langsung akan menangguhkan kerja mereka kerana berpendapat semua bahan boleh dicari didalam internet. Selain itu, kekurangan yang kedua ialah berlakunya plagiat. Hal ini berkaitan dengan

tahap

kebergantungan

yang

tinggi

terhadap

media.

Para

pelajar

kebanyakkannya mengakses sumber ilmiah melalui internet. Oleh itu, mereka cenderung

untuk

melakukan

plagit

terhadap

hasil

kerja

orang

lain

dan

menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri tanpa memberikan kredit atau memberi pengiktirafan kepada penulis tersebut. Ini adalah satu amalan yang tidak baik kerana pelajar tidak mempunyai motivasi dalam belajar namun ingin mendapat keputusan yang baik. Sikap pelajar yang suka menghantar tugasan di saat-saat akhir juga adalah punca kepada situasi ini berlaku ditambah pula dengan proses “copy and paste” maklumat daripada internet cukup mudah dan singkat. Akhir sekali, kekurangan yang terakhir ialah boleh dilihar daripada segi kos kewangan. Faktor kewangan merupukan masalah utama I.R4.0. Penggunaan teknologi 4.0 terutama disekolah memberikan kekangan kepada para pendidik untuk melakukan sesi pembelajaran. Sebagai contoh, teknologi seperti AR merupakan satu teknologi yang baik untuk digunakan dalam bidang pembelajaran namun ianya dilihat amat sukar untuk dilaksanakan kerana kos untuk teknologi AR ini amat mahal apatah lagi untuk sekolah-sekolah yang berada diluar bandar. Teknologi lain seperti LCD yang kecil juga menelan kos yang amat tinggi. Harga untuk sebuah LCD adalah anggaran lebih kurang...


Similar Free PDFs