Sejarah Pengumpulan Al-Quran Pada Zaman Nabi s.a.w dan Sahabat.pdf PDF

Title Sejarah Pengumpulan Al-Quran Pada Zaman Nabi s.a.w dan Sahabat.pdf
Pages 11
File Size 526 KB
File Type PDF
Total Downloads 36
Total Views 355

Summary

NAMA: NOR AISYAH BINTI BIRKAMSIN NO. PELAJAR: DPI20150085 TUGASAN AL-QURAN DAN TAJWID Tulis 3 artikel berkenaan 3 topik berikut: 1. Pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w 2. Penulisan Al-Quran pada zaman Uthman bin Affan r.a. 3. Perbezaan dalam pembacaan sabʹatu ahruf. TAJUK 1: PENGUMPULAN...


Description

NAMA: NOR AISYAH BINTI BIRKAMSIN NO. PELAJAR: DPI20150085 TUGASAN AL-QURAN DAN TAJWID Tulis 3 artikel berkenaan 3 topik berikut: 1. 2. 3.

Pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w Penulisan Al-Quran pada zaman Uthman bin Affan r.a. Perbezaan dalam pembacaan sabʹatu ahruf.

TAJUK 1: PENGUMPULAN AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W Allah telah menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai panduan hidup di akhir zaman hinggalah ke hari kiamat. Al-Quran ini diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah kepada umat manusia, dalam menyampaikan ajaran dan hukum-hukum NYA. Rasulullah telah menyempurnakan tugasnya sebagai penyampai risalah Allah dengan mengajarkan Al-Quran kepada para sahabat r.a dan mewariskan mereka dengan Al-Quran itu dalam dada dan amalan mereka. Para sahabat pula meneruskan tugas ini dengan mengajarkan Al-Quran kepada para tabi’ien selepas mereka, kemudian mewariskan Al-Quran kepada kita dalam bentuk tulisan untuk menjaga Al-Quran itu dari terus luput dari dada (hafazan) umat Islam. Walaupun AlQuran itu telah disusun dalam bentuk tulisan oleh Saidina Uthman r.a., beliau tidak mengabaikan sunnah penyampaian Al-Quran yang mestilah diwarisi terus dari mulut ke mulut. Dalam menjaga kesahihan bacaaan Al-Quran, Mushaf Al-Quran yang ditulis tangan pada permulaan Islam, telah dikirimkan bersama guru-guru untuk mengajarkan bacaannya ke negeri-negeri umat Islam pada masa itu. Begitulah berkembangnya penyampaian AlQuran yang diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini. Pembacaan Al-Quran itu adalah suatu ilmu yang diwarisi secara turun-temurun secara mulut ke mulut, bermula dari Nabi kita Muhammad s.a.w yang menerima bacaannya dari malaikat Jibril a.s. Kemudian Rasulullah s.a.w mewariskan pembacaan tersebut kepada para sahabat. Kemudian dari merekalah Al-Quran itu diwarisi secara musyafahah (mulut ke mulut) serta dipelihara keaslian dan ketetapan bacaannya sampai kepada kita hari ini. Al-Quran diturunkan pertama kali kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadhan iaitu ketika Nabi berusia 41 tahun. Wahyu yang turun pada waktu itu adalah surah Al-Alaq ayat 1 - 5, ketika Nabi sedang berada di Gua Hira’. Wahyu terakhir Nabi Muhammad s.a.w ialah surah Al-Maidah ayat 3, ketika Nabi sedang melakukan haji Wada’. Usaha-usaha pemeliharaan Al-Quran dari terus luput ditelan zaman, telah dilakukan sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Rasulullah telah melantik penulis wahyu di kalangan sahabat. Antara penulis-penulis wahyu itu adalah seperti berikut: 1) Abu Bakar r.a 2) Umar bin Al-Khattab

3) Uthman bin Affan 4) Ali bin Abi Talib 1

5) Abban bin Sa’id 6) Ubay bin Ka’ab 7) Thabit bin Qais

8) Khalid bin Al-Walid 9) Zaid bin Thabit 10) Muawiyah bin Abi Sufyan

Cara pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w adalah melalui dua cara berikut: 1) Hafazan : oleh para sahabat yang begitu ramai (mutawattir) 2) Tulisan : Al-Quran ditulis oleh penulis wahyu yang dilantik oleh Rasulullah Penulisan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w tertumpu kepada penyusunan surah dan ayat secara sistematik. Penyusunan ayat dan kedudukan surah ini adalah wahyu dari Allah kepada Rasulullah dan baginda sendiri yang menunjukkan kedudukan ayat-ayat dan surahsurah Al-Quran kepada para sahabat. Perkara ini disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Uthman bin Affan r.a katanya: Maksudnya: “Apabila diturunkan suatu (ayat), Rasulullah s.a.w akan menyuruh penulispenulis wahyu-NYA menulis ayat tersebut. Maka baginda akan mengatakan: letakkan ayatayat ini dalam surah yang ada menyebut tentang perkara yang begitu dan begini. Dan apabila diturunkan suatu ayat, maka baginda akan mengatakan: letakkan ayat tersebut dalam surah yang ada menyebut perkara itu dan ini”. (Hadis ke-668 Sunan Abu Daud dan ke-3011 Jamik at-Tirmizi, kata Imam Tirmizi, hadis ini hassan lagi sahih) Pada zaman Rasulullah s.a.w, Al-Quran telah ditulis di pelepah kurma, papan batu, belikat dan belulang binatang, dan lain-lain. Apabila Rasulullah s.a.w wafat, Al-Quran itu kekal terpelihara dalam bentuk hafazan dalam dada para sahabat dan tulisan yang sempat ditulis pada lembaran-lembaran yang telah disebutkan tadi. Ketika itu, penulisan ayat Al-Quran masih berserakan dan tidak terkumpul dalam satu mushaf seperti sekarang. Namun demikian semuanya telah ditulis dan mencakup tujuh huruf. Untuk menghindari tercampurnya Al-Quran dengan yang lain (seperti hadis), maka Rasulullah memerintahkan kepada para sahabat untuk tidak menuliskan sesuatu selain AlQuran. Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Sa’in Al Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah bersabda : “Janganlah kalian tulis sesuatu dariku. Dan barang siapa yang telah menulis dariku selain Al-Quran hendaklah dihapus”. Ada beberapa sebab mengapa pada zaman Rasulullah s.a.w Al-Quran belum ditulis dan dibukukan menjadi satu mushaf, di antaranya: 1) Para penghafal di kalangan sahabat masih banyak jumlahnya, 2) Nabi masih selalu menunggu akan turunnya wahyu dari waktu ke waktu, 3) Kemungkinan adanya ayat Al-Quran yang me’nasakh’ (memansuhkan) beberapa ketentuan hukum yang telah turun sebelumnya.

PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A Walaupun lembaran-lembaran Al-Quran yang ditulis itu telah lengkap ditulis kesemuanya semasa zaman Rasulullah s.a.w, tetapi ia terpisah-pisah dan tidak terkumpul dalam satu mushaf. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, telah berlaku perang Yamamah. Perang ini berlaku pada penghujung tahun 11 Hijrah ketika pemerintahan Khalifah Saidina Abu Bakar as2

Siddiq. Peperangan ini adalah peperangan yang memerangi orang-orang murtad dan orang Islam yang enggan membayar zakat. Ramai penghafaz Al-Quran (Huffaz) telah mati syahid iaitu lebih kurang 70 orang. Perkara ini membimbangkan Umar bin al-Khattab. Kebimbangan tentang hilangnya para Huffaz di kalangan sahabat, seterusnya mencetuskan usaha pengumpulan Al-Quran. Ini diceritakan oleh Zaid bin Thabit, katanya: (berikut ringkasan cerita itu). Kerisauan Umar bin al-Khattab tentang banyaknya Huffaz yang mati syahid dalam perang Yamamah, telah membuatkan Umar memberi cadangan kepada Abu Bakar as-Siddiq supaya Al-Quran dikumpulkan, ditulis dan dibukukan. Beliau (Umar) bimbang akan gugur ramai lagi di kalangan mereka di tempat-tempat lain, maka pasti akan hilang ramai penghafaz Al-Quran. Pada mulanya, Abu Bakar menolak cadangan Umar dan Umar berkata: “Adakah kamu hendak melakukan sesuatu yang Rasulullah s.a.w tidak pernah lakukan?” dan Umar menjawab: “Insha Allah perkara ini baik”. Umar berulangkali menemui Abu Bakar sehingga Allah melapangkan hati Abu Bakar untuk melakukan perkara ini dan Abu Bakar berpendapat sama seperti Umar. Kemudian Abu Bakar berkata kepada Zaid bin Thabit: “Wahai Zaid, kamu adalah orang muda yang pintar dan kami berdua (Umar dan Abu Bakar) tidak pernah menganggap kamu melakukan kejahatan dan kamu juga adalah penulis wahyu ketika Nabi s.a.w masih hidup, maka, aku memerintahkan kamu, carilah dan kumpulkanlah Al-Quran. Zaid pun pada mulanya menolak cadangan ini. Kata Zaid:”Jika kamu semua memerintahkan aku memindahkan mana-mana bukit tidaklah ianya suatu yang berat untuk aku pikul berbanding dengan bebanan untuk mengumpulkan Al-Quran ini”. Zaid berkata lagi: “Adakah kamu hendak melakukan sesuatu yang Rasulullah s.a.w tidak pernah lakukan?” dan Abu Bakar menjawab: “Insha Allah perkara ini baik”. Abu Bakar berulangkali menemui Zaid sehingga Allah melapangkan hati Zaid untuk melakukan perkara ini sama seperti Allah melapangkan hati Abu Bakar dan Umar. Maka Zaid pun mencari mereka yang ada menyimpan Al-Quran dan mengumpulkan AlQuran yang tertulis pada pelepah tamar, kulit, tulang, batu dan hafalan daripada penghafazpenghafaznya. Zaid meneruskan pengumpulan Al-Quran bukan dengan hafalannya sahaja tetapi disemak dengan sumber hafalan sahabat yang lain dan sumber tulisan yang ditulis pada zaman Rasulullah s.a.w. Zaid sungguh teliti dan berhati – hati dalam melakukan kerjanya hinggakan Zaid memperoleh ayat akhir surah at-Taubah hanya dari Abi Khuzaimah al-Ansori yang tidak diperolehi dari sahabat yang lain. Iaitu dari ayat

‫لقد جاءكم رسول من‬

‫ أنفسكم عزيز عليه ما عنتم‬hinggalah ke akhir at-Taubah. Setelah selesai pengumpulan Al-Quran yang dilakukannya, beliau menyerahkannya kepada khalifah Abu Bakar dan Abu Bakar menyimpan baik-baik mushaf ini sehingga wafat. Setelah Abu Bakar wafat, mushaf ini diserahkan kepada Umar dan setelah Umar wafat, mushaf ini diserahkan pula kepada anak perempuan Umar iaitu Hafsah. Untuk pengetahuan Hafsah juga merupakan isteri Rasulullah s.a.w.

[1167 patah perkataan]

3

TAJUK 2: PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN UTHMAN BIN AFFAN R.A. Semasa zaman pemerintahan Uthman bin Affan, Islam telah tersebar luas ke banyak tempat. Para sahabat r.a yang mengajar dan menghafazkan Al-Quran kepada umat Islam di segenap ceruk rantau, ada yang mengajar Al-Quran secara satu atau dua qiraat sahaja daripada tujuh perbezaan bacaan (qiraat) yang dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka lama-kelamaan timbullah kecelaruan dalam fahaman umat Islam tentang mana satukah qiraat yang benar atau mana satukah qiraat yang lebih hebat daripada yang lain. Pertikaian ini menjadi semakin hebat, sehingga masing-masing menganggap qiraat mereka sahajalah yang betul dan qiraat orang lain adalah salah sehingga menimbulkan persengketaan sesama mereka. Usaha pengumpulan Al-Quran dan salinan semula Al-Quran daripada mushaf yang disimpan oleh Hafsah menjadi suatu yang serius pada pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a. Faktor-faktor yang menjadi pendorong terkumpulnya Al-Quran pada ketika itu adalah seperti berikut: 1) Wujudnya mushaf peribadi para sahabat r.a Di kalangan para sahabat r.a itu, ada yang menulis Al-Quran untuk rujukan dan simpanan mereka sendiri. Antara mushaf yang masyhur adalah mushaf Abdullah ibnu Mas’ud, mushaf Ubay bin Ka’ab, mushaf Abu Musa Al-Asy’ari, mushaf alMiqdad bin ’Amr dan lain-lain lagi. Sesetengah mushaf peribadi ini ditambah dengan catatan mereka (para sahabat) tentang maksud atau peringatan sesuatu ayat. Ada juga antara mushaf itu yang terputus dan tidak lengkap susunan ayat-ayatnya atau surah-surahnya. Perkara ini berlaku kerana Al-Quran itu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam tempoh 23 tahun. Oleh itu tidak semua sahabat dapat mengikuti perkembangan penurunan ayat kepada Rasulullah s.a.w dan ada juga yang tidak sempat memperolehinya terus daripada Rasulullah s.a.w atau sahabat yang lain. Setelah sempurna penulisan semula Al-Quran, Saidina Uthman mengarahkan supaya semua mushaf lain dimusnahkan bagi menyatukan umat Islam di bawah satu mushaf sahaja. Perkara ini diceritakan oleh Anas bin Malik seperti berikut: Maksudnya: “Setelah selesai (Saidina Uthman) menulis Al-Quran beliau telah menulis surat kepada sahabat-sahabat yang lain yang menjadi wakil beliau di setiap pelosok: “Aku telah melakukan begitu dan begini (mengumpul dan menulis keseluruhan Al-Quran), setelah itu aku musnahkan apa (mushaf) yang aku ada, maka hendaklah kamu juga musnahkan apa (mushaf) yang ada pada kamu”. (Direkod dalam kitab Jami’ul Bayan oleh at-Tobari, jilid 1, ms:20)

4

2) Perbezaan Qiraat yang membawa kepada pertikaian Umat Islam Walaupun terdapat keringanan (rukhsah) dalam perbezaan cara bacaan Al-Quran, hal ini telah mencetuskan pertikaian di kalangan umat Islam selepas baginda s.a.w wafat. Ini berlaku kerana, apabila mereka mempelajari satu jenis Qiraat Al-Quran, masing-masing menganggap qiraat mereka sahajalah yang betul dan qiraat orang lain adalah salah. Hal ini hingga ke tahap kafir-mengkafirkan sehingga menimbulkan persengketaan sesama mereka. Perbezaan Qiraat ini lama-kelamaan menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam walaupun mereka berada di Madinah dan Saidina Uthman masih hidup. Jika Ini belum dikira lagi kecelaruan yang berlaku di tempat-tempat jajahan Islam yang lain yang terletak jauh dari Madinah. Abu Ayyub meriwayatkan bahawa Saidina Uthman r.a. pernah berkhutbah, katanya: Maksudnya: “Kamu berselisihan (sedangkan aku) di sisi kamu, dan saling menyalahkan bacaan (sesama kamu), maka bagaimanakah keadaan mereka (saudara kita) yang berada jauh dariku di negeri-negeri umat Islam, (sudah tentu) lebih dahsyat perselisihannya dan kesalahan bacaannya, maka (ayuh) bersatulah kita wahai umat Muhammad, dan tulislah (satu mushaf yang) akan menjadi Imam (induk bagi kita) ”. (Direkod dalam kitab Jami’ul Bayan oleh at-Tobari, jilid 1, ms:20) Bertitik tolak dari pertikaian bacaan yang menimbulkan persengketaan inilah, usaha pengumpulan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman mempunyai objektif yang sedikit berbeza iaitu untuk menyeragamkan Al-Quran pada satu mushaf sahaja. Kemudian Al-Quran yang disalin sebanyak 7 salinan itu dikirimkan ke jajahan Islam yang lain. Resam Uthmani meraikan perbezaan bacaan “Sab’atu Ahruf” yang ada dan usaha ini bukan calang-calang pekerjaan, memerlukan usaha menyeluruh dan tekun daripada sahabat seperti Zaid bin Thabit (wafat 45H), Abdullah bin Zubair (wafat 73H), Sa’id bin Al-’As (wafat 58H) dan ’Abdur Rahman bin Harith bin Hisyam (wafat 43H) Anas bin Malik radiallahu ‘anhu menceritakan:

َ َّ‫أَن‬ ‫يجا َن َم َع أَهْ ِل‬ َ ‫ازي أَهْ َل ال َّشأْ ِم فِي َف ْت ِح إِرْ مِي ِن َي َة َوأَ ْذ َر ِب‬ َ ‫ان َو َك‬ َ ‫ان َق ِد َم َعلَى ع ُْث َم‬ ِ ‫حُذ ْي َف َة ب َْن ْال َي َم‬ ِ ‫ان ي َُغ‬ َ ‫اخ ِتالَفُ ُه ْم فِي ْالق َِرا َء ِة َف َقا َل‬ َ ‫اق َفأ َ ْف َز َع‬ ْ ‫حُذ ْي َف َة‬ ‫ِين أَ ْد ِركْ َه ِذ ِِ اُأ ُ َّم َة‬ َ ‫ِير ْالم ُْؤ ِمن‬ َ ‫ان َيا أَم‬ َ ‫حُذ ْي َف ُة لِع ُْث َم‬ ِ ‫ْالع َِر‬ ْ ‫ب‬ ‫ارى‬ ِ ‫َق ْب َل أَنْ َي ْخ َتلِفُوا فِي ْال ِك َتا‬ َ ‫ص‬ َ ‫ف ْال َيهُو ِد َوال َّن‬ َ َ‫اخ ِتال‬ Huzaifah bin al-Yaman radiallahu ‘anhu datang kepada Uthman radiallahu ‘anhu. Huzaifah telah menyertai peperangan penduduk Syam dalam pembukaan Armaniah dan Azarbaijan bersama-sama dengan penduduk Iraq. Huzaifah terkejut apabila mendapati perbezaan mereka dalam membaca Al-Quran. Huzaifah menyatakan kepada Uthman: Wahai Amirul Mukminin, selamatkanlah umat ini sebelum mereka akan berselisih tentang Al-Quran sebagaimana berselisihnya Yahudi dan Nasrani.

5

ِ‫صاحِفِ ُث َّم َنرُ ُّد َها إِلَيْك‬ َ ‫ص َة أَنْ أَرْ سِ لِي إِلَ ْي َنا ِبالصُّحُفِ َن ْن َس ُخ َها فِي ْال َم‬ َ ‫َفأَرْ َس َل ع ُْث َمانُ إِلَى َح ْف‬ ْ َ‫َفأَرْ َسل‬ ‫ان‬ َ ‫ص ُة إِلَى ع ُْث َم‬ َ ‫ت ِب َها َح ْف‬ ُّ ‫َّللا ب َْن‬ ‫ْن ِه َش ٍام‬ ٍ ‫َفأ َ َم َر َزيْدَ ب َْن َث ِاب‬ ِ ‫ار‬ ِ َّ ‫ت َو َع ْب َد‬ ِ ‫الز َبي ِْر َو َسعِيدَ ب َْن ْال َع‬ ِ ‫ثب‬ ِ ‫اص َو َع ْب َد الرَّ حْ َم ِن ب َْن ْال َح‬ ِ‫صاحِف‬ َ ‫َف َن َس ُخو َها فِي ْال َم‬ Kemudian Uthman menghantar surat kepada Hafsah yang bertulis: Hantarlah kepada kami mushaf Al-Quran agar kami dapat menyalinnya menjadi beberapa mushaf, kemudian kami akan memulangkannya kepada engkau. Lalu Hafsah mengirimkan mushaf itu kepada Uthman. Lalu Uthman mengarahkan Zaid bin Tsabit, ‘Abdullah bin Az-Zubair, Sa’id bin al-‘As, dan ‘Abdul Rahman bin Al-Harith (untuk menyalinnya). Lalu kami pun menyalinnya menjadi beberapa mushaf.

َّ ‫ِّين‬ ْ ‫الثالَ َث ِة إِ َذا‬ ُِ‫آن َفا ْك ُتبُو‬ ٍ ‫اخ َتلَ ْف ُت ْم أَ ْن ُت ْم َو َز ْي ُد بْنُ َث ِاب‬ َ ‫َو َقا َل ع ُْث َمانُ لِلرَّ هْ طِ ْالقُ َرشِ ي‬ ِ ْ‫ت فِي َشىْ ٍء م َِن ا ْلقُر‬ ُ‫صاحِفِ َر َّد ُع ْث َمان‬ َ ‫ُّحُف فِي ْال َم‬ َ ‫ْش َفإِ َّن َما َن َز َل ِبل َِسان ِِه ْم َف َف َعلُوا َح َّتى إِ َذا َن َس ُخوا الص‬ ٍ ‫ان قُ َري‬ ِ ‫ِبل َِس‬ ‫ف ِممَّا َن َس ُخوا َوأَ َم َر ِب َما سِ َواُِ م َِن ْالقُرْ آ ِن فِي ُك ِّل‬ ٍ ‫ص َة َوأَرْ َس َل إِلَى ُك ِّل أُفُ ٍق ِبمُصْ َح‬ َ ‫ُّحُف إِلَى َح ْف‬ َ ‫الص‬ ‫صحِي َف ٍة أَ ْو مُصْ َحفٍ أَنْ يُحْ َر َق‬. َ Uthman berkata kepada tiga orang Quraisy tersebut: Apabila kalian berbeza pendapat dengan Zaid dalam menulis Al-Quran, maka tulislah ia dengan loghat orang Quraisy. Sesungguhnya Al-Quran turun dengan loghat mereka. Lalu mereka pun melakukan hal tersebut sehingga mereka telah membuat beberapa naskhah mushaf, kemudian Uthman memulangkannya mushaf asal kepada Hafsah. Kemudian Uthman mengirimkan mushaf-mushaf itu ke semua tempat dan memerintahkan agar mushaf-mushaf Al-Quran yang lain dibakar. (Seperti direkod dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, hadis no: 4987) Jumlah Naskah Mushaf Uthmani Terdapat beberapa pendapat dan pandangan ulama’ tentang jumlah naskah Mushaf Uthmani yang telah ditulis dan dikirim oleh Saidina Uthman r.a. Tentang jumlah sebenar naskah Uthmani bukan satu perkara yang perlu diperdebatkan. Cuma apa yang perlu diketahui daripada Mushaf Uthmani yang berasal daripada beberapa naskah itulah berkembangnya penulisan dan percetakan Al-Quran selepas itu. Naskah-naskah Al-Quran ini kemudian digelar sebagai “AL-QURAN MUSHAF UTHMANI” atau “AL-QURAN RASM UTHMANI” sebagai memperingati jasa beliau yang amat agung itu.

6

7 naskah JUMLAH NASKAH MUSHAF UTHMANI

* Seperti pendapat yang diberikan oleh Abu Bakr Al-Sijistani (wafat 316H) * Mushaf ini dihantar dan dikirim ke negara-negara berikut: a) Mekah b) Basrah c) Syam d) Kufah e) Yaman f) Bahrain g) Madinah (merupakan Naskah induk yang utama dikenali sebagai Al-Mushaf al-Imam)

5 naskah Jalaluddin as-Suyuti (wafat 911H) pula menyatakan jumlah naskah Mushaf ini ada 5 yang dikirim ke: a) Mekah b) Syam c) Basrah d) Kufah e) Iraq

6 naskah Abu 'Amr ad-Dani pula menyatakan jumlah naskah Mushaf ini ada 6 yg dikirim ke: a) Mekah b) Syam c) Basrah d) Kufah e) Iraq f) Madinah

Ciri – ciri Mushaf Uthmani Secara ringkasnya, berikut merupakan ciri-ciri Mushaf Uthmani: 1) Rasm Uthmani ditulis bersesuaian dengan perbezaan bacaan “Tujuh Ahruf = Sab’atu Ahruf”. *Sab’atu Ahruf bermaksud perbezaan 7 loghat Bahasa Arab. Terdapat sebahagian perkataan dalam Al-Quran yang diturunkan dengan tujuh perkataan yang berbeza, yang mana semua perkataan itu maksudnya sama. Cuma setiap bangsa Arab guna perkataan yang berbeza. 2) Menggunakan Qiraat yang terakhir iaitu dikenali sebagai ‫العردة األخيرة‬ (Pengemukaan Terakhir). Apa yang dimaksudkan dengan Qiraat terakhir ini, berkait dengan tahun kewafatan nabi. Kebiasaannya nabi menyemak bacaan kepada Jibril setahun sekali. Tetapi pada tahun kewafatan nabi, nabi menyemak bacaan 2 kali kepada Jibril dan pada waktu ini Jibril memberi 2 Qiraat yang berbeza. Antara sahabat yang mengetahui Qiraat terakhir ini adalah Abdullah ibnu Mas’ud dan Zaid bin Thabit. Dalam “Pengemukaan Terakhir” itu, terdapat ayat-ayat Al-Quran yang Mansukh dan diganti dengan ayat yang lain dan perkara ini diketahui oleh sahabat nabi yang disebut tadi iaitu Abdullah ibnu Mas’ud dan Zaid bin Thabit. Bacaan Al-Quran para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Zaid bin Thabit, para muhajirin dan Ansar adalah satu iaitu yang mengikut qiraat yang Rasulullah s.a.w baca dua kali pada 7

tahun kewafatan baginda (Iaitu yang mengikut “Pengemukaan Terakhir”). Semua sahabat Rasulullah s.a.w mengikuti cara bacaan ini sehingga nabi wafat. Asas ini jugalah yang dipegang oleh Abu Bakar as-Siddiq dalam pengumpulan Al-Quran pada zaman beliau dan dasar ini jugalah yang dipegang oleh Saidina Uthman r.a semasa beliau menulis semula mushaf-mushafnya. Bolehlah dijelaskan di sini bahawa, walaupun Al-Quran itu diturunkan dalam tempoh 23 tahun dan berlaku padanya perubahan seperti ayat yang mansukh (hapus) dan diganti ayat yang lain, pertukaran ayat dan pertukaran surah, tetapi apa yang dikemukakan 2 kali pada tahun kewafatan nabi itulah merupakan Al-Quran pemutus bagi keseluruhan ayat-ayat, surah-surahnya, susunan dan begitu juga qiraat bacaan yang mencakupi 7 cara bacaan yang berbeza. [1320 patah perkataan]

8

TAJUK 3: PERBEZAAN DALAM PEMBACAAN SABʹATU AHRUF Apakah yang dimaksudkan Al-Quran diturunkan dengan 7 huruf? Secara ringkasnya, ia adalah seperti berikut: 1) Ia bermaksud Al-Quran diturunkan dengan 7 loghat Bahasa Arab. Terdapat sebahagian perkataan dalam Al-Quran yang diturunkan dengan tujuh perkataan yang berbeza, yang mana semua perkataan itu maksudnya sama. Cuma setiap bangsa Arab menggunakan perkataan yang berbeza. (Ini merupakan ta'rif 7 huruf yang dipilih dalam Mabahith Fi 'Ulum Al-Quran). 2) Ia untuk memudahkan umat Islam ketika itu memahami Al-Quran. 3) Ia kekal hingga di zaman Uthman r.a. Uthman r.a akhirnya mengarahkan agar AlQuran di...


Similar Free PDFs