Sulalatus Salatin; A. Samad Ahmad PDF

Title Sulalatus Salatin; A. Samad Ahmad
Author Hafiz Othman
Pages 405
File Size 1.7 MB
File Type PDF
Total Downloads 861
Total Views 980

Summary

PENGANTAR SULALATUS SALATIN adalah judul asal Sejarah Melayu. Dan judul asal inilah yang digunakan untuk versi terbaru ini. Sepanjang yang diketahui versi ini telah menunjukkan beberapa kelainan yang jelas dan ia lebih mendekati karya asal sekiranya dibandingkan dengan versi-versi yang sedia ada ia...


Description

PENGANTAR SULALATUS SALATIN adalah judul asal Sejarah Melayu. Dan judul asal inilah yang digunakan untuk versi terbaru ini. Sepanjang yang diketahui versi ini telah menunjukkan beberapa kelainan yang jelas dan ia lebih mendekati karya asal sekiranya dibandingkan dengan versi-versi yang sedia ada iaitu Shellabear, Abdullah Munshi dan Winstedt Raffles Mss. No. 18. Penghargaan sewajamyalah diberikan kepada Encik A. Samad Ahmad yang telah melakukan satu kajian yang khusus dan teliti bagi menyediakan versi ini. Siapa saja sudah pasti akan dapat merasakan betapa sukamya untuk membuat kajian bagi sesebuah karya yang lama seperti Sulalatus Salatin ini. Ia menuntut satu gabungan usaha yang sulit dan rumit, selain menghendaki ketelitian dan ketekunan yang tidak jemu-jemu. Inilah yang telah dilakukan oleh penyelenggara buku ini sewaktu beliau menjadi Penulis Tamu di Dewan Bahasadan Pustaka dalam tahun 1978. Latar belakang hidupnya banyak mendorong beliau mengeTerigahkan semula cerita-cerita lama kepada masyarakat han ini. Sejak kecilnya lagi beliau telah mula berminat membaca hikayat-hikayat lama sehingga beliau mengenali banyak jenis karya tersebut. Minatnya yang begitu mendalam kepada karya jenis itulah yang memungkinkan terhasilnya Sulalatus Salatin ini di samping beberapa buah yang lain seperti

Batu Belah Batu Bertangkup , Nakhoda Teriggang, Singapura Dilanggar Todak, Laksamana Tun Tuah, Dosaku, Zaman Gerhana dan lain-lain. Di samping sebagai seorang penulis, Encik A. Samad Ahmad juga adalah seorang wartawan dan pejuang politik di peringkat awal kebangkitan

v

nasionalisme di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar Majlis, sebuah akhbar yang berpengaruh di perTerigahan tahun 40-an dan awal tahun 50-an dan juga salah seorang tokoh Kesatuan Melayu Muda KMM yang bergerak bersama-sama Ibrahlm Haji Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan lain-lain. Kegiatan-kegiatannya inilah yang banyak memberinya semangat menghasilkan semula karya-karya lama dalam usaha mengembalikan kedudukan bangsa Melayu ke tempatnya yang sebenar. Pada keseluruhannya, Sulalatus Salatin versi ini masih mempunyai persamaan asas dengan versi yang sedia ada. Bagaimanapun terdapat juga beberapa perbezaan yang menonjol yang rasanya tidaklah perlu diperjelaskan di sini kerana semuanya telah diSerituh oleh penyelenggara buku ini dengan panjang lebar dalam bahagian "Prolog" dan "Epilog". Dalam kedua bahagian ini beliau telah membuat kajian dengan mendalam dan juga memberikan beberapa contoh kesilapan yang dilakukan oleh para pengedit versi Sejarah Melayu sebelum ini, terutamanya Teritang kesilapan mentranskripsikan ejaan jawi yang menyebabkan pengertian dan maknanya berubah. Hal ini mungkin juga disebabkan para pengedit yang terdiri dari sarjana-sarjana Barat ini kurang mendalam pengetahuan mereka dalam bahasa Melayu di samping kemungkinan didorong oleh sebab-sebab politik penjajah sebagaimana kita sekarang sebagai satu bangsa yang merdeka dan berdaulat ingin membuat tafsiran sejarah dari kepentingan dan kaca mata kita Sendiri. Kami memanglah mengharapkan kajian-kajian yang serupa ini akan terus bertambah dan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Sentiasa menyediakan kemudahan-kemudahannya. Diharap penerbitan Sulalatus Salatin ini akan dapat memberi satu pandangan bam dalam menganalisa Sejarah Melayu terutamanya kepada para pengkaji dan peminat kesusasteraan Melayu. Jun 1979

Datuk Haji Hassan Ahmad Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

vi

SEKAPUR SIRIH Bismillahi'r rahmani'rahlm DALAM majlis-majlis perbincangan mengenai buku karyi saya Zaman Gerhana, yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 12 Disember 1976 dan di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28 Januari 1977, di antara beberapa persoalan lain, telah juga timbul persoalan mengenai "Siapakah lawan Hang Tuah bertikam, Hang Jebat atau Hang Kasturi?" Hingga ke hari ini masih terdengar-dengar di telinga saya suara Encik Ismail Ahmad sekarang Haji, melahirkan rasa ragu-ragu dalam perkara itu, seolah-olah beliau menyuarakan keraguan yang selama ini terpendam di dalam hati ramai peminat sastera yang telah membaca dan meneliti Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu dari edisi-edisi yang telah diterbitkan. Sekalipun dalam perbincangan-perbincangan tersebut saya berpeluang menerangkan bahawasaya pernah terbaca sekurang-kurangnya ada dua buah naskhah lama "Sulalatus Salatin" tulisan tangan, mengisahkan bahawa lawan Hang Tuah bertikam itu ialah Hang Jebat, bukannya Hang Kasturi; dan telah juga saya nyatakan di mana adanya naskhahnaskhah tersebut; tetapi sekadar keterangan demikian belumlah rasanya memadai, melainkan dengan ada buktinya. Alhamdulillah, dengan terbitnya buku ini maka lahirlah bukti yang dimaksudkan itu, sekurang-kurangnya dapat dijadikan satu penjelasan dalam perkara yang menjadi tanda tanya dan menimbulkan keraguan di kalangan peminat- peminat sastera selama ini. Dan bukan sahaja mengenai per-

vii

soalan tersebut, bahkan di samping itu turut juga terbongkar beberapa perkara lain yang selama ini seolah-olah tersembunyi dan tidak sampai ke pengetahnan kita sekalian. Buku ini tidaklah dapat saya usahakan hingga selesai, melainkan dengan berkat ihsan dan kerjasama pihak-pihak yang berkenaan; kerana itu, kemudian daripada mengucap syukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, saya dengan sepenuh ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri Haji Hamdan Sheikh Tahir, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, serta ahliahli Lembaga Pengelola sekaliannya, atas pandangan mereka yang menganggap bahawa saya masih boleh dan bergunalagi dalam bidangpenulisan; dan dengan pandangan demikian telah mempelawa saya menjadi sebagai seorang "Penulis Tamu" Dewan Bahasa dan Pustaka. Begitu juga kepada Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji Hassan Ahmad, dan Timbalan Ketua Pengarah DBP, Encik Hassan Ibrahim, saya ucapkan terima kasih kerana membenarkan saya mengusahakan projek ini, terdahulu daripada satu projek yang telah dicadangkan oleh pihak DBP, dengan syarat-syarat yang munasabah dalam hubungan di antara pihak penerbit dengan pihak penulis. Tambahan pula dengan memberi segala kemudahan yang saya perlukan dalam mengusahakan buku ini. Ucapan terima kasih saya yang tiada terhingga kepada Prof. Datuk Zainal Abidin bin Abdul Wahid, atas kesudian mengorbankan masa beliau yang amat berharga itu, menyemak dan meneliti kandungan naskhah buku ini semasa dalam bentuk bertaip lagi, walaupun beliau Sentiasa sibuk dengan berbagai urusan dan tanggungjawab yang berat-berat. Kepada Encik Baharuddin Zainal, Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP, serta sekalian pegawai dan kakitangan bahagian itu, bahkan menyeluruh kepada jurutaip dan penyelenggara pejabatnya, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sepenuh kerjasama yang telah diberikan kepada saya sejak dari mula saya mengusahakan buku ini. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya, terutama sekali kepada Drs. Khalid Hussain yang telah bersusah payah menyemak bahasa Jawa dan merumi serta mentafsirkan "Ciri' yang ada di dalam buku ini. Begitu juga kepada Tuan Haji Khairuddin Muhammad, pensyarah di

viii

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Tuan Haji Sulaiman Noor dan Ustaz Mohd. Marzuki bin Haji Safie dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah memberi kerjasama menyemak ayat-ayat dalam bahasa Arab. Bagaimanapun, patut saya tegaskan di sini bahawa jika ada, terdapat apa-apa kekhilafan dalam hal yang berkenaan ini, bahkan dalam keseluruhan isi buku ini, bukan sekali-kali menunjukkan kelemahan pihak-pihak yang berkenaan, tetapi adalah menjadi sepenuh tanggungjawab saya Sendiri, kerana sebagai seorang Hamba Allah yang bersifat lemah, saya sedia insaf akan kelemahan dan kekurangan saya dalam serba hal. Seterusnya ucapan terima kasih saya kepada Encik Rahmat bin Ramly, Ketua Unit Pengeluaran DBP, serta sekalian kakitangannya, begitu juga kepada sekalian pegawai dan kakitangan di Bahagian Perpustakaan dan Unit Seriifoto DBP, yang telah memberi sepenuh kerjasama dalam usaha menjayakan penerbitan buku ini. Juga ribuan terima kasih saya kepada sahabat-sahabat perseorangan saya, terutama sekali kepada Tuan Syed Zulflida bin SyedMohd. Noor, Pengarang, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, yang telah bermurah hati meminjamkan buku-buku dan bersusah payah mencarikan penerangan-penerangan dalam beberapa hal yang amat saya perlukan. Kepada Tuan Haji Abdul bin Haji Omar, Encik Ayob Yamin, Encik Harudan Yahya, Encik Amdun Hussein, Encik A. Rahim A. Rahman, Encik Hasan Majid, Encik Ghazali Sulaiman selaku editor buku ini dan lain-lain sahabat saya yang ada hubungan sedikit sebanyak dalam usaha ini. Tidak sekali-kali dapat saya melupakan budi Encik Shahrum Yub, Ketua Pengarah Muzium Negara dan pegawai- pegawai Muzium itu, yang telah berihsan membuat salin an, serta memberi izin saya menggunakan gambar peta kepulauan Melayu yang di dalamnya ada tertulis nama "Goa" di Sulawesi, iaitu sebuah peta milik Muzium tersebut yang amat saya perlukan, untuk digunakan di dalam buku ini, Budi tiap-tiap seorang yang telah saya sebutkan di atas itu tiadalah dapat saya membalasnya, melainkan akan jadi kenangan di sepanjang hayat saya, dan saya berdoa semoga Allah subhanahu wa taala akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan. Ucapan terima kasih saya atas budi sekalian yang ber-

ix

kenaan itu, ialah kerana saya menyedari bahawa saya seorang dan bangsa Melayu, bangsa yang sedia terkenal beradab mulia dan berbudi tinggi; yang demikian saya memohon ke hadrat Allah, janganlah hendaknya menjadi sebut-sebutan orang kelak, sebagai seorang dan bangsa Melayu yang berbudi tinggi itu, bukan lagi tidak tahu menghargai dan tidak tahu membalas budi orang, malahan mengenang budi dan menghargai jasa orang pun sudah tidak tahu lagi

Kuala Lumpur 3 April 1978

A. Samad Ahmad

x

TIGA NASKHAH LAMA TULIS TANGAN DALAM milik Dewan Bahasa dan Pustaka terdapat tiga buah naskhah lama tulis tangan Sulalatus Salatin, yang lebih dikenali sekarang dengan nama Sejarah Melayu. Naskhahnaskhah itu biarlah dinamakan: 1 Naskhah Munshi MoHarumad Ali, cod DBP MSS 86A, yang selepas ini disebut naskah A; 2 Naskhah Hj. Othman Abdullah, cod DBP MSS 86, yang se1epas ini disebut naskhah B; dan 3 naskhah DBP, cod DBP MSS 86B yang selepas ini disebut naskhah C. Sesungguhnya ketiga-tiga naskhah tersebut itulah yang saya gunakan dalam mengusahakan buku ini. Naskhah A: Naskhah ini diperolehi dalam bulan Februari 1977 dan Tuan Omar bin Masajee, mengandungi 418 halaman, tetapi halaman-halaman pada helai bahagian akhlmya telah hilang. Pada halaman pertama di bahagian atasnya ada tertulis nama pemilik asalnya: Munshi S. Md. Ally. Dalam "Kata Pengantar" untuk edisi jawi yang asal buku Sejarah Melayu tahun 1896, W.G. Shellabear ada menyebut Munshi Mohammad Ali meminjamkan kepada beliau sebuah naskhah Sejarah Melayu yang dijadikan perbandingan dengan beberapa naskhah Sejarah Melayu yang lain; naskhah Munshi MoHarumad Ali itu seterusnya disebut be1iau sebagai MSS. B. Dalam penjelasan mengenai naskhah tersebut, be1iau menyatakan bahawa MSS. B ialah hasil kerja dua orang penyalin, kerana terdapat beberapa halaman yang akhir dalam naskhah itu tulisannya berbeza daripada yang lainnya, dan tidak disalin dengan cermat. Seterusnya beliau menerangkan bahawa naskhah itu tiada mengandungi tarikh, tetapi keadaannya agak

xi

baru dan beliau ragu-ragu kiranya umur naskhah tersebut melebihi empat puluh tahun tidak terdahulu daripada tahun 1856, kerana tarikh beliau menulis "Kata Pengantar" itu ialah 1 Januari, 1896. Daripada penerangan W.G. Shellabear seperti di atas itu, dapat dipastikan dengan tiada ragu-ragu lagi bahawa naskhah A milik Dewan Bahasa dan Pus taka inilah naskhah yang disebutkan oleh W.G. Shellabear itu. Apa yang beliau katakan dua orang penyalin yang berbeza tulisannya itu memanglah benar, kerana mulai dari halaman 343 daripada jumlah 418 halamannya, seolah-olah ditulis dengan gopoh-gapah dan banyak terdapat kekhilafan, terutama Teritang ejaannya lihat perbandingan tulisan pada Teraan 1 dan 2. Ejaan yang dipakai dalam naskhah A ini bolehlah dikatakan mengikut kaedah yang agak lebih baru, jika dibandingkan dengan naskhah B; tetapi pada seTerigah-seTerigah tempat temyata penyalinnya ada kecenderungan meminda, misalnya mengenai nama kitab Duril Mazlum, dalam naskhah ini ditulis tidak seperti dalam naskhah B, huruf-huruf itu diberi baris Kecuali terdapat perbezaan Teri tang ejaan, seperti yang disebutkan di atas, kedua-dua naskhah A dan naskhah B itu pada keseluruhannya adalah serupa; di mana terdapat ayat-ayat yang meragukan dalam naskhah B, terdapatjuga ayat-ayat yang serupa satu persatu perkataannya dalam naskhah A lihat hal. 97; begitu juga pada halaman-halaman yang tertinggal lihat hal. 106-108; ini membawa erti bahawa satu daripada naskhah itu disalin daripada naskhah yang satu lagi. Seperti yang dapat kita ketahui bahawa naskhah B itu jauh lebih tua daripada naskhah A, iaitu terbukti pada tarikh naskhah itu disalin yang tertulis di penghujung halaman terakhlmya: tahun Hijrah .1223 T.M. 1808 lihat Teraan 3, sedangkan naskhah A mengikut kata W.G. Shellabear, tersalin tidak terdahulu daripada T.M. 1856, maka nyatalah bahawa naskhah A itu disalin daripada naskhah B. Naskhah B: Naskhah ini diperolehi daripada AllahyarHaru Tuan Haji Othman Abdullah, bekas Pengurus Akhbar Majlis, Kuala Lumpur, dalam bulan Januari 1963. Angka halaman pada halaman terakhlmya ialah 321. Beberapa halaman pada

xii

bahagian permulaannya telah hilang, dan kira-kira suku bahagian naskhah itu tulisannya berkeadaan kelam dan agak sukar dibaca. Sekurang-kurangnya dua halaman naskhah itu hal. 82 dan 83 tulisannya hilang sama sekali. Selain dari segala kekurangan dan kecacatan ini, keadaannya boleh dikatakan masih baik, dan tulisan pada bahagian terbesamya adalah terang dan jelas. Semasa mengusahakan buku ini, naskhah B inilah yang saya jadikan asas panduan; di halaman-halaman yang hilang pada bahagian permulaan naskhah tersebut, dan pada bahagian- bahagian di mana hurufnya kelam. dan sukar dibaca, rujukan telah dibuat kepada naskhah A. Di antara yang menarik perhatian mengenai naskhah B ini ialah, bukan sahaja ejaan bahasa Arab diberi baris, bahkan nama seTerigah-seTerigah orang dan tempat juga hal. 41. Tun Jana Pakibul diberi baris; misalnya Andul Nina Mara Kulina hal. 140, Mululuki hal. 143; Pulau Sabut barangkali supaya jangan keliru dibaca Pulau Sebat. Satu lagi perkara yang menarik perhatian ialah Teritang penyalin merakamkan namanya pada naskhah yang disalinnya; hal seperti ini jarang terdapat dalam naskhahnaskhah sastera Melayu lama. Ini adalah satu bukti menunjukkan bahawa penyalin itu ialah seorang yang bertanggungjawab dalam bidang usahanya. Naskhah C: Naskhah ini tiada dapat dikesan daripada siapakah telah diperolehi, kerana tiada didapati sebarang catatan mengenainya; keadaannya bolehlah dikatakan sudah terlalu uzur dan tiada dapat diagak berapa helaikah pada bahagian permulaannya telah berkecai-kecai, Pada keseluruhannya keadaan naskhah ini sudah begitu reput oleh "makan diri", kerana dakwat dari tulisan yang di sebelah telah meresap tembus ke sebelah yang lain, menyebabkan segala tulisannya menjadi gelap dan kabur; jika kurang berhlmat-hlmat menyelak helaihelainya nescaya kertasnya rerak Sendiri dan menjadi cebisan-cebisan kertas. Naskhah ini tiada berangka halaman, dan tidak seperti naskhah B, dalam naskhah C ini tiada tercatat sebarang tarikh menyatakan bilakah kerja menyalin itu selesai, nama penyalinnya pun tiada disebutkan; tetapi gaya tulisannya

xiii

amat baik yang membuktikan bahawa penyalinnya ialah seorang yang benar-benar ahli dalam bidang ini. Apa yang menarik perhatian dalam naskhah C ini ialah mengenai kisah Hang Tuah. Seperti naskhah. A dan naskhah B, dalam naskhah ini juga menceritakan pertikaman di antara Hang Tuah dengan Hang Jebat, tegasnya bukan dengan Hang Kasturi seperti dalam versi W.G. Shellabear, versi Munshi Abdullah, dan versi Raffles MS No. 18 1ihat Teraan 5. Satu perkara yang bukan sahaja menimbulkan rasa hairan, bahkan mendukacitakan ialah dalam hal mengenai riwayat dari mana berasalnya Hang Tuah. Tatkala hendak merujuk kepada naskhah C ini inengenai suatu ayat yang agak mengelirukan dan serupa bunyinya pada kedua-dua naskhah A dan naskhah B lihat hal. 97 saya dapati beberapa helai telah hilang, khususnya mengenai kisah hubungan berbaik-baik yang dijalin di antara raja Melaka dengan raja Goa di Sulawesi hal. 93-97. Kehilangan helai-helai tersebut daripada naskhah C itu Teritu sahaja menimbulkan tanda tanya; tetapi bagaimanapun, orang yang melakukan perbuatan ini, walau siapa jua ianya, sudah pastilah mempunyai sesuatu muslihatnya Sendiri yang tersembunyi. Naskhah C ini berakhir dengan kisah Tun Ali Hati dibunuh. Ayat-ayat terakhlmya berbunyi: " ... Maka disuruh oleh Sultan Mahmud bunuhlah Tun Ali Hati itu matilah. Wa llahu a'lamu bis-sauiab, wailaihil marji'u wal-ma'ab; tamat al kalam, taas-salam; dan di akhlmya sekali huruf " ‫" م‬ A. Samad Ahmad

xiv

TERAAN 1 Diturunkan daripada naskhah A Kisah Batala membacakan ciri. Lihat hal. 33.

xv

TERAAN 2 Diturunkan daripada naskhah A Kisah pertempuran akhir perwira-perwira Melaka me nentang Peringgi. Lihat hal 368-369. xvi

TERAAN 3 Diturunkan daripada naskhah B. Kisah hubungan berbaik-baik Melaka-Sulawesi, dan dari mana Hang Tuah berasal. Lihat hal. 144-146. xvii

TERAAN 4 Diturvnkan daripada naskhah B. Halaman terakhir. Perhatikan nama penyalinn dan tarikh disalin. xviii

TERAAN 5 Diturunkan daripada naskhah C. Permulaan kisah Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah, xix

TERAAN 6 Diturunkan daripada naskhah C. Kisah Puteri Awi Kesuma memilih suami. Naskhah-naskhah A dan B tertinggal pada bahagian ini. Lihat halaman 160-164. xx

PROLOG PERSOALAN mengenai sekitar asal-usul Sulalatus Salatin atau lebih terkenal sekarang dengan nama Sejarah elayu itu, sudah lamalah dipertikaikan oleh beberapa orang sarjana, terutama sekali sarjana-sarjana Barat, yang mempunyai segala kemudahan untuk mengkaji, meneliti dari membanding-bandingkan di antara sebilangan banyak naskhah Sulalatus Salatin yang ada tersirupan di luar tanahair, khususnya di Eropah. Di sini tidaklah munasabah rasanya menyentuh segala hujah dan pendapat para sarjana tersebut, kecuali pada halhal yang difikirkan perlu; dan ini pun dengan hanya berpegang kepada edisi-edisi yang telah dicetak dan diterbitkan. Tidak ragu-ragu lagi bahawa rahsia mengenai asal-usul Sulalatus Salatin itu, adalah tersimpul di dalam isi mukadimah pengarang atau penyusunnya; dan dengan meneliti, menghalusi isi mukadimah dari naskhah-naskhah yang ayat-ayatnya tidak berkacau-bilau, maka tidaklah begitu sukar rasanya untuk memahami satu persatu maksudnya; ini bererti untuk menghuraikan segala sesuatu yang tersirat di dalamnya, haruslah diteliti halus-halus setiap ayat di dalam mukadimah itu. Bagi memenuhi maksud ini, maka dengan berdasarkan naskhah yang dijadikan asas panduan bagi edisi ini, saya turunkan ayat-ayat atau perengganperenggan yang berkenaan, serta cuba menghuraikannya dengan sedapat yang terupaya: ... pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan Orang Besar-besar berSerida gurau. Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka berkata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa.oleh orang dari

xxi

Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita-yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya.

Daripada ayat-ayat dalam perenggan di atas itu, dapat difahami bahawa timbulnya ura-ura atau hasrat mengenai penyusunan "Sulalatus Salatin", ialah di suatu majlis Orang Besar-besar . Orang Besar yang disebut telah mendengar "ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa" itu, tidak lain daripada yang Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullah Ma...


Similar Free PDFs