Surah AL ISRA AYAT 32 PDF

Title Surah AL ISRA AYAT 32
Author Pumkin Freak
Course Applied Sciences
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 209.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 100
Total Views 148

Summary

Download Surah AL ISRA AYAT 32 PDF


Description

FACULTY OF APPLIED SCIENCE DIPLOMA IN INDUSTRIAL HYGIENE AND SAFETY TECHNOLOGY

FUNDAMENTALS OF ISLAM CTU104

SEMESTER: SEPTEMPER-JANUARY 2020

GROUP MEMBER:

SURAH AL ISRA AYAT 32 : JANGAN MENDEKATI ZINA

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

ASBABUN NUZUL Berdasarkan tafsir Ibnu Kathir terdapat seorang pemuda yang berjumpa dengan Rasulullah dan pemuda tersebut telah meminta izin kepada Rasulullah bahawa beliau ingin melakukan zina.Permintaan pemuda itu menyebabkan orang disekeliling Rasulullah terkejut.Lalu Rasulullah berkata “dekatkanlah dia kepadaku”.Maka pemuda itu mendekati Raulullah.Apabila pemuda itu hampiri kepada Rasulullah Baginda menyuruh pemuda itu untuk duduk.Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu ,”Adakah kamu suka perbuatan zina dilakukan terhadap ibumu?”Pemuda itu menjawab,”Tidak, demi Allah, semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.” Setelah Rasulullah mendengar jawapan pemuda itu Rasulullah SAW berkata , “Begitu juga dengan orang lain tentu tidak suka jika hal tersebut dilakukan terhadap para ibu mereka.”Rasulullah bertanya lagi kepada pemuda itu ,”Adakah kamu suka apabila perbuatan zina dilakukan terhadap anak perempuan kamu?” Pemuda itu menjawab lagi, “Tidak demi Allah .Ya Rasulullah moga diriku menjadi tebusanmu.” Lalu Rasulullah SAW menerangkan kepada pemuda itu ,”Begitu juga dengan orang lain tentu meraka juga tidak suka jika hal tersebut dilakukan terhadap anak-anak perempuan mereka.” Rasulullah SAW bertanya lagi, "Adakah kamu kamu suka jika perbuatan zina dilakukan terhadap saudara perempuan sebelah ayahmu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak, demi Allah, semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusanmu”. Rasulullah SAW seraya berkata, "Tentu orang lain tidak akan suka apabila perbuatan itu dilakukan terhadap saudara peremuan sebelah ayahmu."Rasulullah masih bertanya kepada pemuda tersebut "Adakah kamu suka apabila perbuatan zina dilakukan terhadap saudara perempuanmu? Pemuda itu menjawab, "Tidak, demi Allah, semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusanmu." Rasulullah Saw. bersabda, "Orang lain juga benci jika hal itu dilakukan terhadap saudara perempuan belah ibu mereka." Kemudian Rasulullah SAW meletakkan tangan baginda pada dada pemuda itu, lalu berdoa: Ya Allah, ampunilah dosanya dan bersihkanlah hatinya serta peliharalah kemaluannya. Maka sejak hari itu ,pemuda tersebut tidak lagi berhajat untuk melakukan perbuatan zina barang sedikit pun.

PENGENALAN Surah Al Israa' (‫ )سورة السرا‬adalah surah yang ke-17 dalam Al Qur'an. Surah ini mengandungi 111 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Dalam bahasa Arab, perkataan ‘sara’ bermaksud melakukan perjalanan pada waktu malam. Sementara perkataan isra’, kata terbitannya yang bermaksud memperjalankan seseorang di waktu malam. Oleh itu, Surah ini dinamakan dengan Al Israa' yang bererti "memperjalankan pada waktu malam ". Surah ini bersempena dengan peristiwa Israa' Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa ke Baitul Maqdis (Palestin) dan seterusnya ke sidratul muntaha dengan menaiki buraq. Surah al Isra’ juga sebagai antara surah popular dalam al-Quran kerana terdapat sirah yang menarik sebaliknya. Bukan itu sahaja, terdapat banyak hukum-hukum yang diceritakan oleh Allah antaranya larangan Allah terhadap menghampiri perbuatan zina.

TAFSIR UMUM

isi kandungan pada ayat ini pada intinya adalah secara tegas kita dilarang untuk melakukan perbuatan zina.Zina adalah perbuatan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang tidak terikat dengan hubungan pernikahan atau perkawinan. Secara kasar, zina tidak semestinya hubungan seksual, tetapi segala perbuatan-perbuatan seksual yang dapat menjatuhkan kehormatan diri dan merosakkan nama baik diri dan keluarga juga dikelaskan sebabagai zina. Bukan itu sahaja,kita dilarang sama sekali untuk mendekatkan diri dengan perkara-perkara yang membawa ke jalan zina. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, perbuatan yang buruk bahkan seburukburuknya jalan adalah perbuatan zina. Berdasarkan kitab Ibnu Katsir, Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah pernah berkata tentang ayat ini: “Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam rangka melarang hamba-hamba-Nya dari perbuatan zina dan larangan mendekatinya, yaitu larangan mendekati sebab-sebab dan pendorong-pendorongnya.” .Terdapat 2 pembahagian zina. Pertama, zina muhshon, yaitu zina yang dilakukan oleh laki-laki dan perempuan yang sudah menikah. Kedua Zina Ghoiru muhshon, iaitu zina yang dilakukan oleh seorang lelaki atau perempuan yang belum menikah.

TAFSIR PERINCIAN

Dan janganlah kamu mendekati zina;

Dalam Tafsir Jalalain Juz 1 ,hal. 230 dijelaskan bahawa perkataan “taqrobu” bermaksud lebih tegas daripada lafadz “ta’tuu“. Ini bermaksud, larangan dalam ayat ini tidak menggunakan kata “jangan lakukan zina“, tapi “jangan dekati zina“. Zina telah disamakan dengan dengan membunuh kerana ia membunuh atau menyeksa mental dan spiritual. Allah telah menjelaskan dalam al Quran bahawa pembunuhan dan zina ialah termasuk dalam perbuatan dosa besar . Dalam ilmu usul fiqh lafadz amar itu menunjukkan kewajiban dan lafadz nahi (larangan) menunjukkan keharaman. Oleh itu, mendekati zina hukumnya sudah haram . apatah lagi melakukan perbuatan keji tersebut .

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Allah menyifatkan perbuatan ini dan mencelanya kerana ia adalah perbuatan yang keji. Maksudnya dosa yang sangat keji dilihat dari aspek syariat, akal, dan fitrah manusia yang suci. Oleh hal yang demikian, perbuatan zina telah melampaui batas terhadap hak Allah kerana telah melanggar syariat yang ditetapkan .Selain itu, Zina menghilangkan harga diri dan maruah seorang wanita serta merosakkan masa depan di samping meninggalkan aib yang berpanjangan dengan kritikan masyarakat sekeliling bukan sahaja kepada pelakunya sahaja sekali gus kepada keluarga serta suaminya jika sudah berkahwin.Dengan perbuatan demikian, lahirlah individu-individu yang tidak ada nasab keturunan .Di mata masyarakat , anak tidak sah taraf tidak memiliki status sosial yang jelas . Apabila, wanita yang berzina hamil dan mengambil jalan untuk menutupi dengan mengugurkan kandungannya . Akhirnya, wanita ini mendapat dosa kerana berzina sekali gus dosa membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika seorang wanita yang telah bersuami dan terlanjur dengan lelaki asing sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya .

Al-Imam Ath-Thabari rahimahullah mengatakan, “Dan zina merupakan seburuk-buruk jalan, kerana ia adalah jalannya orang-orang yang suka bermaksiat kepada Allah subhanahu wata’ala, dan melanggar perintah-Nya. Maka jadilah ia seburuk-buruk jalan yang mengheret pelakunya kedalam neraka Jahannam.” (Tafsir Ath-Thabari, 17/438)...


Similar Free PDFs