Analisis Surah AN NAHL AYAT 96 PDF

Title Analisis Surah AN NAHL AYAT 96
Author Omiwa miemi
Course Office Management and Technology
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 16
File Size 425.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 60
Total Views 146

Summary

Download Analisis Surah AN NAHL AYAT 96 PDF


Description

UNIVERSITI TEKNOLI MARA CAWANGAN KELANTAN. FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIGAAN

ASSSIGNMENT CTU 101 FUNDAMENTALS OF ISLAM ANALISIS AYAT AL-QURAN SURAH AN-NAHL AYAT 96

NAMA PELAJAR

: N

WA BT S

R.

NO. PELAJAR

: 2020

KUMPULAN

: DIBA118A1A

KOS

: PENGURUSAN TEKNOLOGY PEJABAT

SEMESTER

:

NAMA PENSYARAH

: USTAZ M

TARIKH SUBMIT

: 10/12/2020

4

SEMESTER 1 2020/2021 L KM N

KANDUNGAN.

NO

TAJUK

MUKA SURAT

1

PENDAHULUAN.

2

AYAT DAN TERJEMAHAN.

2-3

3

ASBABUN NUZUL.

3-4

4

TAFSIR SURAH AN-NAHL.

4-6

5

DEFINISI KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT.

6-8

6

PUNCA MANUSIA TAKSUB MENGEJAR DUNIA.

8-9

7

CONTOH AMALAN BAIK.

10-11

8

KESAN MENGABAIKAN BEKALAN AKHIRAT.

11-12

9

PENUTUP

13

10

RUJUKAN.

14

1

PENDAHULUAN.

Bismillahirahmanirahim, Alhamdullihah hirabil’alamin, saya malafazkan sepenuh kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya selesaikan tugasan bertajuk Analisis ayat Al-Quran yang diberi dengan penuh jayanya. Saya menjulang penuh perhargaan kepada Usataz Azzaat Lokman, subjek CTU 101 di atas kesudian ustaz memberi tugasan ini kepada saya dan juga telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya juga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan sekelas yang turut membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang bagi menyelesaikan tugas ini.

Tajuk tugasan saya ialah analisis surah an-nahl ayat 96. Surah An Nahl (‫ )سورة النحل‬adalah surah ke-16 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 128 ayat, termasuk golongan surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah kerana di dalamnya terdapat firman Allah SWT dalam ayat 68 yang ertinya: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah".

Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranun Karim. Madu berasal dari pelbagai sari bunga dan menjadi penawar bagi pelbagai jenis penyakit manusia (lihat ayat 69). Sedang Al Quran mengandungi intisari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. (Lihat surah (10) Yunus ayat 57 dan surah (17) Al Isra' ayat 82). Surah ini dinamakan pula "An Ni'am" bererti nikmat, kerana di dalamnya Allah menyebutkan pelbagai jenis nikmat untuk hambahamba-Nya.

Merujuk kepada surah an-nahl ayat 96 adalah berkaitan apa yang dimiliki di dunia ini seperti harta dan pangkat adalah bersifat sementara manakala apa yang milik Allah seperti ganjaran pahala akan kekal selamanya hingga akhirat melalui perbuatan baik, usaha dan ujian yang dihadapi oleh seseorang itu di dunia dengan ikhlas dan tabah.

1

AYAT DAN TERJEMAHAN.

Surah Ah-nahl ayat 96.

฀ َ َ َ ْ ‫َما ِع‬ ْ ‫ن َدكُ ْم َي ْنفَ ُد َو َما ِع‬ ِ َ ‫ن َدل‬ ‫ص ُبَروا أ ْج َرهُ ْم‬ ْ َ ‫لا َباق َ لو‬ َ ‫نج ِزيَ َنال ِذ‬ َ ‫ين‬ ُ ‫ِبأ َ ْح َس ِن َما َك‬ َ‫ع َملُون‬ ْ ‫انواَي‬ Terjemahan: " Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"(Surah An-Nahl (16) ayat 96)

Huraiannya: Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa segala apa yang dimiliki dan datang dari manusia itu berupa harta benda duniawi adalah terbatas dan berakhir, sedang apa yang ada pada sisi Allah berupa pahala dan ganjaran dalam syurga tidak ada batasnya, tidak putus-putus bahkan selama-lamanya. Maka kepada mereka yang beriman dan sabar menghadapi tugas-tugas agama, melaksanakan amanah dengan jujur dan tabah terhadap derita, ujian dan musibah, Allah SWT pasti memberi ganjaran yang lebih dari apa yang mereka kerjakan. Allah SWT menonjolkan sifat sabar atau tabah kerana sifat itu merupakan asas dari segala amal perbuatan.

Ada beberapa golongan manusia manusia yang masuk syurga tanpa hisab. Salah satunya adalah orang-orang yang sabar. Allah SWT menyebut orang-orang sabar dengan berbagai sapaan. Dalam Al-quran perkataan sabar disebut lebih dari tujuh puluh kali. Itu belum termasuk penyebutan tentang pahala dan keutamaan-keutamaan dari kesabaran

Setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah. Tidak mungkin orang beriman akan memperoleh pahala dan nikmat syurga tanpa sebarang ujian dan kesusahan. Orang yang beriman pasti akan diuji oleh Allah

2

SWT bagi memastikan iman sesesorang hamba kukuh atau tidak kepadaNya. Allah akan menempatkan bagi mereka yang sabar di syurga yang paling tinggi lagi mulia di akhirat kelak.

Oleh itu, sebagai seorang muslim kita mestilah tabah dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup dengan ikhlas agar diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Malah setiap ujian yang kita hadapi pasti ada hikmahnya. Allah juga tidak menguji hamyaNya lebih dari kemampuan kita.

ASBABUN NUZUL.

Alasan penamaan surah ini adalah berkisahkan lebah, Allah mewahyukan surah ini kepada lebah. Terdapat firman Allah SWT dalam ayat 68 yang bermaksud: "Hendaklah engkau membuat sarangmu digunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagaibagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir

Penjelasan tentang fungsi madu ini dapat dibaca dalam sebuah hadis: Suatu ketika, seorang sahabat datang menemui Rasulullah SAW dan bercerita perut saudaranya sakit. Mendengar cerita itu, Rasulullah SAW berkata, ''Minumkanlah padanya madu.'' Sahabat tersebut pergi dan kembali lagi sambil berkata, ''Madu hanya membuat perutnya lega dua atau tiga kali.'' Setiap kali menerima pengaduan sahabat itu, Rasulullah SAW berkata, ''Minumkanlah padanya madu.'' Sampai akhirnya pada kali ketiga Rasulullah SAW bersabda, ''Allah pasti benar, yang berdusta adalah perut saudaramu. Pergilah dan minumkanlah padanya madu.'' Kemudian sahabat itu pergi dan meminumkan madu kepada saudaranya dan sembuhlah penyakit perutnya.'' (HR Bukhari dan Muslim).

3

Rasulullah SAW begitu yakin madu akan mengatasi berbagai penyakit. Keyakinan Rasulullah SAW bahawa madu mengandungi ubat bagi manusia kerana telah difirmankan Allah SWT dalam Al-quran, sehingga Allah membuat satu surat dalam kitab suci Al-quran yang di nama an-nahl (lebah) yang menghasilkan madu. Tujuannya agar manusia dapat mengetahui hikmah dan tanda-tanda kekuasaan Allah di sebalik penciptaan lebah, agar manusia juga mengetahui bahawa lebah yang kecil dapat menghasilkan madu yang didalamnya terkandung ubat untuk berbagai jenis penyakit.

Pengajaran yang terdapat tentang lebah ialah jadilah seperti lebah yang mencari rezeki yang baik tanpa merosakkan tempat ia mencari rezeki, tidak merosakkan pokok yang dia menumpang, dan mengeluarkan hasil yang baik”. Lebah yang mencari rezeki yang baik tanpa merosakkan tempat dia mencari rezeki. tidak seperti kehidupan manusia yang diberi peluang untuk singgah di dunia tanpa menghargai. Lebah mengeluarkan hasil yang baik iaitu mengeluarkan madu yang mempunyai banyak khasiatnya iaitu menjadi penawar bagi berbagai jenis penyakit kepada manusia. Antaranya madu mudah dicerna dan mengandungi berbagai vitamin.

TAFSIR SURAH AN-NAHL.

Dalam tafsir Jalalain Surah An-Nahl ayat 96 " (Apa yang di sisi kalian) berupa duniawi (akan lenyap) akan musnah (dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal) abadi. (Dan sesungguhnya

Kami

akan

memberi

balasan)

dapat

dibaca

walayajziyanna

dan

walanajziyanna (orang-orang yang sabar) demi menunaikan janjinya (dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan) lafal ahsana di sini maknanya sama dengan hasuna.

Tafsir Quraish Sihab surah An-hanl ayat 96. Wahai manusia, sesungguhnya kesenangan yang kalian nikmati itu pada suatu saat pasti akan berakhir. Sebaliknya, apa yang ada pada Allah akan selalu abadi dan tidak akan terputus. Sungguh Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang tabah menjalankan perintah, dengan kebaikan yang berlipat ganda atas perbuatan mereka, yang akan mereka nikmati selama-lamanya di akhirat kelak, seperti yang telah Kami janjikan.

4

Tafsir ibnu katsir (apa yang ada di sisi Allah adalah kekal). Pahala Allah untuk kalian di syurga nanti adalah kekal, tiada habisnya dan tiada putusnya, kerana sesungguhnya pahala di surga itu bersifat kekal, tidak berubah, dan tidak akan lenyap. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. Ungkapan sumpah dari Allah yang diperkuat dengan mengguna perkataan “Aku” ini bermaksud bahawa sesungguhnya Dia akan memberikan balasan kepada orang-orang yang penyabar dengan pahala yang lebih baik daripada amal perbuatan mereka, yakni selain itu Allah memaafkan keburukan-keburukan amal perbuatan mereka.

Tafsir Al-Wajiz / Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, pakar fiqih dan tafsir negeri Surah An nahl 96. Maka utamakanlah kenikmatan yang lestari di atas kenikmatan yang fana. Sesungguhnya “apa yang ada di sisimu,” meskipun berjumlah banyak sekali, pasti akan lenyap dan hilang “dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal,” dengan keabadian yang Allah tetapkan baginya, tidak hilang. Maka bukanlah insan yang cerdik orang yang lebih mementingkan barang yang (akan) sirna lagi bernilai rendah di atas kenikmatan yang lestari lagi bernilai tinggi. Pengertian ini sama dengan kandungan Firman Allah, "Tetapi kamu (orangorang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal." (Al-A’la:16-17)

"Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal." (Al-A’la:16-17) "Dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti." (Ali Imran: 198). Padanya terdapat rayuan dan nasihat untuk bersifat zuhud di dunia, terutama sifat zuhud yang sudah semestinya ditempuh. Iaitu zuhud dari perkara-perkara yang akan menjadi bahaya pada seorang hamba dan menimbulkan kesibukan seorang hamba sehingga melupakan hal-hal yang diwajibkan Allah atas dirinya dan mendahulukannya atas hak Allah.

Sesungguhnya zuhud inilah yang mesti ada. Di antara faktor pendorong untuk berzuhud, adalah nilai seorang hamba membandingkan kenikmatan-kenikmatan dunia yang sementara dan godaan syahwatnya dengan kebaikan di akhirat yang kekal. (Dengan itu), dia dapat mengetahui perbezaan dan tahap yang berpotensi untuk lebih mengutamakan perkara yang paling penting dari dua perkara itu. Bukanlah termasuk zuhud yang terpuji, iaitu dengan 5

mengasingkan diri untuk beribadah saja dengan ibadah qashirah (yang hanya bermanfaat bagi dirinya sendiri), seperti Solat, puasa, zikir dan lainnya. Bahkan seorang hamba tidak disebut zuhud dengan cara yang benar, sampai dia mengerjakan perintah-perintah agama yang mampu dia kerjakan, yang zahir dan batin, dakwah kepada Allah dan kepada agamaNya melalui ucapan dan tindakan.

Zuhud yang sebenarnya, ialah merasa tidak memerlukkan kepada sesuatu yang tidak bermanfaat bagi agama dan dunia, dan berusaha membuat perkara yang bermanfaat. “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar,” atas ketaatan kepada Allah dan bersabar dari maksiat kepadaNya dan mengekang jiwa-jiwa mereka dari pengaruh syahwat dunia yang berbahaya bagi agamanya, “dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan,” satu kebaikan diganjar sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus kali lipat, sampai penggandaan hitungan yang banyak sekali. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.

Oleh karena itu, utamakanlah yang kekal daripada yang fana. Kita mestilah bersikap zuhud (tidak berlebihan) terhadap dunia, dan bahawa di antara cara untuk bersikap zuhud adalah dengan membandingkan kenikmatan dunia dengan kenikmatan akhirat, di mana dia akan mengetahui perbezaan yang sangat ketara antara keduanya.

DEFINISI KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Kehidupan dunia bukanlah kehidupan hakiki dan ia diibaratkan perhentian seorang musafir buat seketika untuk sampai ke tempat tujuannya. Tujuan seterusnya bagi manusia semestinya kehidupan di akhirat. Dunia hanya tempat persinggahan buat manusia ‘mengutip’ seberapa banyak bekalan untuk dibawa menuju ke alam abadi iaitu akhirat. Dunia ialah ‘mazratul akhirat’ iaitu jambatan menuju ke akhirat. Setiap amalan manusia di atas muka bumi ini akan menentukan untung nasib mereka di akhirat. Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia. Ini termasuk menafkahkan harta di jalan Allah SWT seperti bersedekah, berinfak serta melaksanakan ibadat wajib.

6

Setiap saat, kematian sentiasa menghampiri kita untuk menuju ke alam akhirat. Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia dan tidak mengenal kedudukan. Ia boleh berlaku bila-bila masa dan di mana juga. Oleh itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah dan seterusnya mempersiapkan diri dengan bekalan sebelum menghadapi kematian untuk menuju kehidupan hakiki.

Kehidupan dunia dan akhirat perlu ada keseimbangan, namun Islam meletakkan kehidupan di akhirat yang lebih utama dan tidak juga mengabaikan kehidupan di dunia tetapi janganlah sehingga melalaikan. Manusia lalai dengan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia. Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka. Kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau. Ada kalanya menang ada kalanya kalah. Susah dan senang silih berganti. Senangnya merupakan kesenangan yang menipu, sedihnya merupakan kesengsaraan sementara. Itulah dinamakan kehidupan di alam fana. Sungguh berbeza dengan kehidupan sejati dan abadi di akhirat nanti.

Apabila kalian merasai kesukaran dan menghadapi banyak masaalah hidup di dunia ini, janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah tempat bergantung dan tempat di letaknya sepenuh pengharapan. Malah Allah pasti akan memberi ganjaran pahala untuk akhirat kelak jika menghadapinya dengan ikhlas, redha dan tabah. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada-Nya agar urusan mu dipermudahkan. Bersabda Rasulullah Sallallahu ’Alaih Wa sallam: “Doa orang yang sedang menderita (kesedihan yang mendalam) ialah: “Ya Allah, RahmatMu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Ilahi yang berhak disembah selain Engkau.” (HR Abu Dawud)

Dalam kehidupan ini ada bertingkat-tingkat tentang kenikmatan dunia. Manusia berlumba-lumba mengejar, hingga kepayahan, dan menemui ajal, dan hidupnya tersungkur, hanya diarahkan mengejar kenikmatan dunia. Tidak ada kenikmatan yang sejati. Kenikmatan yang diinginkan manusia dalam kehidupan itu hanyalah kenikmatan yang semuanya hanya ilusi. Khayalan dari manusia yang sudah menjadi tabiat hidupnya hanya untuk kenikmatan dan kemegahan.

7

Ketahuilah, sesungguhnya kenikmatan yang kekal, teragung dan terbesar ialah kenikmatan yang dirasai sepenuhnya di hari akhirat nanti. Kenikmatan akhirat itulah yang akan membawa kita kepada kemuliaan yang kekal. Kerana itu, hakikatnya seorang mukmin tidak mengejar kenikmatan dunia yang tidak memiliki keuntungan apa-apa melainkan sedikit sahaja, dibandingkan dengan kenikmatan berupa kemuliaan disisi Allah Azza Wa Jalla. Maka kejarlah amalan, kebaikan dan perintah Allah bersungguh -sungguh kerana itu semua adalah nikmat yang sebenar.

Persiapan awal penting bagi setiap Muslim kerana peluang kehidupan di dunia dikurniakan Allah bagi setiap insan hanyalah sekali saja dan tiada lagi peluang kedua. Ciri-ciri Muslim bijaksana ialah Muslim yang sentiasa melakukan muhasabah diri dan membuat persiapan bagi menghadapi kematian. Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi ingkar. Betapa ramai manusia tidak dapat bersyukur. Betapa ramai manusia menjadi derhaka dan berkhianat. Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia. Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka. Jadi mengumpulkan amalan baik untuk akhirat adalah amatlah penting

PUNCA MANUSIA TAKSUD MENGEJAR KEDUNIAAN

Arus kemodenan dan kecanggihan dunia telah menutup mata dan pemikiran umat-umat islam pada hari ini. Mereka terlalu taksub dengan keperluan, kehendak dunia seperti mencari rezeki, kemasyuran, harta dan keseronokan untuk dunia sehingga mereka terlupa tentang ganjaran akhirat yang bersifat kekal. Manusia pada hari ini mempunyai sikap berlumba-lumba dan bersaing dalam mengejar kemewahan duniawi. Kebanyakan mereka betungkus lumus siang dan malam berusaha mencari nafkah sedangkan mereka lupa dunia ini hanyalah sementara. Ada beberapa punca mengapa manusia mementingkan dunia lebih dari akhirat. 1. Kesibukan bekerja dan tanggungjawab menguruskan hal-hal duniawi menjadi alasan untuk mereka terlupa mengamalkan amalan untuk akhirat.

8

2. Budaya hiburan yang dibawa dari orang-orang kafir meracuni dan merosakan akidah umat islam sehingga terlupa bahawa keseronakkan dunia hanyalah semetara dan kenikmatan akhirat yang teragung.

3. Kurang didikan agama sejak kecil iaitu kurang terdedah tentang ilmu kehidupan akhirat contohnya tidak mengetahui bahawa dunia ini adalah sementara dan akhirat selama-lamanya. 4. Tidak jadikan Rasulullah sebagai ’role model’ tetapi jadikan artis sebgai petunjuk kehidupan mereka. Menyebabkan mereka berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya di dunia sementara ini seperti artis tersebut.

5. Angkuh dengan nikmat yang mereka ada sehinga terlupa untuk tunduk kepada Allah tanda bersyukur. Ini kerana mereka mengangap mereka berjaya kerana usaha mereka sendiri.

Disebabkan manusia berlumba-lumba terhadap perkara keduniaan, pandangan mereka terhadap akhirat semakin dikaburi. Sinaran hidayah tidak lagi menjadi penyuluh yang menerangi kehidupan mereka. Secara tidak sedar, mereka telah mengikuti langkah-langkah syaitan dan menjadikan diri mereka hamba kepada nafsu syahwat. Mereka bahkan begitu berbangga dengan segala nikmat dan kelebihan yang Allah kurniakan.

Allah S.W.T telah memperingatkan kita agar tidak menjadi golongan yang lalai akibat terlampau sibuk mengejar kenikmatan dunia. Apatah lagi merasa begitu megah dan bangga pernah terjadi kepada dua kabilah daripada golongan Ansar iaitu Bani Haritha dan Bani Harith. Mereka saling merasa bangga diri dan rasa lebih baik daripada yang lain.

Apabila satu pihak berkata “Apakah pada kalian ada yang sehebat si fulan dan sifulan?” pihak lagi satu juga akan melalukan hal yang serupa. Selanjutnya mereka akan saling berkata, “Marilah kita pergi ke perkuburan.” Sesampai sahaja di sana, mereka akan menunjuk-nunjuk ke arah kubur orang- orang yang hebat daripada kaum mereka. Allah S....


Similar Free PDFs