Surah TAHA AYAT 114 - CTU152 ASSIGNMENT PDF

Title Surah TAHA AYAT 114 - CTU152 ASSIGNMENT
Author Fatihah Najwa
Course Accounting
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 153.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 84
Total Views 132

Summary

CTU152 ASSIGNMENT...


Description

5.0 SURAH TAHA AYAT 114 (PELIHARA ADAB DALAM MENUNTUT ILMU)

Maksud ayat: Maka Maha Tinggilah Allah, yang menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca AlQuran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”.

5.1 TERJEMAHAN AYAT Berdasarkan ayat di atas, ia menunjukkan kemuliaan ilmu disisi Allah SWT. Ayat ini mengisahkan tentang kejadian Nabi Muhammad diajar oleh malaikat Jibril membaca AlQuran secara tertib. Kemudian, Nabi Muhammad diperintahkan oleh Allah agar membaca AlQuran dengan perlahan dan tidak terburu-buru. Hal ini kerana, isi kandungan Al-Quran adalah mesej-mesej Allah SWT yang diturunkan melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW membacanya secara mutawatir iaitu berturut-turut yang merupakan satu ibadah. Kitab Nabi Muhammad SAW ini juga akan dijadikan sebagai panduan hidup dan sumber utama rujukan umat Islam. Hal ini terbukti bahawa Nabi Muhammad SAW mesti mengingati dan menghayati kalam Allah supaya umat Nabi Muhammad tidak tersasar dari ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Melalui petikan “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku” membuktikan bahawa betapa luasnya ilmu Allah yang tiada batasan. Malaikat Jibril menyeru kepada Nabi Muhammad agar sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk dipermudahkan urusan dalam menambah ilmunya kerana Nabi Muhammad berasa amat takut apabila ayat ayat Allah diturunkan dan baginda perlu membacanya dan mengingat untuk disampaikan kepada umat-umatnya.

5.2 ASBAB NUZUL Diriwayatkan bahawa ketika Jibril membacakan kepada Nabi Muhammad beberapa ayat yang diturunkan, dia tergesa-gesa membacanya, namun seluruh ayat yang ingin disampaikan pada baginda itu belum habis dibaca oleh Jibril. Hal ini kerana Baginda takut lupa dan tidak dapat mengingat kembali untuk mengulanginya. Oleh demikian, tindakan seperti itu dilarang oleh Allah SWT kerana ia akan lebih mengganggu hafalannya kerana apabila dia ulang membaca apa yang telah dibacakan kepadanya perhatiannya hanya tuju kepada ulangan bacaan itu dan tidak kepada ayat-ayat seterusnya yang akan dibacakan oleh Jibril. Sedangkan, Allah SWT menjamin akan memelihara Al-Quran dengan sebaiknya-baiknya, oleh itu mustahil bagi Nabi Muhammad untuk lupa jika baginda mendengar dan teliti betul-betul terlebih dahulu semua ayat yang malaikat Jibril telah bacakan kemudian apabila Jibril telah menghabiskan bacaannya, maka barulah baginda boleh membacanya semula. Maka dengan itu, turunlah ayat ini (Surah Thaahaa ayat 114) dijadikan sebagai nasihat supaya tidak tergesa-gesa membaca dan menghafalnya sebelum wahyu itu sudah diturunkan.

5.3 TAFSIR SURAH TAHA AYAT 114 1) Dari tafsir As-Sa’di

Allah SWT berfirman, “Maka Maha Tinggi Allah Raja yang sebenar-benarnya.” sebelum Allah mengatakan hukum pembalasannya iaitu jaza’i kepada hamba-hambaNya, hukum syar’i-Nya yang terkandung dalam Al-Quran dan hal ini termasuk kerajaan-Nya. Iaitu dari apa yang dikatakan oleh orang musrik atau dari segala kekurangan. Wujud-Nya hak iaitu benar, kerajaan-Nya iaitu Islam adalah hak dan kesempurnaan-Nya juga hak. Allah yang Memiliki Keagungan mempunyai sifat-sifat kesempurnaan yang hakiki. Sebagai contoh, kerajaan, walaupun ada makhluk-Nya yang menjadi raja namun kerajaannya terbatas dan adanya Allah. Oleh itu, Allah SWT lah yang sentiasa menjadi Raja, Maha Berdiri Sendiri lagi Maha Mulia. Ini bermaksud, Nabi Muhammad SAW dilarang oleh Allah untuk meniru bacaan malaikat Jibril satu persatu sebelum Jibril habis membacakannya, kerana Allah jamin untuk mengumpulkan Al-Quran di dalam hatinya dan melafazkannya. Oleh kerana Nabi Muhamaad terburu-buru untuk menghafal wahyu itu ia telah membuktikan kecintaan yang sempurna kepada ilmu, dan Baginda diperintahkan oleh Allah SWT agar

meminta kepada-Nya tambahan ilmu yang merupakan salah satu kebaikan yang asalnya daripada Allah SWT. Jadi, cara untuk mendapatkannya adalah dengan usaha bersungguh-sungguh, menyayangi dan rindu kepada ilmu, meminta pertolongan kepada Allah pada bila bila masa sahaja. Melalui ayat ini dapat disimpulkan tentang adab mencaru ilmu, iaitu orang yang mendengarkan ilmu sewajarnya focus dengan tidak langsung menulis sehingga pengajar itu menghabiskan pengajarannya yang berkaitan. Apabila sudah selesai mengajar, barulah seseorang itu bertanya sekiranya memiliki persoalan dan tidak mengganggu pembicaraan pengajar dengan terburu-buru bertanya, kerana itulah yang mampu menghalang pengaliran kefahaman ilmu.

5.4 ISU SEMASA Antara isu semasa yang boleh dikaitkan dengan petikan ayat di atas ialah, pelajar ataupun remaja menuntut ilmu dengan cara yang salah iaitu tidak beradab dan kurang minat dalam menuntut ilmu. Pada zaman yang serba canggih dan moden ini, kita telah lihat terdapat ramai pelajar yang memandang remeh temeh tentang ilmu yang sedang dituntut oleh mereka. Mereka tidak langsung memikirkan tentang pentingnya sesuatu ilmu itu terhadap mereka di masa hadapan kelak. Hal ini berlaku demikian kerana, mereka merasakan bahawa dengan apa yang mereka miliki sekarang ini sudah memadai bagi mereka untuk tidak terlalu menghiraukan tentang ilmu yang mereka belajar disekolah. Baru-baru ini tular berita tentang seorang remaja sekolah yang dipercayai telah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertindak dengan mencampakkan bukunya ke dalam sungai. Perkara tersebut telah menjadi perhatian ramai pihak kerana tindakan remaja berkenaan telah dikatakan sebagai tidak menghormati ilmu dan juga mencemarkan alam sekitar. Ini telah membukti bahawa remaja zaman sekarang tidak langsung memikirkan terhadap kemuliaan ilmu. Dengan perbuatan yang sebegitu rupa, adakah remaja itu akan mendapat keberkatan ilmu? Oleh sebab itu, ilmu semestinya dituntut dengan penuh adab sehingga penuntut itu bukan sahaja meneliti dan mendalami sesuatu bidang, justeru bersikap rendah diri seperti ular menyusur akar, takkan hilang bisanya. Daripada adab yang dijaga, akan terbuktilah usaha dan kegigihan dalam menimba ilmu kerana kedua-duanya tidak dapat dilepaskan seperti yang telah diungkapkan oleh Imam Malik RA iaitu “Pelajarilah adab dahulu sebelum mempelajari sesuatu ilmu.” Selain itu, Islam juga menekankan bahawa

terdapat beberapa tingkah laku yang perlu dijaga dalam menimba ilmu kerana ianya sangat berkait rapat dengan diri kita sendiri sebagai umat Islam. Oleh itu, sebagai penuntut ilmu haruslah mengikut pesanan dan jejak Rasulullah SAW yang menegaskan niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu. Seseorang itu harus bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. Sifat gigih dan rajin harus disematkan dalam diri kerana ilmu itu tidak boleh dituntut secara remeh dan ala kadar.

5.5 CADANGAN DAN SOLUSI Antara cadangan dan solusi yang saya telah kaji melalui isu ini ialah untuk mendidik seseorang itu beradab, di usia remaja lagi mereka memerlukan bimbingan dan dorongan daripada orang dewasa. Terutama sekali ibu bapa yang mempunyai anak anak remaja, hal ini kerana anak-anak yang sedang meningkat remaja terbukti memiliki jiwa yang kuat untuk menonjolkan diri bahawa mereka boleh melakukan apa yang diimpikan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya mengambil peranan iaitu sentiasa mendekati mereka dengan mendidik mereka supaya dapat mengawal diri sendiri. Mereka juga perlu dididik agar menghormati ilmu serta menghormati tenaga pengajar yang mengajar mereka iaitu guru, itu adalah perkara paling utama, supaya mereka tidak memandang remeh tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan mereka. Dalam persoalan menghormati buku yang terkandungnya ilmu, ulama menunjukkan contoh teladan yang positif iaitu seperti Imam Syafiq yang sentiasa bersama kitab sehinggakan beliau dapat menghafal kandungan kitab yang dipelajari. Oleh itu Imam Syafie Berjaya menghafal Al-Quran pada usianya tujuh tahun dan menghafak kitab Al-Muwatta’ karya Imam Malik pada usia 10 tahun. Sikap yang ditonjolkan oleh belia dalam usia muda adalah disebablan oleh akhlak peribadanya yang mulia terhadap kitab yang terkandunya ilmu. Selain itu, pihak sekolah terutama guru seharusnya memupuk semangat menghormati ilmu di kalangan warga sekolah. Pihak guru sewajarnya memberi penekanan tentang pentingnya ilmu itu untuk dihormati dengan cara sentiasa memberikan ceramah tentang kisah Nabi Muhammad SAW dalam mendapat wahyu untuk dihafal dan disampaikan kepada umat Islam. Melalui ceramah tersebut, pelajar-pelajar dapat mengambil iktibar dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola mereka dalam menuntut ilmu serta pelajar juga akan lebih beradab terhadap ilmu yang dituntuti sehingga mereka meningkat dewasa kerana ilmu itu adalah satu perkara yang penting dalam semua kehidupan manusia kerana ilmulah yang akan mendorong kita untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Ketiga, pihak media

massa juga turut berperanan dalam penetapan budaya menghormati ilmu di kalangan setiap umat manusia kerana media massa adalah suatu rangkaian perhubungan yang mampu mempengaruhi seseorang. Dalam konteks menghormati ilmu ini, media massa sewajarnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan informasi dan mesej yang positif tentang kepentingan menghormati ilmu. Sebagai contoh, stesen penyiaran boleh mengambil langkah dengan menyiarkan program yang mempunyai unsur berkaitan dengan ilmu serta menyelitkan sedikit unsur hiburan agar menjadi lebih menarik dan dapat diterima oleh setiap masyarakat. Oleh itu, menghormati ilmu ini sewajarnya dipupuk oleh setiap manusia dan bukan sahaja kepada remaja sahaja malah kepada orang-orang yang berilmu. Walaupun kita merasa yakin bahawa ilmu kita itu sudah cukup, ianya bukan satu tiket kepada kita untuk tidak menghormati ilmu. Kita seharusnya mempunyai adab dan tingkah laku yang baik dan sopan terhadaP ilmu yang dituntuti semoga kita mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW kita sendiri agar ilmu kita sentiasa ada dan sentiasa kita ingati sepanjang hayat kita....


Similar Free PDFs