CTU152 Prinsip Keadilan PDF

Title CTU152 Prinsip Keadilan
Author Anony Mous
Course Values and Civilization
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 31
File Size 560.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 569
Total Views 882

Summary

CTU 152 :KONSEP KEADILAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAMDisediakan untuk :Ustazah Nurhidayah Binti Muhamad SharifuddinDisediakan oleh :Nama Pelajar No MatriksAD111 – Graphic Design & Digital MediaPenilaian MarkahPengenalan /Isi + Huraian /Cadangan/Kesimpulan /Bibliografi /Etika/Profesionalisme /Jumlah ...


Description

CTU 152 : KONSEP KEADILAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Disediakan untuk : Ustazah Nurhidayah Binti Muhamad Sharifuddin Disediakan oleh : Nama Pelajar

No Matriks

AD111 – Graphic Design & Digital Media Penilaian Markah

NO.

Pengenalan

/2

Isi + Huraian

/8

Cadangan/Kesimpulan

/2

Bibliografi

/4

Etika/Profesionalisme

/4

Jumlah

/20

TAJUK

NO. M/S

1.

PENGHARGAAN

i

2.

PENGAKUAN TIADA PLAGIAT

ii

3.

PENGENALAN

1

4.

KONSEP KEADILAN

2-4

5.

ASPEK – ASPEK KEADILAN

5-8

6.

KEPENTINGAN KEADILAN

9-10

7.

DALIL DAN HADIS BERKAITAN KEADILAN

11-13

8.

PRINSIP KEADILAN KHALIFAH TERDAHULU DAN

14-16

PEMIMPIN SEKARANG 9.

KESAN KEADILAN

17-18

10.

ISU SEMASA

20-23

11.

PENUTUP

24

12.

RUJUKAN

25-27

1.0 PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kudrat yang dikurniakanNya untuk kami menyempurnakan kerja kursus ini. Sesungguhnya, proses yang kami jalani sepanjang melengkapkan tugasan ini memberi banyak manfaat dari segi informasi juga pengetahuan kami mengenai tajuk yang dibincangkan. Selain itu, pengalaman yang kami perolehi amatlah berbeza disebabkan situasi yang mengekang kami daripada bertemu secara bersemuka. Kami ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan serta sebanyak – banyak terima kasih kepada Ustazah Nurhidayah Binti Muhamad Sharifuddin atas dorongan, bimbingan serta tunjuk ajar yang dicurahkan sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Segala teguran serta ingatan beliau amat memberi impak positif kepada kami. Justeru itu, kami telah dapat memperoleh hasil yang cemerlang. Di samping itu, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang berperanan memberi sokongan dari segi mental dan pertolongan dari segi wang ringgit untuk kami menyelesaikan tugasan ini. Seterusnya, kami ingin berterima kasih kepada rakan – rakan yang turut sama berjuang membantu dan memberikan kerjasama yang padu. Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses penghasilan kerja kursus ini. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T yang mampu membalas segala jasa yang telah kalian curahkan.

i

2.0 PENGAKUAN TIADA PLAGIAT Kami dari kumpulan 2 dengan ini mengakui bahawa hasi kerja khusus CTU 152 ini adalah tugasan kerja yang dihasilkan oleh daya usaha kami sendiri dan tiada unsur plagiat dari mana-mana pihak tertentu. Maka dengan ini, kami faham akan implikasi yang akan diterima sekiranya pengakuan ini adalah palsu.

ii

3.0 PENGENALAN Keadilan ialah sebuah konsep yang dituntut buat seluruh umat manusia tidak kira Islam atau bukan Islam kerana keadilan merupakan sebuah tunjang buat sesebuah negara untuk menjalani kehiupan yang aman dan sejahtera. Hal ini demikian, Islam mensyariatkan umatnya untuk memenuhi prinsip - prinsip keadilan. Keadilan ini merangkumi pelbagai jenis aspek dalam kehidupan seharian. Antaranya, keadilan distributif, retributif, juga dari aspek sosial dan ekonomi negara. Terdapat beberapa asas keadilan dari perspektif Islam. Contohnya, kebebasan jiwa yang tetap dan persamaan kemanusiaan yang sempurna. Keadilan ini bergantung kepada keadilan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan Hadis daripada Nabi Muhammad SAW. Dengan itu, tidak mungkin semua manusia yang Islam atau bukan Islam dapat mengetahui tentang keadilan yang sebenar dan yang paling sempurna atau tepat. Islam adalah agama yang murni yang memerintah kepada setiap manusia untuk berlaku adil dan saksama untuk menegakkan keadilan di atas setiap perbuatan atau kelakuan. Keadilan ini penting kerana ia merupakan prinsip utama kepada setiap negara. Al-Quran mempunyai pendapat yang berbeza – beza tentang keadilan. Untuk setiap yang beriman hendaklah menegakkan sebuah kebenaran kerana Allah SWT dan menjadi saksi yang adil. Kita haruslah berlaku adil kerana keadilan ialah sesuatu perkara yang dekat kepada taqwa. Jika berlakunya ketidakadilan, Allah SWT tidak akan memberkati perkara yang telah dilakukan. Islam banyak mengajar kita untuk melahirkan perasaan adil diantara satu sama lain.

Dengan adanya

keadilan, kita dapat melahirkan masyarakat yang lebih berkualiti dan dapat menciptakan sesebuah negara yang aman dan harmoni.

1

4.0 KONSEP KEADILAN i. Konsep keadilan dalam falsafah hukum Islam

a. Keadilan Menurut Mu’tazilah Kaum mu’tazilah mempercayai bahawa Tuhan yang telah memberikan kemerdekaan dan kebebasan bagi manusia dalam menentukan kehendak dan perbuatannya. Oleh kerana itu, bagi kaum ini Tuhan tidak bersifat mutlak. Menurut mereka, Tuhan telah menciptakan akal manusia sedemikian rupa sehingga mampu melihat yang baik dan buruk secara objektif. Selain itu, kaum ini juga mempercayai terhadap kekuasaan akal dan kemerdekaan serta kebebasan manusia.

b. Keadilan Menurut Asy’ariyah Asy’ariyah berpendapat bahawa Tuhan menghendaki perkara yang ada dan tidak menghendaki perkara yang tiada. Ini bermaksud, Tuhan menghendaki iman bagi orang yang telah mendapat petunjuk dan menghendaki kekafiran bagi manusia yang sesat. Dalam fahaman Asy’ariyah, Tuhan boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Asy’ariyah juga berpendapat bahawa Tuhan tidak akan melakukan sebarang kesalahan seperti jika Tuhan memasukkan seluruh manusia di dunia ke dalam neraka. Asy’ariyah berkefahaman tentang keadilan Tuhan merupakan keadilan raja yang mutlak. Tuhan tidak boleh dikatakan tidak adil, walaupun manusia menganggap hal tersebut tidak adil.

2

c. Keadilan Menurut Maturidiyah

Al-Bazdawi menerangkan bahawa Tuhan wajib menepati janjinya untuk mereka yang berbuat baik. Selain itu, Tuhan juga boleh membatalkan ancaman hukuman kepada orang yang berbuat jahat. Tuhan sahaja yang akan menentukan nasib seseorang yang berbuat jahat. Maturidiyah Bukhara berpendapat bahawa keadilan Tuhan haruslah difahami dalam konteks kekuasaan dan kehendak Tuhan. Al-Bazdawi juga mengatakan bahawa Tuhan tidak mempunyai tujuan dan tidak mempunyai unsur pendorong untuk menciptakan kosmos. Ini bermaksud alam tidak diciptakan oleh Tuhan untuk kepentingan manusia akan tetapi kepada Tuhan sebagai pemilik mutlak.

d. Keadilan Menurut Maqasid Syariah

Maqasid Syariah adalah tujuan Allah SWT dan Rasul-Nya dalam merumuskan hukumhukum Islam. Tujuan ini adalah untuk diletakkan dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis sebagai alasan logik bagi rumusan suatu hukuman yang berorientasi kepada kaedah manusia. Ibnu Qayyim telah menjelaskan bahawa tujuan hukum Islam ini adalah untuk mewujudkan hamba dunia akhirat. Menurutnya, seluruh hukum itu mengandungi keadilan, rahmat, kaedah dan kebijaksanaan dan jika hukum ini tiada di empat nilai yang dikandunginya, maka hukum tersebut tidak dinamakan Hukum Islam.

3

ii. Konsep Keadilan Dalam Islam

a. Keadilan Intelektual

Keadilan intelektual bermaksud seseorang yang mempunyai pemikiran yang berani untuk menyatakan bahawa sesuatu perkara itu adalah benar atau salah secara objektif dan bukan untuk mempertimbangkan subjektif kecenderungan yang lain.

b. Keadilan Terhadap Diri Sendiri

Ini bermaksud seseorang individu harus menegakkan keadilan pada diri sendiri seperti mengakui kesalahan dirinya dan bersedia untuk menerima segala akibat atas kesalahan itu. Akan tetapi, keadilan pada diri sendiri itu boleh dijaga apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang perkara yang benar dan yang salah.

c. Adil Kepada Orang Lain

Keadilan ini bermaksud menyempurnakan hak mereka dan melaksanakan hukum secara teliti antara mereka, mempertahankan orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah.

d. Berlaku Adil Kepada Makhluk Lain

Ini bermaksud adil terhadap binatang seperti menempatkannya pada tempat yang sesuai bagi binatang tersebut. Jika kita memelihara binatang, kita haruslah menyediakan tempat dan makanan yang sesuai. Jika binatang itu memberi manfaat untuk pertanian, haruslah dengan cara yang wajar dan jangan memberi bebanan yang melampaui batas.

e. Berlaku Adil Kepada Allah SWT Kita sebagai makhluk ciptaannya haruslah melaksanakan apa sahaja yang diwajibkan kepada kita. Untuk mewujudkan keadilan kita terhadap Allah SWT kita wajib beriman kepadaNya dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain

4

5.0 ASPEK – ASPEK KEADILAN Keadilan dapat dilihat sebagai kebenaran ideal secara moral mengenai sesuatu hal, sama ada ianya berkaitan dengan hal kebendaan, mahupun seorang insan. Menurut sebahagian besar sesebuah teori, keadilan memiliki taraf kepentingan yang besar. John Rawls, yang merupakan seorang ahli falsafah politik yang dianggap terkemuka pada abad ke-20 di Amerika Syarikat, menyatakan bahawa ‘K eadilan adalah tunjang kepada institusi sosial, sebagaimana rupanya kebenaran terhadap siste m pemikiran’. Hal ini demikian, keadilan dalam sesebuah negara, dapat dilihat melalui 3 aspek penting iaitu aspek ekonomi, sosial, dan politik.

3.1 Keadilan dalam Aspek Ekonomi Ekonomi dapat ditakrifkan sebagai domain sosial yang menekankan amalan, wacana, dan ungkapan bahan, yang dikaitkan dengan segala pengeluaran, penggunaan, dan pengurusan sumber. Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, liberal dan bertolak ansur. Namun, ia masih ditegaskan untuk menumpukan perhatian kepada isu pembangunan ekonomi dan keadilan sosial ekonomi, bagi menempah masa depan yang lebih cerah. Sesebuah negara yang adil sememangnya perlu untuk mencapai tahap mampu, untuk menyediakan makanan yang cukup diatas setiap meja di setiap pelusuk tempat, supaya tiada kelompok rakyat yang mengalami masalah kekurangan zat. Keperluan asas seperti tempat tinggal, hak mendapat kemudahan kesihatan dan keperluan asas yang lain, hendaklah disediakan secara cukup dan adil kepada masyarakat. Keadilan dalam aspek ekonomi seperti ini sememangnya membantu bagi masyarakat yang hidup di peringkat bawahan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan yang relatif.

Dalam membentuk masyarakat yang adil, penerimaan terhadap sebarang tindakan yang tegas hendaklah diterapkan dalam diri setiap insan. Melalui usaha yang sah, imbangan yang adil dalam setiap profesion dan semua kategori pekerjaan utama hendaklah dijamin. Ia merupakan sebuah unsur yang penting, dengan wujudnya campuran pelbagai kaum, dalam membangunkan ekonomi negara. Mutu dan kebolehan merupakan aspek penting untuk memastikan ekonomi negara berkembang pesat. Namun, keadilan yang cuba diimplementasikan dalam peluang pekerjaan tanpa 5

mengira kaum dan warna kulit, memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan yang sihat bagi masyarakat bumiputera yang mampu, dan gigih dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat, program berintegrasi dan membina, perlu lebih kerap dipertingkatkan bagi membangunkan sumber manusia ke taraf yang lebih pesat. Selain itu, kekayaan yang menetap di sesebuah kelompok sahaja hendaklah dihindarkan. Sebaliknya, kekayaan tersebut hendaklah disebarkan ke setiap masyarakat termasuklah anggota yang belum bernasib baik secara adil dan saksama. Keadilan ekonomi seperti ini sememangnya mampu dalam membentuk sebuah negara yang maju dan harmoni.

3.2 Keadilan dalam Aspek Sosial Keadilan sosial atau dalam erti kata lainnya keadilan masyarakat, merupakan sebuah pemikiran mengenai hubungan yang adil dan saksama antara individu dan masyarakat. Perkara ini diukur berpandukan syarat yang tersirat dan tersurat mengenai pengagihan kekayaan, peluang melakukan kegiatan persendirian, serta keistimewaan dalam masyarakat. Keadilan ini mengenakan hak dan tugasan dalam institusi masyarakat yang membolehkan sesebuah rakyat menerima kelebihan dan bebanan hasil kerjasma masyarakat. Perkara ini turut melibatkan percukaian, insurans, kesihatan, pendidikan, perkhidmatan awam, undang-undang buruh, serta kawalan pasaran, untuk memastikan agihan kekayaan yang adil dan peluang yang sama rata.

Keadilan perlu diberikan kepada semua pihak tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit, jantina, dan bahasa. Hal ini dapat dikaitkan dengan prinsip pengagihan. Prinsip pengagihan perlu memastikan semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kebebasan untuk memperolehi kemudahan sosial seperti pendidikan dan kesihatan. Melihat keadilan sosial melalui sudut sosio-ekonomi, Abu Zuhrah tidak menafikan wujudnya golongan fakir dan kaya dalam masyarakat. Keadilan sosial menurutnya bukanlah bertujuan untuk menghapuskan golongan fakir. Sebaliknya, ia merupakan sebuah wadah untuk mengurangkan bebanan yang mereka lalui. Kedua-dua golongan ini tidak boleh dibezakan mengikut hierarki susunan sosial. Ini kerana manusia juga dipandang tiada bezanya oleh Allah SWT melainkan ianya berpandukan darjat ketaqwaannya, dan perkara ini wujud hanya dalam pengetahuan6

Nya. Walau bagaimanapun, kefakiran perlu dirawat agar tidak timbul masalah sosial seperti kecurian dan rompakan. Menurut Abu Zuhrah, keadilan sosial merupakan asas dalam ketidaksamarataan sosio-ekonomi. Ia juga bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Bahkan ia merupakan sebahagian dari syariat Islam yang menjadi tuntutan untuk direalisasikan.

3.3 Keadilan dalam Aspek Politik Menurut David Easton, sistem politik ialah sistem atau organisasi yang merangkumi semua aspek persekitaran masyarakat misalnya ekonomi, sosial dan budaya yang saling berinteraksi di mana aspek tersebut akan mengubah atau diubah, oleh sesebuah proses politik. Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, berasaskan konsep ‘Siapa cepat dia dapat’. Proses politik di Malaysia boleh digambarkan sebagai mengambil bentuk Konsosialisme, atau perkongsian kuasa, yang mana ‘K epentingan bersama boleh diselesaikan di dalam satu rangka kerja campuran yang besa r’. Sistem politik boleh menyebabkan peperangan, menggalakkan kewujudan keamanan, memupuk perdagangan antarabangsa mahupun membataskannya, dan membuka sempadan untuk bertukar idea dan pengalaman, Hal ini dapat dikaitkan dengan peranan keadilan dalam menjalankan sesebuah sistem politik,

Hakikatnya, perpaduan politik adalah asas kepada kestabilan dan keharmonian berterusan di negara ini. Dasar dan undang-undang harus ditegakkan dengan memberikan pengadilan yang adil kepada kepentingan yang terjejas. Terdapat rakyat Malaysia yang masih terpinggir dan malang yang memerlukan bantuan dan pertolongan kerajaan. Kerajaan yang memerintah mengimplementasikan konsep keadilan dalam menyelesaikan masalah berkaitan, dengan memberi peluang dan bantuan yang diperlukan tanpa mengira bangsa serta agama. Tiada peluang untuk bertolak ansur dengan percubaan melanggar hak asasi, kecuali jika perlanggaran hak tersebut melibatkan kepada tuntutan moral, keselamatan awam, dan kesejahteraan dalam masyarakat demokratik, hak asasi tersebut boleh dibataskan. Setiap keputusan yang dilakukan oleh pihak politik, hendaklah berdiri diatas dasar kebenaran dan keadilan, bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Demokrasi tidak

7

bermaksud setiap tuntutan perlu dilayan secara bebas tanpa memerhatikan dari sudut aspek tradisi, adat, dan budaya yang telah ada. Hal ini kerana tradisi, adat dan budaya, telah tertanam dalam struktur sosial masyarakat tertentu. Tindakan dan polisi yang diseleweng oleh kerajaan mahupun parti politik, akan membawa akibat buruk. Setiap keputusan yang dilakukan oleh pihak politik dan kerajaan, jika bercanggah dari dasar keadilan dan undang-undang yang telus, bakal menggugat kesejahteraan negara.

8

6.0 KEPENTINGAN KEADILAN Seandainya keadilan merupakan sesuatu yang diluar norma, nescaya umat manusia tidak mengira zaman akan kucar – kacir dan saling berbalah. Keadilan yang dipraktik dari zaman terdahulu menjadi asbab keamanan serta keharmonian sesebuah bangsa. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab umat masa ini untuk meneruskan kesinambungan prinsip keadilan masyarakat terdahulu. Pentingnya keadilan menjadi sebab utama untuk umat Islam menegakkan keadilan. i. Kepentingan keadilan terhadap individu. Dari segi individu, prinsip keadilan memainkan peranan penting kerana penerapan prinsip keadilan dapat membentuk peribadi seseorang. Seseorang muslim yang adil dapat memupuk sifat empati dalam dirinya melalui perlakuan adil terutama dalam menghakimi sesuatu hal. Sikap adil juga melahirkan individu yang teguh pendiriannya kerana tidak mudah menilai sesuatu perkara tanpa menyiasat atau memastikannya terlebih dahulu. Hal ini adalah bersesuaian dengan adanya media sosial di masa ini. Selain itu, prinsip keadilan juga dapat memastikan hak individu agar tidak diceroboh. Seseorang yang menerapkan sikap adil dalam dirinya, tidak akan sewenang – wenangnya berkongsi maklumat yang tidak pasti kesahihannya di media sosial. Hal ini adalah tidak adil bagi individu yang terlibat dalam maklumat yang dikongsi. Sebaliknya, lebih wajar agar seseorang itu hanya menganggapnya sebuah cerita dan tidak menyebarkannya. Selain itu, prinsip keadilan juga dapat memastikan hak individu agar tidak diceroboh.

ii. Kepentingan keadilan terhadap masyarakat. Keadilan dalam Islam bersifat mutlak. Ini merangkumi seluruh lapisan masyarakat bukan sahaja umat Islam malah masyarakat bukan Islam juga. Oleh itu, prinsip keadilan menjadi acuan masyarakat dalam melahirkan sebuah keharmonian. Andainya sesebuah masyarakat itu menolak prinsip adil ini, pastinya semakin banyak gejala – gejala yang tidak sihat akan berlaku. Keadilan juga dapat mengurangkan perilaku buruk dalam masyarakat.

9

iii. Kepentingan keadilan terhadap agama. Dalam Islam, prinsip keadilan telah dibangkitkan dalam banyak hal. Keadilan dapat menjamin kesejahteraan dalam Islam. Keadilan dapat menjadi penjelasan tentang sesuatu hal yang berbangkit berkaitan agama Islam. Sebagai contoh, penetapan hukum berlandaskan dalil dan hadis. Semua hukum yang telah ditetapkan dalam Islam, mengambil kira aspek keadilan semua pihak. Selain itu, keadilan menjadi pemangkin untuk lebih melonjakkan Islam di seluruh dunia. Prinsip keadilan yang diterapkan dalam diri setiap umat Islam dapat menjadi contoh tauladan yang baik untuk masyarakat bukan Islam.

iv. Kepentingan keadilan terhadap negara. Sebagaimana yang semua tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Sebagai contoh, Melayu, Cina, India, Iban dan lain – lain. Hal ini merupakan kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia. Kita mempunyai bukan satu budaya, malah banyak budaya yang memiliki keunikan masing – masing. Oleh itu, kewujudan prinsip keadilan dalam sesebuah negara amat penting agar kemanan dapat dipelihara. Prinsip keadilan diterapkan melalui banyak cara seperti pilihan raya dan pelaksanaan undang – undang. Pemimpin di Malaysia dan beberapa buah negara lain di dunia dipilih melalui sistem demokrasi yang memberi ruang agar rakyat dapat memilih pemimpin yang terbukti kewibawaannya. Ini jelas sekali merupakan cara yang saksama untuk memilih pemimpin dalam sebuah negara. Oleh itu, prinsip keadilan ini dapat juga menjamin kesejahteraan sesebuah negara.

10

5.0 DALIL DAN HADIS BERKAITAN KEADILAN Konsep keadilan amat ditekankan oleh agama Islam. Oleh itu, Allah SWT telah menyeru umat Islam agar berlaku adil dalam setiap perlakuan...


Similar Free PDFs