Analisa Surah AN-NISA AYAT 92-93 PDF

Title Analisa Surah AN-NISA AYAT 92-93
Author Nurul Nadhirah
Course Pemikiran dan tamadun islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 15
File Size 499.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 8
Total Views 166

Summary

ANALISA SURAH AN-NISA AYAT 92-93...


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH

CTU101 PRINSIP ASAS ISLAM ANALISA AYAT AL-QURAN BIL

NAMA PELAJAR

NO. PELAJAR

KUMPULAN

1.

Muhammad Wafi Aqil bin Abdullah

2020874332

A4AS1201_7

2.

Nurul Ain binti Mat Tamizi

2020472626

A4AS1201_7

3.

Nurul Nadhirah binti Ahmad Sofi

2020830114

A4AS1201_7

4.

Elywan binti Abdul Shukor

2020625652

A4AS1201_7

PENSYARAH NURUL HIDAYAH BINTI AZIZ

SEMESTER OKT- FEB 2021

1

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 Pendahuluan……………………………………………………………………… 3 2.0 Ayat (Surah An-Nisa ayat 92-93) dan Mafhumnya………………………………5 3.0 Sejarah/ sebab penurunan Surah dan Ayat………………………………………...6 3.1 Sejarah penurunan 3.2 Tajwid 4.0 Hukum yang terkandung dalam ayat………………………………………….…..9 4.1 Hukum 4.2 Fatwa berkaitan 5.0 Isu semasa yang berkaitan…………………………………………………..…….12 5.1 Isu 1 5.2 Isu 2 6.0 Penutup…………………………………………………………………………….13 7.0 Bibliografi………………………………………………………………………….15

2

1.0 PENDAHULUAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Setelah mengadakan perbincangan antara ahli kumpulan bagi pemilihan surah serta ayat bagi tugasan ini, kami bersepakat untuk memilih ayat 92 sehingga ayat 93 daripada Surah an-Nisa’. Kami telah merujuk kepada tafsir Al-quran Rasm Uthmani. Tugasan ini akan didahului dengan salinan daripada ayat yang dipilih bersama-sama terjemahannya agar kami dapat memberi pemahaman awal serta maksud disebalik ayat tersebut sebelum menganalisanya dengan lebih terperinci. Pertama, tugasan ini bakal merungkai sejarah serta asal usul surah ini diturunkan di dalam Al-Quran. Surah yang kedua terpanjang di dalam Al-Quran ini merupakan surah yang kebanyakannya menceritakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan wanita di mana maksud nama surah itu sendiri ialah ‘perempuan’. Bagi konteks ayat yang dipilih iaitu ayat 92 sehingga 93, ayat ini menerangkan tentang hukum membunuh seorang Muslim serta hukum dan balasan membunuh seorang yang beriman dengan sengaja. Terdapat juga hukum-hukum tajwid yang terkandung di dalam ayat-ayat yang akan dijelaskan dengan lebih terperinci. Sebagai contoh, Izhar Halqi, Idgham Ma’al Ghunnah, Ikhfa’ Hakiki dan Ikhfai’ Syafawi. Kedua, tugasan ini bakal merungkai megenai hukum feqah yang terkandung di dalam ayat tersebut. Merujuk kepada ayat tersebut, Terdapat dua jenis hukum yang dinyatakan iaitu bagi orang orang yang membunuh orang Islam atau orang Mukmin secara tidak sengaja dan sebaliknya. Seterunya, terdapat juga fatwa yang akan dibahaskan berkaitan dengan ayat yang dipilih tersebut. Antara fatwanya ialah fatwa dan hukum mengeanai perbuatan membunuh dengan sengaja dan juga hukum seorang mukmin membunuh mukmin yang lain dengan sengaja. Ketiga, isu-isu semasa yang bersesuaian berkaitan ayat-ayat ini juga bakal dibincangkan dengan lebih lanjut dan akan dikaitkan dengan kandungan yang terdapat di dalam ayat tersebut bagi melihat keadaan dunia realiti terhadap situasi yang digambarkan di dalam ayat tersebut. Antara isu semasa yang dilipih ialah seorang mukmin telah terbunuh ketika sedang memburu dan isu kedua ialah seorang muallaf terbunuh akibat kemalangan jalanraya kerana dilanggar oleh seorang mukmin.

3

Keempat, bagi kandungan penutup pula, kami akan sertakan jalan penyelasaian atau solusi yang mungkin boleh dilaksanakan berkaitan isu-isu semasa yang telah disebut dan dibincangkan di bahagian 5.0. Akhir sekali, kami akan mengakhiri tugasan ini dengan membincangkan pengajaranpengajaran yang telah diperoleh daripada ayat-ayat yang dipilih ini supaya setiap orang dapat memahami setiap kandungan ayat tersebut dengan cukup jelas. Ayat ini juga dapat mendorang umat Islam bagi menerapkan nilai murni dalam diri masing-masing dengan berkasih sayang antara satu sama lain dengan mengelakkan pembunuhan dengan sengaja antara kita selagi tidak melanggar hukum-hukum agama. Di akhir tugasan ini, kami telah sertakan bibliografi dengan menyenaraikan sumber-sumber berkaitan sebagai rujukan sepanjang menyempurnakan tugasan ini.

4

2.0 AYAT DAN MAFHUMNYA SURAH AN- NISA AYAT 92- 93

َ ‫ َخطَأ ً َو َمْنقَتَ َل ُمؤْ ِم نا ً َخ‬฀َ‫قت ُ َل ُمؤْ مِنا ً ِإال‬ ُ ฀َ‫ د‬฀َ‫ص‬ ْ ‫َوما كا َن لِ ُمؤْ ِم ٍْن أَ َين‬ ‫قوا‬ ‫ َيأَن‬฀َْ ‫ َمةٌ ِإلى أَ ْه ِل ِه ِإال‬฀َ‫سل‬ َ ‫طأ ً فَتَح ِْر ي َ ُرقَر‬ َ ‫ب ٍة ُم ْؤ ِم َ ِند َيٍَةةٌو ُم‬ ‫ َمةٌ إِلى‬฀َ‫بينْو َُه ْم ِميثا ٌق فَ ِديَةٌ ُم َسل‬ ‫يرقَربَ ٍة ُمؤْ مِ ن ٍَة َو ِإ ْن كا َن مِ ْنْ ٍم‬ ُ َ ‫فَإِ ْن كا َن مِ ْنقَ ْو ٍم عَ ٍدُولَكُ ْم وَ ه َُو ُمؤْ مِ ٌن فَتَح ِْر‬ َ‫قَوبَينْ َ َ ُك ْم‬ ฀َ َ฀ ْ َ‫ ) َو َم ْني‬92( ً ‫لا َعلِيما ً َح ِكيما‬ ‫قت ُ ْل‬ ُ ฀َ ‫لا وكا َن ل‬ ْ ِ ‫تابعَي‬ ِ َ ฀َ ‫ْن تبََوةً ِم َن ل‬ ُ َ ‫أَ ْهلِ ِه َوتَح ِْر‬ ِ َ‫يرقَربَ ٍة ُمؤْ ِمن َ ٍة فَ َم ْنلَ ْم يَ ِج دْ فَ ِص يا ُم ش َ َْهير ِْن ُمت‬ ฀َ )93( ً ‫ع ِظيما‬ ُ ฀َ‫ض َبل‬ َ ‫لا‬ َ ً ‫ لَ ُه عَذابا‬฀َ‫عود‬ ِ ‫ ُم خالِداً ِفيها َ و َغ‬฀َ‫ُمؤْ ِمنا ً ُمتمَ ِعَداً فَ َجزا ُؤهُ َج َهن‬ َ َ‫علَ ْي َ ِهلَوعَ َن ُهأ‬ Mafhumnya: 92. Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” )denda ganti nyawa( yang diserahkan kepada ahlinya )keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar “diah” )denda ganti nyawa( kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 93. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

5

3.0 SEJARAH PENURUNAN SURAH AN- NISA AYAT 92-93

3.1 SEJARAH PENURUNAN

Surah An-Nisa ini terdiri daripada 176 ayat di dalam juzuk 5 ini merupakan surah kedua terpanjang selepas Surah Al-Baqarah. Maksud kepada surah An-Nisa ini ialah perempuan. Hal ini demikian kerana surah ini menceritakan tentang hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain. Surah ini juga terkandung hal berkaitan keimanan (syirik) iaitu kesan mengamalkan syirik pada masa hadapan. Selain itu, surah ini terkandung hukum-hukum: kewajipan para wali; hukum poligami; mas kahwin; memakan harta anak yatim dan orangorang yang tak dapat mengurus hartanya; hukum warisan; perbuatan-perbuatan keji dan hukumannya, wanita-wanita yang haram dikahwini; hukum-hukum mengahwini budak perempuan; larangan memakan harta secara batil; hukum syiqaq dan nusyuq; kesucian lahir batin dalam sembahyang; hukum suaka; hukum membunuh seorang Islam; solat khauf; larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk; masalah pusaka kalalah. Selain itu, surah ini juga terkandung kisah Nabi Musa dan pengikutnya serta banyak lagi yang terkandung dalam surah An- Nisa ini. Seperti yang kita semua maklum, setiap penurunan surah pasti mempunyai maksud tersirat dan tujuannya. Sama juga seperti surah An- Nisa. Surah An-Nisa ayat 92 dan 93 ini diturunkan kerana Mujahid dan lain-lainnya mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Ayyasy ibnu Abu Rabi'ah. Abu Rabi'ah adalah saudara lelaki seibu dengan Abu Jahal; ibunya bernama Asma binti Makhramah. Pada mulanya Ayyasy membunuh seorang lelaki yang menyiksa dirinya bersama saudaranya kerana Ayyasy masuk Islam; lelaki itu bernama Al Haris ibnu Yazid Al-Gamidi. Dalam hati Ayyasy masih terpendam niat hendak membalas saudara Al Haris itu. Tetapi tanpa sepengetahuan Ayyasy, saudara Al Haris tersebut masuk Islam dan ikut hijrah. Ketika terjadi Perang Fath Mekah, tiba-tiba Ayyasy melihat lelaki tersebut, maka dengan serta merta dia langsung menyerangnya dan membunuhnya kerana dia menyangka bahawa lelaki tersebut masih musyrik.

6

Namun, ada juga pendapat lain daripada Abdur Rahman ibnu Zaid. Beliau mengatakan bahawa ayat ini diturunkan kerana Abu Darda apabila dia telah membunuh seorang lelaki yang mengucapkan syahadah di saat pedang Abu Darda menghayunkan pedangnya. Namun, Abu Darda tetap menghayun pedangnya dan matilah lelaki itu walaupun dia telah mengucapkan syahadah. Lalu, peristiwa itu diceritakan kepada Nabi Muhammad SAW dan Abu Darda membela dirinya dengan mengatakan bahawa lelaki itu mengucapkan syahadah kerana untuk melindungi dirinya. S etelah itu, Nabi Muhammad SAW telah bersabda “ adakah engkau telah membelah dadanya?” . Allah telah menurunkan firmanNya dalam surah An-Nisa ayat 92 "92. Dan tidak patut bagi orang mukmin untuk membunuh orang mukmin lainnya,” Tidak seharusnya orang Mukmin saling membunuh antara satu sama lain melainkan tidak sengaja seperti kemalangan atau tersalah sasaran ketika berburu. Namun, pasti akan ada bayaran yang perlu dibayar untuk perlakuan. Hukuman- hukuman telah tertulis di dalam surah An-Nisa ayat 92. Selain itu, dalam surah An-Nisa ayat 93 pula mengisarkan tentang pembunuhan dengan sengaja orang Islam. Terjemahan ayat ini ialah "93. Dan barang siapa yang membunuh orang mukmin dengan sengaja, maka balasannya neraka Jahannam, kekal di dalamnya" Ibnul Qayyim setelah menyebutkan pendapat para imam tentang ayat tersebut berkata dalam Madaarijus Salikin, "Sebahagian lagi berpendapat, nas-nas ini dan semisalnya yang disebutkan di sana hal yang menghendaki untuk diberikan hukuman, namun tidak mesti adanya hal

yang

menghendaki

untuk

dihukumi

harus

ada

pula

hukuman

itu.

Oleh hal yang demikian, kerana hukum hanyalah sempurna dengan adanya kesannya dan hilangnya penghalang. Tujuan nas-nas ini adalah untuk memberitahukan bahawa perbuatan ini menjadi sebab untuk mendapat hukuman dan yang mengharuskannya, namun telah ada dalil yang menyebutkan mawaani' (penghalang); sebahagiannya berdasarkan ijma' dan sebahagian lagi berdasarkan nas.

7

3.2 HUKUM TAJWID IZHAR HALQI (apabila nun mati atau tanwin bertemu huruf izhar halqi ( ‫ء ه ع غ ح‬ ‫ )خ‬akan dibaca jelas dan nyata)

‫ْ ِل ُمؤْ مِ ٍن أَن‬ ‫ُم ْؤمِ نًا إِال‬ ً ‫ُم ْؤمِ نًا َخطَأ‬ ‫ َمةٌ إِلَى‬฀َ‫سل‬ َ ‫ُم‬ ‫علَِي ًما َح ِكي ًما‬ IKHFA’ SYAFAWI (apabila huruf mim mati bertemu huruf ba akan dibaca dengan dengung sebanyak 2 harakat)

ٌ َ‫َوبَيْنَ ُه ْمٌ مِيث‬ ‫اق‬

IDGHAM MA’AL GHUNNAH (apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf idgham ma’al ghunnah )ya’, wau, mim dan nun) dalam 2 kalimah akan dibaca dengung (2 harakat)

‫ََو َما كَان‬

IDGHAM BILA GHUNNAH (apabila nun mati atau tanwin bertemu huruf idgham bila ghunnah )ra’ dan lam) dan dibaca tanpa dengung)

‫ََو َم ْن قَتَل‬

‫ لَ ُكم‬฀฀ ‫ْع َدُو‬

‫ ُم ْؤمِ نَة‬฀฀‫ٍَرقَبَة‬

‫َفَ ِإ ْن كَان‬

‫ْفَ َم ْن لَم‬

‫ َو ِديَة‬฀฀‫ٌ ُم ْؤمِ نَة‬

‫ٍمِ ْن قَ ْو م‬

‫َأَ ْن َيقْتُل‬

ٌ‫ َمة‬฀َ‫َو ِديَةٌ ُمسَل‬ ‫ٍَرقَبَ ٍة ُم ْؤمِ نَة‬

‫َحْر ير‬ ِ ‫ُ ُمؤْ مِ ٌن فَت‬ ‫ََوإِ ْن كَان‬

IZHAR SYAFAWI apabila huruf mim mati bertemu selain daripada huruf mim dan ba akan dibaca secara jelas dan nyata)

IDGHAM MISLAIN (apabila huruf mim mati bertemu huruf mim akan bica dengung)

‫َوبَيْنَ ُه ْم مِ يثَاق‬

‫ْ ْينَكُ ْم َو َب ْينَ ُهم‬

WAJIBAL GHUNNAH (huruf mim sabdu tau nun sabdudibaca dengung dua atau tiga harakat)

‫م‬฀َ‫ُ َج َهن‬ ฀َ ‫م َسل َمة‬฀฀

‫َْل ْم يَ ِج د‬ MAD ASLI (huruf mad iaitu alif, wau dan ya dibaca panjang 2 harakat)

IKHFA’ HAKIKI (apabila nun mati atau tanwin bertemu huruf ikhfa; hakiki (‫ت ث ج د ذ ز س‬, ‫)ش ص ض ط ظ ف ق ك‬ Akan dibaca dengung) 2 harakat

MAD JAIZ MUNFASIL (huruf mad bertemu huruf hamzah dalam 2 kalimah)

ِ‫إِلَِىأَ ْهلِه‬

‫ص يَام‬ ِ َ‫ُف‬

8

4.0 HUKUM DAN FATWA YANG TERKANDUNG DALAM AYAT HUKUM MUKMIN MEMBUNUH ORANG KAFIR Pembunuhan orang mukmin terhadap orang kafir adalah halal tetapi dibolehkan ketika peperangan sahaja. Hal ini demikian kerana, semasa berada di medan perang ketika peperangan, nyawa mereka dianggap halal untuk dibunuh oleh sebab mereka ialah kafir dan musyrik. Oleh itu, demi mempertahankan kesucian agama dan nama baik, mereka hendaklah ditentang dan tidak perlu dihormati sama sekali. Walaubagaimanapun, apabila berada di luar peperangan atau erti kata lain, di kehidupan seharian, hukum ini tidak sah. Apabila di luar peperangan, setiap orang haram dibunuh selagi tidak mempunyai sebab dan undang-undang yang sah yang mengharuskan mereka dibunuh. Sebagi contoh, pengedar dadah yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah. Oleh itu, hukum mukmin membunuh orang kafir selain ketika peperangan adalah haram dan berdosa besar selagi orang kafir tersebut tidak melakukan perbuatan penghinaan atau menyentuh sensitiviti yang boleh menjatuhkan maruah dan mencemar nama baik Islam.

HUKUM MUKMIN MEMBUNUH ORANG MUKMIN YANG LAIN Hukum bagi orang mukmin atau orang Islam yang membunuh orang mukmin yang lain ialah haram dan berdosa besar kecuali secara tidak sengaja sahaja. Sebagai contoh, terlanggar seorang mukmin yang sedang melintas jalanraya sehingga meragut nyawanya. Selain itu, tertembak seorang mukmin secara tidak sengaja semasa sedang memburu binatang di dalam hutan yang tebal sehingga mati. Walaubagaimanapun, meskipun, seseorang mukmin itu telah membunuh secara tidak sengaja, mukmin tersebut juga perlu melakukan beberapa perkara atas perbuatannya itu. Menurut surah an-Nisaa ayat 92, telah dinyatakan beberapa situasi berbeza serta kaffarah yang perlu dibayar mengikut situasi tersebut. Bagi situasi pertama, mukmin yang telah melakukan pembunuhan secara tidak sengaja atas mukmin yang lain perlulah membayar kaffarah iaitu dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman atau beragama Islam. Selain dari membebaskan hamba yang mukmin, pembunuh itu juga perlu membayar diyat nyawa iaitu sama nilainya dengan 100 ekor unta bagi lelaki dan 50 ekor unta bagi wanita iaitu separuh nilai daripada lelaki kecuali keluarga yang dibunuh tersebut memaafkannya maka 9

perkara ini akan bertukar menjadi sedekah. Bagi situasi kedua pula iaitu jika sekiranya yang terbunuh itu orang Islam yang keluarganya ialah kafir harbi atau kaum mereka kafir harbi, maka pembunuh perlulah membayar kaffarah sahaja dengan memerdekakan seorang hamba yang beragama Islam. Bagi situasi ketiga, jika mukmin yang terbunuh itu mempunyai ikatan perjanjian damai antara pembunuh dengannya, maka, pembunuh itu perlu bayar diyat dan merdekakan hamba yang mukmin. Akhir sekali, jika pembunuh itu tidak mempu membayar diyat dan juga tidak mempu untuk mencari dan memerdedakan seorang hamba mukmin, maka dia wajib untuk berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Kaffarah yang ditentukan ini bertujuan bagi menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh pelaku tersebut. Menurut Surah an-Nisaa ayat 93 pula menerangkan mengenai hukum seorang mukmin membunuh mukmin yang lain dengan sengaja. Sesungguhnya, Allah SWT akan murka serta melaknatnya kerana perbuatan membunuh ialah perbuatan yang haram serta berdosa besar. Maka, balasan atau hukuman yang akan diitimpa kepada mukmin yang membunuh mukmin yang lain tanpa sengaja itu semestinya neraka jahanam dengan azab seksa yang besar di neraka

10

4.2 FATWA BERKAITAN

Berdasarkan laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Usul Al-Fiqh Siri Ke- 47. Hukum pembunuhan adalah satu perkara yang terletak di bawah perintah Allah S.W.T. yang bermaksud jika disabit kesalahan maka hukuman yang perlu dijatuhkan perlu mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, hukuman bunuh ini juga dikira sebagai hak yang bercampur di antara hak Allah dan hak manusia tetapi hak manusia lebih didahulukan dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. (Adlie, 2020) Mengapa hak manusia lebih didahulukan berbanding hak Allah? Ini kerana, mengikut perbincangan dan pendapat ulama-ulama fiqh, hak individu lebih dominan atau lebih berkait kepada pihak keluarga yang dibunuh dan juga yang membunuh. Berikutan dengan ini, pihak keluarga yang dibunuh berhak memberi ampun kepada si pesalah tanpa dijatuhkan hukuman hudud cukup hanya membayar diyah. Tambahan lagi, pihak keluarga berhak menyuruh hakim membatalkan hukuman terhadap si pesalah. Kesimpulan daripada ini, Islam amat menitikberatkan sifat-sifat murni seperti pemaaf di dalam setiap diri umatnya. Ini kerana sifat dendam hanya akan membawa dan mendorong kepada perkara yang lebih buruk seperti dengki. Namun begitu janganlah sesekali kita menggunakan ihsan dan belas ini sebagai alasan untuk kita membuat dosa sesuka hati. Oleh itu, kita perlulah sentiasa berdoa agar kita tidak terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

11

5.0 ISU BERKAITAN SURAH AN-NISA 5.1 TERBUNUH KETIKA MEMBURU (SESAMA MUSLIM) Di dalam Islam terdapat beberapa kafarah atau hukuman jika seseorang mukmin itu membunuh orang kafir atau membunuh orang mukmin yang lain. Isu yang pertama ialah, jika seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain secara tidak sengaja. Sebagai contoh, Ahmad terbunuh Ali ketika memburu di dalam hutan kerana menyangkakan Ali ada seekor rusa. Di dalam kes ini terdapat beberapa hukuman yang akan dikenakan keatas Ahmad, yang pertama adalah Ahmad perlu membebaskan seorang hamba yang mukmin. Namun begitu, hukuman ini hanya diguna pakai ketika zaman Rasullulah kerana sistem hamba masih wujud ketika itu. Jadi bagi menggantikan hukuman ini, Ahmad tidak perlu membebaskan seorang hamba yang mukmin tetapi diganti dengan berpuasa dua bulan berturutturut. Hukuman yang kedua ialah, membayar diyah ataupun denda ganti nyawa. Di dalam kes ini, Ahmad perlu membayar diyah kepada ahli keluarga Ali dengan jumlah yang ditetapkan syarak. Jumlah diyah yang perlu dibayar selalunya mengikut nilai sesuatu bilangan ekor unta sebagai contoh nilai 100 ekor unta. Jika tidak mempunyai unta, boleh dibayar secara tunai mengikut nilai unta yang ditetapkan. Namun begitu, jika keluarga Ali memberi kemaafan kepada Ahmad maka tiada sebarang diyah yang perlu dibayar oleh Ahmad.

5.2 ISU 2 Isu yang kedua pula adalah, jika seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain dengan sengaja. Sebagai contoh, individu A membunuh individu B kerana ingin membalas dendam. Di dalam situasi ini, individu A akan menerima hukuman bunuh dan jika tidak bertaubat maka di akhirat kelak Allah menjanjikan neraka Jahannam untuknya. Begitu berat sekali hukuman jika seorang mukmin sengaja mengambil nyawa orang lain. Namun begitu megikut pandangan ulama, jika seorang mukmin itu membunuh dengan rasa halal dan tidak bersalah mengambil nyawa mukmin yang lain maka murtad dan kekal lah di dalam neraka. Dan jika dia membunuh kerana nafsu dan sedar perbuatannya berdosa besar, maka dia tidak kekal namun dipanjangkan hukumannya di dalam neraka.

12

6.0 PENUTUP Sebagai penghias bicara akhir, dapat kita simpulkan bahawa terdapat pelbagai kejadian yang berlaku di sekeliling kita berkait rapat dengan apa yang diceritakan di dalam surah AnNissa, ayat 92 – 93 ini. Pelbagai perkara boleh terjadi dalam kemalangan yang tidak diduga dan dielakkan. Namun, kita mestilah sentiasa berwaspada kerana kesa...


Similar Free PDFs