HURAIAN AYAT 35 SURAH ANNUR-pdf.pdf PDF

Title HURAIAN AYAT 35 SURAH ANNUR-pdf.pdf
Author Shahidan Radiman
Pages 8
File Size 293.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 229
Total Views 261

Summary

1 HURAIAN AYAT 35 SURAH ANNUR (24) ‫مثل نو ك أش في م أ‬ ‫أاْ أ‬ ‫س ا‬ ‫ه‬ ‫َ نو ال ه‬ ‫أال أ في ج ج ال ُ ج ج كأنه ك أوكب د ٌ يوق من‬ ‫ُم ك يأتون هَ ش أ قيه َ غ أ بيه ي د يأت يضيء‬ ‫ش‬ ‫َ ل و من يش ء‬ ‫ه‬ ‫ل أو ل أم ت أ س أسه ن نُو عل نو ي أ‬ ‫َ ب ل ش أيء عليم‬ )24:35( ‫ه‬ ‫َ أاْ أمث لل ه‬ ‫ه‬ ‫ض‬‫ي ...


Description

1

HURAIAN AYAT 35 SURAH ANNUR (24)

‫ه‬ ‫س ا‬ ‫َ نو ال ه‬ ‫مثل نو ك أش في م أ‬ ‫أاْ أ‬ ‫أال أ في ج ج ال ُ ج ج كأنه ك أوكب د ٌ يوق من‬ ‫ُم ك يأتون هَ ش أ قيه َ غ أ بيه ي د يأت يضيء‬ ‫ش‬ ‫ه‬ ‫َ ل و من يش ء‬ ‫ل أو ل أم ت أ س أسه ن نُو عل نو ي أ‬ ‫َ أاْ أمث لل ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ض‬ ‫َ ب ل ش أيء عليم‬ ‫ي أ‬ )24:35(

Allah s.w.t cahaya langit dan bumi = Nurullah . Ta’ayun awal dari Dzat Allah s.w.t adalah Nurullah . Pada waktu ini belum ada zaman atau hari . Kedudukan Allah s.w.t dihurai oleh

‫ق أل هو ه‬ ‫َ أح‬ Nurullah kemudiannya menzahirkan Nur Muhammad s.a.w (kekasihNya) dalam Ta’ayun tsani. Perumpamaan cahayaNya seperti lubang pada dinding (Mishkat) di dalamnya terdapat pelita (Misbah)= Nur Muhammad (Misbah) itu terzahir di alam wujud (Mishkat( dalam Ta’ayun tsani. Mishkat ini pula menggambarkan penempatan suci dan penjagaan Allah s.w.t yang sempurna . Kemudian alam semesta keseluruhannya ( alam Jabarut, alam Malakut , alam ruh dan alam fizikal/insan ) diciptakan daripada Nur Muhammad s.a.w. Pada tahap ini semua makhluk sudah mengenal Allah s.w.t seperti dinyatakan dalam :

‫ه‬ ‫َ ال ه‬ Kerana semua makhluk memerlukan As Shomad. Barulah kemudiannya mereka diminta persaksian (selepas kejadian Adam a.s) seperti yang dihurai oleh dalam surah Al ‘Araf )7( ayat 72 : “Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab “Benar , Engkau Tuhan kami , dan kami bersaksi “.”Jadi , Allah sebagai Ahad dan Shomad dikenali dulu oleh Nur Muhammad s.a.w, sedangkan Allah dikenali oleh 1

2

makhluk lain sebagai Shomad. Oleh itu Rasulullah (s.a.w) perlu datang kepada mereka untuk mengajari manusia tentang siapa itu Ahad? Pelita itu didalam kaca (zujajah) = Nur Muhammad itu dalam penjagaan AlHaqq dengan kesucian dari nama Al-Quddus . Kaca (zujajah) itu seakan-akan bintang berkilauan dinyalakan dari pohon yang banyak keberkahan , pohon Zaitun yang tidak disebelah timur dan tidak disebelah barat , hampir-hampir minyaknya menerangi walaupun tidak tersentuh api = Nur Muhammad s.a.w itu sentiasa berada dalam kaca/simpanan rahsia (Zujajah) di sisi Allah s.w.t dan mendapat keberkahan ketauhidan hasil daripada kebolehannya sentiasa menatap Wajah Allah seperti yang disebut dalam al-Quran :

‫تولُواأ فث هم أجه َ ه َ اسع‬

‫فأ أي‬

‫أال أغ‬

‫ل أال أش‬ ‫عليم‬ )2:115(

(Allah s.w.t itulah timur dan baratnya , maka di mana kalian menghadap , maka di situlah wajah Allah s.w.t . Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Luas dan Maha Mengetahui) . Lalu Nur Muhammad s.a.w itu menjadi Pohon Tauhid sekaligus pohon Kuwujudan (Syajarat al Kawn, disebabkan semua yang wujud berasal darinya) yang sentiasa bersinar untuk semua kehidupan sehingga Hari Kiamat dan ia tidak pernah tersentuh/tercemar oleh sebarang api ( syaitan dan Iblis mahupun ego dan nafsu manusia) . Inilah hakikat sirajun munira seperti yang difirman oleh Allah s.w.t dalam surah Al Ahzab (33) :46 ,

‫داعي ل ه‬ ‫َ بإ أنه س اج ُم ي ا‬ (Dan untuk menjadi penyeru kepada Allah dengan izinNya dan menjadi cahaya penerang ) Dan inilah jalan kekhalifahan – iaitu Khalifah yang diakui oleh Allah yang sejatinya berasal daripada Nur Muhammad s.a.w dengan tujuan untuk Allah s.w.t memperkenalkan DiriNya kepada semua makhluk dengan pelbagai tahap/makam tajalliyatNya berdasarkan kepada kebolehan dan potensi penerimaan oleh para hamba/makhluknya. Pohon Kewujudan ini pula sentiasa dibasahi oleh minyak Rayhan (wangian) yang sungguh wangi semerbak yang juga berkilauan (walaupun tidak tersentuh api) seperti gugusan bintang-bintang 2

3

selama mana ia berzikir dan memandang kepada wajah Allah s.w.t . Namun , di bumi yang fana’ ini Nur Muhammad ini akan terus berzikir dan memandang kepada Kaabah . Inilah hakikat mengapa Kaabah menjadi arah tujuan solat . Nurun ala Nurin = cahaya di atas cahaya = insan atau khalifah pilihan Allah , yang mendapat cahaya dari Nurullah dan Nur Muhammad s.a.w sehingga dikatakan dia berada dalam “cahaya di atas cahaya “. Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya orang yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan ( seperti di atas) bagi manusia . Dan Allah s.w.t Maha Mengetahui segala sesuatu = Allah s.w.t memberi cahaya Nurullah dan Nur Muhammad s.a.w hanya kepada manusia pilihannya (yang Dia lantik sebagai Khalifah) dan Dia memberi perumpamaan yang hanya boleh difahami oleh penuntut ilmu hakikat dan makrifat , kerana pada akhirnya Khalifah ini harus mengambil ilmu daripada Yang Maha Mengetahui juga. Sedangkan para khalifah (nurun ala nurin ) itu pula diajar dan dibimbing oleh para wali qutub yang dilantik oleh Allah s.w.t dan pewaris nubuwwah Rasulullah s.a.w bagi setiap zaman. HURAIAN TENTANG NUR MUHAMMAD = MISBAH Kedudukan Nur Muhammad s.a.w itu adalah sentiasa di antara “Ahad” dan “Shomad”. Itu sebabnya baginda s.a.w pernah bersabda “ Aku adalah Ahmad tanpa Mim “. Nur Muhammad s.a.w itu bukan Allah sendiri (tak mungkin makhluk sama dengan Rabb) - sebenarnya Mim dalam “Mim Ha Mim Dal “ sudah menuju kepada Dal ( iaitu Shomad) , dalam erti lain ia berada di alam Wujud , dan yang tinggal hanyalah “Ha Mim” iaitu Dia )Hu(, kerana Hu hanya berada di alam Kediaan yang ghaibul ghuyub dan tidak berada di alam wujud makhluk . Itu sebab “Ha Mim” itu menjadi ayat pertama dalam 7 surah (dari surah 40-46) , bermakna “Ha Mim” ini meliputi dan menjadi “zikir” bagi 7 petala langit dan 7 petala bumi agar 7 petala langit dan bumi sentiasa mengingati Dzat Allah (iaitu Hu) ! Jadi secara hakikatnya Hu= Ha Mim . Cuba kita semak balik kedudukan Misbah , Mishkat dan Syajarah yang disebut dalam ayat 35 surah An Nur itu. Misbah = Mim Shod Ba Alif Ha = 40 +90 +2 +1 + 8 = 141 = 1 +4 +1 = 6 . Seterusnya Mishkat , dalam ayat 35 dimulai dengan Kaf, maka nilai numeriknya = Kaf Mim Shin Kaf Alif Tha = 20 +40 +300+20 +1 + 400 = 781 = 7+8+1 =16 = 1+6 =7 . Jadi Mishkat sebenarnya adalah simpanan atau rahsia Allah sebagaimana semua perkara yang tujoh merupakan rahsiaNya. Cuba kita dapatkan nilai numerik Syajarah = Shin Jim Ra Tha = 300 +3 +200 + 400 = 903 = 9 +0 + 3 =12 . Kesempurnaan Nur Muhammad s.a.w dijadikan oleh Hu daripada Nurullah adalah dalam masa 6 hari (hari-hari Allah) dan sebagai 3

4

Syajaratul Kawn adalah 12 bulan (bulan-bulan Allah ) –pohon pastinya memerlukan lebih banyak masa untuk membesar daripada benih ! Barulah kemudiannya semua makhluk dijadikan dari Nur Muhammad s.a.w baik secara fizik mahupun secara ruh . Itu sebabnya Nabi Muhammad s.a.w adalah “bapanya semua ruh “ )abu ruh(. Kedudukan Nur Muhammad s.a.w juga dipanggil Wujud Nunniyah , sebab Allah s.w.t menyeru “Nun” sebelum Kalam dituliskan . Jika kita campurkan nilai numerik Misbah + Syajarah = 6 +12 =18 – ini kerana “di atasnya 19 “ iaitu Nur Muhammad sebagai Misbah dan Syajarah dirangkumi/ di selubungi dalam Bismillah Ar Rahman Ar Rahim . Yang Awal dan Yang Akhir itu Allah kerana itu nama dan sifatNya . Daripada nama dan sifat hakiki Allah akan menjelma seperti juga 7 sifat ma’ani yang dipinjamkan kepada makhluk (sebagai wujud majazi) , maka Yang Awal dan Yang Akhir dari segi ciptaan Allah adalah Muhammad s.a.w . Dan daripada baginda s.a.w juga kekhalifahan secara Zahir adalah Abu Bakar r.a dan berakhir dengan Isa a.s , sedang kekhalifahan secara Batin bermula dengan Ali Ibn Abi Talib kar. dan berakhir dengan Imam Mahdi a.s . Yang Batin itu lebih afdhal dari yang Zahir- itu sebabnya Nabi Isa a.s solat dibelakang Imam Mahdi a.s serta menjadi pengikutnya. Sedangkan zaman dimana Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s bertemu merupakan permulaan akhirnya Zaman . Anda sebagai khalifah adalah Nurun ala Nurin kerana mendapat cahaya daripada Nurullah dan juga Nur Muhammad. Tidak ada umat lain yang begitu teristimewa dengan anugerah nur seperti ini ! Pelbagai rahsia tersimpan di dalam Nur Muhammad s.a.w dan hanya dibuka kepada waliyullah pilihan mengikut makam mereka masing-masing di sisi Allah s.w.t. Contohnya , mereka yang di dalam makam Quthbiyah , mereka mengalami Qiyamah dalam diri Ruh al Azham (Nur Muhammad s.a.w) sebelum menerima Fayd al-Aqdas (limpahan suci) lalu “cebisan “ Nur Muhammad yang berada dalam diri seseorang wali Qutb ini akan menjadi aktif (activate). Setiap satu abad Allah s.w.t akan melantik seorang ketua para waliyullah (Qutb) dan akan berakhir dengan Imam Mahdi a.s yang akan membawa bendera Al-Mutakabbir. Rahsia pemecahan Nur Muhammad pula dihurai dalam surah 6:124 pada kata “Rasulullah Allah “ dengan kiraan 6 -12 -4 iaitu kejadian Nur Muhammad daripada Nurullah dalam masa 6 hari , Nur Muhammad sebagai Syajarat Kawn dalam masa 12 bulan (seperti dihurai sebelum ini) diikuti pemecahan Nur Muhammad kepada 4 bahagian iaitu bahagian pertama menjadi Arsy , bahagian kedua menjadi Pena, bahagian ketiga menjadi Kalam dan bahagian ke empat menjadi makhluk yang lain. Yang terbaik daripada bahagian ke empat ini dijadikan Saidina Abu Bakar r.a dan daripada cahaya Saidina Abu Bakar r.a dijadikan Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidatina Aisyah r.a dan seterusnya 4

5

semua mukmin dariapada cahaya Saidina Umar r.a sedangkan semua mukminat daripada cahaya Saidatina Aisyah r.a. Wahai sekelian salik , ingatlah bahawa puncak Tasawuf adalah mentajallikan al Haqiqah al Muhammadiyyah (Nur Muhammad s.a.w) ini di dalam diri kita. Itulah pentajallian dan pelaksanaan tanggungjawab kita sebagai khalifah yang dilantik oleh Allah s.w.t sebagai Nurun Ala Nurin. KEDUDUKAN NURUN ALA NURIN Ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w adalah as Sayyid al Wujud wa as –Sabab al Maujud ( penghulu semua kewujudan dan sebab kepada semua yang wujud). Oleh itu , baginda s.a.w juga adalah nafas ar-Rahman dan ini bersesuaian dengan sifat baginda s.a.w “rahmatan lil alamin “ dan “raufur Rahim “. Baginda s.a.w juga adalah an Naqib al Mahbubin wa al-fardh al Ahbab ( Penghulu kepada semua yang diCintai dan yang unggul dicintai ). Oleh itu baginda s.a.w juga adalah al Maqsuda as Salikin – tujuan atau maksud kepada semua para salik . Tujuan salik ialah untuk menjadi Khalifah ( Nurun ala Nurin) dan oleh itu perlu mencapai al Hadhrah al-Ahmadiyah al Muhammadiyyah , iaitu berada dalam kehadiran Ahmad dan Muhammad s.a.w untuk melaksanakan dakwah Islamiyyah . Dalam melaksanakan dakwah Islamiyyah seseorang tidak boleh alpa dari zikir untuk mencapai al Hadhrah al Ahadiyyah pula )seperti kedudukan “Ahmad” seperti yang dihurai sebelum ini) yang hanya boleh dicapai melalui 7 tahapan zikir iaitu : zikir Thawwaf , Zikir Nafi itsbat , zikir Itbat faqat, zikir Ism Dzat , zikir Taraqqi , zikir tanazzul dan zikir Ism Ghayb yang masing-masing dilaksanakan oleh ketujuh-tujuh Lathaif . Itulah rahsia “7” yang berkait dengan nilai numerik “7” bagi kata “Kamishkat” yang dihuraikan sebelum ini.

DALAM BENTUK RAJAH (SILA LIHAT ILUSTRASI) “Ana Ahmad bila Mim “ -Mim pada “Ahmad” menuju kepada Dal (Shomad) maka yang tinggal Ahad . Tetapi Mim pada awal “Muhammad “juga menuju Dal pada akhir “Muhammad” lalu menyatu iaitu fana’ , maka yang tinggal adalah Ha Mim iaitu “Batinnya Muhammad” . Mim yang bertemu dengan Shomad (Dal) itu pula membawa dua cahaya Mim iaitu Malaikat dan Makrifat. Jadi , insan yang disayangi oleh Allah s.w.t akan sentiasa bersama dua cahaya ini. Seterusnya perhatikan kedudukan 7 surah Ha Mim itu yang terletak di antara surah Az Zumar )39( dan surah Muhammad )47( . Jadi “Ha Mim” terletak pada 4+7 =11 dan 3+9 =12 , maka kedudukan surah “Ha Mim” = 0 iaitu “ghaib “. Ha Mim ini dikaitkan secara rapat dengan Kitab (ayat ke2 atau ke-3 dalam surah5

6

surah Ha Mim ini) . Surah AzZumar ayat pertama menyebut tentang Kitab (Al Quran) – malah ayat ini menjadi ayat kedua bagi surah 45 dan 46 . Jadi “Ha Mim “ ini bukan saja merupakan zikir bagi 7 petala langit dan 7 petala bumi ( ditandakan pada 7 surah) tetapi juga kepada diri dalaman / 9 wajah sebab 4+5 =9 dan diri jasad sebab 4 + 6 = 10. Surah-surah Ha Mim ini pula terletak di antara surah Muhammad dan Surah Azzumar yang ayat pertamanya menyebut Kitab , maka rahsia “Ha Mim” ini berada di antara Muhammad (surah 47) dan Kitab (Al-Quran)-ayat pertama surah 39. Malah ini ditekankan sebagai Kitabil Mubin pada surah 43 dan 44. Pada surah 40 , 43,44 , 45 dan 46 disebut “kitab” tetapi pada surah 42 disebut “wahyu” ) kitab( dan pada surah 41 tidak disebut langsung sebab “ArRahman arRahim “ mewakili Basmalah yang merupakan synopsis AlQuran (Al Kitab) . Jadi “Ha Mim “ dikaitkan begitu rapat dengan Al-Kitab/ Al Quran . Bahagian kedua Nur Muhammad yang dijadikan Pena: Ayat pertama yang ditulis oleh Pena ialah “Lailaha illallah” , yang kedua “ Muhammadun Rasulullah “ dan yang ketiga “ Bismillah ArRahman ArRahim”. KEDUDUKAN NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM NUR MUHAMMAD S.A.W Muhammad ( Mim Ha Mim Dal ) diselimuti (lihat rajah dalam ilustrasi) oleh Al Muzammil dan Al Mudatsir – dalam bentuk ini baginda s.a.w adalah Nur Muhammad. Tetapi apabila baginda dilantik menjadi Rasul maka terbukalah rahsia dan tanggallah selimut tadi . Itu sebabnya baginda s.a.w berkata “ Ana al nadhir al uryan “ – Aku adalah pemberi ingatan yang tidak berpakaian “. Dua selimut itu menunjukan bahawa tugas kenabian itu wajib dilakukan siang dan malam . Kedudukan “Muhammad” juga terletak di antara 74 )surah al Mudatsir( dan 73 (surah Al Muzammil) , jadi nilai surah “Muhammad” =0 , malah dua kali iaitu nilai numeriknya juga = 0 jika terlepak di antara 7+3 =10 dan 7+4 =11 sebab adanya “Ha Mim” dalam “Muhammad” yang mewakili “Hu”. Sebagai Nurun Ala Nurin , marilah kita menutup huraian ini dengan membaca terjemahan ayat 104-105 surah Yunus (10) sebagai peringatan untuk kita:

‫ق أل ي أيُ ال ه‬ ‫ك ت أم في شك من دي ي فا أ أع اله ين‬ ‫من د َ لـ أن أ أع َ اله يتوفه ك أم أم أ أ أ‬ ‫ت أع‬ ‫أكو من أال أ م ين‬ )10:104(

6

7

“Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w) “ Wahai manusia ! Jika kamu masih ragu tentang agamaku , maka aku tidak menyembah apa yang kamu sembah selain Allah , tetapi aku menyembah Allah yang akan mematikan kamu dan aku diperintahkan agar termasuk orang yang beriman “ . Sebagai Khalifah ,para salik semua diperintah oleh ulul amri iaitu Sheikh Qutub Birobbani Al FurqanissibghatullahuSibghah al Khalifatu Warith. Seterusnya dalam ayat 105 Allah s.w.t berfirman:

)10:105(

‫َت ه‬ ‫ونن من أال أش كين‬

‫أ أ أق أم أج ك لل ين ح ي‬

“ (dan aku juga diperintah) “Hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan jangan sekali-kali kamu termasuk golongan musyrik “. Ini bermakna , fana’kan diri kamu kepada Yang Empunya Agama , kerana jika gagal memfana’kan diri , kemungkinan kamu tergolong daripada mereka yang musyrik iaitu yang tidak dapat mentauhidkan Allah s.w.t dengan sewajarnya . SEBAGAI PENUTUP/KESIMPULAN Seorang wali qutb pernah ditanya tentang keadaannya bersama Rasulullah s.a.w. Beliau berkata “ Aku sentiasa bersama dengan Rasulullah s.a.w dalam setiap saat dan detik. Sekiranya aku tidak bersama baginda walaupun sedetik , anggaplah aku ini kafir “. oleh itu marilah kita semua bersama dengan Nur Muhammad dalam pengtauhidan dan pengabdian – kerana bersama dengannya bermakna bersama Kekasih Allah dan bersama Kekasih Allah bermakna bersama Allah Azzawajalla. Nur Muhammad s.a.w adalah Yang Awal dan Yang Akhir dalam kejadian dan kewujudan – bersamanya bermakna bersama dengan Yang Awal dan Yang Akhir iaitu Allah Azzawajalla sendiri. Fana’ fil ArRasul bermakna bersama dengan Nur Muhammad untuk bersama Allah s.w.t dalam maqam fana’ baqa’ billah kerana Nur Muhammad s.a.w sentiasa fana’ bersama Allah s.w.t.

7

8

ILLUSTRASI

Wamataufiqi illabillah. Wallahu a’lam bissawab. Catatan: Al Misbahu Fil Misbah , Jumaat 9 Rabiul Awwal 1438H.

8...


Similar Free PDFs