SyiekhIBANAH AL-AHKAM (Jilid Ketiga PDF

Title SyiekhIBANAH AL-AHKAM (Jilid Ketiga
Author Abdul Ghofar.S.Q.3
Pages 647
File Size 20 MB
File Type PDF
Total Downloads 34
Total Views 209

Summary

Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL- MARAM (Jilid Ketiga) Penterjemah: Dr. Aminudin Basir @ Ahmad Nor Hasanuddin H.M. Fauzi Disemak Oleh: Dr. Mohd Puzhi Usop Ustaz Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri AL-HIDAYAH PUBLICATION KUALA LUMPUR 2010 Ibanatul Ahkam Jld 3 ...


Description

Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy

IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL- MARAM (Jilid Ketiga)

Penterjemah: Dr. Aminudin Basir @ Ahmad Nor Hasanuddin H.M. Fauzi Disemak Oleh: Dr. Mohd Puzhi Usop Ustaz Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri

AL-HIDAYAH PUBLICATION KUALA LUMPUR 2010

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 1

09/04/2010 23:04:00

AL-HIDAYAH PUBLICATION

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 2

09/04/2010 23:04:00

IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL- MARAM Judul Asal Penulis Penerbit Asal Penterjemah Penyunting Tata Letak

: : : : : :

Ibanatu al-Ahkam Syarhu Bulughu al-Maram Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy Dar al-Haramain, Jeddah Nor Hasanuddin H.M. Fauzi Ustazah Sabariah Bakri (IIUM) Tim al-Hidayah

Cetakan Pertama …..… 2010 © HAK CIPTA TERPELIHARA. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa jua sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, fail dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada penerbitnya secara bertulis.

Diterbitkan Oleh:

AL-HIDAYAH PUBLICATION No. 27, Jalan DBP Dolomite Business Park 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-6185 3002, 61857006, 6185 4009 Fax: 03-6185 9006 laman web: www.hidayah.com.my E-mail: [email protected]

Diedarkan Oleh:

AR-RISALAH PRODUCT SDN. BHD No. 27, Jalan DBP Dolomite Business Park 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-6185 3002, 61857006, 6185 4009 Fax: 03-6185 9006 laman web: www.hidayah.com.my E-mail: [email protected]

Dicetak Oleh:

PERCETAKAN ZAFAR SDN. BHD Lot 18, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 3

09/04/2010 23:04:00

KATA PENGANTAR PENERBIT

SEGALA puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Dalam usaha untuk menambahkan buku-buku bacaan di kalangan masyarakat masa kini, dengan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kami dapat menerbitkan sebuah lagi buku yang bertajuk IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL-MARAM. Sebagai penerbit, besar harapan kami agar buku ini dapat bermanfaat kepada pembaca. Segala amalan yang baik ini semoga mendapat keredaan Allah SWT. Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada kami, oleh itu teguran membina amatlah dialualukan. Sekian, Wabillahi Taufiq, Wassalamu’alaikum. Penerbit, Al-Hidayah Publication

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 4

09/04/2010 23:04:01

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

ISI KANDUNGAN

KATA PENGANTAR PENERBIT...........................................................

D

ISI KANDUNGAN ..................................................................................

i

KITAB JUAL BELI ...................................................................................

1

BAB SYARAT JUAL BELI SERTA APA-APA YANG DILARANG DALAM BERJUAL BELI .......................................................................

1

BAB KHIYAR (HAK PILIH) ...................................................................

91

BAB RIBA ..................................................................................................

99

BAB RUKHSAH DALAM MENJUAL BELI ‘ARAYA DAN MENJUAL BUAH-BUAHAN YANG MASIH DI POHONNYA ......

127

BAB SALAM, QARDH (PINJAMAN) DAN GADAI .........................

141

BAB MUFLIS DAN SEKATAN ..............................................................

159

BAB PERDAMAIAN ...............................................................................

175

BAB HIWALAH DAN JAMINAN .........................................................

183

BAB PERKONGSIAN DAN PERWAKILAN .......................................

192

BAB PENGAKUAN (IQRAR) ................................................................

201

BAB PINJAMAN (‘ARIYYAH) ...............................................................

204

BAB ROMPAKAN (GHASHB) ..............................................................

214

BAB SYUF’AH .........................................................................................

227

BAB MUDHARABAH (QIRADH) ........................................................

236

BAB MUSAQAH DAN SEWA ...............................................................

241

BAB IHYA’ MAWAT (MENGELOLA TANAH TERBIAR) ................

255

BAB WAKAF.............................................................................................

268

BAB HIBAH, UMRA’ DAN RUQBAH .................................................

274

BAB LUQATHAH (BARANG TEMUAN) ...........................................

288

i

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 1

09/04/2010 23:04:01

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB FARAID ............................................................................................

299

BAB WASIAT ............................................................................................

316

BAB BARANG AMANAH (WADI’AH) ...............................................

324

KITAB PERKAHWINAN .......................................................................

327

BAB KAFA’AH (SAMA KEDUDUKAN) DAN KHIYAR (HAK MEMILIH) ................................................................................................

376

BAB BERGAUL DENGAN ISTERI .......................................................

398

BAB MAS KAHWIN ...............................................................................

422

BAB WALIMAH ......................................................................................

442

BAB MENGGILIR ISTERI BAGI SUAMI YANG BERISTERI LEBIH DARIPADA SEORANG ............................................................

465

BAB KHULUK .........................................................................................

483

BAB TALAK ..............................................................................................

491

BAB RUJUK ..............................................................................................

519

BAB ILA’, ZIHAR DAN KIFARAT .........................................................

523

BAB LI’AN ................................................................................................

535

BAB ‘IDDAH, BELASUNGKAWA DAN ISTIBRA’ .............................

555

BAB MENYUSUKAN ANAK ................................................................

594

BAB NAFKAH .........................................................................................

612

BAB HADHANAH (PENJAGAAN ANAK) .......................................

629

ii

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 2

09/04/2010 23:04:01

KITAB JUAL BELI

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 3

09/04/2010 23:04:01

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 4

09/04/2010 23:04:01

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

KITAB JUAL BELI

Takrif al-bai’ (jual beli) mengikut bahasa adalah menukar harta dengan harta dan harta yang boleh dinilai dengan harga. Manakala al-baye’ (jual beli) mengikut syarak memiliki takrif yang sama dengan takrif jual beli secara bahasa, tetapi ditambahkan adanya syarat redha antara kedua-dua pihak baik; pembeli dan penjual. Hikmah disyariatkan jual beli adalah setiap manusia tidak dapat hidup seorang diri. Seseorang pasti memerlukan bantuan orang lain untuk memenuhi setiap keperluannya. Demikian pula dengan orang lain, dia pasti memerlukan bantuan orang lain untuk memenuhi keperluannya. Inilah faktor di mana Allah mensyari’atkan jual beli yang tujuannya memastikan setiap keperluan manusia dapat dipenuhi baik pembeli mahupun penjual.

BAB SYARAT JUAL BELI SERTA APA-APA YANG DILARANG DALAM BERJUAL BELI

Syarat mengikut ulama fiqh adalah sesuatu yang jika tidak wujud, maka suatu hukum tidak diwujudkan pula. Dengan erti kata lain, jika syarat tidak wujud maka jual beli pun menjadi tidak sah. Syarat ini meliputi pelaku transaksi atau pelaku ‘akad (pembeli dan penjual) di mana mereka mestilah orang yang sudah berakal dan dewasa. Oleh itu, transaksi yang dilakukan oleh orang bodoh dan orang gila tidak sah di sisi hukum syari’at. 1

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 1

09/04/2010 23:04:01

Kitab Thaharah (Bersuci)

Syarat pula meliputi lafaz yang dengannya akad menjadi sempurna seperti lafaz mesti menggunakan lafaz kalimat masa lalu. Syarat turut meliputi jenis harta yang diperjualbelikan, di mana harta itu mestilah dimiliki dan oleh kerananya, dilarang menjual haiwan atau burung yang masih terbang di udara, atau ikan yang masih berada di dalam laut, kerana burung atau ikan itu tidak berada di dalam kekuasaan si penjual. Apa yang dimaksudkan dengan apa-apa yang dilarang dalam berjualbeli adalah larangan-larangan yang mencakupi syarat dan jual beli.

1. Daripada Rifa’ah bin Rafi’ (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) pernah ditanya: “Apakah pekerjaan yang lebih baik?” Rasulullah (s.a.w) menjawab: “Usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang berlandaskan kebaikan.” (Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan dinilah sahih al-Hakim: 801) Makna Hadith Setiap manusia pada dasarnya dituntut bekerja untuk memperoleh rezeki dan mereka mempunyai pandangan yang berbeza-beza dalam mencari rezeki. Oleh kerana cara yang berbeza ini pulalah manusia memperolehi rezeki yang berbeza-beza antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan seharian mereka. Oleh kerana seorang muslim dituntut untuk melakukan sesuatu yang terbaik dan menjauhi usaha haram, maka mereka pun mendatangi Rasulullah (s.a.w) untuk meminta petunjuk tentang usaha dan pekerjaan yang terbaik sama ada untuk kemasalahatan dunia mahupun akhirat. Rasulullah (s.a.w) membimbing mereka dengan mengatakan bahawa dua inti usaha atau pekerjaan, iaitu berniaga dan bekerja. Analisis Lafaz

َ ْ

ْ “‫ﺐ‬ ِ ‫”اﻟﻜﺴ‬, sesuatu yang dikerjakan oleh manusia untuk kemudian dijadikan sebagai hak milik. Ia meliputi kepemilikan dan hasil usaha berupa harta benda dan segala sesuatu yang mempunyai nilai baik secara maknawi mahupun benda terlebih-lebih lagi pada zaman globalisasi sekarang ini di mana manusia dituntut untuk menanam modal kemudian mendapatkan 2

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 2

09/04/2010 23:04:02

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

bahagian daripada keuntungan pelaburan itu, meskipun ada sesetengah mereka yang masih berusaha dengan tenaganya sendiri. َ

ُ ْ

“‫”أﻃ َﻴﺐ‬, paling berkat dan banyak menghasilkan keuntungan. Perkataan al-Thayyib merupakan lawan kata al-Khabits yang pada kebiasaannya digunakan untuk sesuatu yang diharamkan. Sesuatu yang halal pada dasarnya mempunyai kedudukan yang sama di sisi syari’at. Namun oleh kerana suatu yang halal itu kadang kala lebih mampu menjauhi sesuatu yang syubhat, maka dikatakan bahawa ini lebih halal dan lebih berkat.

َُْ “‫ور‬ ٍ ��”, perbuatan dan usaha yang tidak mengandungi unsur penipuan dan kecurangan sesuai dengan ketentuan syari’at. Ini tentunya melarang daripada melakukan sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Fiqh Hadith 1. Disyariatkan bertanya tentang usaha yang hendak dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti keutamaannya. 2. Keutamaan dalam usaha bergantung kepada sejauh mana keberkatan dan kebaikan yang di dalamnya serta mampu menjauhi syubhat apatah lagi sesuatu yang diharamkan. Jadi keutamaan sesuatu usaha di sisi syari’at tidak semata-mata dilihat aspek dan keuntungan yang diperolehi individu yang menjalankan usaha itu. 3. Usaha dan jerih payah hasil tangan sendiri mempunyai keutamaan dan kelebihan ke atas pekerjaan yang lain. Menurut al-Nawawi yang merupakan salah seorang ulama mazhab al-Syafi’i, sebaikbaik usaha adalah berladang, kerana berladang meliputi usaha dan tawakkal, ditambah lagi usaha ini memiliki manfa’at yang bersifat umum hingga haiwan seperti burung dapat hidup di sekitar tempat perladangan itu. Ibn Hajar al-Asqalani memberi komentar ke atas kenyataan al-Nawawi dengan berkata: “Lebih daripada itu, sebaikbaik itu mendapatkan harta orang kafir yang diambil melalui berjihad, kerana ini merupakan salah satu usaha yang pernah dilakukan Rasulullah (s.a.w). Malah ia merupakan salah satu usaha yang dilakukan dengan tangan sendiri.” 4. Usaha berjual beli menduduki peringkat kedua setelah usaha dengan tangan dengan sendiri. Perawi Hadith Rifa’ah bin Rafi’ bin Malik al-Ansori al-Zurqi, panggilannya Abu Mu’adz. Beliau adalah saudara Malik dan Khallad. Beliau turut serta dalam Perang Badar bersama ayahnya. Beliau bersama saudaranya merupakan salah seorang pemimpin dan turut serta dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah (s.a.w). Beliau meninggal dunia pada permulaan era 3

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 3

09/04/2010 23:04:02

Kitab Thaharah (Bersuci)

pemerintahana Mu’awiyyah bin Abu Sufyan. Al-Sittah mengetengahkan hadithnya selain Muslim dan orang yang mengambil hadith daripadanya adalah anak-anaknya, anak saudaranya dan cucu-cucunya.

2. Daripada Jabir bin Abdullah (r.a) bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah ketika berada di Mekah: “Sesungguhnya Allah mengharamkan jual beli khamar, bangkai, babi dan patung.” Salah seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang lemak bangkai? Ia digunakan untuk mengecat dinding kapal, dijadikan sebagai minyak kulit dan digunakan sebagai minyak lampu.” Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Tidak boleh. Semua itu tetap diharamkan.” Kemudian Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi, kerana ketika Allah mengharamkan lemak bangkai ke atas mereka, mereka malah mengolahnya lalu menjualnya dan kemudian memakan hasil jualannya.” (Muttafaq ‘alaihi: 802) Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu asas agama Islam, di mana Nabi (s.a.w) mengingatkan umat manusia supaya tidak berdolak dalik dalam memahami syari’at dan mencari celah untuk mempermainkan nas serta hukum Islam, termasuklah hukum jual beli. Oleh itu, Rasulullah (s.a.w) menetapkan ketetapan ini ketika pembukaan kota Mekah yang bersamaan dengan bulan Ramadhan supaya prinsip ini dapat tersebar luasa dan diketahui oleh ramai umat manusia untuk kemudian diamalkan dalam kehidupan seharian. Di dalam hadith ini disebutkan beberapa jenis barangan yang dilarang untuk diperjualbelikan oleh umat manusia. Dalam kategori minuman seperti khamar, haiwan seperti bangkai dan lemaknya, barangan najis seperti babi barang produksi seperti patung.

4

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 4

09/04/2010 23:04:02

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisisi Lafaz

َْْ َ َ

“‫”�م اﻟﻔﺘﺢ‬, tahun pembukaan kota Mekah. Ia terjadi pada tahun kelapan

ِ

Hijriah bersamaan dengan bulan Ramadhan al-Mubarak di mana Rasulullah (s.a.w) bersama para sahabatnya berjaya membuka kota Mekah. Jika hadith ini diteliti lebih mendalam, dapat dipastikan bahawa Rasulullah (s.a.w) tidak menyebut hadith ini pada saat pembukaan kota Mekah, kerana baginda tidak mengatakan sepatah kata pun pada waktu pembukaan kota Mekah. Namun sebahagian sahabat kadang terlampau bersemangat dalam meriwayatkan hadith ini, sehingga mereka menyebutnya pada “tahun”, sementara maksud mereka adalah “hari”, kerana hari itu merupakan salah satu hari yang paling penting dan bersejarah pada tahun itu. Ini tidak bererti bahawa kesemua benda-benda yang disebutkan di dalam hadith tersebut baru pada waktu pembukaan kota Mekah. Ada kemungkinan dikatakan demikian bagi mengingati semula peristiwa bersejarah itu.

َ

َ



“‫”إِن اﷲ َﺣ �ﺮم‬, sesungguhnya Allah mengharamkan. Dalam kebanyakan naskah ditulis: “ ‫ ”إن اﷲ ورﺳﻮ� ﺣﺮم‬seperti mana yang terdapat di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, di mana fi’il dihubungkan kepada dhamir tunggal meskipun kalimat asalnya adalah: “ ‫ ”ﺣﺮﻣﺎ‬dan kalimat seperti ini disebut dalam kitab selain al-Sahihain. Apapun, menggunakan lafaz dhamir tunggal dalam kalimat seperti ini dibolehkan. Alasannya kerana perintah Nabi (s.a.w) pastinya berdasarkan perintah Allah (s.w.t).

َْ

“‫”ا� ْﻤ ِﺮ‬, sesuatu yang boleh mengacaukan akal. Ketika akal manusia dipengaruhi khamar, dia melakukan sesuatu yang tidak disedarinya, padahal dia seorang yang berakal sempurna. Ini akan dibahas dalam kitab hudud, bab hukuman bagi peminum khamar dan kriteria orang mabuk.

َ ْ “‫”ا� َﻤ ْﻴﺘ ِﺔ‬, dengan membaca baris fathah ( َ ) pada huruf mim dan sukun ْ ( ) pada huruf ya’. Haiwan yang mati di mana ketika masih hidup tidak disembelih َ mengikut ketetapan syari’at. ْ

َ

ْ ‫”اﻷ‬, al-Jauhari berkata: “Al-Shanam adalah patung.” Menurut “‫ﺻﻨﺎم‬ ِ pendapat lain, al-Watsan adalah patung yang mempunyai bentuk sementara al-Shanam َ َ adalah lukisan atau gambar. َ

“‫”أ َرأ ْﻳﺖ‬, kalimat ini digunakan orang Arab untuk menanyakan satu permasalahan.

َ ْ ُ

“�‫”�ﻄ‬, digunakan sebagai minyak bagi menguatkan kayu dinding kapal supaya tidak mudah lapuk bahkan merapatkan celah-celah sambungan kayu antara antara satu sama lain supaya dengan demikian dapat memcegah air ke dalam kapal.

َ

َ

ْ ‫” ْﺳﺘ‬, dijadikan sebagai penerang, di mana lemak bangkai “‫ﺼ ِﺒ ُﺢ‬ itu diletakkan di bawah sumbu lampu dan kemudian api lampu menghisapnya. 5

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 5

09/04/2010 23:04:02

Kitab Thaharah (Bersuci)

ُ َ

ٌ

“‫ ﻫ َﻮ َﺣ َﺮام‬،‫”ﻻ‬, ada ulama yang mengakatan dhamir ini kembali kepada jual beli, maka hukum jual beli barangan ini diharamkan. Inilah pendapat Imam al-Syafi’i dan sekumpulan ulama. Pendapat lain mengatakan dhamir tersebut kembali kepada kegunaan barang itu. Inilah pendapat jumhur ulama.

َ

َْ ُ

ََ َ

“‫”ﻗﺎﺗﻞ اﷲ ا� ُﻬﻮد‬, semoga Allah membinasakan mereka. Menurut pendapat yang lain, semoga Allah menjadikan mereka hina.

ََُ

ُ ‫”�ﻠ‬, dengan baris fathah ( َ ) pada huruf jim dan mim, mereka “‫ﻮه‬ memerah dan mengeluarkan lemaknya. Fiqh Hadith

1. Hendaklah hukum yang dianggap penting disampaikan ketika dalam perhimpunan orang ramai dan acara keraian. 2. Disunatkan menyebut waktu dan tempat kejadian suatu peristiwa bagi mengenal pasti mana hukum yang nasikh dan mana pula hukum yang mansukh di samping memastikan perawi benar-benar hafal hadith. 3. Nabi (s.a.w) sentiasa beradab kepada Allah pada setiap kali wahyu daripada-Nya. 4. Hukum menjual khamar, bangkai, lemak bangkai, babi dan patung adalah haram. Jumhur ulama selain mazhab Maliki berpendapat, alasan diharamkan menjual khamar, bangkai dan babi adalah kerana ia merupakan barang najis dan oleh kerananya, mereka mengharamkan jual beli setiap barang barangan najis1, meskipun ketika dalam keadaan darurat boleh dimanfaatkan. Sementara alasan diharamkan jual beli patung...


Similar Free PDFs