Tahap Kesedaran Terhadap Pelaksanaan Hotel Patuh Syariah Menurut Perspektif Islam PDF

Title Tahap Kesedaran Terhadap Pelaksanaan Hotel Patuh Syariah Menurut Perspektif Islam
Author Mohd Faizal Mat Pesa
Pages 10
File Size 254 KB
File Type PDF
Total Downloads 94
Total Views 543

Summary

8th National Conference in Education - Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2018 Tahap Kesedaran Terhadap Pelaksanaan Hotel Patuh Syariah Menurut Perspektif Islam Mohd Faizal Mat Pesa a, Mohamad Faizal Ahmat b, Suriati Barning c a,b,c Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau,...


Description

8th National Conference in Education Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2018

Tahap Kesedaran Terhadap Pelaksanaan Hotel Patuh Syariah Menurut Perspektif Islam Mohd Faizal Mat Pesa a, Mohamad Faizal Ahmat b, Suriati Barning c a,b,c

Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau,77300,Melaka, Malaysia

ABSTRAK Pengurusan Hotel Patuh Syariah adalah satu alternatif baru bagi peniaga muslim dan pengusaha hotel untuk menarik pelancong muslim mahupun non-muslim dari dalam mahupun luar negara sekaligus dapat meningkatkan ekonomi umat Islam.Kajian ini bertujuan meninjau tahap kesedaran pelajar semester 4 diploma pengurusan pelancongan (DHM) Politeknik Merlimau, Melaka tentang pengetahuan berkaitan hotel patuh syariah, ciriciri hotel patuh syariah dan isu-isu dalam melaksanakannya di Malaysia. Sampel kajian adalah secara seluruh populasi iaitu seramai 32 orang pelajar terlibat sebagai responden. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 30 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisisan SPSS versi 23.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati tahap kesedaran pelajar aspek pengetahuan tentang hotel patuh syariah, ciri-ciri hotel patuh syariah adalah tinggi dan pelajar bersikap positif terhadap isu- isu pelaksanaannya di Malaysia. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjana ekonomi umat Islam melalui bidang perhotelan halal di Malaysia. kata Kunci: tahap kesedaran, hotel patuh syariah, perspektif Islam. PENDAHULUAN Industri pelancongan merupakan satu komponen penting dalam menjana ekonomi negara. Pada tahun 2016, Malaysia menerima kedatangan para pelancong antarabangsa berjumlah 26.8 juta orang (Laporan tahunan pelancongan Malaysia, 2016) Hal ini menggambarkan prospek positif dalam sektor pelancongan negara kita. Salah satu bidang yang berkait rapat dalam industri ini adalah perkhidmatan perhotelan Halal atau patuh syarak. Perkhidmatan ini dilihat semakin hari semakin pesat berkembang di Malaysia.Hal ini berlaku disebabkan banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel memberi kepuasan kepada pelanggan sekaligus membantu memudahkan urusan masyarakat dijalankan disana. Kepuasan terhadap rumah penginapan termasuklah perhotelan akan turut mempengaruhi kualiti hidup (Peck & Steward, 1985, Husna dan Norizan 1987,1995) dan Zakiah (2012) berpendapat Industri halal ini amat diperlukan pada ketika ini dan turut disokong oleh Azreen Hamiza & Muhammad Syukri (2017), Malaysia sedang berusaha keras untuk mencapai hotel “mesra Islam”.Disamping itu, usaha-usaha pihak pengurusan hotel hendaklah sentiasa ditingkatkan bagi memajukan ekonomi negara melalui industri pelancongan yang berkait rapat dengan industri perhotelan. Menurut al-Ghazali (1998) terdapat beberapa aspek penting yang wajib dipenuhi dalam pengurusan Islam termasuklah di bidang perhotelan antaranya proses penetapan syarat, pengawasan dan audit atau semakan. Penetapan syarat menurut Henderson (2010) 932

8th National Conference in Education Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2018

bermaksud setiap pengusaha hotel mesti menetapkan syarat supaya dipatuhi seperti penyediaan makanan halal, pakaian yang menutup aurat, tiada alkohol, surau dilengkapi dengan kemudahan wuduk dan sebagainya. Pengawasan pula bermaksud konsep patuh syariah perlu diamalkan dan dipatuhi, jika tidak memenuhi piawaian konsep syariat maka undang-undang atau akta wajib dikuat kuasakan. Takrif Hotel Menurut Ensiklopedia Dunia, (2018) ialah organisasi yang menyediakan perkhidmatan bermalam berbayar untuk para pelancong yang tidak berada dirumah. Kebiasaanya untuk tempoh jangka pendek. Menurut Eksiklopedia Dunia, (2005) penyediaan bilik untuk menginap dan tidur merupakan perkhidmatan asas dalam perhotelan. Selain itu hotel perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah restoran dan hotel besar menyediakan bilik dan menawarkan perkhidmatan untuk mesyuarat dan ada sesetengahnya mempunyai kedai serta hiburan. Menurut Nazifah (2011) syariah boleh diertikan sebagai hukum-hukum yang diperintahkan Allah ke atas hamba-hambanya supaya beriman dan beramal dengannya yang boleh membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Manakala Hotel patuh syariah pula menurut Siti Fatma & Rosmawati (2016) dikenali sebagai hotel yang Islam, boleh ditakrifkan sebagai sebuah hotel yang menyediakan perkhidmatan selaras dengan prinsip-prinsip syariah. Walaupun tiada teori khusus berkenaan hotel patuh syariah, namun terdapat pengkaji seperti Henderson (2010) mencadangkan set ciri-ciri hotel patuh syariah seperti tiada alkohol,makanan yang halal sahaja dihidangkan,al-Quran dan sejadah disediakan di setiap bilik, tandas tidak mengadap kiblat, doa-doa dalam bilik, hiburan yang sesuai,kebanyakan staf adalah muslim,pakaian staf yang menepati syariat Islam, mengasingkan segala kemudahan antara lelaki dan perempuan,kod etika pakaian pelanggan dan pembiayaan menurut Islam. Bidang pelancongan dan hospitaliti khususnya hotel patuh syariah pada hemat pengkaji menjadi keperluan wajib masakini. Hal ini kerana kebanyakkan pelancong yang datang ke Malaysia adalah beragama Islam malah ia turut menjadi pilihan pengunjung bukan beragama Islam. Oleh itu, fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran pengguna terhadap hotel patuh syariah dan isu-isu dalam pelaksanaanya di Malaysia. PERNYATAAN MASALAH Industri perhotelan patuh syariah di Malaysia semakin berkembang pesat dan dilihat berjaya sekiranya mampu menarik perhatian pengguna terutama pelancong daripada timur tengah. Walaupun pengurusan hotel patuh syariah adalah pilihan namun pengusaha sepatutnya bertanggungjawab memastikan keperluan pengguna dan hak Muslim dihormati. Statistik tahun 2018, yang terdapat dalam direktori halal, jumlah hotel dan rumah peranginan di Malaysia hanya 506 buah sahaja daripada lebih 2000 buah yang didaftarkan mendapat sijil kelulusan halal. Dimuat turun daripada (http://www.halal.gov.my/ehalal/directory/ ) Manakala garis panduan hotel patuh syariah hanya tertumpu kepada makanan dan minuman sahaja sedangkan dari aspek pengurusan premis masih lagi tidak berkonsepkan Islam sepenuhnya (Yuni Aryanti, 2010).Kebanyakan premis hotel 4 atau 5 bintang kurang mengambil berat isu halal dengan menyediakan minuman beralkohol dan kemudahan yang disediakan tidak mesra muslim terutama yang beroperasi di pusat-pusat bandar pelancongan utama negara (Mohd Fadil, 2011).Oleh itu, operasi presmis keseluruhannya mestilah menepati prinsip syarak supaya pihak JAKIM mudah untuk memberikan sijil halal (Zakiah, 2013). Berdasarkan Wan Sahida (2011) Kekurangan identiti keislaman yang terdapat di dalam indusri perhotelan masih. wujud terutama perkara yang melibatkan perbuatan maksiat dan bertentangan dengan Islam.Pasaran hari ini dibanjiri dengan pelbagai jenis makanan dan barangan pengguna serta perkhidmatan yang diragui status kehalalan sumber, proses dan produk yang dihasilkan. Sebagai contoh “penyediaan sos yang mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai juadah berbuka puasa di beberapa buah hotel sekitar Lembah 933

8th National Conference in Education Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2018

Klang di kesan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setelah menjalankan operasi khas” (Harian Metro 13 Ogos 2010).Berdasarkan Henderson (2010), antara ciri-ciri hotel Syariah iaitu tiada penggunaan alkohol samaada sebagai bahan minuman mahupan bahan penambah rasa dalam masakan, makanan yang halal sahaja dihidangkan dan tiada makanan yang haram seperti daging babi. Menurut mazhab Syafi’e, kesemua makanan yang mengandungi alkohol adalah tidak tulen dan tidak dibenarkan pengambilannya (Sharqa, 1992). Terdapat juga perisa cecair seperti vanilla mengandungi alkohol (Othman,2000). Justeru, kesedaran masyarakat berkaitan isu halal perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Allah SWT berfirman, Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Al-Baqarah 2:168) Aspek makanan pula bukan sahaja dilihat dari aspek kualiti, namun bahan dan sumbernya juga mestilah dipastikan supaya tidak ada kandungan bahan-bahan yang haram digunakan. Sebagai contoh masih terdapat hotel bertaraf 4 dan 5 bintang di Pulau pinang yang diberi sijil halal tetapi ditarik balik sijilnya kerana chefnya memasukkan wain dalam makanan (Utusan Malaysia,12 Mei 2010). Selain itu, kebersihan ruang dapur dan kehalalan serta kualiti makanan amat perlu dititikberatkan. Pemakanan yang baik penting supaya menyucikan jasmani mereka manakala amalan soleh pula menunjukkan penyucian rohani mereka. Kelebihan yang mereka perolehi daripada makanan yang halal lagi baik akan menyihatkan badan seterusnya digunakan untuk melaksanakan amalan soleh (M. Quraish Shihab, 2009). Imam al-Ghazali (1998) menganggap aspek makanan adalah sebahagian daripada urusan agama. Oleh itu, setiap hotel patuh syariah atau yang bercirikan Islam hendaklah memenuhi piawaian halal yang telah ditetapkan dalam negara seperti garis panduan makanan dan minuman halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan piawaian Malaysia MS 1500:2009 (Makanan Halal Pengeluaran, Penyediaan, pengendalian dan penyimpanan berdasarkan Garis panduan Umum) (www.halal.gov.my). Ia juga perlu selari dengan Akta Perihal Dagangan 1972, GHP (Amalan Kebersihan Baik) dan sebagainya. Hotel dan dapur hotel bercirikan islam menstilah mendapat sijil halal daripada pihak JAKIM. Restoran atau ruang makanan seperti di koridor bilik seminar atau dewan juga disarankan mempunyai kerusi yang memadai untuk pelanggan. Ini bagi mengelakkan pelanggan makan dan minum secara berdiri seperti sabda Baginda SAW: Maksudnya: “Janganlah salah seorang daripada kami minum secara berdiri” (HR Muslim (1994) no.1294) Oleh itu, pengurusan hotel mestilah menyediakan makanan yang halal dan baik berdasarkan standart kualiti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, mematuhi akta yang ada dan memiliki sijil halal JAKIM serta menyediakan garis panduan adab-adab makan. Jika kesemua perkara tersebut dapat dilaksanakan maka hasilnya masyarakat dapat mengecapi nikmat kesihatan, keberkatan dan kebahagiaan hidup berlandaskan Sunnah Rasulullah. Masalah surau dan tandas yang tidak mesra muslim juga menyukarkan pengguna untuk membersihkan diri. Pihak pengurusan hotel perlu menyediakan bilik khas atau surau yang dilengkapi dengan kemudahan tempat mengambil wuduk bagi memudahkan urusan solat dilakukan (Md Hamzaimi Azrol et.al, 2015). Ini sebagai langkah mesra muslim bagi memberi kemudahan kepada pekerja dan pelanggan menunaikan solat lima waktu secara berjamaah. Suasana di sekitar bilik penginapan, terutama di bahagian ruangan untuk solat seharusnya tiada sebarang gambar yang boleh menganggu kekhusyukan solat. Rasulullah 934

8th National Conference in Education Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2018

SAW mengingatkan bilik dan ruang yang mempunyai gambar haiwan atau patung tidak akan dimasuki oleh malaikat rahmat seperti sabda baginda SAW : Maksudnya: “Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar (patung)”.. (HR Muslim (1994), no. 5250) Pengkaji melihat masih terdapat pakaian staf dan pelanggan hotel yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan sempurna bahkan ada yang dipaksa membuka tudung.Sewajarnya pakaian mereka mestilah menepati syariat Islam iaitu pakaian seragam yang menutup aurat serta mesra dengan persekitaran Muslim. Menurut Suhaiza, Azizah & Simon (2011) ciri-ciri patuh syariah merangkumi etika pakaian staf dan pelancong.Selain itu, pihak pengurusan hotel perlu mengasingkan kemudahan-kemudahan hotel antara lelaki dan wanita supaya tidak berlaku pergaulan bebas, menyediakan aras sama jantina bagi memberi keselesaan kepada pelanggan terutamanya wanita muslim dari segi penjagaan aurat, kod etika pakaian pelanggan yang menutup aurat dan tidak ketat. Industri perhotelan biasanya menyediakan pelbagai kemudahan sampingan kepada pelanggan seperti televisyen, kelab, kolam mandi, akhbar dan sebagainya. Sebagai hotel bercirikan Islam, perkara ini juga perlu diberi pertimbangan supaya selari dengan syariah. Justeru, televisyen sepatutnya mempunyai saluran informasi Islam dan hanya melanggan saluran bersesuaian seperti pendidikan, selain mengelak melanggan saluran yang tidak bermanfaat. Kesemua pengaruh ini jika tidak dikawal akan menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat Azlina Abdullah (2010) keruntuhan akhlak, Nurul Huda (2011) dan menyumbang kepada gejala yang tidak sihat (Ahn Young Ho, 2004). Berdasarkan kepada huraian di atas dapat diperhatikan bahawa pengurusan, pelancongan dan perhotelan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Demi meningkatkan industri pelancongan pengurusan hotel mestilah menyediakan kemudahan perhotelan yang diurus dengan cara yang baik. (Rami Farouk Daher, 2006). OBJEKTIF KAJIAN Beberapa objektif kajian ditetapkan dalam kajian ini: a. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar dalam aspek pengetahuan tentang hotel patuh syariah b. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar dalam aspek ciri-ciri pengurusan hotel patuh syariah c. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap penerimaan isu-isu berkaitan pelaksanaan hotel patuh syariah di Malaysia METODOLOGI KAJIAN Kaedah pendekatan kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data kajian dan dianalisa menggunakan SPSS 23.0. Data yang diperoleh dibincangkan mengikut objektif kajian secara diskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Item instrumen soal selidik diadaptasikan daripada kajian Md Hamzaimi Azrol, Nasrul Hisyam & Mohd Azman (2015). Dapatan kajian yang diperoleh dipaparkan dalam bentuk jadual. Kajian ini hanya melibatkan pelajar semester 4 Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Merlimau sesi Dis 2017.Semua analisis data berbentuk deskriptif dihuraikan oleh pengkaji berdasarkan jadual interpretasi skor Mohd Majid Konting (2005) seperti di jadual 1 berikut:

935

8th National Conference in Education Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2018

Jadual 1: Interpretasi Skor Min Min Skor Tahap 1.00 – 1.80 Sangat Rendah 1.81 – 2.60 Rendah 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Tinggi 4.21 – 5.00 Sangat Tinggi Sumber: Mohd Majid Konting (2005) DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengetahuan berkaitan Hotel Patuh Syariah Kajian ini melibatkan 32 orang responden yang terdiri daripada 14 pelajar lelaki dan 18 pelajar perempuan. Berdasarkan jadual 2, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap hotel patuh syariah adalah tinggi selari dengan kajian Md Hamzaimi Azrol et al. (2015).Hampir keseluruhan pelajar mengetahui kewujudan hotel patuh syariah di Malaysia iaitu 91 peratus, mereka bersetuju masakan di hotel patuh syariah disediakan mengikut kehendak syarak, setiap pengguna Muslim mengetahui hak-hak pengguna, mengambil kira status hotel patuh syariah sebelum menginap dan hotel patuh syariah mendapat sambutan terutama pada bulan Ramadan.Manakala majoriti pelajar antara 75 hingga 91 peratus juga berpendapat bahawa pihak hotel yang berstatus halal bersikap mesra pelanggan dan mepunyai daya tarikan untuk menambat hati pengguna serta mempunyai pengurusan yang baik dan menepati syarak. Jadual 2: Tahap kesedaran pengguna dalam aspek pengetahuan tentang Hotel patuh syariah

Bil.

ITEM

Min

B1

Saya mengetahui terdapat hotel patuh syariah di Malaysia Banyak hotel berstatus hotel patuh syariah di Malaysia Pihak hotel yang berstatus halal bersikap mesra pelanggan Status hotel patuh syariah menarik minat pengguna Hotel patuh syariah mendapat sambutan pada bulan Ramadan Saya mengambil kira status hotel patuh syariah untuk menginap Setiap pengguna muslim mengetahui hak-hak pengguna Hotel patuh syariah mempunyai pengurusan yang baik dan menepati syarak Masakan di hotel patuh syariah disediakan mengikut kehendak syarak Maklumat hotel patuh syariah didapati di internet

4.28

29

91

3.75

20

63

3.88

24

75

4.03

24

75

4.22

25

78

4.22

29

91

4.25

29

91

4.03

26

81

4.25

29

91

4.19

30

94

B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10

Min Keseluruhan

Kekerapan Setuju Peratus

4.11

936

8th National Conference in Education Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2018

Ciri-ciri Pengurusan Hotel Patuh Syariah Berdasarkan jadual 3 di bawah, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran responden berkaitan ciri-ciri pengurusan hotel patuh syariah adalah pada tahap yang tinggi iaitu min 3.97 selari dengan dapatan kajian Nazifah (2011) berkaitan pelaksanaan hukum syariah dalam pengurusan hotel di Johor Bharu. Walaubagamanapun dapatan ini adalah tidak sejajar dengan dapatan kajian Md Hamzaimi Azrol et al. (2015) yang mendapati kadar persetujuan responden adalah sederhana dengan min keseluruhan 3.53. Majoriti pelajar berpendapat kemudahan dan prasarana hotel patuh syariah adalah mematuhi syarak seperti air mineral yang bersih berstatus halal disediakan kepada pengguna, siaran televisyen dipilih hanya yang bermanfaat kepada pengunjung, ruang bilik hotel dibersihkan setiap hari dan terdapat panduan arah kiblat dalam bilik hotel.Kebanyakkan responden berpuas hati iaitu 88 peratus dengan ciri-ciri pengurusan hotel patuh syariah tersebut dan selari dengan kajian Muhamad Zan (2013) di Hotel De Palma Ampang selangor yang mengatakan pihak pengusaha hotel sentiasa berusaha untuk memastikan aspek pengurusan mematuhi kehendak syarak. Namun masih terdapat kekurangan dari aspek jumlah al-Quran yang diletakkan di dalam bilik dan panduan solat jamak dan qasar yang disediakan untuk pengguna dengan masing-masing dengan 59 peratus. Selain itu, mereka turut berpendapat penyediaan kain basahan dalam bilik mandi dan bilik air atau tandas disatukan dengan tempat wudhuk adalah pada tahap yang baik di hotel-hotel yang terdapat di Malaysia. Jadual 3: Tahap kesedaran pengguna aspek ciri-ciri Hotel Patuh Syariah Bil.

ITEM

Min

Kekerapan

C11 C12

Ruang bilik hotel dibersihkan setiap hari Al-Quran diletakkan di dalam bilik

4.28 3.97

Setuju 30 23

C13 C14 C15 C16 C17 C18 C19

Panduan solat Jamak dan Qasar disediakan Kain sejadah disediakan di bilik hotel Panduan arah kiblat diletakkan dalam bilik Bilik air/tandas disatukan dengan tempat wudhuk Pembersihan peralatan hotel mengikut syariat islam Kain basahan disediakan dalam bilik air hotel Air mineral yang bersih berstatus halal disediakan kepada pengguna Siaran televisyen dipilih hanya yang bermanfaat kepada pengunjung Min Keseluruhan

3.72 4.09 4.09 3.63 3.88 3.63 4.41

19 25 29 30 23 19 31

59 78 88 90 72 59 97

4.40

23

72

C20

Peratus 94 72

3.97

Isu-Isu dalam Melaksanakan Hotel Patuh Syariah di Malaysia Berdasarkan jadual 4 di bawah, secara keseluruhannya para responden bersetuju dengan isu-isu dalam melaksanakan hotel patuh syariah di Malaysia.Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran pelajar tentang isi-isu dalam melaksanakan hotel patuh syariah adalah tinggi dengan min 4.03. Dapatan ini adalah selari dengan kajian Md Hamzaimi Azrol et al. (2015). Hal ini kerana mendapat sambutan yang baik dari kalangan pengguna. Selain itu ia dapat dilihat dari aspek mendapat sambutan yang memberangsangkan pengguna termasuk non Muslim bertepatan dengan kajian Ibrahim dan Jamal, (2016) yang mendapati 80 peratus pengguna hotel menerima konsep hotel patuh syariah. Manakala jika ditinjau aspek keberkatan kebanyakkan responden bersetuju pendapatan yang diperoleh pihak hotel patuh syariah mendapat keredaan Allah. Malah ia t...


Similar Free PDFs