Tarikh Tasyri' : Perkembangan Zaman Abbasiyah PDF

Title Tarikh Tasyri' : Perkembangan Zaman Abbasiyah
Author M. Md Yusof
Pages 16
File Size 111 KB
File Type PDF
Total Downloads 270
Total Views 522

Summary

PENGENALAN Sejak zaman dahulu manusia sudah mengenal syariat (undang-undang). Semua manusia tidak dapat lepas dari kenyataan ini, bahkan sebuah peradaban juga memerlukan syariat. Syariat sangat penting dalam kehidupan manusia sekaligus menjadi teras dalam mengatur hubungan sesama manusia. Tanpa syar...


Description

PENGENALAN Sejak zaman dahulu manusia sudah mengenal syariat (undang-undang). Semua manusia tidak dapat lepas dari kenyataan ini, bahkan sebuah peradaban juga memerlukan syariat. Syariat sangat penting dalam kehidupan manusia sekaligus menjadi teras dalam mengatur hubungan sesama manusia. Tanpa syariat kehidupan manusia umpama haiwan yang bersaing di hutan, yang kuat memakan yang lemah dan akhirnya mereka hidup dalam persengketaan sepanjang hidup mereka. Syariat Islam merupakan undang-undang yang lengkap, sahih, tulen dan benar. Menjadi satu keperluan bagi para pencari ilmu untuk mempelajari dan mengetahui sejarah perkembangan syariat Islam itu sendiri. Memahami fasa-fasa yang ada dan mengenal sumber serta dasar yang menjadi landasannya, mempelajari mazhab-mazhab ijtihad yang ada serta kaedah dan teori yang dihasilkan. 1.

PENGERTIAN TARIKH TASYRI’

Tarikh Tasyri '(‫ )ﺗﺎرﯾﺦ اﻟﺘﺸﺮﯾﻊ‬atau Tarikh Alfiqh Al Islami (‫)ﺗﺎرﯾﺦ اﻟﻔﻘﮫ اﻹﺳﻼﻣﻲ‬: adalah Ilmu yang membahas tentang keadaan dan perkembangan fiqh Islam sejak zaman kenabian sampai zaman zaman selepasnya.

Tarikh pada bahasa bererti pemberitahuan tentang waktu. Sedangkan secara istilah ialah ilmu yang merangkumi tentang peristiwa-peristiwa, waktu terjadinya, dan pengaruh peristiwa tersebut terhadap kehidupan manusia. Tasyri 'secara bahasa mempunyai dua makna: i) Jalan yang lurus (lihat surat A-Jjaathiah: 18) ii) Sumber air yang mengalir yang diminum dan dimanfaatkan untuk kepentingan manusia.

Pengertian menurut istilah ialah segala sesuatu yang disyari'atkan Allah SWT terhadap hamba-hambanya, sama ada dalam perkara aqidah, ibadah, mu'amalah, akhlaq dan semua peraturan-peraturan yang mengatur kehidupan semua manusia tanpa mengira bangsa untuk mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia mahu pun di akhirat kelak.

Jumhur ulama' membahagikan perkembangan fiqh ini kepada enam peringkat masa iaitu: 1. Tasyri' di zaman Nabi Muhammad sallallahu' alaihi wasallam. 2.Tasyri' di zaman Khulafa' ur Rasyidin. 1

3. Tasyri' di zaman Khulafa' hingga awal abad kedua hijriah. 4. Tasyri' dari awal abad kedua hijriah hingga pertengahan abad keempat hijriah. 5. Tasyri' dari pertengahan abad keempat hijriah hingga jatuhnya kota Baghdad. 6. Tasyri' dari jatuhnya kota Baghdad hingga zaman seterusnya.

2.

TUJUAN MEMPELAJARI TARIKH TASYRI’

1.

Melalui kajian tarikh tasyri 'kita dapat mengetahui prinsip dan tujuan Syariat Islam.

2.

Melalui kajian tarikh tasyri 'kita dapat mengetahui kesempurnaan dan syumuliyah ajaran Islam terhadap seluruh aspek kehidupan yang tercermin dalam peradaban umat yang agung terutama di masa kejayaannya. Bahawa pelaksanaan syariat Islam bererti perhatian dan keprihatinan negara dan masyarakat terhadap pendidikan, ilmu pengetahuan, ekonomi, akhlaq, aqidah, hubungan sosial, undang-undang dan aspekaspek yang lain. Dengan demikian adalah tidak munasabah jika ada persepsi menyatakan bahawa syariat Islam hanyalah mengandungi undang-undang jenayah seperti qisas, rejam dan sejenisnya.

3.

Melalui kajian tarikh tasyri' kita dapat menghargai usaha dan jasa para ulama, bermula daripada para sahabat Rasulullah saw hingga para imam dan murid-murid mereka dalam mengisi khazanah ilmu dan peradaban kaum muslimin. Semua itu mereka turun dari cahaya kenabian yang dibawa oleh Rasulullah saw.

4.

Melalui kajian tarikh tasyri 'akan tumbuh dalam diri kita kebanggaan terhadap Syariat Islam sekaligus optimis akan kembalinya siyadah al-syari'ah (kepimpinan syariat) dalam kehidupan umat di masa depan.

3.

SEJARAH PERKEMBANGAN TASYRI’ DI ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH Zaman ini bermula dengan perlantikan Abu Abbas Abdullah Al-Saffah daripada

Bani Abbas sebagai khalifah. Peringkat pertama dari awal abad kedua hijriah hingga pertengahan abab keempat hijriah iaitu pada tahun 132 Hijrah sehingga tahun 350 Hijrah bersamaan tahun 749 Masihi hingga tahun 961 Masihi. Tempoh ini merupakan tempoh keemasan umat Islam, yang menjadi tanda perkembang pelbagai bidang ilmu seperti falsafah, pemikiran ilmu kalam, undang-undang, 2

tasawuf, teknologi, senibina, kedoktoran, sains dan pelbagai kemajuan yang lain. Seiring dengan berkembangnya pemerintahan kerajaan Islam kerana wilayah kekuasaan Islam makin meluas hingga ke Barat dan Timur dunia, seperti dari Sepanyol (Eropah Barat) sampai sempadan China (di Asia Timur) merentasi ke New Delhi di India, perkembangan ini telah dirintis sejak masa Khulafa al-Rasyidin diteruskan semasa pemerintahan Khalifah Umayyah dan semakin pesat semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyah. Zaman

ini dikenali sebagai zaman kematangan bidang perundangan, zaman

kegemilangan dan juga zaman kemunculan imam-imam mujtahid yang membentuk mazhabmazhab fiqh. Mazhab ialah aliran hukum yang mengambil imam-imam mujtahid sebagai sumber rujukan dalam menentukan kedudukan sesuatu hukum dengan kaedah-kaedah tertentu yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith serta sumber-sumber sekunder. Dalam zaman tabi' tabi’in pula, cara ulama’ mengambil hukum tidak jauh beza dengan zaman sahabat. Persamaan ini disebabkan oleh jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah SAW tidaklah terlalu jauh. Cuma apabila sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma' biasanya mereka merujuk kepada pandangan para sahabat (fatwa sahabat) sebelum mereka berijitihad. Pada zaman ini, fiqh Islam telah mencapai perkembangan yang pesat dan meletakkannya pada kedudukan yang tinggi antara lainnya ia digelar : 



‘asr al-fiqh al-zahabi (era keemasan Fiqh) ‘asr izdihar al-fiqh

(era percambahan fiqh)



‘asr al-tadwin

(era penyusunan)

‘asr al-mujtahidin

(era pengukuhan / penegasan)



Pada zaman ini juga bermula pengumpulan dan penulisan al-Sunnah dan mazhab-mazhab fiqh. Terdapat mazhab-mazhab yang besar yang dikenali dan diterima sehingga sekarang antaranya, mazhab Abu Hanifah, Malik, Shafie, Ibn Hanbal daripada ahli Sunnah. Mazhab Zaidiyyah, Imamiyyah dan Ibadhiyyah daripada Syiah. Selain itu juga terdapat sangat ramai para fuqaha alim. Ada di antara mereka yang mempunyai mazhab-mazhab yang terpencil yang diakui oleh sejarah tetapi telah lenyap ditelan zaman. Tiada siapa yang menjaganya dan memastikan kelangsungannya sepertimana mazhab-mazhab yang utama yang masih wujud sehingga hari ini. (‘Adil Muhammad Abdul Aziz al-Gharyani. 2004: 173)

3

4.

FAKTOR-FAKTOR KEMAJUAN FIQH ISLAM DI ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH Sejarah juga mencatat tempoh ini sebagai suatu fasa di mana fiqh bukan sahaja

berkisar dalam masalah undang-undang atau fatwa-fatwa fuqaha sahabat, tetapi dalam persoalan-persoalan metodologi dan kemungkinan carian "rumusan alternatif" bagi pembangunan kajian fiqh. Ada beberapa faktor yang menyebabkan fiqh Islam menuju era keemasan ini, antaranya ialah; 4.1

Perhatian Khalifah Abbasiyah pada Fiqh dan para Fuqoha’nya.

Pada masa ini para khalifah sangat mengambil berat fiqh Islam dan juga menjadikan agama sebagai paksi dalam semua urusan pemerintahan. Hal ini dapat dilihat dari pelbagai aspek, antaranya: a.

Semua undang-undang bersumber dari Al-Quran dan Hadis

b.

Memberikan perhatian terhadap Sunnah dan Hadis, iaitu dengan cara mengumpul, menulis dan membukukannya.

c.

Para khalifah sangat dekat dengan para ulama’, mereka diberi bantuan dan mengarahkan kepada para pegawai kerajaan untuk menjadikan ulama’ sabagai rujukan dalam pelaksanaan undang-undang.

Contoh semua di atas boleh dilihat melalui Khalifah Al-Mansur merancang untuk menjadikan Kitab Al-Muwatta’ oleh Imam Malik sebagai perlembagaan atau undang-undang negara (namun tidak dipersetujui oleh Imam Malik sendiri) serta Khalifah Harun Ar-Rasyid melaksanakan hukum pengurusan tanah menggunapakai pandangan Imam Abu Yusuf dalam Kitab al-Kharaj ) juga Imam Abu Yusuf dilantik khalifah sebagai Ketua Hakim (qadi alquda) dengan kuasa menyelidik dan melantik hakim.

4.2

Perhatian dan Semangat Untuk Mendidik Pewaris Kerajaan Abbasiyyah.

Hal ini dapat dilihat sewaktu khalifah Harun Ar-Rasyid memegang tampuk pemerintahan. Baginda telah

menghantar kedua-dua anaknya iaitu Al-Amin dan Al-Makmun untuk

mengikuti majlis ta’lim Imam Malik di Madinah.

4.3

Kebebasan Berijtihad dan Debat Ilmiyah Diantara Para Fuqoha '

Para ulama' pada masa ini mempunyai kebebasan berijtihad dalam melakukan kajian ilmiah. Oleh

itu,

mereka

beristimbat

dari

berbagai

sumber,

mengamalkan

dan

mengajarkannya kepada orang ramai tanpa ada perasaan ragu-ragu apabila ada pendapat 4

yang tidak sesuai dengan ulama’- ulama’dahulu, sehingga dalam satu masalah terdapat berbagai pendapat kerana banyaknya mujtahid. Sebagai contoh perdebatan antara Imam Malik dengan Imam Layth ibn Sa’d melalui surat menyurat mengenai isu pengambilan hukum dengan merujuk amalan penduduk madinah sebagai salah satu sumber.

4.4

Pengembangan Empayar Islam dan Penganutnya

Pengembangan empayar Islam ke Parsi, India dan selatan Rusia dan peralihan pusat pemerintahan ke Baghdad menyebabkan umat Islam menemukan pelbagai adat istiadat, peraturan

sosial,

undang-undang,

ekonomi

dan

lain-lain

yang

belum

pernah

ditemui. Sehingga timbul banyak permasalahan dan mereka harus memberikan jawapan serta pendapat yang sesuai dengan syari’at Islam. Jika adat tesebut sesuai dengan ajaran Islam maka mereka mengakui dan mengamalkannya. Jika adat istiadat tersebut tidak sesuai dengan ajaran Islam maka mereka akan menolak dan cuba untuk menerapkannya dengan nilai-nilai islam.

Ketika Islam menakluk dan melembutkan hati mereka dalam satu barisan politik serta menghilangkan segala perbezaan yang ada, mereka pun saling bertukar adat istiadat, ilmu dan pengalaman hidup. Sudah tentu hal ini akan mempengaruhi kematangan berfikir dan pembangunan intelektual, ditambah lagi dengan kerapnya komunikasi ilmiah dan sosial di antara mereka, kitab-kitab ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa arab seperti perubatan, kimia, falsafah, mantiq dan sebagainya.

4.5

Pengumpulan dan Penulisan Hadith / Sunnah

Pengumpulan Hadith dan Sunnah digerakkan dengan giat secara serius bagi rujukan sumber hukum. Sebeum era ini, penulisan dan pengumpulan Hadith tidak dilakukan kerana dikhuatiri bercampur antara Hadith dan Al-Quran. Para mujathid mengambil langkah berhati-hati dalam pemilihan hadith agar tiada wujud keraguan pada hadith-hadith lantas berkembangannya Ilmu Hadith (Ulum al-Hadith) seperti cabangnya dengan mengambil kira : 



Kategori Hadith

-Qudsi, Marfu’ , Mauquf, Maqtu’

Rantaian Periwayat

-Musnad, Muttasil, Mursal, munqati’ , Mu’dal ,



Mu’allaq Jumlah Periwayat

-Muttawatir, Ahad (al-Mashur , Al-Aziz, Al-Gharib)



Gaya teks/Isnad

-Ziyadh al-thiqah, Hadith al-Munkar, Hadith al-Mudraj



Kualiti/Kebolehpercayaan

-Sahih , Hassan , Dhaif , Maudu’ 5

Maka lahirlah kitab-kitab Hadith yang muktabar yang cukup teliti antaranya Sahih AlBukhari (870 Masihi) , Sahih Muslim (875 Masihi) , Sunan Al-Nasai’ (915 Masihi) , Sunan Abu Daud (888 Masihi), Al-Jami’ Tarmidzi (892 Masihi) dan Sunan Ibn Majah (887 Masihi).

4.6

Pengumpulan dan Penulisan Fiqh

Fatwa dan qodlo' (keputusan hakim) yang dikeluarkan oleh para sahabat dan tabi'in belum sempat ditulis dan hanya berupa periwayatan. Pemikiran untuk menulis itu semua itu baru muncul pada akhir zaman Umayyah ketika para pengikut (murid) menulis sebahagian fatwa guru-guru mereka kerana takut lupa. Sejak saat itulah muncul keinginan untuk menulis semua undang-undang fiqh yang diawali oleh para fuqoha' ketika mereka mengumpulkan sebahagian fatwa guru mereka dari kalangan sahabat dan tabiin seperti Aisyah, Ibnu Umar dan Ibnu Abbas. Seperti yang dilakukan Imam Malik dalam Almuwattho'. Para fuqoha' mengumpulkan fatwa Ibnu Mas'ud dan qodlo'nya Ali bin Abi Tholib, Imam An-Nakho'iy mengumpulkan fatwa guru-gurunya dan qodlo' para ulama' yang pernah didatangi oleh gurunya, seperti yang pernah dilakukan oleh Muhammad bin Al-Hasan dalam kitab Al-Atsar yang menghimpun atsar (riwayat) para fuqoha' yang pernah tinggal di Iraq dan menyebarkan pendapatnya di sana.

5.

PENULISAN FIQH ISLAM 5.1

Dinamika Penulisan Fiqh Islam

Dalam penulisan fiqh islam, para fuqoaha’ melakukannya dengan metodologi yang unik iaitu sebagai berikut: a.

Seorang faqih menulis sendiri pendapat dan fatwanya,

b.

Kemudian ia membacakannya di depan muridnya atau menyuruh salah seorang

muridnya membacakan kepada orang lain, kemudian yang lain menulis di depan gurunya. Seperti yang dilakukan oleh Imam Malik bin Anas. c.

Kemudian datanglah fasa di mana murid menuliskan beberapa catatan terhadap apa

yang mereka catat dari guru dengan maksud memperjelas sebahagian undang-undang, menganalisa dan memberikannya contoh. 5.2

Metodologi Penulisan Fiqh Islam

Ada tiga cara yang digunakan para fuqoha' dalam menulis fiqh iaitu: a.

Menulis fiqh bercampur dengan hadith dan atsar (ucapan para Sahabat),

b.

Kaedah penulisan fiqh yang lepas dari hadith dan atsar seperti yang banyak dilakukan

oleh mazhab Imam Hanafi. 6

c.

Menulis semua undang-undang fiqh bersamaan dengan dalil-dalil yang ada kemudian

dikompilasikan dengan berbagai pendapat yang ada dalam fiqh mazhab yang lain. Kitabkitabnya kemudian dinamakan kitab muqoronah.

6.

SUMBER-SUMBER TASYRI' DIZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH

Sumber hukum Islam pada waktu ini telah berkembang dengan memasukkan beberapa sumber sebagai sandaran dalam perletakan hukum. Terdapat dua bahagian sumber iaitu sumber yang disepakati (diterima semua) dan sumber yang tidak disepakati (bergantung pada situasi).

Diantara sumber yang sudah disepakati adalah Al-Quran dan Hadis. Tidak ada satu orang pun yang berbeza pendapat tentang hal itu. Namun yang menjadi perdebatan di antara mereka adalah bagaimana memahami dalil yang ada di dalamnya disebabkan oleh banyak faktor, terutama dalam masalah-masalah furu'iyyah yang pernah terjadi pada masa Sahabat. Adapun ijma 'dan qiyas, sebahagian besar fuqoha' menganggap sebagai hujjah dalam menentukan hukum syarak dan tidak ada yang menentang pendapat ini kecuali sebahagian fuqoha' saja.

11.1



Sumber disepakati :



Al-Quran



Ijma’



11.2



Sunnah / Hadith

Qiyas

Sumber tidak disepakati :



Istihsan

(kecenderungan hukuman)



Al-Masalih al-Mursalah

(kemaslahatan umum)



Al-Istishab

(jangkaan penerusan)



Sadd al-dhara’i

(mencegah keburukan)



‘Urf

(adat)

Amal ahl al-Madinah

(amalan penduduk Madinah)

6.1.

Ciri-ciri Fiqh Islam Pada Masa Dinasti Abbasiyah

Perundangan Islam pada masa ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berbeza dengan fasafasa sebelumnya. Pada fasa ini fiqh mengalami tahap kematangaan dalam tempoh yang 7

sangat singkat yang tidak dialami oleh undang-undang (tasyri') yang lain. Terutama pada dua abad iaitu abad kedua dan ketiga dan sudah tentu kemajuan ini tidak datang begitu saja, tetapi kerana beberapa faktor berikut: 1.

Fiqh Islam mengalami puncak kematangan yang sempurna, merangkumi semua ruang

kehidupan, prinsip-prinsip dasarnya menyentuh semua aspek kemanusiaan, keagamaan dan duniawi. 2.

Munculnya beberapa ahli fiqh yang diakui keilmuanya oleh majoriti ulama'

Islam. Para ulama mujtahid ini pula terdapat di seluruh negeri dan tidak ada satu negeri pun yang kosong tanpa mereka. 3.

Lahirnya mazhab-mazhab fiqh yang begitu pelbagai. Dari golongan Ahli Sunnah wal

Jamaah ada dua belas mazhab. Namun yang masih terkenal hingga ke hari ini ada 4 mazhab, iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali. Pada zaman ini juga lahir beberapa mazhab selain dari golongan Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Zaidiyah, Imamiyah dan Ibadliyyah. 4.

Terjadi perbezaan yang tajam di antara para ulama terhadap sebahagian sumber

tasyri', seperti berhujah dengan perbuatan penduduk Madinah dan ucapan para Sahabat selain mereka juga berselisih tentang cara memakai dalil sunnah, ijma 'dan qiyas. 5.

Kerajaan mempunyai kecenderungan fiqh tersendiri dalam melaksanakan proses

kehakiman. Contohnya fiqh Imam Abu Hanifah dan alirannya menguasai kehidupan undangundang pada masa kerajaan Abbasiyyah dan fiqh imam Ash-Shafie menguasai negeri Maghribi dan Andalusia. 6.

Ilmu pengetahuan dengan berbagai macam jenisnya sudah dibukukan terutama Al-

Quran dan Sunnah serta Usul Fiqh. 7.

Ruangan perbezaan pendapat diantara fuqoha' semakin meluas sehingga ketara pada

banyaknya masalah-masalah fiqh yang muncul disebabkan jumlah mujtahid yang mencukupi di setiap negeri. 8.

Munculnya beberapa istilah fiqh untuk memberikan identiti terhadap dalil-dalil

tertentu untuk lebih mudah difahami, seperti nama rukun, syarat, sah, batal dan beberapa istilah lain.

8

7.

KEADAAN PENSYARIATAN PADA ZAMAN INI

Antara keistimewaannya, ialah bermulanya penulisan Ulum al-Quran, Sunnah, Kalam, Fiqh, bahasa, serta lahirnya golongan intelektual seperti pembaca, ahli bahasa, muhaddith, mutakallimin, fuqaha yang bukan sahaja terhad kepada bidang fiqh suatu tetapi merangkumi seluruh aspek. Mereka juga berusaha untuk menterjemahkan pelbagai ilmu yang lain selain ilmu-ilmu agama seperti falsafah, mantiq, matematik, geografi dan juga mempelajari tentang agama lain. Terdapat lebih kurang tiga belas mazhab yang diakui sebagai jumhur Islam dan Imam besar di dalam ilmu fiqh iaitu: 1. Al-Hassan Al-Basri

2. Zaid Bin Ali

3. Jaafar Al-Sadiq

4. Abu Hanifah

5. Abdul Rahman Al-A’uza’i

6. Sufyan Al-Thauri

7. Malik Bin Anas

8. Al-Laith Bin Saad

9. Sufyan Bin Uyaynah

10. Ahmad Bin Hanbal

11. Ishak Bin Rahawiyyah

12. Abu Thur Al-Kalbi

13. Muhammad Bin Idris As Shafie Di antara pusat-pusat pensyariatan utama pada zaman ini ialah: - Baghdad - Kufah - Basrah - Madinah – Mekah - Mesir - Damsyik - Naisabur - Qairawan - Qurtubah 8.

KEISTIMEWAAN ZAMAN ABBASIYAH

1.

Bidang fiqh telah mengalami perkembangan yang pesat dan memberikan kebaikan kepada seluruh manusia.

2.

Perkembangan fiqh Islam pada zaman ini dengan usaha kerajaan-kerajaan Islam telah menjadikan fiqh Islam sebahagian daripada undang-undang berkanun untuk menyusun pelbagai urusan dan perkara sesuai dengan masa dan keadaan.

3.

Pengurusan dan pendokumentasian sunnah dan fiqh dijalankan. Selain itu, penyusunan kaedah-kaedahnya dan pengumpulan segala perkara yang berkaitan juga dilaksanakan, selain usaha menghasilkan kitab-kitab yang menerangkan permasalahannya.

4.

Dengan berlakunya perluasan ketamadunan Islam maka muncullah pusat-pusat ilmu y...


Similar Free PDFs