UNDANG-UNDANG KETERANGAN : MAXIM PERUNDANGAN DAN QAWAID FIQHIYYAH PDF

Title UNDANG-UNDANG KETERANGAN : MAXIM PERUNDANGAN DAN QAWAID FIQHIYYAH
Author Amalina Che Omar
Pages 34
File Size 714.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 69
Total Views 80

Summary

KOD KURSUS IUEL3103 KURSUS UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM (1) NAMA TUTOR MOHD ISTAJIB BIN MOKHTAR TAJUK MAKSIM PERUNDANGAN DAN QAWA‟ID FIQHIYYAH YANG RELEVAN DENGAN KETERANGAN DAN PEMAKAIANNYA DI MAHKAMAH SYARIAH NAMA PELAJAR: NO.MATRIK NORFAIZAH BINTI RAMLI IEL110014 SITI NUR AMALINA BINTI IEL11002...


Description

KOD KURSUS IUEL3103 KURSUS UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM (1) NAMA TUTOR MOHD ISTAJIB BIN MOKHTAR TAJUK MAKSIM PERUNDANGAN DAN QAWA‟ID FIQHIYYAH YANG RELEVAN DENGAN KETERANGAN DAN PEMAKAIANNYA DI MAHKAMAH SYARIAH

NAMA PELAJAR:

NO.MATRIK

NORFAIZAH BINTI RAMLI

IEL110014

SITI NUR AMALINA BINTI

IEL110023

CHE‟ OMAR

SEMESTER/SESI SATU – 2013/2014

1

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

1

BAB I 1.1

MAXIM PERUNDANGAN YANG RELEVAN DENGAN KETERANGAN DAN PEMAKAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH

2-5

BAB II 1.1

DEFINISI DAN KONSEP QAWA’ID FIQHIYYAH

1.2

QAWA’ID FIQHIYYAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

6

7-16

BAB III 1.5

PERANAN QAWA’ID FIQHIYYAH DALAM MEMUTUSKAN SESUATU KES

1.6

17-20

QAWA’ID FIQHIYYAH YANG RELEVAN DENGAN KETERANGAN DAN PEMAKAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH

2

21-26

ANALISIS

27-28

KESIMPULAN

29

RUJUKAN

3

PENDAHULUAN

Maksim perundangan adalah seerti dengan qawa‟id fiqhiyyah atau dalam istilah undangundangnya dikenali sebagai legal maxim. Manakala, Maksim Perundangan Inggeris atau Latin sering kali digunakan oleh pengamal undang-undang bagi menunjukkan keindahan keadilan perundangan sivil di Malaysia. Walaupun Maksim Perundangan Inggeris ini berbagai-bagai, namun maksim perundangan yang relevan dengan keterangan dan pembuktian di Mahkamah Syariah adalah terhad dan kebanyakannya menyamai dengan penggunaan kaedah fiqhiyyah secara praktikalnya. Kaedah-kaedah fiqhiyyah pula merupakan kaedah-kaedah yang bersifat umum yang mengumpulkan masalah-masalah fiqh terperinci yang memudahkan para ulama‟ untuk mengistinbathkan hukum bagi sesuatu masalah dengan cara mengklasifikasikan masalah itu di bawah suatu kaedah. Melalui kaedah yang telah diperincikan inilah, hakim-hakim dapat membuat ijtihad yang relevan dengan keadaan semasa. Kaedah-kaedah ini juga telah digunakan oleh para hakim untuk memutuskan sesuatu kes di Mahkamah Syariah. Di samping itu, walaupun terdapat banyak kaedah-kaedah fiqhiyyah, tetapi hakim-hakim hanya menggunakan kaedah fiqhiyyah yang relevan dan bersesuaian dengan kes-kes yang hendak diputuskan. Ini untuk memastikan prosedur yang digunakan dalam undang-undang keterangan bukan sahaja memenuhi kehendak syarak bahkan menepati aturan undang-undang yang digunapakai di Mahkamah. Hal ini juga kerana Undang-Undang Keterangan di Malaysia merupakan adaptasi dari undang-undang keterangan sivil yang menggunapakai prosedur dan terma-termanya tetapi berbeza dari segi praktikal dan perlaksanaannya. Oleh itu, rujukan kepada hukum syarak amat perlu dengan menggunakan kaedah fiqhiyyah ini agar kes- kes yang diputuskan lebih tepat disebabkan ada kaedah-kaedah fiqh yang menyokongnya. Selain itu juga, kaedah-kaedah fiqhiyyah yang digunakan oleh para hakim dalam ijtihad mereka adalah daripada dua sumber utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Kaedah yang terhasil daripada dua sumber ini mampu menyelesaikan semua kesulitan yang timbul dari segenap aspek kehidupan manusia termasuklah dalam sistem kehakiman. Oleh itu, dalam bab seterusnya, akan dibincangkan beberapa kaedah fiqhiyyah yang sentiasa digunakan oleh hakim-hakim dalam prosedur keterangan dan pembuktian di Mahkamah.

4

BAB 1

1.1

MAXIM PERUNDANGAN YANG RELEVAN DENGAN KETERANGAN DAN PEMAKAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH

1. AUDI ALTERAM PARTEM Maksim perundangan ini merupakan antara maksim yang utama dalam undang-undang keterangan, bukan sahaja dari aspek Undang-undang Keterangan Sivil, bahkan dari aspek Undang-undang Keterangan Islam. Secara istilahnya, Audi Alteram Partem bermaksud mendengar keterangan kedua belah pihak, iaitu kedua-dua belah pihak diberikan hak yang sama memperdengarkan hujah mereka di depan hakim. Dengan cara ini, hakim dapat menghakimi dengan adil dan saksama dan bukan semata-mata berdasarkan keterangan satu pihak saja yang ternyata membawa kepada keputusan yang berat sebelah. Dalam termenologi Islam, maksim ini ternyata merupakan konsep yang sama yang telah digariskan dan dinyatakan di dalam Islam itu sendiri secara umum. Di dalam surah Al-Hujuraat Allah S.W.T telah berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang Fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” Semua sistem perundangan menetapkan bahawa segala pertikaian hendaklah diputuskan setelah kedua-dua belah pihak diberi peluang untuk memberi keterangan masing-masing. Peraturan ini dibuat bagi menjamin keadilan kepada semua pihak. Islam amat menitik beratkan peraturan ini, sehinggalah terdapat banyak sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang juga merupakan sumber kedua perundangan Islam menyatakan betapa penting dan perlunya seseorang hakim mendengar keterangan kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, satu riwayat daripada Abu Daud bahawa Saidina Ali berkata kepada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :5

“Ya Rasulullah, tuan mengutuskan aku ke Yaman untuk menjadi Qadi sedangkan aku masih muda dan tidak mengetahui tentang kehakiman.” Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah-Nya kepada hati engkau dan menetapkan lidah mu. Jika datang dua orang yang bertikai duduk di hadapan kamu, maka janganlah engkau menjatuhkan hukuman sehinggalah engkau mendengar hujah dan keterangan pihak kedua seperti engkau mendengar pihak pertama, kerana itulah yang lebih layak dilakukan agar jelas bagi kamu untuk menjatuhkan hukuman.” Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes Haslinda binti Alias v Johdi Mathew Byrne @ yahya bin Abdullah (1999) 13 JH 47. Dalam memutuskan sama ada Mahkamah boleh memberi keizinan kes ini didengar secara sebelah pihak (ex-parte) dan seterusnya mengeluarkan perintah ex-parte, YA Hakim Bicara telah merujuk kepada hadis di atas dan menyatakan bahawa:1 “Hadis tersebut dengan jelas memberikan panduan kepada seseorang hakim dalam mengendalikan proses perbicaraan iaitu hukuman tidak boleh dijatuhkan dan penghakiman tidak boleh diberikan melainkan semua pihak telah diberi peluang yang sama untuk membela membela diri dan mengemukakan keterangan dan hujahnya, kerana hukuman yang adil tidak dapat ditegakkan jika keterangan dan hujah semua pihak tidak diberikan dengan jelas dan memuaskan dan mereka diberikan peluang secara adil.” Kes ini secara jelas menunjukkan bahawa kedua-dua pihak mendapat hak dan peluang yang sama dalam membela diri di mahkamah. Ini bertepatan dengan hadis seperti yang diatas. Konsep mendengar kedua belah pihak atau Audi Alteram Partem ini secara praktikalnya digunapakai oleh mahkamah dalam kebanyakan kes yang dibicarakan di mahkamah.

1

Jurnal Hukum, Jilid 27, Tahun 2009.

6

2. EI INCUMBIT PROBATIO QUI DICIT, NON QUI NEGAT Maksim ini membawa maksud “Sesiapa yang menegaskan mestilah membuktikan”, maksim ini juga secara tidak langsung adalah merupakan antara maksim yang digunapakai di dalam keterangan di mahkamah. Maksim perundangan ini juga menyamai maksim perundangan Islam yang digunapakai di Mahkamah Syariah iaitu al-bayyinah „ala al-muddaie wa al-yamin „ala man ankara „alaih. Maksim ini mengkehendaki seseorang yang mendakwa hendaklah membuktikan dakwaannya. Jika dilihat pada Seksyen 72 Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah persekutuan sebagai contoh, Seksyen tersebut memperuntukkan mengenai beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan fakta tersebut dan orang yang mengangkat sumpah adalah untuk menafikan sesuatu fakta itu. Begitu juga jika dilihat pada Seksyen 75 yang menyatakan bahawa beban membuktikan tentang fakta tertentu adalah terletak pada orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu. Misalan yang diberikan ialah A berhasrat supaya mahkamah mempercayai bahawa pada pada masa yang berkenaan itu dia berada di suatu tempat lain. Maka dia mestilah membuktikannya.2

3. ACTUS NON FACIT REUM NISI MENS SIT REA Maksim ini membawa maksud sesuatu perbuatan tidak akan menyebabkan seseorang bersalah melainkan mindanya juga bersalah. Maksim ini digunapakai terutamanya dalam kes jenayah, dimana elemen means rea atau mental seseorang diambilkira dalam mensabitkan sesuatu kesalahan. Maksim ini juga dapat kita katakan menyamai dengan konsep al-amru bimaqosidiha iaitu “setiap perkara dinilai berdasarkan niatnya”

Selain daripada itu, maksim perundangan ini juga digunapakai di dalam kes mal yang lain di mana elemen niat atau mental memainkan peranan dalam menentukan sabit atau tidak sesuatu perkara. Contohnya apabila seseorang lelaki melafazkan cerai dengan lafaz kinayah, contohnya “pergilah balik rumah mak kau”, atau “keluar dari rumah ni”, maka tidak dapat 2

Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, hlm. 214.

7

tidak hakim perlu bertanyakan pada si suami sama ada dia melafazkan perkataan tersebut dengan niat untuk menceraikan isterinya atau tidak, kerana mungkin niatnya adalah sebaliknya. Hakim perlu mensabitkan kes seperti ini dengan melihat kepada elemen niat atau mental seseorang di mana bertepatan dengan maksim perundangan ini.3

4. QUOD CONSTAT CLARE NON DEBET VERIFICARI Maksim ini membawa maksud “sesuatu yang jelas dan nyata tidak perlu dibuktikan”. Maksim ini juga digunapakai di Mahkamah Syariah sebagai fakta yang tidak perlu dibuktikan. Di dalam proses perbicaraan, adakalanya sesuatu fakta itu diterima tanpa sebarang keterangan. Ia diiktiraf oleh mahkamah sebagai satu nyataan berasas yang tidak perlu dibuktikan kesahihannya, keadaan ini samada kerana fakta tersebut seawalnya telah diiktiraf oleh nas perundangan atau kerana ia suatu yang boleh diterima secara logik (munasabah) atau kerana ia merupakan fakta yang biasanya diterima. Undang-Undang Keterangan mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan Seksyen 43 memperuntukkan bahawa tiada fakta yang mengenainya Mahkamah akan memberikan pengiktirafan kehakiman perlu dibuktikan. Pengktirafan kehakiman berarti

penerimaan

kebenaran sesuatu fakta yang diketahui umum serta masyhur atau yang terbit dari sumber yang berautoriti sehingga menyebabkan bukti mengenainya tidak diperlukan. Contohnya Sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang diiktiraf dan diketahui umum. Peruntukkan Seksyen 45 pula menyatakan bahawa fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan iaitu merujuk kepada iqrar. Maksim ini juga boleh dikatakan menyamai dengan beberapa prinsip Kaedah Fiqhiyyah yang lain iaitu antaranya ialah “Sesuatu yang telah sabit melalui kebiasaan adalah sabit mengikut dalil syarak”.

3

Artikel: Blog Rasmi Jabatan Peguam Negara, March 12th, 2010, http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=127

8

BAB II

1.1

DEFINISI DAN KONSEP QAWA’ID FIQHIYYAH Qawa‟id fiqhiyyah merupakan prinsip amali syar‟ie yang menyeluruh dan meliputi semua

juzu‟ dibawahnya dengan nyata. Ianya juga merupakan pendekatan secara “horizontal” atau melintang dalam perbahasan hukum fiqh. Qawa‟id fiqhiyyah ini juga merupakan hasil kajian terhadap nusus, ijma‟ dan fatwa para ulama‟ dan mencari prinsip kesamaan yang mengaitkan hukum-hakam syara‟ yang mempunyai sifat atau „illah hukum yang sama.4 Perkataan al-qawa‟id al-fiqhiyyah merupakan satu istilah yang terdiri daripada dua perkataan iaitu al-qawa‟id dan al-fiqhiyyah. Menurut para fuqaha‟ pula, perkataan kaedah bererti hukum yang digunakan secara majoriti yang meliputi kebanyakan pecahan-pecahannya supaya diketahui akan hukumnya. Dalam memberi pengertian bagi perkataan al-qawa‟id, para fuqaha‟ teleh mengungkapkan satu kaedah iaitu yang bermaksud hukum yang kebiasaannya dipraktikkan ke atas kebanyakan bahagian-bahagiannya atau cabang-cabangnya ( ‫حكم أغلبي ينطبق على معظم‬ ‫)جزئياته‬.5 Manakala perkataan al-fiqhiyyah pula adalah berasal daripada perkataan al-fiqh yang bermaksud faham. Menurut al-Ghazali, ilmu al-fiqh adalah suatu ilmu syariah (undang-undang Allah) yang bersangkut paut dengan pengetahuan furu‟ (cabang) agama. Justeru, berdasarkan pengertian-pengertian yang telah dibentangkan di atas, dapat dirumuskan bahawa apabila keduadua perkataan itu digabungkan (dari sudut bahasa) menjadi satu istilah baru yang mewakili satu disiplin ilmu yang berasingan, maka ia bermaksud satu susunan kaedah yang berkaitan dengan hukum-hukum fiqh yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.

4

Abdullaah Jalil, (2011), Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, Universiti Sains Islam Malaysia, hlm. 5. Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Sobri Ellias, (2010), Aspek-Aspek Pemikiran Kritis Dalam Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, Jurnal Syariah, Jil.18, Bil.3, hlm. 532. 5

9

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kaedah fiqhiyyah ialah sebagai satu himpunan atau susunan kaedah yang bersifat kulli (umum) yang terangkum di dalamnya sejumlah masalah fiqh dan melaluinya dapat diketahui hukum-hukum bagi masalah-masalah fiqh yang tercakup di dalam ruang lingkup atau ruang cakupannya.6

1.2

QAWA’ID FIQHIYYAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM Seperti yang kita maklumi, masalah cabang dalam perundangan Islam adalah pelbagai,

ianya akan terus bertambah dari semasa ke semasa. Masalah ini perlulah diselesaikan dan diberikan jawapan berdasarkan kehendak perundangan Islam. Antara cara mengatasinya ialah dengan merujuknya kepada masalah cabang lain yang mempunyai persamaan daripada segi sebab, sifat dan hukumnya. Selepas itu, dirujuk pula hukum yang berbentuk menyeluruh atau asas yang merupakan sebahagian daripadanya. Di samping itu, hukum asas atau menyeluruh ini adalah yang berkaitan dengan kaedah perundangan iaitu al-qawa‟id fiqhiyyah. Oleh itu, kadah perundangan Islam ialah hukum yang berbentuk menyeluruh atau asas yang terkandung di dalamnya banyak hukum cabang yang bertaburan. Melalui kaedah ini, ianya akan mempermudahkan ulama‟ untuk menyelesaikan persoalan fiqh yang timbul. Terdapat banyak kaedah perundangan Islam yang boleh dijadikan asas dan panduan dalam usaha kita untuk memahami dan melaksanakan kehendak undang-undang keterangan Islam.7 Antaranya ialah: a) Setiap perkara dinilai berdasarkan niatnya. Kaedah tersebut telah menjelaskan bahawa setiap pekerjaan zahir atau batin yang ingin dilakukan oleh seseorang perlu disertai dengan niat mahupun motif yang tertentu. Oleh sebab itu, setiap perbuatan mukallaf itu amat bergantung kepada apa yang diniatkannya, bahkan para ulama‟ fiqh sepakat berpendapat bahawa sesuatu pekerjaan yang telah diniatkan, namun pekerjaan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana sesuatu kesukaran (masyaqqah) yang mendatang, maka ia tetap diberikan ganjaran. Manakala, dari aspek yang lain, seseorang yang 6 7

Ibid, hlm. 535. Dr. Mahmud Saedon A. Othman, (2003), Undang-Undang Keterangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 32.

10

mempunyai niat untuk melakukan dosa besar seperti membunuh, namun tidak sempat melakukannya kerana dia dibunuh terlebih dahulu oleh musuhnya, niatnya itu tetap dikira.8 Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila dua Muslim bertarung dengan saling menghunus pedang, yang terbunuh dan yang membunuh, kedua-duanya dimasukkan ke dalam neraka. Aku bertanya; Wahai Rasulullah! ini adalah balasan bagi orang yang membunuh (masuk neraka adalah patut), tetapi bagaimana dengan keadaan orang yang dibunuh? Baginda menjawab; kerana ia juga berazam untuk membunuh lawannya.”9 Hadith di atas telah menerangkan bahawa kemahiran analitikal yang merupakan komponen utama pemikiran kritis telah diterapkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w mengajar umat Islam agar bersikap teliti dalam menilai sesuatu perkara. Hadith ini sekaligus menuntut para hakim supaya membuat analisis kritis dalam meneliti setiap fakta kes yang dikemukakan kepadanya. Ia perlu juga melihat kepada faktor niat atau maksud sebenar sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang. Selain itu, dalam kes seperti pembunuhan ini, para hakim perlu menentukan hukumnya berdasarkan qarinah (bukti-bukti) yang terzahir menerusi tindakan si pembunuh sebagai refleksi daripada apa yang diniatkannya di dalam hati, sama ada pembunuhan tersebut dilakukan secara sengaja, menyerupai sengaja ataupun tidak sengaja. Sebagai contoh, dalam sesuatu kes bunuh, hakim boleh bergantung kepada fakta-fakta berkaitan, seperti A dilihat berlari keluar dari rumah B dalam keadaan baju yang dipakainya berlumuran darah sedangkan mereka diketahui memang mempunyai hubungan yang tidak baik.10 Aspek pembuktian ini merupakan suatu indikator yang sangat penting dalam bidang kehakiman lebih khusus dalam kes pelaksanaan hukum hudud, qisas dan ta`zir, selaras dengan ajaran Islam yang sangat menekankan aspek ini dalam mensabitkan sesuatu hukuman ke atas seseorang yang dituduh di mahkamah.

8

Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Sobri Ellias, Op.cit, hlm. 543. Hadis Riwayat al-Bukhari. 10 Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Sobri Ellias, Op.cit, hlm. 543. 9

11

Hal ini begitu signifikan kerana ianya akan menjadikan seseorang hakim bertindak secara objektif atau dalam kata lain, ia bersikap adil dan tidak bias (tidak berat sebelah) dalam mengendalikan sesuatu perbicaraan dan adil dalam menjatuhkan hukuman keseksaan ke atas pelaku jenayah tersebut di mahkamah.

Di samping itu, ia turut berfungsi untuk mengakhiri pertikaian dan memulangkan hak kepada si pendakwa. Ini juga berdasarkan kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Katakanlah: “Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar”.11 Selain itu, kaedah ini juga didapati selaras dengan konsep pemikiran logik yang telah dikemukakan oleh Mohd Yusof Hasan. Pemikiran logik adalah proses penaakulan yang membawa kepada suatu keputusan seperti idea, fakta dan keputusan. Ia juga melibatkan proses menyusurgalurkan keterangan-keterangan untuk mengenalpasti masalah seterusnya memikirkan jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Manakala, antara proses untuk menyusurgalurkan keterangan tersebut ialah mengenalpasti aspek niat di sebalik sesuatu perbuatan seseorang.12 Selain itu, hadith tersebut juga secara tidak langsung telah mempersembahkan stail pemikiran kritis, iaitu stail historis di mana ianya digunakan dalam mencari sebab dan akibat sesuatu peristiwa dan kejadian. Menerusi cara pemikirian kritis yang ditonjolkan ini, hasil daripada data ataupun maklumat yang bersifat fizikal dan bukan fizikal dianalisis dan kemudian hasilnya akan dikupas serta diterjemahkan oleh hakim berdasarkan fenomena yang berlaku. Dalam hal ini, seseorang hakim perlu meneliti secara mendalam aspek niat seseorang sehingga berlaku atau tercetusnya sesuatu peristiwa. Berdasarkan pengambilkiraan aspek ini, wajar sekali perakuan Rasulullah s.a.w menerusi hadithnya di atas bahawa orang yang dibunuh itu layak untuk dimasukkan ke dalam api neraka kerana ia turut mempunyai keazaman yang kuat untuk membunuh saudaranya itu.13

11

Surah al-Baqarah, 2: 111 Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Sobri Ellias, Op.cit, hlm. 544. 13 Ibid, hlm. 545. 12

12

b) Kemudharatan dihapuskan Kaedah tersebut walaupun dilihat ringkas dan mudah, tetapi sebenarnya telah membawa kepada terhasilnya pelbagai jalan penyelesaian dalam keempat-empat dimensi fiqh (rubu‟ fiqhiyyah) iaitu merangkum rubu‟ ibadat, munakahat, mua‟malat dan jinayat. Ini kerana semua taklif atau tanggungjawab syara‟ dibina di atas dasar untuk menegah serta menolak kemudaratan dan bahaya. Sebagai contoh, seorang yang menyebarkan ajaran sesat, sudah tentu akan membawa mudarat yang besar kepada masyarakat disebabkan pemikiran songsang yang dibawanya. Tindakannya itu bukan hanya dapat memecahbelahkan masyarakat, malah lebih buruk lagi, ia boleh merosakkan masyarakat itu sendiri. Dalam kes ajaran sesat misalnya, mereka perlu menjatuhkan ...


Similar Free PDFs