01 MOHAMED ANWAR - KAEDAH PENULISAN MAKALAH DAN TESIS PDF

Title 01 MOHAMED ANWAR - KAEDAH PENULISAN MAKALAH DAN TESIS
Author P. Master Ukm 2015
Pages 17
File Size 19.3 MB
File Type PDF
Total Downloads 549
Total Views 961

Summary

 Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   KAEDAH PENULISAN MAKALAH DAN TESIS YANG MEMENUHI CIRI-CIRI MINIMUM TULISAN ILMIAH: PERKONGSIAN PENGALAMAN Mohamed Anwar bin Omar Din [email protected] / [email protected] Universiti Sultan Zainal Abidin Mohd. Zambri bin Jaafar drzambri6...


Description

Accelerat ing t he world's research.

01 MOHAMED ANWAR - KAEDAH PENULISAN MAKALAH DAN TESIS PENDIDIKAN ISLAM MASTER UKM 2015

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU syamiza syahirah mohd shamsul KAEDAH PENYELIDIKAN & PENULISAN LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR juliza adnan Panduan Penulisan Laporan Penyelidikan ILKKM ARIF AZWAN

 Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014  

KAEDAH PENULISAN MAKALAH DAN TESIS YANG MEMENUHI CIRI-CIRI MINIMUM TULISAN ILMIAH: PERKONGSIAN PENGALAMAN Mohamed Anwar bin Omar Din [email protected] / [email protected] Universiti Sultan Zainal Abidin Mohd. Zambri bin Jaafar [email protected] Universiti Sultan Zainal Abidin Hamdan bin Aziz [email protected] Universiti Malaysia Terengganu Zulayti bte Zakaria [email protected] Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Abstrak Makalah ini berusaha memberi penjelasan secara praktikal mengenai bagaimanakah caranya untuk menghasilkan makalah dan tesis yang memenuhi ciri-ciri minimum sebagai tulisan ilmiah. Selain itu, ia berusaha menjelaskan beberapa aspek yang jarang diperkatakan dalam pembelajaran formal seperti apakah fungsi subtajuk Pengenalan dalam Bab I, subtajuk Pengenalan dalam Bab II, Bab III dan Bab IV, dan juga bagaimana Bab Penutup dan Abstrak harus ditulis. Sumber rujukan utama makalah ini adalah catatan-catatan pengalaman para penulisnya semasa terlibat dalam penulisan ilmiah. Makalah ini mendapati sesebuah tulisan ilmiah harus bertitik-tolak dari Permasalahan Kajian. Dalam penulisan makalah, Permasalahan Kajian harus dijadikan subtajuk-subtajuk, manakala dalam tesis pula ia harus dijadikan tajuk Bab-Bab (tidak termasuk Bab I dan Bab Penutup). Dalam tesis, subtajuk Pengenalan dalam Bab I seharusnya menjelaskan Abstrak dengan lebih perinci dan digabungkan dengan Objektif. Sebaliknya, subtajuk Pengenalan dalam Bab II hingga Bab IV atau Bab V (sebelum Bab Penutup) pula seharusnya menjelaskan perkara-perkara yang akan diperkatakan dalam Bab berkait masing-masing. Bab Penutup (Bab V atau Bab VI) seharusnya mengumpulkan kenyataan dalam Bab II hingga Bab IV atau Bab V. Abstrak pula seharusnya mempunyai tiga perkara utama, iaitu Permasalahan Kajian, Metodologi kajian dan penemuan atau diskusi.

Kata Kunci: Permasalahan Kajian, Subtajuk, Tajuk Bab, Kesimpulan Bab dan Bab Penutup

Pengenalan Amat ironis, di sebalik pembelajaran Kaedah Penulisan Ilmiah dan Metodologi Penyelidikan secara formal di pelbagai peringkat pengajian di institusi pengajian tinggi  dengan pendedahan tentang berbagai-bagai teori, rangka teoretikal, pendekatan dan teknik-teknik yang cukup luar biasa hebatnya  kami dapati begitu ramai calon pascasiswazah (MA/Mphil/M.ED dan Ph.D) yang masih belum menguasai perkara-perkara paling asas untuk menghasilkan makalah dan tesis yang memenuhi ciri-ciri tulisan ilmiah miskipun pada tahap minimum. Ini termasuk ketidakupayaan menyediakan premis bagi menyatukan fakta-fakta, perbincangan atau penghujahan dalam seluruh tulisan agar berada dalam satu bingkai yang bersepadu bagi menjawab Permasalahan Kajian. Ramai pula yang tidak tahu di manakah titik-tolak penulisan harus bermula. Dalam penulisan tesis, ramai yang tidak mengetahui apakah fungsi subtajuk Pengenalan dalam Bab I hingga Bab IV (atau Bab V), Kesimpulan dalam Bab, Abstrak dan Bab Penutup. Perkara-perkara ini mungkin dianggap kecil tetapi ianya memberi impak amat besar, malah begitu mendasar, dalam penulisan ilmiah. Kami berpendapat sekiranya tidak ada pihak yang menjelaskannya, usaha untuk memantapkan penulisan ilmiah akan terus menerus terencat.

  301

 Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014  

Makalah ini berusaha memberi penjelasan secara praktikal mengenai perkara-perkara tersebut. Makalah ini merupakan satu perkongsian pengalaman dalam kalangan penulis yang terlibat secara langsung dengan penulisan ilmiah. Mereka terdiri daripada pensyarah, penyelia tesis (dari peringkat prasiswazah hingga ke peringkat pascasiswazah (MA/Mphil/M.ED dan Ph.D.), pemeriksa dalam dan luar bagi tesis Sarjana dan Ph.D., penilai makalah untuk diterbitkan dalam jurnal berwasit. Penyampaian makalah ini adalah dalam bentuk grafik dengan penjelasan-penjelasan secara terus kepada isi atau perkara pokok tanpa menekankan teori atau rangka teoretikal tertentu. Tujuan penyampaian dengan cara begini adalah supaya maklumat-maklumat yang disampaikan mudah difahami oleh pelbagai pihak, terutamanya dalam kalangan berusia yang berhasrat melangsungkan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan sedikit pengalaman yang kami miliki, diharapkan makalah ini dapat memberi sumbangan, atau paling tidak dapat mengingatkan mengenai beberapa perkara asas dalam penulisan ilmiah, agar pelbagai pihak mampu menghasilkan tulisan ilmiah dengan lebih mantap lagi.

Objektif Kajian Objektif utama makalah ini adalah untuk memberi penjelasan secara paling praktikal mengenai cara-cara menghasilkan tulisan, meliputi makalah dan tesis, yang memenuhi ciri-ciri tulisan ilmiah pada tahap paling minimum berasaskan pengalaman dalam kalangan mereka yang terlibat secara langsung dengannya. Penjelasan-penjelasan yang diberikan diharapkan dapat diguna-pakai oleh orang-orang yang terlibat dalam penulisan ilmiah baik sebagai pengajar dan pelajar di pelbagai peringkat pengajian mahupun sebagai pemeriksa tesis dan penilai/pewasit makalah untuk diterbitkan dalam jurnal berwasit. Juga diharapkan ia dapat digunapakai oleh orang-orang berusia yang mempunyai hasrat melangsungkan pembelajaran sepanjang hayat.

Soalan Kajian Isu paling sentral makalah ini ialah bagaimanakah cara paling praktikal untuk menghasilkan makalah dan tesis yang memenuhi syarat tulisan ilmiah pada tahap minimum? Isu ini akan diperincikan dengan memberi fokus terhadap persoalan-persoalan berikut: 1.

Dari manakah titik-tolak penulisan ilmiah harus bermula?

2.

Apakah fungsi subtajuk Pengenalan dalam Bab I?

3.

Apakah fungsi subtajuk Pengenalan dalam Bab II, Bab III dan Bab IV (atau Bab V)?

4.

Bagaimanakah Kesimpulan dalam Bab II hingga Bab IV (atau Bab V) harus ditulis?

5.

Apakah fungsi Bab Penutup (Bab V) dan bagaimana ia ditulis?

6.

Bagaimanakah Abstrak harus ditulis?

Signifikan Kajian Walaupun mungkin terdapat kaedah-kaedah penyampaian lain yang lebih sempurna namun kesignifikanan makalah ini ialah ia dapat memberi maklumat mengenai perkara paling asas untuk menghasilkan tulisan yang memenuhi ciri-ciri tulisan ilmiah pada tahap paling minimum secara praktikal berasaskan pengalaman yang dilalui oleh orang-orang yang terlibat secara langsung dengan calon-calon pascasiswazah MA/Mphil/M.ED dan Ph.D. di negara ini. Adalah disedari bahawa topik makalah ini mungkin dipandang hanya klise, malah, mungkin ada pihak menganggap makalah ini ditulis secara sewenang-wenangnya kerana para penulisnya tidak mempunyai makalah lain; terlalu terdesak (desperate) mahu membentang Kertas Kerja walaupun kehabisan modal/idea, lalu dicekup apa saja yang ada termasuk mengitar semula nota kuliah.

302  

 Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014  

Tanggapan begini mungkin timbul kerana apakah relevannya topik ini perlu diperkatakan dalam Seminar bertaraf kebangsaan seperti ini, sedangkan secara normatifnya tidak ada calon Sarjana yang tidak pernah menghadiri kuliah Kaedah Penulisan Ilmiah dan Metodologi Penyelidikan untuk mempelajari berbagai-bagai kaedah, rangka teoritis dan sebagainya. Namun begitu, terdapat sebab-musabab kenapa topik ini diajukan dalam Seminar ini. Antara sebab-musababnya ialah kerana, berdasarkan pengalaman kami sebagai pensyarah, penyelia tesis (dari peringkat prasiswazah hingga ke peringkat pascasiswazah (MA/Mphil/M.ED dan Ph.D.), pemeriksa dalam dan luar tesis Sarjana dan Ph.D., penilai makalah untuk diterbitkan dalam jurnal berwasit, kami dapati masih begitu ramai calon sarjana (MA/Mphil/M.ED) dan kedoktoran (Ph.D.), dan juga dalam kalangan mereka yang telah menghantar makalah untuk dinilai bagi diterbitkan dalam jurnal berwasit, tidak memahami perkara paling asas dalam penulisan ilmiah, baik dari segi bentuk (form) mahupun isi (contents). Ini, secara naturalnya, menimbulkan tanggapan seolah-olah kebanyakan calon Sarjana di negara ini tidak pernah belajar Kaedah Penulisan Ilmiah dan Metodologi Penyelidikan. Sehubungan itu, walaupun topik makalah ini kelihatan kecil, seolah-olah tidak signifikan kerana ia merupakan perkara yang diajar secara formal di institusi pengajian tinggi, ia dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai perkara-perkara yang bersifat begitu mendasar dalam penulisan ilmiah. Seperti telah dinyatakan, kami berpendapat sekiranya tidak ada pihak yang menjelaskannya, usaha untuk memantapkan penulisan ilmiah akan terus menerus terencat.

Tinjauan Literatur Walaupun tulisan-tulisan mengenai Kaedah Penulisan Ilmiah dan Metodologi Penyelidikan terdapat di pelbagai perpustakaan institusi pengajian tinggi namun ianya masih belum memadai bagi membantu calon-calon Sarjana dan orang-orang berhasrat melangsungkan pembelajaran sepanjang hayat menghasilkan tulisan ilmiah kerana mengandungi teori, rangka teoretikal dan teknik-teknik yang ‘terlalu canggih’ buat mereka. Dari pengalaman, kami mendapati apa yang diperlukan oleh pihak-pihak tersebut ialah panduan paling asas mengenai penulisan ilmiah, seboleh-bolehnya dari pengalaman praktikal para penulis dalam kalangan caloncalon MA/Mphil/M.ED dan Ph.D. di negara ini sendiri. Sehubungan itu, walaupun tulisan-tulisan mengenai Kaedah Penulisan Ilmiah dan Metodologi Penyelidikan yang terdapat di pelbagai perpustakaan itu memang perlu dibaca, namun ianya masih belum dapat memenuhi keperluan pihak-pihak tersebut. Sehingga kini masih belum ada tulisan yang diperlukan oleh mereka itu. Makalah ini adalah satu usaha untuk memenuhi keperluan tersebut.

Metodologi Sumber utama penulisan makalah ini adalah catatan-catatan peribadi para penulisnya semasa terlibat secara langsung dalam kerja-kerja penulisan. Kerja-kerja penulisan yang dimaksudkan meliputi sebagai pensyarah, penyelia tesis di pelbagai peringkat pengajian (meliputi peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran), pemeriksa dalam dan luar bagi tesis di pelbagai peringkat tersebut, dan penilai dan pewasit makalah untuk diterbitkan dalam jurnal ilmiah. Makalah ini tidaklah menggunakan rangka teoretikal secara formal dalam dunia akademik, sebaliknya, ia menggunakan kaedah stukturalistik dan deskriptif. Penggunaan kaedah-kaedah ini dilakukan secara sedar kerana tujuan makalah ini adalah untuk memberi panduan secara praktikal mengenai cara-cara menulis tulisan ilmiah. Dari satu sisi, makalah ini merupakan suatu dokumentasi pengalaman para penulisnya. Dari sisi yang lain, ia adalah maklumat-maklumat yang dijadikan fakta-fakta bagi menjelaskan kaedah paling praktikal untuk menghasilkan penulisan, baik makalah mahupun tesis, yang memenuhi ciri-ciri asas penulisan ilmiah.

  303

 Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014  

Rekabentuk Penyelidikan Makalah ini direka-bentuk dalam bentuk strukturalistik dan deskritif iaitu menyampaikan secara terus faktafakta yang ingin diperkatakan, tanpa menggunakan rangka teoritis tertentu. Penyampaian ini direka sedemikian rupa secara sedar kerana tujuan makalah ini adalah untuk memberi panduan secara praktikal mengenai penulisan ilmiah berasaskan pengalaman para penulis yang terlibat secara langsung dalam bidang ini. Maklumat-maklumat yang diperoleh secara langsung dari pihak-pihak berkenaan dijadikan fakta-fakta untuk membentuk kaedah penulisan ilmiah. Ianya disampaikan dalam stukturalistik dan deskritif agar mudah difahami oleh para pembaca dalam pelbagai peringkat yang berusaha menghasilkan tulisan ilmiah.

Analisis Data Data utama yang dirujuk dalam makalah ini adalah catatan-catatan pengalaman para penulis semasa mereka terlibat dalam penulisan ilmiah. Seperti telah dinyatakan, maklumat-maklumat yang diperoleh itu adalah secara langsung dari calon-calon pascasiswazah yang melakukan tulisan ilmiah.

Penulisan Makalah Ilmiah Berdasarkan pengalaman, kami menyarankan format penulisan makalah ilmiah haruslah dirangka seperti Rajah 1a. Rajah ini menunjukkan makalah ilmiah harus ditulis dengan cara menjadikan Permasalahan Kajian sebagai subtajuk-subtajuk bagi seluruh makalah tersebut. Ini dengan sendirinya menyebabkan Permasalahan Kajian akan menjadi bingkai besar (general framework) seluruh makalah tersebut kerana subtajuk-subtajuk itu sendiri adalah Permasalahan Kajian. Perlu ditekankan bahawa Permasalahan Kajian bermaksud isu-isu atau perkara-perkara yang ingin diperkatakan (dibincangkan atau dihujahkan) oleh penulis dalam sesebuah makalah. Oleh kerana Permasalahan Kajian telah dijadikan subtajuk-subtajuk dalam makalah tersebut maka dengan sendirinya apa yang diperkatakan dalam makalah tersebut adalah mengenai isu-isu atau perkara-perkara yang ingin diperkatakan. Itulah sebabnya penulis harus merancang Permasalahan Kajian dengan baik. Permasalahan Kajian yang baik adalah bersifat meliputi secara tersirat isu-isu, fakta-fakta dan hujah-hujah yang ingin diperkatakan. Lazimnya, sesuatu persoalan (di bawah Permasalahan Kajian) itu dijadikan lebih daripada satu subtajuk. Ini kerana isu yang tersirat dalam sesuatu persoalan itu mempunyai lebih daripada satu fakta atau hujah. Perlu diulangi bahawa, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1b, penulisan makalah ilmiah hanya berlaku apabila persoalan-persoalan yang digariskan di bawah Permasalahan Kajian itu dijadikan subtajuk-subtajuk. Perlu dingatkan bahawa persoalan-persoalan di bawah Permasalahan Kajian ditulis itu dalam Ayat Tanya. Oleh itu, untuk membolehkannya menjadi subtajuk, ia haruslah diubah-suai menjadi Ayat Kenyataan. Berikut adalah contoh pengubahsuaian tersebut: Ayat persoalan di bawah Permasalahan Kajian: 1.

Apakah sebenarnya faktor-faktor yang menerbitkan gejala gelandangan di Malaysia? Kenyataan bagi subtajuk berkait dengan Permasalahan Kajian harus diubah-suai seperti berikut: Faktor-faktor Gejala Gelandangan di Malaysia Sebagai sebuah tulisan ilmiah, perbincangan atau penghujahan haruslah ‘berasaskan,’ iaitu harus disandar atau dirujuk fakta-fakta sahih dan dapat disemak oleh orang lain mengenai kesahihannya. Ianya juga haruslah disampaikan dengan jelas, teratur, logik dan tersusun rapi. Sebaik-baiknya sesuatu isu diperkatakan (dibincangkan dan dihujahkan) dalam satu perenggan tersendiri. Perbincangan dan penghujahan akan menjadi lebih berkesan sekiranya sesuatu perenggan itu mengandungi tiga unsur berikut: 1) kenyataan isu atau isi yang akan diperkatakan dalam perenggan

304  

 Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014  

berkenaan, 2) fakta-fakta berkait dengan isu atau isi tersebut, dan 3) contoh-contoh atau sebab-musabab berkait dengan apa yang diperkatakan dalam perenggan tersebut. Sekiranya penjelasan mengenai tiga unsur itu begitu panjang, penulisan mengenai isu atau isi tersebut boleh ditulis dalam perenggan lain berikutnya. Walau bagaimanapun, haruslah dielakkan daripada memperkatakan lebih daripada satu isu atau isi dalam satu perenggan. Lazimnya panjang sebuah makalah untuk jurnal ilmiah adalah antara 12 hingga 15 muka surat. Sesebuah makalah ilmiah harus berakhir dengan Kesimpulan. Ada tiga perkara penting mengenai Kesimpulan makalah ilmiah: Pertama-tamanya, ia haruslah menjawab persoalan-persoalan yang digariskan di bawah Permasalahan Kajian. Penulis tidak perlu merumuskan apa yang telah diperkatakan dalam seluruh makalah tersebut, sebaliknya, harus mencari kenyataan-kenyataan dalam subtajuk-subtajuk dalam makalah tersebut yang dapat memberi jawapan secara persis (padat, tepat atau tajam) terhadap persoalan-persoalan Permasalahan Kajian. Dalam Rajah 1 dan 1b ditunjukkan kenyataan dalam Kesimpulan seharusnya jawapan kepada persoalan-persoalan dalam Permasalahan Kajian. Kedua, sebaik-baiknya Kesimpulan ditulis hanya dalam satu perenggan. Adakalanya penulis perlu menulis lebih daripada satu perenggan, namun, secara normatifnya adalah lebih afdal ia ditulis dalam satu perenggan. Ketiga, tidak ada fakta baharu, tidak ada rujukan baharu dan tidak ada penghujahan baharu dalam Kesimpulan. Ini kerana, seperti telah dinyatakan, fungsi Kesimpulan makalah ilmiah ialah menjawab persoalan-persoalan yang digariskan di bawah Permasalahan Kajian berasaskan apa yang telah diperkatakan di bawah subtajuk-subtajuk dalam makalah tersebut. Ini tidaklah sukar dilakukan kerana jawapan terhadap persoalan-persoalan tersebut pasti ada kerana subtajuk-subtajuk dalam makalah tersebutlah ditulis berasaskan persoalan-persoalan di bawah Permasalahan Kajian itu sendiri. Dengan itu, mahu tidak mahu kenyataan dalam Kesimpulan akan menjawab persoalan-persoalan di bawah Permasalahan Kajian itu. Inilah cara paling praktikal untuk menulis sebuah makalah ilmiah. Cara ini dapat menghasilkan sebuah tulisan yang menyatukan fakta-fakta, perbincangan atau penghujahan dalam satu bingkai idea bersepadu. Penulisan seperti ini akan berlaku dengan sendiri kerana ia disusun sedemikian rupa iaitu subtajuksubtajuknya adalah dibentuk dengan mengubahsuai persoalan-persoalan yang digariskan di bawah Permasalahan Kajian. Ekoran daripada itu, penjelasan-penjelasan yang diberikan di bawah subtajuksubtajuk tersebut dengan sendirinya menjelaskan persoalan-persoalan dalam Permasalahan Kajian. Sebagai sebuah makalah ilmiah, penjelasan-penjelasan yang diberikan haruslah diasaskan fakta-fakta sahih dan dapat disemak oleh orang lain akan kesahihannya.

Penulisan Tesis Dari pengalaman, kami mendapati kebanyakan tesis yang dihantar untuk diperiksa (diviva) adalah ‘tesis tanpa tesis’ (a thesis without thesis). Mungkin ramai orang tahu, malah, para penulis yang menghantar ‘tesis tanpa tesis’ itu sendiri dapat memberi huraian dan penghujahan berjela-jela mengenai apakah yang dimaksudkan dengan ‘tesis’  sekali gus pastilah mengerti apa itu ‘tesis tanpa tesis.’ Walau bagaimanapun, kebanyakannya menulis tesis tanpa tesis. Untuk memahami ungkapan ‘tesis tanpa tesis’ perlulah difahami apa itu tesis. Dari pengalaman, kami menyarankan agar para penulis menanggapi maksud ‘tesis’ dalam pengertian paling mudah iaitu sebagai: sebuah tulisan yang mempunyai Permasalahan Kajian dan Permasalahan Kajian tersebut dijawab dengan sempurna, satu persatu berasaskan fakta-fakta sahih dan dapat disemak oleh orang lain kesahihannya, perbincangan atau penghujahan yang disampaikan secara teratur, jelas dan tersusun rapi sehingga terbit satu kesatuan idea yang bersepadu mengenai apa (isu atau perkara) yang ingin diperkatakan dalam tesis tersebut.

  305

 Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014  

Memanglah kenyataan ini berbeza daripada definisi tesis yang diberikan dalam pelbagai buku di perpustakaan. Walau bagaimanapun, ia adalah salah satu definisi ‘tesis’ dalam bentuk praktikal. Sebagaimana akan dijelaskan, kefahaman seperti ini sangat diperlukan untuk menghasilkan tesis yang memenuhi ciri-ciri minimum tulisan ilmiah. Selari dengan kenyataan yang diberikan maka secara praktikalnya ungkapan ‘tesis tanpa tesis’ adalah bermaksud sebuah tulisan yang tidak mempunyai Permasalahan Kajian dan juga jawapan terhadap Permasalahan Kajian tersebut. Ataupun ia juga mungkin sebuah tulisan yang mempunyai Permasalahan Kajian tetapi tidak mempunyai jawapan mengenai Permasalahan Kajian tersebut. Inilah yang berlaku pada hari ini. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana para penulis tesis, tanpa mengira sama ada di peringkat Sarjana Muda (BA) apatah lagi di peringkat Sarjana (MA/Mphil/M.ED) dan Kedoktoran (Ph.D.), sudah mempelajari Kaedah Penulisan Ilmiah. Walau bagaimanapun, keadaan yang berlaku adalah sebaliknya walaupun kebanyakan penulis tersebut cukup berupaya memberi penjelasan panjang lebar dan cukup luar biasa tentang hipotesis, teori, rangka teoretikal, pendekatan dan teknik-teknik penulisan ilmiah dan Permasalahan Kajian (terutamanya dalam Bab I, atau sesetengahnya dalam Bab II). ...


Similar Free PDFs