Asimilasi Dalam Kalangan Masyarakat Baba Dan Nyonya di Melaka DOCX

Title Asimilasi Dalam Kalangan Masyarakat Baba Dan Nyonya di Melaka
Author Amirah Atiqah
Pages 5
File Size 19.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 36
Total Views 334

Summary

Asimilasi Dalam Kalangan Masyarakat Baba Dan Nyonya di Melaka Oleh Amirah ‘Atiqah Binti Badrul Hisham (2013609954/ EMD4M4A) ([email protected]) Pengenalan MENURUT Kamus Dewan Edisi ke Empat, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam atau jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti pemadua...


Description

Asimilasi Dalam Kalangan Masyarakat Baba Dan Nyonya di Melaka Oleh Amirah 'Atiqah Binti Badrul Hisham (2013609954/ EMD4M4A) ([email protected]) Pengenalan MENURUT Kamus Dewan Edisi ke Empat, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam atau jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti pemaduan unsur-unsur dari kebudayaan yang berlainan menjadi satu kebudayaan. Dalam proses asimilasi, percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik dari budaya yang berlainan membentuk satu kelompok baru dengan kebudayaan dan identiti yang sama dalam tempoh masa tertentu. Menurut seorang ahli sosiologi, Vander Zanden, asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus dalam kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. ( Roucek & Warren, 1979). Sejarah Baba Nyonya Menurut Koh Kim Bok, masyarakat dan generasi baba dan nyonya terhasil dari perkahwinan campur di antara perantau-perantau cina dan wanita-wanita tempatan. Selain itu, faktor...


Similar Free PDFs