ASPIRASI KEUSAHAWANAN PDF

Title ASPIRASI KEUSAHAWANAN
Author Eika Sachi
Pages 70
File Size 388 KB
File Type PDF
Total Downloads 119
Total Views 305

Summary

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kerjaya merupakan satu perkara penting untuk difikirkan oleh setiap individu kerana kehidupan dan masa hadapan seseorang berkait rapat dengan bidang kerjaya yang dipilihnya. Pemilihan kerjaya adalah suatu proses yang berterusan bermula dengan persepsi kanak-kanak t...


Description

1

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kerjaya merupakan satu perkara penting untuk difikirkan oleh setiap individu kerana kehidupan dan masa hadapan seseorang berkait rapat dengan bidang kerjaya yang dipilihnya. Pemilihan kerjaya adalah suatu proses yang berterusan bermula dengan persepsi kanak-kanak terhadap dunia pekerjaan dan kemudiannya berkembang hingga ke peringkat remaja dan awal dewasa (Tolbert 1974).

Aspirasi atau cita-cita menjadi daya penggerak yang pertama ke arah sesuatu bidang kerjaya yang diinginkan. Malaysia sedang mengubah keadaan masyarakat daripada masyarakat yang bergantung kepada kerajaan kepada masyarakat yang bekerja sendiri. Kerajaan menyarankan agar masyarakat bekerja sendiri dengan tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk menyara diri dan keluarga. Ini bermaksud kerajaan secara tidak langsung telah menggalakkan masyarakat untuk berniaga, menghasilkan produk sendiri dan menjadi seorang usahawan.

Dengan adanya kerjaya keusahawanan dalam bidang perniagaan bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup individu dan masyarakat malah turut dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Selain itu, usahawan dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang lain, maka ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan angka pengangguran di kalangan rakyat Malaysia. Justeru, dengan menjadi usahawan juga dapat mengurangkan budaya makan gaji yang seperti menjadi resam di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya golongan Bumiputra.

Untuk menjadi seorang usahawan, individu perlu tahu ciri usahawan yang efektif dan efisien sebelum menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Seseorang usahawan muncul bukan kerana memiliki ciri-ciri personaliti semulajadi atau dilahirkan, tetapi kerana pelbagai faktor lain dan boleh dilatih (Zaidatol Akmaliah 1998). Di samping itu, menurut Hisrich (2000), kerjaya keusahawanan dipengaruhi oleh latar belakang pekerjaan ibu bapa seseorang usahawan

2

dan keluarga memainkan peranan dalam mengalakkan kredibiliti keusahawanan sebagai satu kerjaya. Ini disokong oleh Nor Aishah (2002) yang mendapati wujudnya perkaitan yang agak kuat antara kerjaya keluarga dengan pemilihan kerjaya usahawan.

Justeru, kajian ini dilaksanakan dalam kalangan pelajar sekolah tingkatan empat dalam aliran Sains dan Bukan Sains di Putrajaya bagi melihat apakah tahap ciri keusahawanan mereka dan mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap kerjaya keusahawanan Kajian ini turut mengambil kira perbezaan tahap minat dan ciri keusahawanan dikalangan pelajar berdasarkan aliran, jantina dan profesion ibu bapa. Pelajar merupakan golongan yang diharapkan dapat mencorak negara pada masa hadapan. Mereka mempunyai pelbagai kepakaran daripada segi ilmu pengetahuan yang dipelajari di peringkat tinggi dan ilmu tersebut sangat berguna jika dapat disalurkan ke arah yang betul dan boleh dimanfaatkan oleh generasi lain. Galakan perlu diberikan kepada pelajar ke arah keusahawanan kerana golongan ini berpotensi menjadi usahawan yang berjaya.

Pendedahan perlu diberikan kepada pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Sikap, minat dan persepsi mereka terhadap kerjaya keusahawanan harus diperbetul dan diterap sedari usia kecil agar bidang keusahawanan dipilih sebagai salah satu peluang mencari rezeki selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat tinggi kelak.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan ke arah mencapai Wawasan 2020. Tahun 2006 menyaksikan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dilancarkan. Agenda yang diwar-warkan di dalam RMK9 antaranya adalah merangka strategi untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian generasi kedua iaitu MPPB2 dalam usaha membangunkan usahawan yang berdaya saing. (Salmah, Norasmah & Noraishah 2007).

Fokus utama agenda tersebut adalah pelajar yang penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan amatlah mendukacitakan. Keusahawanan bukanlah dilihat sebagai satu kerjaya seperti jurutera, arkitek atau juruukur yang mempunyai status di mata masyarakat (Rohaizat

3

2002). Ini dibuktikan dengan senario yang berlaku dalam ekonomi negara sejak Rancangan Malaysia Pertama lagi iaitu:

1. Pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi belum berjaya mencapai matlamat 30% DEB. Ini adalah kerana kaum Bumiputera merupakan antara mereka yang paling teruk terjejas semasa krisis ekonomi pada tahun 1997/1998. Pada masa ini, Bumiputera hanya memiliki 19.1% daripada ekuiti korporat. Namun peratusan tersebut hanya mewakili sektor kerajaan dan bukannya daripada sumbangan individu (Malaysia 1980).

2. Guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam sektor perdagangan adalah rendah dan tidak standing dengan kaum bukan Bumiputera. Sebaliknya kaum Bumiputera lebih cenderung menyertai sektor pertanian, pembuatan dan lain-lain kegiatan ekonomi tetapi tidak dalam sektor perniagaan dan keusahawanan. Kaum Bumiputera juga lebih berminat untuk menjadi pekerja sektor awam (kerajaan) berbanding sektor swasta (Malaysia 1990).

3. Kadar pengangguran semakin meningkat. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kadar pemberhentian pekerja swasta meningkat. Peluang pekerjaan menjadi terhad apabila sektor swasta mengambil langkah berjimat-cermat. Ramai graduan lepasan universiti menjadi penganggur berijazah. Bilangan penganggur Bumiputera adalah yang paling ramai berbanding graduan bukan Bumiputra sedangkan mereka terlatih dalam bidang kejuruteraan, sains dan kemasyarakatan. Ini adalah kerana graduan bukan Bumiputra lebih mudah diserapkan ke dalam perniagaan milik keluarga mereka (Halimah 2001).

Mungkinkah permasalahan-permasalahan yang dinyatakan berpunca daripada sistem pendidikan negara? Mungkinkah kurang pendedahan tentang budaya keusahawanan sejak dari peringkat sekolah berterusan hingga ke peringkat universiti atau adakah tiada penekanan dan galakan untuk mengiktiraf keusahawanan sebagai satu peluang kerjaya atau adakah kurikulum yang diserapkan terlalu berpusatkan peperiksaan, teoritikal, mekanistik dan terlalu fokus?

4

1.3 PENYATAAN MASALAH

Usahawan dikenalpasti sebagai satu bahan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. (Narayan & Geethakutty 2003). Walaupun program keusahawanan telah wujud sejak dua dekad yang lalu, hanya 1.9% graduan sahaja yang bekerja sendiri.

Menurut Khairudin (1996), bidang keusahawanan telah dijadikan sebagai pilihan terakhir atau pekerjaan sementara sahaja. Ini bermakna bidang keusahawanan yang dipilih setelah gagal mendapatkan pekerjaan lain yang dianggap lebih stabil dan membanggakan. Situasi ini ternyata tidak selaras dengan kehendak dan cabaran yang wujud pada masa ini.

Walaupun terdapat bukti yang menunjukkan Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan lebih banyak kursus dan sokongan terhadap program keusahawanan, namun kesannya terhadap pelajar amatlah rendah. Lebih-lebih lagi kebanyakan pelajar di sekolah beranggapan bahawa kandungan dan modul yang terdapat dalam program keusahawanan adalah tidak komprehensif dan efektif kerana terlalu berunsurkan teori semata-mata. Ianya juga kerana kurangnya aplikasi ilmu dan kemahiran serta penonjolan kreativiti, inovatif serta tidak meningkatkan motivasi dan elemen pengurusan perniagaan. Sebagai tambahan, kebanyakan guru hanya menjadi bidan terjun dalam bidang tersebut menyebabkan kurangnya kepakaran, kemahiran keusahawanan, latihan dan keupayaan pedagogi.

Selain daripada itu, kebanyakan pelajar sekolah beranggapan sebarang program atau subjek yang tidak tersenarai di dalam peperiksaan-peperiksaan besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah tidak penting dan boleh diabaikan. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kecemerlangan akademik juga memburukkan keadaan sehingga pelajar hanya tertumpu kepada akademik semata-mata dan mengabaikan kemahiran hidup yang lain seperti kemahiran keusahawanan.

Berdasarkan kajian lepas tentang penilaian program keusahawanan di beberapa pusat pengajian tinggi dalam dimensi objektif terdapat secara keseluruhannya kepuasan terhadap pensyarah adalah pada tahap sederhana dan sederhana untuk kemudahan infrastruktur.

5

Walaubagaimanapun terdapat jurang praktikal dalam pelaksanaan program keusahawanan, mempengaruhi ketidakseimbangan misi keusahwanan dalam pendidikan dan objektif program dalam melahirkan usahawan pada masa hadapan.

Ketidakseimbangan objektif tersebut kadangkala menjadi faktor tidak minat pelajar terhadap bidang keusahawanan selain matlamat, misi dan ruang yang tidak jelas. Jadi, kajian ini dilakukan untuk mendapatkan jawapan di sebalik minat, faktor, ciri dan sebagainya dalam bidang keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah di Putrajaya.

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL

Kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu mengenalpasti tahap ciri kerjaya keusahawanan, dan tahap minat terhadap kerjaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kajian ini turut mengkaji perbezaan tahap ciri dan minat dikalangan pelajar berdasarkan perbezaan jantina, aliran pengajian dan profesion ibu bapa.

Diketahui

umum

faktor-faktor

yang

menggalakkan

pelajar

memilih

kerjaya

keusahawanan, terdapat beberapa faktor yang telah digariskan sebagai panduan iaitu kebebasan ekonomi, matlamat hidup, ingin berkhidmat kepada masyarakat, peluang pekerjaan, sumber kekayaan, contoh unggul usahawan berjaya, minat, kerja sampingan, sokongan kerajaan, jaringan rakan dan ahli keluarga, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan yang ada, pengalaman lepas, pengaruh pasangan hidup.

Untuk mengetahui tahap ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar pula terdapat beberapa ciri yang telah disenaraikan seperti bertenaga, bertanggungjawab, berkeyakinan diri, berpandangan jauh, komitmen terhadap tugas, kreatif dan inovatif, berani mengambil risiko dan mempunyai lokus kawalan dalaman.

Untuk mengetahui tahap minat di kalangan pelajar, beberapa tahap minat saya senaraikan seperti kesanggupan menanggung risiko, keghairahan untuk mencuba, kemahuan untuk belajar dan meneroka, keberanian untuk menghasilkan sesuatu yang baru, daya ingin tahu yang tinggi

6

serta tidak melepaskan peluang yang ada. Manakala kedua-dua segi iaitu tahap ciri dan tahap minat pula kami bezakan mengikut jantina, aliran pengajian dan latar belakang profesion ibu bapa.

Pengkaji telah membentuk kerangka konseptual kajian sendiri dari aspek tahap ciri dan tahap minat pelajar terhadap bidang keusahawanan berdasarkan tiga kategori iaitu aliran pengajian (Sains dan Bukan Sains), jantina dan profesion ibu bapa responden. Di dalam kerangka konseptual kajian tersebut telah disenaraikan tahap ciri dan tahap minat dalam bidang keusahawanan yang terdapat pada para pelajar atau responden kajian.

Rajah 1.1 iaitu kerangka konseptual kajian menunjukkan pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini iaitu jantina, aliran pengajian (Sains dan Bukan Sains) dan profesion ibu bapa. Manakala pemboleh ubah bersandar adalah tahap minat dan tahap ciri pelajar ke atas kecenderungan untuk memilih keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan pada masa akan datang.

7

 TAHAP CIRI-CIRI (PEMBOLEHUBAH BERSANDAR)

FAKTOR

            

Kebebasan ekonomi matlamat hidup ingin berkhidmat kepada masyarakat peluang pekerjaan sumber kekayaan role model usahawan berjaya minat kerja sampingan sokongan kerajaan jaringan rakan dan ahli keluarga pengetahuan dan kemahiran keusahawanan yang ada pengalaman lepas pengaruh pasangan hidup



Bertenaga



berkeyakinan diri



komitmen



berani mengambil risiko



Bertanggungjawab



berpandangan jauh



kreatif dan inovatif

lokus

kawalan

dalaman.

PEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR

   

TAHAP MINAT (PEMBOLEHUBAH BERSANDAR)

mempunyai

 

  

Jantina Bidang pengajian Profesion ibu bapa

Kesanggupan menanggung risiko Keghairahan untuk mencuba Kemahuan untuk belajar dan meneroka Keberanian untuk menghasilkan sesuatu yang baru Daya ingin tahu yang tinggi Tidak melepaskan peluang yang ada

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian

8

1.5 TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap ciri dan minat serta mengenal pasti pengaruh aliran pengajian, jantina dan profesion ibu bapa pelajar di empat sekolah menengah di Putrajaya dalam bidang keusahawanan.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan:

1) Mengenalpasti faktor pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran pengajian 2) Mengenalpasti tahap ciri seorang usahawanan yang terdapat dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran pengajian. 3) Mengenalpasti tahap minat yang mempengaruhi pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran pengajian. 4) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan faktor pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran pengajian. 5) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap ciri keusahawanan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran pengajian. 6) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap minat terhadap kerjaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran pengajian.

1.7 PERSOALAN KAJIAN Secara khususnya kajian ini dijalan untuk menjawab soalan-soalan berikut: 1) Apakah faktor faktor pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran pengajian

9

2) Apakah tahap ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah aliran Sains dan Bukan Sains sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. 3) Apakah tahap minat dalam bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah aliran Sains dan Bukan Sains sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. 4) Adakah terdapat perbezaan faktor pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran pengajian 5) Adakah terdapat perbezaan tahap ciri terhadap kerjaya keusahawanan antara pelajar sekolah menengah berdasarkan aliran pengajian. 6) Adakah terdapat perbezaan tahap minat terhadap kerjaya keusahawanan antara pelajar sekolah menengah berdasarkan aliran pengajian.

1.8 HIPOTESIS KAJIAN

1.8.1 Ho1: Terdapat perbezaan faktor yang signifikan terhadap kerjaya keusahawanan dikalangan pelajar sekolah menengah di Putrajaya berdasarkan aliran sains dan bukan sains. 1.8.2 Ho2: Terdapat perbezaan tahap ciri yang signifikan terhadap kerjaya keusahawanan dikalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran sains dan bukan sains. 1.8.3 Ho3: Terdapat perbezaan tahap minat yang signifikan terhadap kerjaya keusahawanan dikalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan aliran sains dan bukan sains.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN Keusahawanan merupakan suatu bidang yang mempunyai masa depan yang cerah dan berpotensi daripada bekerja makan gaji seperti yang selalu diharapkan oleh graduan universiti. Situasi ini amat membimbangkan sehingga boleh mengakibatkan lambakan graduan yang menganggur kerana menunggu tawaran pekerjaan iaitu makan gaji.

10

Kajian ini dapat membantu untuk memberi maklumat tentang faktor-faktor mengapa kurangnya kecenderungan pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai suatu peluang kerjaya. Kajian ini turut mengkaji sejauh mana tahap minat dan tahap ciri pelajar di Putrajaya terhadap kerjaya keusahawanan berdasarkan jantina, aliran pengajian dan profesion ibu bapa. Hasil kajian ini diharap dapat merungkai persoalan mengapa pelajar di Malaysia terutamanya Bumiputra kurang berminat untuk bekerja sendiri atau dengan kata lain memilih keusahawanan sebagai suatu kerjaya. Dengan hasil kajian yang diperoleh, guru, ibu bapa atau kementerian pelajaran sendiri boleh merangka strategi untuk memupuk minat dan idea tentang keusahawanan kepada pelajar bermula daripada peringkat rendah lagi. Dengan peningkatan kos taraf hidup di Malaysia, pelajar-pelajar tidak seharusnya berada selesa di dalam zon mereka dan keusahawanan adalah salah satu bidang yang dapat membawa mereka keluar daripada zon selesa mereka dan menjadi lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing. Bukan sahaja untuk meningkatkan taraf kehidupan diri dan keluarga malahan memberikan impak yang besar kepada taraf ekonomi negara.

1.10

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan batas-batas tertentu terutamanya daripada segi sampel dan skop kajian. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar di tiga buah sekolah di Putrajaya iaitu SMK Putrajaya Presint 11 (1), SMK Putrajaya Presint 9 (1), SMK Putrajaya Presint 14 dan SMK Putrajaya Presint 8 (1). Seramai 120 orang pelajar aliran Sains dan bukan Sains tingakatan empat dan lima dari empat buah sekolah di Putrajaya akan terlibat dalam kajian ini. Keputusan kajian tidak boleh dijadikan pengukur bagi tahap ciri dan tahap minat terhadap bidang keusahawanan untuk pelajar seluruh Malaysia. Ini kerana kajian melibatkan sampel yang kecil dan tidak boleh menggambarkan keadaan yang sebenar. Data dikumpulkan dari borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Skop kajian dibataskan kepada pelajar di Putrajaya sahaja dan merangkumi hanya pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima sahaja. Skop kajian yang tidak disengajakan adalah kefahaman dan kejujuran pelajar dalam menjawab soal selidik dan pemboleh ubah lain yang tidak dapat dikawal.

11

1.11

DEFINISI OPERASIONAL

1.11.1 Keusahawanan

Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut seperti mengenalpasti peluang perniagaan, mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai, mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai. mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat, mengambil risiko yang telah diperhitungkan, mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial serta sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam „equity‟, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

1.11.2 Usahawan Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.

12

Menurut Peter F. Drucker, dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai

“Entrepreneur”. Perkataan

ini

diterjemahkan

dari

perkataan

Perancis “...


Similar Free PDFs