Bab 2 - Keusahawanan : Konsep yang terus berubah PDF

Title Bab 2 - Keusahawanan : Konsep yang terus berubah
Author Dr. Amran Awang
Pages 30
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 918
Total Views 1,006

Summary

Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah 21 Bab 2.indd 21 7/9/2013 4:40:41 AM 22 Bab 2.indd 22 7/9/2013 4:40:41 AM BAB 2 Keusahawanan: Konsep Yang Terus Berubah K eusahawanan tidak perlu dipertikaikan lagi tentang kepentingannya terhadap kemanusiaan. Ia merupakan punca kepada pertumbuhan ekonom...


Description

Bab 2

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

21

Bab 2.indd 21

7/9/2013 4:40:41 AM

22

Bab 2.indd 22

7/9/2013 4:40:41 AM

BAB 2

Keusahawanan: Konsep Yang Terus Berubah

K



eusahawanan tidak perlu dipertikaikan lagi tentang kepentingannya



terhadap kemanusiaan. Ia merupakan punca kepada pertumbuhan ekonomi,

pembaharuan sosial dan pembangunan personal. Subjek yang penting ini sangat sesuai untuk diselidiki dengan mendalam, dijadikan tauladan yang penting dan dijadikan bahan perbahasan secara berterusan. Apabila satu subjek – apa-apa subjek – yang mempunyai kepentingan yang mendalam seperti keusahawanan, saya percaya ia berupaya menjadi asas kepada pendidikan yang hebat. Prof. Kevin Hindle, Australian Graduate School of Entrepreneurship, Melbourne

23

Bab 2.indd 23

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

24

Objektif 1. Untuk mengenalpasti pembangunan sejarah usahawan dan keusahawanan 2. Untuk meneroka dan membongkar mitos dalam keusahawanan 3. Untuk mendefinisikan dan meneroka sekolah pemikiran keusahawanan 4. Untuk menjelaskan pendekatan proses untuk mengkaji keusahawanan 5. Untuk menetapkan satu definisi lengkap tentang keusahawanan

Evolusi Pengusahaan Perkataan entrepreneur atau usahawan ini adalah berasal dari perkataan Perancis entreprendre bermaksud ‘untuk diuruskan’. Kami menggunakan perkataan Perancis ini adalah kerana perkataan untuk diuruskan telah digunakan oleh profesyen lain! Walau apa sekalipun usahawan adalah merupakan seseorang yang mengambil tugas untuk menyusun atur, mengurus dan mengambil risiko perniagaan. Definisi ini diperluaskan lagi di mana hari ini usahawan juga dianggap sebagai seorang penginovator atau pemaju yang dapat mengenalpasti dan merebut peluang; peluang tersebut ditukarganti menjadi idea yang boleh dilaksanakan/dipasarkan; menambah nilai mengikut masa, berdaya usaha, wang, atau kemahiran; mengambil risiko di dalam pasar yang bersaing untuk melaksanakan idea tersebut; dan memperolehi ganjaran dari daya usaha tersebut. Usahawan adalah penggerak yang agresif untuk melakukan perubahan di dalam dunia perniagaan. Mereka merupakan pemikir bebas yang sanggup untuk menjadi berbeza terhadap kejadian yang biasa. Satu kajian mendedahkan bahawa semua usahawan mempunyai ciri-ciri tertentu yang seragam, ini termasuklah keupayaan untuk menggabungkan sumber, kemahiran pengurusan, berhasrat untuk mencapai autonomi dan mengambil risiko. Ciri-ciri lain ialah seperti agresif, bersaing, bermatlamat, berkeyakinan diri, sentiasa mencari dan merebut peluang, bertindak

Bab 2.indd 24

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

mengikut gerak hati, tindakan berasaskan realiti, keupayaan belajar melalui kesilapan serta berupaya menggunakan kemahiran perhubungan manusia.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

25

Walaupun tiada satu definisi usahawan secara tepat dan tiada satu profil dapat menggambarkan usahawan hingga masa kini, penyelidikan menyediakan fokus yang lebih jitu terhadap subjek ini. Satu ulasan ringkas tentang sejarah keusahawanan dipaparkan berikutnya.

Keusahawanan Merentasi Zaman Sepanjang sejarah selalu terdapat individu yang bersikap ingin mengusahakan perniagaan dengan mengesan dan memanipulasikan peluang. Tetapi apabila manusia berubah dari bertindak dalam unit secara kolektif ke arah individualisme, mereka digelar sebagai ‘orang yang bermimpi dan melakukan’ oleh Pinchot. Mereka sentiasa berhadapan dengan kebimbangan, malah boleh mengancam nyawa serta cabaran demi mencapai impian mereka. Secara lebih mudah, andaikan usahawan adalah sebagai seorang pemburu yang mempunyai senjata yang terkini mencari kelebihan kedudukan dalam pasaran yang ganas. Semakin majunya teknologi pemburuan, mereka memperolehi lebih banyak tangkapan menyebabkan hasilnya terkumpul dan berlebihan. Kelebihan dalam kekayaan dan pengetahuan ini mengubah kedudukan mereka dari kehidupan sara diri kepada pembentukan sebuah masyarakat yang stabil. Sebahagian yang lain yang lebih bijak menyediakan kemudahan pinjaman dalam bentuk kewangan atau pengetahuan untuk dimanfaatkan oleh orang lain atau kumpulan itu sendiri. Tetapi dalam sebuah masyarakat yang kolektif adalah lebih baik jika manfaat individu yang diperolehi dirahsiakan. Data daripada pengajian anthropologi memaklumkan bahawa ciptaan kekayaan melalui keusahawanan telah wujud sejak ribuan tahun lagi. Batu bersurat perniagaan yang digali menunjukkan bahawa inovasi dan keusahawanan adalah aspek utama di dalam sesebuah tamadun yang telah lama hilang. Masyarakat Assyrian kuno menunjukkan mereka telah melakukan pemindahan inovasi, memiliki pekerja berpengetahuan dan telah membangunkan komunikasi perniagaan. Masyarakat Assyrian juga mewarisi sistem perusahaan persendirian daripada tamadun Sumer dan Babylon. Wingham percaya bahawa keusahawanan yang kita amalkan kini adalah lanjutan dari tamadun Phoenicia sejak abad kesebelas sebelum masihi. Para pedagang yang belayar ini telah berjaya menghubungkan empayar komersil dari Syria yang berada di sebelah timur hingga ke Sepanyol di sebelah barat. Mereka merupakan usahawan sejati yang telah mengambil risiko dengan meneroka ke tempat yang tidak dikenali dan menghadapi kekalutan setiap hari. Mereka berjaya mendapatkan

Bab 2.indd 25

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

26

keuntungan untuk diagihkan kepada pelabur, pedagang dan mereka sendiri. Perdagangan yang aman ini telah diganggu oleh orang Parsi yang suka berperang dan tamak sehingga dua ribu tahun lamanya, keadaan ini telah menghasilkan konsep pengusaha yang mengambil risiko. Di era anutan kitab injil, seorang individu yang berkebolehan dan bebas dalam menjalankan perusahaannya berhadapan dengan masyarakat yang prejudis dan menentang sistem pinjaman yang dikenakan faedah. Kitab injil melarang keras kegiatan sebegini dan menganggapnya sebagai satu jenayah yang berat. Ezekiel 18:13 mengatakan, ‘Dia yang memberi pinjaman dan mengambil faedah yang berlebihan. Patutkah orang seperti ini hidup? Dia tidak akan hidup! Sebab dia telah melakukan sesuatu yang sangat dibenci, dia hendaklah dihukum mati’. Bayangkan betapa sukarnya mencari kelebihan kedudukan pada masa itu. Masyarakat Romawi tidak menghalang pinjaman yang dikenakan faedah, tetapi anehnya orang Romawi tidak menyukainya. Mereka juga menganggap perniagaan yang dijalankan oleh golongan bangsawan akan menyebabkan kehilangan prestij mereka. Mereka juga memandang tinggi kepada pengumpulan kekayaan asalkan ia tidak berpunca dari kegiatan perindustrian atau perdagangan. Di Rom terdapat penciptaan kekayaan tetapi hanya melalui perdagangan. Perniagaan hartanah dan pinjaman kewangan berfaedah merupakan jalan biasa untuk mendapatkan kekayaan. ‘Wang mencurah daripada hasil harta rampasan perang, ganti rugi, cukai wilayah, pinjaman dan lain-lain perahan atau cabutan’. Keadaan ini menguntungkan pihak tertentu apabila golongan bangsawan mengelak dari terlibat dalam perdagangan. Ruang ini terbuka kepada golongan usahawan dari kalangan orang biasa dan bekas hamba yang diberi peluang berniaga oleh tuannya. Perhambaan merupakan salah satu jalan untuk melibatkan diri dalam perdagangan bagi golongan kelas bawahan di Rom. Inovasi dan keuntungan adalah tidak berkaitan langsung. Keadaan ini jelas kerana orang Romawi melakukan kemajuan teknologi yang terhad, itupun tidak berkaitan dengan perdagangan. Pliny menulis bahawa suatu hari seorang pencipta datang mengadap Maharaja Tiberius untuk menunjukkan ciptaannya iaitu cermin kaca yang susah pecah dan memohon sumbangan untuk ciptaannya. Tiberius bertanya sama adakah formula tersebut telah diketahui oleh orang lain? Pencipta tersebut menyakinkan bahawa ia masih satu rahsia dan pencipta tersebut dipancung serta merta, ‘jika tidak emas akan bertukar nilainya menjadi selut’. Pengajaran sedih dari cerita ini ialah apabila pencipta tersebut terpaksa mengadap maharaja untuk mendapatkan ganjaran yang sepatutnya dia bertemu dengan pemodal teroka untuk mendapatkan pelaburan. Beralih ke zaman pertengahan China, bagaimanakah caranya seorang usahawan memulakan perniagaannya apabila semua harta benda adalah milik raja? Apabila raja memerlukan wang ia hanya perlu merampas

Bab 2.indd 26

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

daripada bangsawannya yang kaya. Ini bermakna tiada sesiapa sanggup untuk melabur dalam perniagaan yang produktif demi mengelak dari hilang begitu sahaja. Hanya pelajaran dan jawatan sahaja sebagai jalan ke arah kejayaan dan nilai hanya terdapat pada pemilikan tanah bukannya perniagaan. Kekayaan hanya untuk mereka yang lulus peperiksaan dan dapat menjawat jawatan dalam kerajaan.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

27

Di zaman pertengahan di Eropah pula kekayaan dan kuasa juga bukannya datang daripada kemahiran perniagaan tetapi melalui penaklukan tentera. Inovasi seperti perisai, panah dan ubat senapang amat diperlukan oleh tentera bukannya kedai runcit. Di istana King Arthur, budak lelaki yang belajar ilmu peperangan diterima sebagai satu kaedah untuk mengumpul kekayaan. Sesungguhnya, tulisan Mark Twain dalam “A Connecticut Yankee in King Arthur’s Court” membidas keadaan ini dengan mengatakan bahawa jika usahawan Amerika di bawa ke zaman tersebut mereka akan menubuhkan akademi perusahaan. Tetapi apabila Eropah berubah daripada ekonomi feudal kepada kapitalis baru, keadaan mula berubah. Usahawan perdagangan telah mengambilguna kemajuan teknologi dalam bidang pembinaan kapal dan membina jaringan perdagangan global dan mereka telah menggunakan kemajuan persenjataan untuk melindunginya. Berbagai bentuk pinjaman berfaedah diperkenalkan seperti pinjaman kepada pemerintah, pajakan monopoli, pembelian secara kredit, kadar tetap pertukaran matawang dan sebagainya. Usahawan perdagangan telah menjadi pemain utama di dalam arena politik Eropah dan juga sebagai pemilik armada perkapalan dan pewaris perbankan seperti Medici, yang boleh dianggap sebagai pemerintah sekular ataupun sebagai seorang rahib. Di penghujung zaman pertengahan, kewujudan semula bandar menyaksikan zon bebas cukai dan pembebasan hamba telah melahirkan pertumbuhan pesat di dalam semangat keusahawanan. Oleh itu, sehingga era revolusi perindustrian pada penghujung abad ke lapan belas dan awal abad ke sembilan belas, kita saksikan bahawa seorang usahawan mungkin dihukum pancung, mati di medan peperangan atau ditentukan oleh pemerintah. Satu persekitaran yang sangat tidak kondusif! Walaupun kerjaya ini nampaknya sangat merbahaya, sepanjang sejarahnya semangat keusahawanan telah memacu banyak pencapaian untuk kemanusiaan. Sesungguhnya, setengah orang mengatakan tidak banyak yang berubah. Perbadanan multinasional wujud di Assyria. Grik kuno meletakkan jenamanya dalam persaingan. Perniagaan pelancongan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Wujudnya kelompok industri di Phoenicia. Bentuk perniagaan bebas yang kreatif dan inovatif wujud dalam beberapa abad. Kemanusiaan telah maju dari dalam gua hingga ke kampus dijelaskan dalam beberapa bentuk. Tetapi persoalan penting berkaitan teori-teori tersebut adalah peranan sebagai agen perubahan yang memaksa dalam inisiatif dan pelaksanaan kemajuan kebendaan. Hari ini kita kenal agen

Bab 2.indd 27

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

28

perubahan di dalam sejarah manusia adalah usahawan. Individualis yang kasar, mereka yang menghargai kebebasan dan berdiri sendiri, selalunya adalah golongan yang bertentangan dengan pemerintah dan tidak suka kepada kongkongan. Pada dasarnya usahawan adalah golongan mereka yang tahu apa yang mereka buat. Usahawan hari ini boleh dikategorikan sebagai jenis individu yang berdaulat. Dalam buku “The Sovereign Individual” oleh Davidson dan Reesmogg melihat sejarah sebagai kitaran 500 tahun – daripada kegemilangan Athen dan kejatuhannya (500 BC), sehingga permulaan agama Kristian dan kejatuhan Rom (AD 500), sehingga kemunculan feudalisme (AD 1000) dan kejatuhannya di sekitar 1500. Setiap kitaran melihat genggaman yang kuat oleh sistem pemerintahan yang akhirnya tumbang manakala kebebasan kemudian wujud buat sementara waktu. Di zaman moden ini, warganegara tidak lagi perlu setia atau terhutang budi kepada sesebuah negara bangsa mengikut penulis. Usahawan masa hadapan akan berada di dalam talian internet dan akan memilih untuk bermastautin dan melakukan perniagaan berasaskan pertimbangan kos dan keuntungan. Mereka akan melakukan pembelian secara pembandingan untuk perkhidmatan (utiliti, perlindungan polis, malah matawang) monopoli negara tidak lagi berkuasa di dalam pasaran.

Definisi Awal Keusahawanan Pengenalan usahawan dalam satu kelas telah dilakukan sejak abad kelapan belas lagi di Perancis apabila Richard Cantillon mengaitkan usahawan dengan kegiatan menanggung risiko di dalam ekonomi. Di abad yang sama di Eropah, Revolusi Perindustrian berkembang dengan pesat dan usahawan berperanan dengan jelas sekali dalam kegiatan menanggung risiko dan transformasi sumber. Sejak sekian lama ahli ekonomi mengatakan bahawa perkataan usahawan itu adalah milik mereka. Sehingga tahun 1950 kebanyakan definisi dan rujukan terhadap keusahawanan datang dari ahli ekonomi. Contohnya, Cantillon (1725), sebagaimana yang disebut; Jean Babtiste Say (1803), seorang ahli ekonomi Perancis yang terkenal; Joseph Schumpeter (1934), ahli ekonomi yang bijak di abad ke-20, semuanya menulis tentang keusahawanan dan kesannya terhadap pembangunan ekonomi. Selama beberapa dekad penulis-penulis terus mencuba untuk menerangkan atau mendefinisikan tentang keusahawanan. Berikut adalah beberapa contoh berkaitan: Keusahawanan ... terkandung dalam kegiatan melakukan sesuatu yang bukan kebiasaan dalam rutin perniagaan; ianya pada dasarnya adalah satu fenomena yang tergolong sebagai salah satu aspek dalam kepimpinan.

Bab 2.indd 28

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

Keusahawanan, sekurang-kurangnya di dalam semua masyarakat bukan kuku besi, merupakan satu jambatan antara masyarakat keseluruhannya, terutama sekali aspek bukan ekonomi masyarakat tersebut, serta penubuhan institusi yang berasaskan keuntungan untuk tujuan mengambil manfaat dari kekayaan ekonomi dan untuk memuaskan hajat ekonominya sebaik mungkin.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

29

Dalam ... keusahawanan, terdapat perjanjian tentang kelakuan yang sedang kita bincangkan termasuklah: (1) mengambil inisiatif, (2) menyusun atur atau menyusun atur semula mekanisma ekonomi untuk menjadikan sumber dan situasi kepada keadaan yang praktikal, serta (3) penerimaan terhadap risiko kegagalan. Para penulis yang terkemuka telah lama berselisih pendapat tentang sama ada seorang usahawan mencipta keseimbangan atau ketidakseimbangan, mestilah menanggung risiko, pemilik modal, terkecuali, seorang pemimpin atau hanya sebagai penggabung faktor, inovatif atau lebih bersedia berbanding dengan orang awam. Selepas mengulas tentang evolusi keusahawanan serta memeriksa definisinya yang berbeza-beza, Ronstadt meringkaskannya seperti berikut: Keusahawanan adalah satu proses yang dinamik dalam mencipta kekayaan yang meningkat. Kekayaan ini dicipta oleh individu yang menanggung risiko utama dalam bentuk ekuiti, masa, dan/atau pengorbanan kerjaya untuk menyediakan nilai untuk beberapa produk atau perkhidmatan. Produk atau perkhidmatan itu sendiri mungkin atau mungkin tidak baru atau unik tetapi nilainya bagaimanapun tetap dimasukkan oleh usahawan menggunakan kemahiran dan sumber yang bersesuaian. Di abad kedua puluh ini, dunia telah menjadi sangat rapat hubungannya dengan enterprais bebas dan kapitalisme. Begitu juga, secara umumnya ia dikenali bahawa usahawan bertindak sebagai agen kepada perubahan; menyediakan kreativiti; idea yang inovatif untuk perniagaan; serta membantu mengembangkan dan memberi keuntungan kepada perniagaan. Walau apa pun yang dilakukan oleh usahawan di abad kedua puluh ini, mereka dianggap sebagai wira kepada enterprais bebas. Ramai dari kalangan mereka telah menggunakan inovasi dan kreativiti untuk membina perniagaan yang bernilai jutaan dollar yang berasal dari perniagaan yang dhaif – setengahnya dalam tempoh kurang dari satu dekad. Mereka juga telah mencipta produk dan perkhidmatan baru dan telah mengambil risiko berkaitan dengan kegiatan ini. Orang ramai kini menganggap usahawan adalah peneroka di atas persempadanan perniagaan.

Bab 2.indd 29

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

30

Dalam mengenali kepentingan evolusi keusahawanan ke dalam abad kedua puluh, kita telah membangunkan satu definisi yang bersepadu yang memperakukan faktor-faktor penting yang diperlukan oleh fenomena ini. Keusahawanan adalah satu proses yang dinamik terdiri daripada visi, perubahan dan ciptaan. Ia memerlukan penggunaan tenaga dan ketaksuban ke arah penciptaan dan pelaksanaan idea baru serta penyelesaian yang kreatif. Di antara kandungan penting termasuklah kesanggupan untuk mengambil risiko yang boleh dikira – dari konteks masa, ekuiti atau kerjaya; keupayaan untuk membentuk pasukan perniagaan yang berkesan; kemahiran kreatif untuk menggembleng sumber yang diperlukan; kemahiran asas untuk membina rancangan perniagaan yang kukuh; akhir sekali, mempunyai visi untuk mengenal peluang di mana orang lain melihatnya sebagai suatu keadaan kacau bilau, bercanggahan dan mengelirukan.

Mitos-Mitos Keusahawanan Disepanjang beberapa tahun wujud berbagai mitos atau kepercayaan karut berkaitan dengan keusahawanan. Ramai penulis dalam bidang ini mencatatkan bahawa kajian keusahawanan merupakan satu bidang yang baru muncul, oleh itu cerita dongeng cenderung untuk bertapak dan mungkin dipercayai sehingga ianya dapat disahkan tidak benar melalui kajian terkini. Berikut dibincangkan sepuluh jenis kepercayaan mitos yang dicatatkan beserta keterangan untuk menghapuskan kepercayaan tersebut. Mitos 1: Usahawan adalah pelaku, bukannya pemikir Walaupun ada kebenarannya tentang usahawan sebagai orang yang suka bertindak tetapi ia juga bertindak sebagai pemikir. Sesungguhnya usahawan selalunya bertindak dengan tersusun dan sentiasa membuat perancangan dengan teliti sebelum melakukan sesuatu. Penekanan masa kini ialah terhadap pembentukan rancangan perniagaan yang jelas dan lengkap merupakan satu petunjuk bahawa berfikir adalah sama pentingnya dengan pelakuan. Mitos 2: Usahawan dilahirkan, bukannya dibentuk Kepercayaan bahawa ciri-ciri usahawan tidak boleh dibentuk atau diajar di mana ianya datang melalui individu yang dilahir bersama ciri-ciri tersebut telah lama wujud. Ciri-ciri tersebut adalah seperti sifat agresif, dorongan dan inisiatif, kesanggupan menanggung risiko, keupayaan menganalisis dan

Bab 2.indd 30

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

kemahiran dalam hubungan manusia. Namun demikian, hari ini keusahawanan dikenalpasti sebagai satu disiplin membantu menghapuskan kepercayaan ini. Seperti disiplin yang lain, keusahawanan mempunyai model, proses dan kajian kes yang memungkinkan ianya dikaji dan melahirkan pengetahuan yang boleh dipelajari.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

31

Mitos 3: Usahawan adalah seorang pencipta Kepercayaan bahawa usahawan adalah pencipta merupakan satu salah faham dan pemikiran satu hala. Walaupun ramai pencipta adalah juga usahawan, terdapat juga usahawan yang mempunyai kemahiran menjalankan inovasi yang berbagai jenis. Sebagai contoh, Ray Croc tidak mencipta franchais makanan segera, tetapi idea inovasinya telah melahirkan McDonald sebagai rangkaian perniagaan makanan segera di seluruh dunia. Fahaman terkini mengenai keusahawanan bukan sahaja merangkumi aspek ciptaan. Ia memerlukan kefahaman lengkap mengenai kelakuan inovatif dalam semua bentuk. Mitos 4: Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam akademik dan sosial Terdapat kepercayaan yang meluas bahawa usa...


Similar Free PDFs