keusahawanan sosial.pdf PDF

Title keusahawanan sosial.pdf
Author Dara Aisyah
Pages 14
File Size 473.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 706
Total Views 907

Summary

Journal of Holistic Student Development Vol. 1, No. 1 (2016) 41 MODEL KEUSAHAWANAN SOSIAL PEMBUATAN PRODUK KALSIUM ORGANIK HALALAN TOYYIBAN DALAM KALANGAN KOMUNITI PESISIR: KAJIAN KES DI TERENGGANU, MALAYSIA Dara Aisyah H. M. Ali Puteh,1 Ambar Teguh Sulistiyani,2 Muhammad Sontang3 & Nurhidayah M...


Description

Journal of Holistic Student Development Vol. 1, No. 1 (2016)

MODEL KEUSAHAWANAN SOSIAL PEMBUATAN PRODUK KALSIUM ORGANIK HALALAN TOYYIBAN DALAM KALANGAN KOMUNITI PESISIR: KAJIAN KES DI TERENGGANU, MALAYSIA Dara Aisyah H. M. Ali Puteh,1 Ambar Teguh Sulistiyani,2 Muhammad Sontang3 & Nurhidayah Mukhtar4 Abstrak Universiti Malaysia Terengganu (UMT)telah melakukan usahasama dengan komuniti pesisir untuk mengumpul dan memproses sisa tulang ikan daripada pembekal filet ikan. Usahasama di antara penyelidik UMT, komuniti pesisir dan para usahawan membolehkan pemindahan ilmu dalam pengurusan sisa tulang ikan. Kalsium organik hidroksiapatit dalam produk yang terhasil berupaya menyerap dan membuang toksik dalam prototaip penapis air berkalsium. Hasil yang berkualiti inimerupakan halalan toyyiban yang mempunyai nilai komersial.Projek ini berjaya menjana peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan pendapatan komuniti pesisir dan usahawan.Masyarakat umum pula mendapat bekalan kalsium dan pelbagai produk makanan dan minum berkhasiat, produk penapis air minum serta produk-produk lain yang berasaskan hidroksiapatit.Tujuan kajian ini adalah untuk memindahkan ilmu pemprosesan tulang ikan daripada penyelikik kepada komuniti dan usahawan.Usaha sama antara universiti, komuniti dan industri ini mengaplikasikanpendekatan kejuruteraan sosial berdasarkan model keusahawanan sosial. Kata Kunci: Keusahawanan Sosial, Pemindahan Ilmu, Usahasama Universiti-Komuniti, Kalsium Organik, Halalan Toyyiban.

Pengenalan Kajian ini mendedahkan satu pemikiran dan usaha melibatkan komuniti pemproses ikan melalui usahasama dengan penyelidik Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sasaran kajian adalah komuniti pesisir pantai yang melakukan pemprosesan ikan di tujuh kawasan di negeri Terengganu. Pada asalnya, aktiviti pemprosesan ikan mampu menghasilkan sebanyak 60 tan sisa tulang ikan setiap minggu. Selain daripada mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, sisa tulang ikan ini telah mengakibatkan persekitaran kotor dan mengancam kesihatan penduduk setempat. Memandangkan keadaan persekitaran yang telah dicemari, maka satu pemikiran inovasi sosial dirancang untuk memanfaatkan komuniti pemproses sisa tulang ikan secara berkesan. Perancangan didahului dengan peranan universiti dalam melakukan pemindahan ilmu kepada 1

Dara Aisyah H.M. Ali Puteh, PhD., Pusat Pembangunan Sosioekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). [email protected] 2 Ambar Teguh Sulistiyani, Universitas Gadjah Mada (UGM). 3 M. Sontang, Universiti Islam Zainal Abidin (UNISZA). 4 Nurhidayah Mukhtar, Universiti Malaya (UM).

41

Journal of Holistic Student Development Vol. 1, No. 1 (2016)

komuniti supaya mereka dapat mengurus sisa tulang ikan. Seterusnya, aktiviti pemprosesan tulang ikan dilakukan dengan penglibatan komuniti pemproses ikan bagi menghasilkan produk tepung tulang ikan. Produk tepung tulang memiliki kandungan kalsium organik hidroksiapatit (selanjutnya dirujuk sebagai ‘kalsium’ sahaja). Namun, melalui usahasama di antara universiti dan komuniti, para penyelidik UMT dapat menaik taraf bahan asas tepung tulang ikan menjadi produk kesihatan iaitu kalsium halalan toyyiban. Kumpulan sasar program pemerkasaan ini adalah masyarakat pesisir yang berada di kawasan pesisir seperti nelayan pesisir pantai, kumpulan wanita nelayan, kumpulan belia nelayan, komuniti pemproses ikan, peniaga dan peternak ikan. Oleh itu, pendekatan sosial yang disatupadukan dengan pendekatan kejuruteraan perlu dipersiapkan untuk masyarakat pesisir agar dapat memahami secara lebih berkesan, konteks permasalahan persekitaran dan pemanfaatan potensi sisa melalui program inovasi sosial serta berkemahiran dalam mengaplikasikan pelbagai produk dengan pemindahan teknologi pemprosesan. Langkah strategi kini dilakukan kerana selama ini di Malaysia, masalah pengurusan potensi sisa pesisir belum menjadi satu agenda penting dari segi penglibatan komuniti pesisir. Perancangan kerajaan terhadap usaha pengurusan sisa pesisir perlu melibatkan semua pihak, manakala usaha penyelesaian masalah oleh pihak kerajaan sepatutnya mengambil kira perkaraperkara berikut: a) Pemerkasaan Peranan Persatuan Nelayan sama ada peringkat negeri mahupun kebangsaan (seperti Persatuan Nelayan Kawasan, Persatuan Nelayan Kebangsaan) untuk menaik taraf nelayan dalam mendapatkan peningkatan pengetahuan, kemahiran, kewangan, pengurusan serta perbekalan dan peralatan menangkap ikan yang moden. b) Kerajaan berperanan mengenal pasti isu pengurusan sisa pesisir berasaskan maklumat daripada Persatuan Nelayan setiap kawasan di negeri Terengganu untuk mendapatkan maklumat potensi sisa terbanyak di setiap kategori pekerjaan dalam kalangan komuniti pesisir. c) Peranan agensi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berusaha menentukan pemetaan lokasi komuniti untuk mengenal pasti peserta program pengurusan sisa pesisiran pantai. d) Peranan agensi LKIM berusaha merancang dan menentukan program pemindahan ilmu dan teknologi dalam program pengurusan sisa pesisiran pantai kepada pemanfaatan pelbagai produk. e) Usaha sama antara LKIM dan Universiti dalam program pemindahan ilmu untuk pemanfaatan sisa kepada penentuan pelbagai produk produk yang berkualiti dan dapat diterima pengguna. f) Peranan LKIM sebagai pihak dalam menentukan harga sisa untuk penjualan kepada pihak yang memerlukan pemprosesan untuk pemanfaatan pelbagai produk. g) Usahasama agensi dengan universiti, komuniti dan industri dalam pembangunan produk inovasi untuk keperluan komuniti pesisiran pantai. h) Pembentukan usahawan inovasi dalam mencari pasaran baru produk sisa pesisiran tempatan dari aplikasi produk inovasi. i) Pembentukan Pusat Kemahiran Nelayan untuk dipertingkatkan ilmu dan teknologi kepada Kumpulan Belia dan Wanita Nelayan untuk menghasilkan produk-produk keperluan komuniti dan pelancongan.

42

Journal of Holistic Student Development Vol. 1, No. 1 (2016)

j) Peranan agensi untuk mempertingkatkan kecemerlangan komuniti pesisir khas kepada nelayan untuk menambah alternatif pekerjaan, pada musim tengkujuh untuk menambah penjanaan pendapatan melalui pemprosesan sisa pesisiran seperti memproses sisa tulang ikan untuk produk karbon, kolagen, gelatin dan kalsium. k) Kerajaan perlu melakukan usahasama promosi produk-produk pemanfaatan sisa tersebut kepada para industri untuk membekalkan produk nelayan kepada pelbagai aplikasi produknya melalui bantuan promosi dalam laman sesawang mahupun kepada para pengguna yang menjadi senarai pelanggan pihak industri. l) Agensi LKIM dan Jabatan Perikanan perlu membentuk profiling usahawan inovasi produk pemanfaatan sisa pesisiran seperti usahawan inovasi tulang ikan yang menambah kualiti produk makanan warisan kepada produk makanan warisan berasaskan kalsium, yang bertujuan untuk promosi kepada para pelancong. Berasaskan usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah pengurusan sisa pesisiran, maka pendekatan sosial gunaan, bermanfaat dalam mempermudahkan pengurusan dan pemanfaatan sisa untuk kepelbagaian produk. Pendekatan sosial diperlukan untuk penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa, manakala pendekatan teknologi diperlukan untuk pemprosesan sisa menjadi pelbagai produk keperluan komuniti. Oleh itu, perancangan program pengurusan sisa pesisiran merupakan program pemerkasaan ekonomi komuniti pesisiran. Program pemerkasaan ekonomi komuniti pesisiran melalui pemanfaatan sisa menjadi produk kalsium halalan toyyiban sangat bermanfaat untuk memberikan penyelesaian masalah bukan hanya pada aspek persekitaran, namun juga penyelesaian masalah kesihatan serta sosioekonomi masyarakat pesisiran. Program ini mengutamakan penglibatan masyarakat untuk pemerkasaan pemprosesan sisa melalui pemanfaatan sisa tulang ikan menjadi produk kalsium secara berkesan. Program yang dilakukan oleh pasukan penyelidik UMT ini diawali dengan satu pemikiran tentang perlunya dipertingkatkan kapasiti pengurusan dalam kalangan komuniti pemproses keropok lekor dalam mengatasi masalah persekitaran yang tercemar akibat pembuangan sisa tulang ikan. Usaha ini selari dengan keperluan proses yang berasaskan pengeluaran lebih bersih (cleaner production). Sektor industri diwajibkan untuk mematuhi sistem pemprosesan yang memenuhi standard kebersihan dan kesihatan. United Nations Environmental Programme (UNEP) dan UNIDO (United Nations Industrial Development Organization) sangat menitikberatkan permasalahan produk yang bersih. Setiap produk perlu memiliki sistem pemprosesan serta garis panduan untuk penilaian produk. Seterusnya, diperlukan juga semangat untuk menjaga kemampanan produksi ikan sehingga perlu disesuaikan dengan kemampuan untuk menghasilkan produk yang bersih. Anggota Dewan Asosiasi Nelayan Negeri Terengganu mendedahkan jumlah tangkapan ikan sebanyak 72,000 metrik tan tangkapan sebulan (Berita Malaysia, 2013). Hasil tangkapan ini mengalami penurunan dan disebabkan itu, import sebanyak 500 tan dan hasil produksi ikan air tawar kini berperanan untuk memenuhi keperluan pengguna terhadap ikan di Malaysia. Memandangkan besarnya permintaan ikan di Malaysia, dua perkara yang perlu difikirkan adalah kemampanan perolehan ikan serta langkah-langkah mengatasi sisa tulang ikan. Artikel ini berfokus pada masalah mengurus sisa tulang ikan untuk diproses menjadi kalsium sebagai sumber kalsium.

43

Journal of Holistic Student Development Vol. 1, No. 1 (2016)

Untuk memenuhi keperluan konsumsi ikan di dunia yang memenuhi standard produk bersih adalah tidak mudah. Bagi menjaga pemenuhan konsumsi ikan secara berterusan, diperlukan adanya jaminan perolehan ikan. Belajar daripada pengalaman Eropah, ternyata perlu ada agihan dana yang besar untuk menjaga kelestarian ikan seperti didedahkan bahawa “Aligning the fund's more than 6 billion Euros is going to be key if sustainable fisheries are to be realized.” (United Nations Environment Programme Environment for Development, 2013). Dengan usaha mempertingkatkan produksi ikan secara berterusan, maka usaha perniagaan pemprosesan ikan pun dapat bertahan atau berterusan. Perkara ini turut berlaku di Terengganu apabila pemprosesan ikan berlaku secara berterusan, penumpukan sisa tulang ikan akan semakin bertambah sehingga memerlukan jaminan kualiti pemprosesan sisa tersebut untuk membantu kawalan produk yang dihasilkan menjadi lebih bersih. Oleh itu, projek keusahawanan sosial mendapat perhatian universiti untuk membangunkan komuniti pemproses ikan di Terengganu dalam menghasilkan produk kalsium yang memiliki nilai strategic untuk menjana pendapatan dan memenuhi lapangan pekerjaan baru dalam kalangan komuniti pesisir, mengingat harga jual kalsium di pasaran kebangsaan mahupun antarbangsa memiliki harga jual yang tinggi. Model Usaha Sama dalam Pemerkasaan Komuniti Pesisir Penglibatan komuniti pesisir dalam pengurusan sisa tulang ikan adalah satu model pemerkasaan yang berada pada konteks pentadbiran yang baik dan sangat bermanfaat untuk mewujudkan komuniti yang inovatif. Pendekatan pemerkasaan melalui penglibatan komuniti pemproses filet ikan, pemproses keropok keping, lekor dan satar mampu memberikan sumbangan dalam menciptakan keseimbangan hubungan antara masyarakat dengan kerajaan. Keseimbangan hubungan melalui usahasama universiti, komuniti dan agensi dalam melaksanakan program pengurusan sisa tulang ikan dapat diusahakan secara koordinat dan akauntabiliti apabila pihak universiti telah mengenal pasti isu dan permasalahan selepas melakukan proses penilaian program komuniti pesisiran. Apabila proses penilaian keluaran dan hasil telah dilakukan, maka proses penambahbaikan akan dikenal pasti melalui inovasi sosial untuk pengurusan sisa menjadi pelbagai produk keperluan komuniti. Kepelbagaian produk yang bermanfaat untuk keperluan komuniti pesisir sertahasil pemprosesan sisa komuniti diwujudkan dengan pendekatan sosial gunaan melalui pemindahan ilmu di komuniti. Usaha ini dapat memberi imej positif kepada masyarakat dalam konteks pembangunan komuniti melalui pengurusan sisa pesisir dengan adanya pelaksanaan program kerajaan dengan melibatkan agensi-agensi terbabit demi mewujudkan program pembangunan sosioekonomi di masa hadapan. Program pengurusan dan pemanfaatan sisa tulang ikan daripada komuniti pemproses ikan untuk produk kalsium berjaya dimanfaatkan untuk kepelbagaian produk keperluan komuniti pesisir seperti air minum berkalsium, susu berkalsium, coklat berkalsium, pizza berkalsium serta untuk keperluan perubatan ortopedik, pergigian, pertanian dan perternakan.Keadaan ini mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan negara di mana masyarakat menjadi peserta (participant) khususnya untuk pembangunan industri perikanan. Usaha melakukan pemindahan pengetahuan dan teknologi kepada masyarakat pesisir merupakan agenda penting dalam pemprosesan sisa tulang ikan. Pengusaha pemproses ikan perlu segera ditingkatkan kapasitinya yang memiliki potensi sisa tempatan mampu menyumbang secara ekonomi kepada pembangunan masyarakat Terengganu. Keperluan mengenal pasti kemahiran

44

Journal of Holistic Student Development Vol. 1, No. 1 (2016)

masyarakat bukan setakat dalam usaha perniagaan sahaja seperti pembuatan keropok lekor tetapi juga perlu belajar pemprosesan sisa tulang ikan menjadi bahan serbaguna seperti kalsium, karbon teraktif, gelatin dan kolagen yang berasaskan sumber sisa tulang ikan. Keperluan projek ini dilakukan untuk mencapai produksi bersih dalam industri pemprosesan keropok lekor. Fokus kajian adalah pemanfaatan sisa tulang ikan bagi pihak peniaga pemproses filet dan keropok. Usaha penglibatan komuniti pesisir ini merupakan satu model pemerkasaan kerana ia memiliki hala tuju untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap pengurusan persekitaran yang memberi impak sosial iaitu dapat menjana pendapatan komuniti pesisiran pantai di masa hadapan. Sulistiyani (2012) mengemukakan konsep pemerkasaan sebagai proses menuju terbentuknya kekuatan serta usaha untuk mendapatkan kekuatan. Kekuatan diterima melalui proses pemindahan ilmu antara tiga pihak iaitu universiti, komuniti dan agensi. Pembentukan kekuatan melalui usahasama ini merupakan proses membentuk kejayaan dalam kalangan komuniti yang diawali dengan usaha membentuk keyakinan diri secara sahsiah sehingga menjadi berkualiti. Sulistiyani membuat ramalan pendekatan pemerkasaan menjadi semakin diperlukan untuk mendapatkan sokongan politik ataupun kekuatan yang sangat bererti dalam membentuk imej atau kepercayaan. Pemerkasaan dalam kalangan komuniti pesisir melalui pemprosesan sisa tulang ikan memerlukan proses kawal selia secara berterusan. Pemerkasaan masyarakat melalui penglibatan komuniti pemproses keropok dalam pemanfaatan sisa tulang ikan diharapkan dapat meluaskan liputan ke seluruh kawasan di Terengganu. Kejayaan perlu diluaskan kerana jenis perniagaan dalam sektor industri perikanan ini membekalkan kepelbagaian kategori pekerjaan seperti pemproses keropok lekor, keping, satar, filet, produk segar, pengetinan, minyak ikan serta surimi. Bahan mentah industri berasal daripada ikan laut mencapai 90% manakala sisanya adalah ikan air tawar dan ikan yang dihasilkan oleh peternak ikan atau akuakultur. Pemerkasaan melalui projek pengurusan sisa tulang ikan dalam kalangan masyarakat pesisir menjadi pelbagai produk merupakan pendekatan baru dalam pembangunan. Pendapat Pranarka (1996) tentang pemerkasaan adalah ‘memberi kuasa dan keupayaan atau kekuatan’. Pemerkasaan masyarakat pesisir melalui program pemanfaatan sisa tulang ikan merupakan projek pemindahan pengetahuan yang dapat memenuhi pandangan berkenaan. Menurut Sulistiyani (2012), pemerkasaan merupakan satu pendekatan kepada masyarakat dengan memberikan hak dalam mengelola sisa tempatan demi melaksanakan program pembangunan komuniti. Komuniti diberikan pendedahan pengetahuan pengurusan sisa dan kemahiran dalam memproses sisa sehingga dapat dimanfaatkan menjadi pelbagai produk yang bermanfaat untuk memenuhi keperluan komuniti secara berterusan sehingga mampu mengurangi kos perbelanjaan mereka. Peranan pembangunan bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah persekitaran,malah dapat melahirkan satu usaha baru yang berinovasi demi kecemerlangan komuniti. Sebagaimana yang disampaikan oleh Bank Dunia dalam Mardiasmo (2002) bahawa suatu penyelenggaraan pengurusan pembangunan yang kukuh dan bertanggungjawab sepatutnya memenuhi prinsip kebebasan dan penerimaan pengguna secara berkesan. Berhubung kait dengan kajian ini, maka pendekatan pemerkasaan dapat memunculkan peluang usaha baru bagi masyarakat untuk menghasilkan produk kalsium. Kegiatan ini dapat menjaga pemuliharaan persekitaran di samping membuka peluang baru dalam menjana pendapatan.

45

Journal of Holistic Student Development Vol. 1, No. 1 (2016)

Program pemindahan ilmu sepatutnya dilakukan kepada komuniti pesisir di setiap kawasan atau tapak pemprosesan keropok kerana sebelum ini, komuniti menghadapi permasalahan peningkatan produk tulang ikan yang dikeluarkan oleh setiap industri. Kapasiti produksi keropok lekor yang didirikan sejak tahun 1998 ini berkemampuan menyediakan 28 tan/bulan untuk setiap satu lokasi iaitu merupakan 60% daripada seluruh hasil tangkapan ikan per bulan. Adapun peningkatan usaha industri pengolahan ikan melonjak 50% dari 2011 hingga 2012. Apabila pengurusan sisa tulang ikan secara berterusan dapat dilaksanakan secara berkesan, maka permasalahan persekitaran dapat diselesaikan. Untuk itulah, sebuah program pemerkasaan masyarakat hendaknya mampu menyelesaikan masalah tersebut. Hakikat program pemerkasaan masyarakat dapat mengenal pasti keadaan sosial, ekonomi, politik dan lain-lain untuk menentukan punca penyelesaian masalah secara strategik. Sebagaimana yang disampaikan oleh Paul Freire dalam Keban & Lele (1999), pemerkasaan masyarakat bertumpu kepada metodologi conscientization iaitu suatu pembelajaran untuk melihat kontradiksi sosial, ekonomi dan politik dalam masyarakat. Secara sederhana, pandangan ini berhubung kait dengan produksi keropok lekor yang dapat memberikan peluang usaha kepada masyarakat manakala jumlah pengeluaran sisa terus meningkat. Namun, disebabkan ada pemanfaatan sisa tulang ikan untuk produk kalsium, maka dapat mengatasi permasalahan dalam kalangan komuniti pesisir iaitu masalah persekitaran, masalah rendahnya sosioekonomi, dapat menambah lapangan pekerjaan baharu serta menjadi diversifikasi usaha produk kesihatan dalam peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Apabila masyarakat berhemah tinggi dan mengambil peranan dalam mengatasi masalah sisa tempatan bagi dimanfaatkan kepada pelbagai produk dan memenuhi keperluan mereka, maka masyarakat akan memiliki posisi penting dalam pengambilan keputusan pada peringkat negeri atau negara. Kemampuan masyarakat dalam mengatasi sisa tulang ikan dapat penting mereka ke dalam pengurusan persekitaran. Akhirnya, peranan masyarakat sebagai rakan kerajaan akan semakin dekat kerana dapat memperkasakan diri mereka melalui proses pembangunan kapasiti supaya dapat menyuarakan keinginan dan tuntutan kepada pemerintah. Oleh itu, menurut Setiawan dalam Sulistiyani (2012) berbincang tentang masyarakat bertamadun bererti harus mengkaji hubungan antara masyarakat dan pemerintah. Sepatutnyalah, pendedahan tersebut penting kerana apabila kelembagaan kuat maka masyarakat dalam konteks pemerkasaan ini dapat membentuk sebuah organisasi atau kelembagaan yang kukuh. Disampaikan oleh Hadiwinoto (2003) bahawa ”NGO percaya bahawa organisasi mereka boleh membantu mengurangkan kemiskinan melalui pemberian semangat keusahawanan, kompetisi, serta inovasi”. Uphoff dalam Edward dan Hulme (1995) mendapati pendekatan pembangunan yang digunakan merupakan kerangka analisis yang meliputi akuntabiliti, kemampanan dan evaluasi. Apabila kita mengambil pelajaran dari pendapat ini maka dengan masyarakat berorganisasi akan dapat mengatasi permasalahan yang dihadapi. Pemerkasaan masyarakat perlu diarahkan untuk membangun kumpulan produktif melalui usahasama pemprosesan sisa tulang ikan menjadi produk kalsium. Program pemindahan pengetahuan dalam pemprosesan sisa tulang ikan dicadangkan untuk menyatupadukan masyarakat kepada membangun kesedaran secara menyeluruh di kawasan industri keropok lekor. Dalam konteks pemprosesan sisa tulang ikan, terjadi saling silang antara sektor sama ada ekonomi, mahupun...


Similar Free PDFs