Bab 4 - Keusahawanan Dalaman: Membangunkan Keusahawanan Korporat PDF

Title Bab 4 - Keusahawanan Dalaman: Membangunkan Keusahawanan Korporat
Author Dr. Amran Awang
Pages 30
File Size 856.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 52
Total Views 543

Summary

BAB 4 Keusahawanan Dalaman: Membangunkan Keusahawanan Korporat T iada apa yang lebih sukar untuk dilakukan, lebih merbahaya untuk dibimbing daripada mengetuai di dalam memperkenalkan orde baru sesuatu perkara, sebab inovasi sentiasa mempunyai musuh dari kalangan mereka yang melakukan yang terbaik di...


Description

BAB 4

Keusahawanan Dalaman: Membangunkan Keusahawanan Korporat

T

iada apa yang lebih sukar untuk dilakukan, lebih merbahaya untuk dibimbing



daripada mengetuai di dalam memperkenalkan orde baru sesuatu perkara,

sebab inovasi sentiasa mempunyai musuh dari kalangan mereka yang melakukan yang terbaik di dalam keadaan lama dan pembela kepada yang melakukan terbaik dalam keadaan baru. Machiavelli, The Prince

109

Bab 4.indd 109

7/9/2013 4:41:14 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

110

Objektif 1. Mendefinisikan istilah keusahawanan dalaman di dalam enterprais seperti korporat dan institusi awam di Asia Pasifik 2. Menjelaskan keperluan keusahawanan dalaman dan bagaimana pengurusan berkeusahawanan berbeza dari pengurusan birokratik 3. Menerangkan halangan-halangan yang mencegah inovasi di dalam enteprais 4. Memahami bagaimana enterprais yang mantap boleh memperbaharui dan menyegarkan diri mereka 5. Mengenal pasti tujuan yang relevan dan konsep organisasi di dalam strategi keusahawanan dalaman 6. Memperincikan ciri-ciri keusahawanan dalaman dan mitos 7. Menjelaskan proses interaktif di dalam keusahawanan dalaman

Pengenalan Di dalam bab ini kita akan meninjau bagaimana keusahawanan di dalam korporat dan lain-lain institusi boleh terarah kepada inovasi, pembangunan produk baru, lebih kaya dan pembangunan ekonomi. Syarikat di abad ke dua puluh satu hendaklah mempunyai inovasi yang berterusan untuk bersaing dengan berkesan di pasaran antarabangsa. Keusahawanan korporat ialah suatu proses yang boleh memudahkan usaha firma untuk menghasilkan inovasi secara berterusan dan bertindak dengan berkesan terhadap pesaing di pasaran antarabangsa. Sikap dan kelakuan berkeusahawanan adalah perlu untuk semua firma tanpa mengira saiz untuk terus maju dan berkembang di dalam persekitaran persaingan. Hari ini, karya kesarjanaan menjelaskan bahawa revolusi korporat yang baru sedang bersemarak, terima kasih kepada semaian pemikiran mengenai

Bab 4.indd 110

7/9/2013 4:41:14 AM

Bab 4

Keusahawanan Dalaman: Membangunkan Keusahawanan Korporat

keusahawanan di dalam struktur birokratik yang besar. Manakala beberapa sarjana memohon supaya kedua-dua istilah keusahawanan korporat dan keusahawanan dalaman dibezakan tetapi kami menggunakan kedua-duanya.

111

Ekonomi global kini telah menghasilkan perubahan yang mendalam dan bermakna kepada institusi, perniagaan dan industri diseluruh dunia. Firma dan enterprais di mana-mana pun hendaklah menyusun semula tujuan dan strategi mereka dengan berhati-hati untuk memberi kepuasan kepada berbagai-bagai kepentingan berkaitan perniagaan mereka. Sebagai tindak balas kepada perubahan yang cepat, terputus-putus dan signifikan banyak syarikat yang stabil dan mantap telah menstrukturkan semula operasi mereka ke arah asas perniagaan mereka dan kaedah yang lebih kukuh. Jelasnya, selepas diubahsuai sekian lama beberapa buah syarikat meninggalkan hanya sedikit kesamaan dengan skop, budaya atau daya saing asal mereka. Ini bukan sahaja fenomena yang dihadapi oleh perniagaan besar, ia berlaku di dalam setiap peringkat ekonomi. Di seluruh dunia, terdapat bilangan yang besar dan signifikan dari kalangan pekerja yang menubuhkan perniagaan untuk majikan mereka. Di kawasan Asia Pasifik kadar keusahawanan dalamannya adalah setaraf dengan kadar di Amerika Syarikat. Ukuran lain di dalam kegiatan keusahawanan dalaman ialah melalui suatu penemuan yang menyerlah bahawa satu per empat dari perniagaan yang baru dimulakan setiap tahun di AS adalah melalui keusahawanan korporat. Keusahawanan korporat adalah salah satu dari cara utama ekonomi boleh berinovasi, menghidupkan semula dan mengekonomikan semula. Ia membantu menyuburkan pasaran pekerjaan, menyumbang kepada hasil nasional, menambah inovasi dan yang paling penting meletakkan syarikat dikemuncaknya. Minat di dalam pemikiran berkeusahawanan di dalam organisasi besar dimulakan di dalam pertengahan 1980an. Akhir-akhir ini keusahawanan adalah kuasa utama di dalam dunia perniagaan telah mendorong peningkatan keinginan dalam kegiatan ini di dalam perniagaan mereka. Walaupun setengah penyelidik telah merumuskan bahawa keusahawanan dan birokrasi adalah saling menyingkiri dan tidak boleh wujud bersama, penyelidik yang lain menjelaskan bahawa terdapat perniagaan berkeusahawanan di dalam kerangka enterprais yang besar. Beberapa teknik berkeusahawanan dalaman telah digunakan (dengan kejayaan dan kegagalan) di seluruh dunia di dalam syarikat seperti Hawker De Havilland, 3M, Rubbermaid, Sony dan General Electric.

Bab 4.indd 111

7/9/2013 4:41:14 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

112

Jadual 4.1

Adakah Anda Memulakan Perniagaan Untuk Majikan Anda? (2005) NEGARA

PERATUS DARI POPULASI DEWASA

China

10.59

Amerika Syarikat

8.13

Thailand

7.76

New Zealand

5.95

Singapura

3.17

Australia

3.10

Hong Kong (2004)

1.53

Jepun

0.06

Sumber: Global Entrepreneurship Monitor: 2005

Mengapakah konsep keusahawanan dalaman begitu popular? Satu sebab ialah kerana ia membantu korporat atau institusi besar menzahirkan bakat yang inovatif dari kalangan pekerja dan pengurus mereka. Steven Brandt mengatakannya begini: Idea datangnya dari manusia. Inovasi merupakan keupayaan yang dimiliki oleh ramai orang. Keupayaan digunakan apabila orang memberikan komitmen kepada misi dan daya hidup perniagaan dan mempunyai kuasa melakukan sesuatu dengan keupayaan mereka. Tiada komitmen ialah harga kepada amalan pengurusan yang semakin pupus, bukan disebabkan oleh bakat atau keinginan. Komitmen adalah sesuatu yang diberikan secara percuma apabila ahli kepada perniagaan memainkan peranan di dalam mendefinisikan tujuan

Bab 4.indd 112

7/9/2013 4:41:14 AM

Bab 4

Keusahawanan Dalaman: Membangunkan Keusahawanan Korporat

dan perancangan sesebuah entiti. Komitmen membawa bersamanya kelulusan de fakto dan sokongan untuk pengurusan. Mengurus dengan keizinan adalah suatu falsafah pengurusan yang berguna jika menginginkan lebih kelakuan berkeusahawanan.

113

Di dalam bab ini, kita melihat bagaimana keusahawanan dalam badan korporat dan lain-lain institusi yang menghasilkan inovasi, pembangunan produk baru, penciptaan kekayaan dan pembangunan ekonomi. Syarikat di abad ke dua puluh satu hendaklah melakukan inovasi yang berterusan untuk bersaing dengan berkesan di pasaran antarabangsa. Keusahawanan korporat ialah satu proses yang boleh membantu usahawan firma untuk berinovasi secara berterusan dan menangani realiti persaingan dengan berkesan apabila bersaing di pasaran antarabangsa. Sikap dan kelakuan berkeusahawanan adalah perlu untuk semua firma tanpa mengira saiz jika ingin terus maju dan berkembang di dalam persekitaran yang bersaing. Keperluan untuk berkeusahawanan dan inovatif juga berguna untuk institusi lain seperti organisasi kerajaan dan sektor awam. Drucker pernah mencatatkan bahawa institusi perkhidmatan awam ... perlu berkeusahawanan dan inovatif secara menyeluruh sama seperti yang dilakukan oleh lain-lain perniagaan. Penyelidikan yang menyelongkar peranan keusahawanan di dalam sektor awam masih lagi diperingkat awal. Di seluruh dunia, khususnya semenjak kejatuhan Tembok Berlin, kerajaan dan institusi awam lain bertungkus lumus dengan keperluan bagaimana mahu menjadi lebih berkeusahawanan. Keadaan ini bukanlah mudah mengambilkira sistem yang sudah berkurun lamanya dibelenggu dengan birokrasi yang menentang perubahan.

Sifat Asal Keusahawanan Dalaman Keusahawanan dalaman ialah satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan tentang kelakuan berkeusahawanan seseorang di dalam firma dan organisasi yang besar. Istilah lain yang berkaitan termasuklah keusahawanan korporat, inovasi atau penerokaan dalam perniagaan. Menurut akhbar yang popular seperti ‘the corporate revolution’, keusahawanan dalaman adalah suatu kebenaran tentang bagaimana firma dibina semula mengikut gaya keusahawanan dan bersedia untuk menghadapi cabaran di dalam pasaran baru. Guth dan Ginsberg menekankan bahawa bidang keusahawanan korporat merangkumi kedua-duanya iaitu membina perniagaan baru di dalam organisasi tersedia dan juga mengubah bentuk organisasi menggunakan pembaharuan semula strategi. Zahra pula menyatakan bahawa keusahawanan korporat boleh jadi suatu kegiatan formal atau tidak formal yang bertujuan untuk membina perniagaan baru di dalam perniagaan

Bab 4.indd 113

7/9/2013 4:41:14 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

114

yang sudah mantap melalui inovasi produk dan proses dan pembangunan pasaran. Kegiatan tersebut boleh berlaku diperingkat atasan, peringkat bahagian, dan juga di peringkat projek, dengan objektif yang sepadu untuk menambah baik kedudukan daya saing dan prestasi kewangan syarikat. Covin dan Miles menjelaskan tentang empat jenis keusahawanan korporat. Setiap jenis memberi nafas baru atau mendefinisikan semula organisasi atau untuk membawa masuk inovasi baru. • Penjanaan semula yang bertahan iaitu jenis keusahawanan korporat yang paling banyak. Objektifnya di sini ialan untuk membina satu aliran produk baru dan inovasi di dalam produk sedia ada. •

Organisasi dengan nafas baru memberi fokus kepada proses dan prosedur dalam firma. Di sini matlamatnya ialah untuk meningkatkan nilai yang dijana dari rantaian pengeluaran.



Pembaharuan semula strategik menekankan firma yang sedang mencari perubahan bagaimana untuk bersaing. Firma mencari kaedah bagaimana untuk menyeimbangkan dirinya dengan lebih baik dengan persekitaran luaran (contohnya, pelanggan) dan untuk menyesuaikan dirinya supaya lebih berdaya saing, malahan untuk memonopoli sesuatu segmen pasaran.



Mendefinisikan semula kawasan kawalannya bermakna mempertaruhkan pelaburannya untuk pasaran baru yang masih belum dikenalpasti oleh pesaing atau dengan mengurangkan layanan untuk tujuan membina kelebihan gerak duluan.

Sebagai rumusan untuk semua kajian yang dibincangkan, kita boleh mendefinisikan keusahawanan dalaman sebagai suatu proses di mana seorang individu atau sekumpulan individu memulakan pembaharuan atau inovasi di dalam organisasi sedia ada. Organisasi tersebut bukanlah semestinya sebuah syarikat, ia juga mungkin organisasi bukan kerajaan atau kerajaan yang dengan keuntungan, tanpa keuntungan dan awam. Di dalam bab ini kita fokuskan perbincangan kepada perbadanan atau korporat tetapi kita juga akan menyentuh institusi besar yang lain sebagai tempat untuk melakukan kegiatan keusahawanan dalaman. Keusahawanan korporat dan inovasi di Asia Pasifik Kerajaan dan syarikat di Asia Pasifik hari ini baru sahaja mula melihat kepentingan untuk melakukan keusahawanan dalaman korporat. Umumnya, firma kita di sini agak terkebelakang berbanding dengan dunia lain. Fitzsimmons et al., setelah mengkaji 70 firma menegaskan bahawa firma di Australia mungkin perlu untuk bertindak lebih proaktif dan

Bab 4.indd 114

7/9/2013 4:41:14 AM

Bab 4

Keusahawanan Dalaman: Membangunkan Keusahawanan Korporat

dalam keadaan tertentu perlu meningkatkan kegiatan penerokaan dalam perniagaan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi.

115

Sehingga kini di seluruh dunia, keusahawanan dalaman telah menjadi kuasa yang memacu perniagaan lebih dari 20 tahun. Tom Peters telah mencurahkan sebahagian besar dari penulisannya mengenai inovasi di dalam badan korporat. Keperluan kepada inovasi nampaknya meningkat untuk bertindak balas kepada beberapa masalah yang menekan. Masalah yang dimaksudkan termasuklah pertambahan yang pesat dalam bilangan pesaing yang baru dan pesaing yang canggih; wujudnya rasa kurang percaya terhadap kaedah pengurusan korporat yang tradisional; penghijrahan beramai-ramai dari kalangan orang yang terbaik dan bijak daripada dunia korporat untuk menjadi usahawan di dalam perniagaan kecil; persaingan antarabangsa; korporat yang besar mengecilkan saiznya; hasrat keseluruhannya untuk menambah baik kecekapan dan produktiviti. Isu yang pertama disini ialah malasah persaingan yang selalu menjadi tanda peringatan kepada perniagaan. Namun demikian, ekonomi yang berteknologi tinggi hari ini menyokong lebih banyak bilangan pesaing berbanding sebelum ini. Internet telah menjadi suatu alat untuk mengurangkan perbezaan kepada syarikat. Firma kecil sememangnya boleh bersaing di dalam talian dengan perniagaan besar. Perubahan, inovasi dan penambahbaikan kini meresap di dalam pasaran. Oleh itu syarikat besar perlu melakukan inovasi atau mereka akan terhapus. Masalah berikutnya ialah kehilangan orang yang bijak dengan menjadi usahawan. Mereka meninggalkan dunia korporat kerana dengan menjadi usahawan akan meningkatkan status dan publisiti mereka. Peningkatan status usahawan telah memberikan pilihan yang lebih menarik kepada orang muda dan juga pekerja yang berpengalaman. Pemodal teroka dan jaringan ‘angel’ serta berbagai sumber kewangan kini membiayai lebih banyak perniagaan baru berbanding sebelum ini. Pembangunan ini telah menggalakkan individu dengan idea yang inovatif meninggalkan korporat yang besar untuk berjuang sendiri. Mereka lebih rela untuk mencapai impian masing-masing daripada terus dibelenggu oleh gaya hidup korporat yang membekukan fikiran dan mengancam jiwa mereka. Badan korporat moden hendaklah mencari jalan untuk membangunkan keusahawanan dalaman di dalam organisasi mereka. Jika tidak mereka akan menghadapi kebekuan, kehilangan pekerja dan penurunan prestasi. Revolusi korporat baru ini mewakili suatu penghargaan dan keinginan untuk membangunkan usahawan dalaman di dalam struktur korporat.

Bab 4.indd 115

7/9/2013 4:41:14 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

116

Halangan-halangan kepada keusahawanan korporat Halangan kepada penerokaan korporat selalunya mencerminkan kurangnya keberkesanan di dalam teknik pengurusan tradisional jika dilakukan kepada pembangunan perniagaan baru. Walaupun dilakukan secara tidak disengajakan, kesan buruk teknik pengurusan tradisional tertentu juga boleh menyebabkan kemusnahan apabila individu di dalam perniagaan akan mengelak dari bertindak dengan kelakuan berkeusahawanan. Jadual 4.2 menyenaraikan teknik pengurusan tradisional, kesan buruknya (apabila teknik tersebut dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya) dan tindakan yang dicadangkan untuk mengubah atau menyesuaikan amalan. Jadual 4.2

Sumber Kepada Penyelesaian Halangan Di Dalam Korporat

HALANGAN KEPADA KORPORAT

Bab 4.indd 116

KESAN BURUK

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Melaksanakan prosedur berpiawai untuk mengelakkan kesilapan

Penyelesaian inovatif terhalang, dana disalahgunakan

Mengadakan peraturan asas spesifik kepada setiap situasi

Menguruskan sumber untuk kecekapan dan pulangan pelaburan

Hilang kepimpinan saingan, tembusan pasaran yang rendah

Fokuskan usaha terhadap isu-isu kritikal (cth., Bahagian pasaran)

Kawalan berbanding rancangan

Abaikan fakta digantikan dengan andaian

Tukar rancangan untuk menggalakkan pembelajaran baru

Rancang untuk jangka panjang

Matlamat tidak munasabah membelenggu, kos kegagalan yang tinggi

Mewawasankan matlamat, tetapkan tanda jarak masa dan menilai semula selepas setiap tanda

Mengurus mengikut fungsi

Kegagalan usahawan dan/atau kegagalan perniagaan

Usahawan perlu disokong dengan kemahiran pengurusan dan berbagai disiplin

7/9/2013 4:41:14 AM

Bab 4

Keusahawanan Dalaman: Membangunkan Keusahawanan Korporat

117

HALANGAN KEPADA KORPORAT

KESAN BURUK

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Mengelak tindakan yang membahayakan asas perniagaan

Hilang peluang

Ambil langkah kecil, bina di atas kekuatan

Melindungi asas perniagaan dengan semua kos

Perniagaan terpaksa ditinggalkan apabila asas perniagaan terancam

Membuat haluan utama, ambil risiko yang munasabah

Mengambil kira langkah baru berdasarkan pengalaman

Keputusan yang salah mengenai persaingan dan pasaran

Gunakan strategi pembelajaran, uji andaian

Memberi ganjaran secara seragam

Motivasi rendah dan operasi tidak cekap

Imbangkan risiko dan ganjaran, gunakan kaedah pemberian ganjaran yang istimewa

Mempromosikan individu yang sepadan

Hilang penginovasi

Memudahkan ‘kaki goncang kapal’ dan juga ‘pembuat/pelaku’

Sumber: Dicetak semula dengan kebenaran penerbit dari Hollister B. Sykes and Zenas Block, ‘Corporate venturing obstacles: Sources and solutions’, Journal of Business Venturing (Winter 1989): 161. Hakcipta © 1989 oleh Elsevier Science Pulishing Co., Inc.

Memahami semua halangan tersebut adalah kritikal untuk menyemarakkan keusahawanan korporat kerana mereka adalah asas penting untuk usaha motivasi yang lain. Untuk mendapatkan sokongan dan menaikkan keghairahan untuk membangunkan perniagaan baru, pengurus hendaklah mengalih halangan yang ditanggap dan mencari tindakan pengurusan pilihan. Selepas mengenali halangan, pengurus perlu menyesuaikan diri kepada prinsip yang diamalkan oleh syarikat berinovatif yang berjaya. James Brian Quinn, seorang pakar di dalam bidang inovasi menemui faktor seperti berikut di dalam korporat yang besar dan berjaya dengan inovasi:

Bab 4.indd 117

7/9/2013 4:41:14 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

118



Atmosfera dan wawasan: Syarikat yang inovatif mempunyai wawasan yang jelas dan menyokong dengan mengujudkan atmosfera untuk inovasi.

• Orientasi kepada pasaran: Syarikat inovatif menghubungkan wawasan mereka kepada realiti di pasaran. • Organisasi kecil dan mendatar: Kebanyakan syarikat berinovatif mengekalkan organisasinya supaya mendatar dan menggunakan pasukan projek yang kecil. • Pelbagai pendekatan: Pengurus yang inovatif menggalakkan beberapa projek diteruskan di dalam pembangunan yang sejajar. •

Pembelajaran interaktif: Di dalam persekitaran yang inovatif, pembelajaran dan penyiasatan terhadap idea merentasi garisan fungsian yang bertradisi di dalam organisasi.



Kilang ‘Gumboot’ atau kerja jahat: Setiap perniagaan yang sangat inovatif menggunakan kumpulan yang berfungsi di luar batas kewibawaan yang tradisi. Keadaan ini akan menghapuskan birokrasi, mengizinkan ‘turnaround ‘ dengan segera dan menyemai identiti kumpulan dan kesetiaan yang bertaraf tinggi.

Bukan Hanya Untuk Korporat ... Peter Drucker pernah mencadangkan bahawa salah satu inovasi sosial yang hebat perlukan penjajaran semula ekonomi moden dengan mengenepikan dasar awam yang kuno dan institusi perkhidmatan awam yang hampir pupus. Keusahawanan dipercayai mempunyai kepentingan yang sama terhadap sektor awam dan juga swasta. •

Bab 4.indd 118

Rakyat dan ahli politik di seluruh dunia biasanya mengeluh apabila tiadanya sikap keusahawanan di sektor awam. Kebanyakan penyelidikan keusahawanan di dalam sektor awam memfokuskan kelemahan di dalam institusi akademik, atau ke atas kekakuan organisasi tempatan dan wilayah milik kerajaan. Memang terdapat banyak perdebatan sama ada sektor awam (terutamanya birokrasi kerajaan) tidak akan mampu untuk bertindak secara berkeusahawanan, berdasarkan sejarah warisannya yang berkubu dengan birokrasi dan fungsi-fungsinya yang sentiasa mengelakkan risiko. Malah beberapa penyelidik mencadangkan bahawa keusahawanan sektor awam berbe...


Similar Free PDFs