PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVASI KEUSAHAWANAN PDF

Title PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVASI KEUSAHAWANAN
Author didie rasid
Course Perniagaan dan Keusahawanan
Institution Universiti Kebangsaan Malaysia
Pages 34
File Size 1.5 MB
File Type PDF
Total Downloads 63
Total Views 129

Summary

PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVASI KEUSAHAWANAN SEM 3 TAJUK INOVASI NORDALILA BINTI MOHAMMAD RASID (GP05996) Inovasi Produk Makanan Segera dan Minuman (Fast Food and Drinks) Pengenalan Kreatif dan inovatif adalah komponen penting bagi usahawan untuk mendapat faedah melalui persaingan dalam perniagaan mer...


Description

PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVASI KEUSAHAWANAN SEM 3 2018/2019 GGGC6393 ___________________________________________________________________________ TAJUK INOVASI

NORDALILA BINTI MOHAMMAD RASID (GP05996)

Inovasi Produk Makanan Segera dan Minuman (Fast Food and Drinks)

Pengenalan Kreatif dan inovatif adalah komponen penting bagi usahawan untuk mendapat faedah melalui persaingan dalam perniagaan mereka.Melalui daya kreativiti usahawan, usahawan boleh mengeluarkan produk yang unik dan mendatangkan faedah baharu untuk pengguna(Suhairimi.2012)Inovasi

sebagai

fungsi

penting

dalam

proses

keusahawanan.Inovasi merupakan suatu proses mengubah peluang menjadi gagasan, seterusnya memperolehi pulangan yang diharapkan.Inovasi selalunya datang dari penyelidikan

danpembangunan(Dodgson

M.1994

dan

Suhairimi

Abdullah.2012).

Kebanyakan konglomerat dunia mewujudkan zon inovasi dan menggalakkan proses inovasi dalam organisasi mereka untuk memastikan daya saing di pasaran.Syarikat besar seperti Mcdonalds sentiasa maju dan berkehadapan dalam industri mereka hasil dari kecekapan pihak pengurusan mengeksploitasi intelek dan pembudayaan inovasi dalam kerja-kerja seharian di bahagian produksinya.(Robert D.Hisrich.2013) Inovasi dalam aktiviti keusahawanan boleh didefinisikan sebagai proses penciptaan atau pengenalan idea, barangan atau perkhidmatan baharu yang bertujuan untuk melipat gandakan keuntungan.Inovasi makanan segera bersama dengan berkonsepkan café (McCafe) merupakan idea baharu yang diimplementasi ke dalam bidang keusahawanan.Idea baru ini bukan hanya tertumpu kepada barang, tetapi merangkumi inovasi pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan operasi produk. Inovasi sangat berkait rapat dengan tiga perkara penting iaitu kehendak pengguna, penggunaan teknologi dan persaingan produk yang sedia ada dan mudah didapati di pasaran. Produk makanan segera terutamanya Mcdonalds telah menjadi pilihan orang ramai untuk hidangan harian seperti sarapan pagi, makan petang, minum petang dan makan malam. Produk makanan segera seperti pihak Mcdonalds telah mewujudkan berkonsepkan café bersama dengan premis perniagaan Mcdonalds.Mcdonalds bertujuan menonjolkan keistimewaan berbanding dengan brand makanan segera dalam perusahaan makanan segera.McCafe merupakan inovasi strategi perniagaan untuk menggalakkan pelanggan membeli burger sambil tertarik dengan aroma wangi biji kopi arabika yang berkualiti. Di samping itu, harga yang ditawarkan oleh McCafe berpatutan walapun dengan biji arabika

1

yang berkualiti. McCafe diwujudkan memberi peluang kepada pelanggan menikmati kopi yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Oleh itu,dua brand makanana segera yang dipilih bagi melihat inovasi yang telah dilaksanankan dari segi produk iaitu New Market Disruption Mcdonalds yang mempunyai konsep café(McCafe) dan Kentucky Fried Chicken (KFC)memiliki inovasi seperti Low End Disruption innovation yang menjual makanan segera yang dipromosikan mengikut musim.

Profil syarikat

Nama syarikat : Mcdonalds Café(McCafe) Mod Inovasi

: New Market Distruption

Industri

: Produk Makanan segera dan Minuman

Inovasi Produk McCafe merupakan inovasi konsep cafe yang dibangunkan oleh McDonalds. Hanya satu brand makanan segera (fast foods) yang memperkenalkan konsep café dengan nama McCafe sejak tahun 2007. McCafe telah menembusi pasaran baru dengan jenis inovasi New Market Disruption. Inovasi New Market Disruption yang dilakukan oleh McCafe adalah brand makanan segera(fast food) yang perta mewujudkan sebuah konsep café bersama dengan Mcdonalds dalam sebuah premis perniagaan di Malaysia. McCafe adalah alternatif lain kepada pelanggan menikmati kopi dengan atmosfera yang nyaman.Pelanggan dapat makan burger Mcdonalds sambil menikmati kopi yang berkualiti di McCafe.Walaupun brands Mcdonalds adalah daripada Amerika Syarikat tetapi konsep McCafe adalah dicetuskan di Melbourne, Autralia.Minum kopi telah menjadi budaya orang Australia.

2

Biji kopi yang digunakan oleh Mccafe menggunakan biji kopi arabika sesuai dengan standard McCafe di seluruh dunia.Melalui cara penggunaan biji kopi arabika sesuai dengan standard McCafe .Menu yang disediakan di Australia dan Malaysia adalah sama.Choco Frappe, Hot Capuccino dan black kopi.

Produk McCafe

Menu McCafe juga melakukan inovasi Low End Instruption untuk mempromosikan menu café yang istimewa mengikut musim perayaan yang istimewa. Sebagai contohnya, musim perayaan seperti Sambutan Hari Ibu menawarkan promosi ke atas produk McCafe atas pembelian 2 dengan harga yang istimewa. Di samping itu, McCafe juga menawarkan separuh harga setiap hari Rabu untuk Ice Latte. Mc Café bertujuan menarik minat pelanggan dengan harga yang terendah berbanding dengan produk lain dalam Mc Café supaya dapat meningkatkan jualan kepada produk yang dipromosikan. McCafe sentiasa memperbaharui produk minumannya mengikut pilihan orang ramai.Matcha merupakan minuman baru yang dibangunkan dari negara Japan. Ramai orang berminat aroma green tea bersama dengan campuran kopi yang istimewa dalam ramuan. Maka, McCafe menawarkan roasted Green Tea Latte yang dihidangkan secara sejuk dan panas untuk menarik peminat green tea.Inovasi Mc Café sentiasa memikirkan produk yang istimewa untuk meningkatkan persaingan dalam perusahaan minuman.

3

Di samping itu, McCafe juga menawarkan menu cake sebagai teman minum kopi.Terdapat beberapa jenis cake yang dijual di McCafe seperti Lava Chocolate, kek strawberi dan kek Tiramisu.McCafe menawarkan beraneka jenis cake memiliki daya tarikan tersendiri kepada pelanggan. Kewujudan McCafe dalam Mcdonalds merupakan nilai tambah dan salah satu caranya paling efektif bagi sesebuah brand makanan segera untuk mempertahankan kesetiaan pelanggan.Pelanggan tidak jemu atas pilihan menu yang ditetapkan.Pelanggan bebas memilih makanan segera seperti beraneka jenis burger dengan secawan kopi yang memiliki aroma kopi yang menyegarkan dengan harga yang berpatutan. Setelah Mcdonalds berjaya dengan konsep 24 jam, penghantaran dan pandu laju,Mcdonalds memperkenalkan McCafe untuk memberi pilihan kepada pelanggan untuk bersembang dengan kawan sambil menikmati secawan kopi tanpa mengira masa.

4

McCafe menawarkan pelbagai jenis minuman kopi untuk pilihan pelanggan dan memenuhi kehendak pelanggan. Man(2001) kompetensi usahawan dari segi inovasi melihat peluang sebagai kemampuan usahawan mengenalpasti barangan atau perkhidmatan yang para pelanggan memerlukan, melihat kehendak pelanggan yang belum ditemui, secara aktif mencari produk atau perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada pelanggan, meraih peluang pelanggan yang berkualiti(Robert.2013)

Penggunaan Teknologi Semasa dalam Mc Café Teknologi Semasa dalam McCafe yang digunakan adalah mesin pembancuh kopi yang terkini supaya mengekalkan rasa kopi yang berkualiti. Tambahan pula, Mc café mengeluarkan apps untuk memberi peluang kepada pelanggan pesanan secara online. Di samping itu, melakukan pesanan secara online juga mengumpul token ganjaran untuk menebus kopi Mc Café secara percuma.Berikut ialah link pautan daripada apps McCafe.Pelanggan boleh memuat turun daripada goggle play store or Apps Store Iphone yang bernama McCafe Devotee https://play.google.com/store/apps/developer?id=Hanbaobao+Pte.+Ltd.+ %28Licensee+of+McDonald%E2%80%99s%29

5

Profil syarikat Nama Syarikat: Kentucky Fried Chicken Mode : Low End Disruption Industri: Produk Makanan segera

Kentucky

Fried

Chicken(KFC)

diasaskan

oleh

Colonel

Harland

Sanders.Pada

asasnya,Kentucky Fried Chicken(KFC) adalah sebuah restaurant dari Amerika Syarikat terutamanya menjual ayam goreng rangup. Seterusnya, Kentucky Fried Chicken(KFC) ditubuhkan di Malaysia bermula pada tahun 1990. Original ayam goreng rangup adalah daripada 11 herba dan rempah ratus.Ayam goreng mempunyai portion yang besar dan dihidangkan dalam bucket. Konsep bucket adalah berasaskan daripada Pete Harman in 1957.Selepas tahun 1990, KFC telah memperkenalkan pelbagai jenis menu seperti ikan filet, sandwich dan wrap. Makanan sampingan seperti kentang goreng dan coleslaw. Minuman yang disediakan adalah Pepsi,Coca cola, Iced lemon tea , milo dan pilihan minuman gas yang dihidang sejuk.KFC memiliki slogan dikenali sebagai ‘Finger Lickin Good’’

Produk Kentucky Fried Chicken

KFC memperkenalkan pelbagai jenis produk makanan segera dalam perniagaan ini terutamanya hidangan terkenal iaitu ayam goreng rangup.KFC menyediakan hidangan makanan petang dengan harga promosi setiap hari.Inovasi KFC yang diberi adalah peletakkan harga promosi untuk menarik minat pelanggan sepanjang masa.

6

Tambahan pula, Kentucky Fried chicken (KFC) juga menawarkan harga pakej yang istimewa mengikut hari Selasa. Tujuan KFC meningkatkan hasil jualan pada hari bekerja.Pelanggan akan lebih cenderung memilih KFC kerana memiliki harga jualan yang lebih rendah dan dapat menikmati sepinggan lengkap dengan ayam rangup.

Di samping itu, KFC juga menawarkan pakej makanan mengikut musim perayaan atau musim semasa . Pelanggan dapat menikmati pakej makanan berpatutan yang mengikut suasana meriah bersama dengan ahli kelurga.KFC ingin menembusi pasaran dengan harga yang murah dan berbaloi dengan bucket ayam yang banyak.

KFC sentiasa memperbaharui pakej makanan yang baharu untuk memenuhi citarasa pengguna.Motif KFC adalah menarik perhatian kepada pelanggan sesuatu baru, keinginan serta perhatian yang biasanya berlaku tanpa disedari akan mempengaruhi pemikiran seseorang untuk mencapai matlamat sehingga mempengaruhi perlakuan pelanggan. (KuHalimKu Ariffin.2015).KFC sentiasa memberi nafas baharu kepada pelanggan supaya pelanggan bertindak membeli untuk mencuba.Malah, KFC juga menawarkan pakej makanan bersama dengan hadiah yang menarik dan istimewa.

eknologi Semasa yang digunakan oleh Kentucky Fried Chicken(KFC)

7

Kentucky Fried Chicken menawarkan Drive Thru dengan mesin order secara automatik untuk memudahkan pelanggan.Pelanggan juga boleh memberi pesanan secara online atau menghubungi hotline KFC untuk memberi order, penghantaran ke rumah akan disediakan untuk memudahkan pelanggan menikmati hidangan ayam ranggup tanpa menghidupkan engine kereta.

Penilaian komparatif di antara McCafe dan Kentucky Fried Chicken Jika lihat secara amnya kedua-dua adalah menjual produk makanan segera.Namun dihalusi dengan usaha kedua-dua syarikat ini adalah berbeza dengan inovasi yang digunakan.McCafe berkonsepkan café dalam premis perniagaan Mcdonalds.Konsep café dalam restaurant makanan segera merupakan konsep baharu. Setakat ini hanya McCafe yang wujud di pasaran bersama dengan McDonalds.Mc Café menggunakan inovasi New Market Distruction.Pelanggan dapat menikmati secawan kopi yang berkualiti dengan kaedah pembancuhan yang terkini.Ramai pelanggan juga membeli set hidangan bersama dengan secawan kopi. Secara tidak langsung, Mcdonalds dan McCafe memperolehi faedah keuntungan bersama. Kentucky Fried Chicken(KFC) menawarkan harga pakej yang terendah untuk menarik minat pelanggan. Ramai pelanggan berasa berbaloi makan KFC kerana saiz portion hidangan KFC besar dan mengenyangkan.Perbandingan dengan McCafe, KFC juga menawarkan kopi pada

waktu

sarapan

pagi

tetapi

bancuhan

dalam

mesin

air

segera

sahaja.Walaubagaimanapun,KFC tetap mempunyai pelanggan yang minat dengan ayam goreng rangupnya berbanding dengan ayam goreng di Mcdonalds.KFC menawarkan pelbagai perisa ayam goreng seperti Chezzy Chicken,Ayam goreng kicap dan lain-lain. Secara langsung, pelanggan juga tertarik dengan perubahan perisa dengan harga promosi yang menarik. Inovasi yang dibincangkan menunjukkan jelas McDonalds dan Kentucky Fried Chicken(KFC) menumpukan usaha mereka agar perniagaan mereka terus teguh dan mampu bersaing dengan pasaran yang sentiasa mewujudkan produk makanan segera baharu di pasaran sedia ada.Mcdonalds menyediakan apps untuk McCafe mengiringi kepesatan teknologi maklumat sekarang yang celik IT.Pelanggan akan lebih mudah membeli McCafe dengan pilihan sendiri dan penghantaran ke rumah.Strategi teknologi maklumat ini

8

bersesuaian dengan golongan orang bandar yang sibuk bekerja. Kentucky Fried Chicken(KFC) juga melakukan perubahan untuk menyediakan penghantaran ke rumah melalui pesanan order secara online. Sesebuah syarikat perlu sentiasa melakukan pembaharuan yang seiring denagn kepesatan teknologi maklumat untuk kekal teguh dalam perniagaan. Zaman dunia perniagaan kini bukan hanya mewujudkan inovasi produk yang berkualiti tetapi perlu menggunakan inovasi dari segi strategi perniagaan untuk bersaing dengan pasaran baharu.

Innovasi Pengoperasian Perkhidmatan Makanan

Perniagaan perkhidmatan makanan setelah selama berdekad merupakan antara perusahaan yang amat intensif dari segi penggunaan tenaga manusia kerana ia tergolong didalam industri hospitality yang mengutamakan nilai sentuhan peribadi. Sentuhan peribadi dari pekerja hospitaliti yang merupakan salah satu nilai yang diterapkan didalam hampir semua yang berkerja di industri ini termasuklah didalam perkhidmatan makanan (Chon & Maier, 2010). Perusahaan restoran dari segi pengoperasian konvensional yang asas bagi adalah mengikut langkah seperti berikut: 1) mengambil pesanan, 2) menyediakan pesanan 3) menghantar pesanan dan 4) pembayaran. Empat langkah ini dikembangkan lagi kepada beberapa lagi langkah-langkah mengikut keseusaian pengoperasian dan konsep yang ingin digunakan oleh operator restoran (Dahmer & Kahl, 2009). Perkembangan pelbagai konsep baru yang meletakkan nilai-nilai tertentu seperti layanan sofistikated, makanan yang menitik beratkan kesihatan, suasana bertema dan juga kepantasan perkhidmatan adalah diantara nilai yang ingin diketengahkan oleh operator sebagai selling point mereka. Namun jikalau dilihat dari trend terkini nilai-nilai utama yang menjadi pilihan pelanggan adalah dari segi kepantasan perkhidmatan dan juga makanan yang menitikberatkan kesihatan (Longart, Wickens & Bakir, 2018). Maka diatas tekanan pasaran dan juga persaingan banyak operator restoran telah memperkenalkan pelbagai innovasi bagi mencapai nilai-nilai yang dikehendaki oleh pasaran yang melangkaui lebih daripada hanya bersifat novelti semata-mata. Sehubungan dari itu

9

banyak restoran telah memperkenalkan innovasi terutamanya dari segi pengoperasian untuk lebih berdaya saing didalam pasaran semasa (Lee, Hallak & Sardeshmukh, 2016). Oleh itu dua buah restoran telah dipilih bagi melihat innovasi yang telah dilakasanakan dari segi pengoperasian iaitu restoran Spyce yang terletak di Boston, Amerika Syarikat dan juga McDonald’s yang merupakan jenama global berpangkalan di Amerika Syarikat.

Nama Syarikat

: Spyce

Mod Innovasi

: New Market Disruption

Industri

: Perkhidmatan Makanan dan Minuman

Pengenalan Spyce adalah sebuah restoran yang beroperasi di bandar Boston, Amerika Syarikat bermula dari tahun 2018. Seperti mana-mana restoran, Spyce mengutamakan kualiti dari segi bahan, penyediaan dan juga rasa. Namun apa yang membezakan restoran ini dari yang lain adalah proses penyediaan makanan dan pesanan yang adalah hampir sepenuhnya berbentuk automatis. Lebih menarik lagi, pembukaan restoran ini adalah diinspirasikan oleh sekumpulan graduan dari Massachusetts Institute of Technology yang merupakan salah satu universiti tersohor di dunia didalam bidang kejuruteraan dan teknologi dimana kampus utamanya terletak di bandar Boston. Gabungan diantara pakar kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan juga teknologi maklumat ini yang obses dengan makanan telah memulakan eksperimentasi terhadap kaedah baru didalam memperbaiki proses perkhidmatan makanan yang memfokuskan kepada langkah membuat pesanan dan juga penyediaan makanan. Kekuatan dari segi teknologi semata-mata tidak mampu membangunkan sebuah restoran yang berjaya, maka kepakaran dari segi kulinari telah diperhebatkan dengan gandingan bersama cef selebriti Daniel Boulud yang memberikan input tentang resepi yang bersesuaian dengan kaedah pengoperasian yang diimpikan. Tambahan juga harga makanan di Spyce memfokuskan pada harga yang mampu milik bagi golongan sasar mereka iaitu pelajar

10

kolej. Gabungan reputasi Daniel Boulud dan juga teknologi baru telah menjadi satu selling point utama bagi restoran yang baru beroperasi ini.

Innovasi Pengoperasian Perkhidmatan Makanan Spyce jika dirujuk dari langkah-langkah asas perkhidmatan restoran menitikberatkan dari proses pesanan dan penyediaan makanan. Proses pesanan makanan adalah dilakukan menggunakan terminal pesanan makanan berasaskan tablet yang disediakan di meja makan. Pelanggan akan membuat pilihan menerusi menu maya Spyce yang disediakan. Setelah pesanan disahkan, sistem pesanan akan terus menghantar maklumat pesanan ke sistem penyediaan makanan yang akan mengaturkan penyediaan makanan mengikut giliran tempahan yang sudah disahkan. Keunikan sebenar tentang innovasi di Spyce adalah pada kaedah penyediaan makanan yang hampir keseluruhannya dilakukan secara robotik. Proses ini dimulakan dengan bahan dicatu oleh robot mengikut jenis pesanan. Kemudiannya bahan yang telah dicatu dihantar ke periuk memasak automatik mengikut turutan dan bukannya dimasukkan serentak bagi memastikan semua bahan termasak sempurna. Bagi kerja menggaul juga dijalankan oleh robot dimana periuk memasak berputar seperti mesin pembancuh simen bagi memastikan makanan dimasak rata, tidak melekat dan tidak hangit. Tambahan pula ketika segala proses memasak secara automatic dilakukan, para pelanggan dapat melihat sendiri proses itu berjalan yang menjadikan ia satu tarikan utama dan novelti bagi restoran tersebut. Selain dari itu, pengurusan Spyce juga meletakkan skrin informasi diatas setiap terminal periuk masakan yang menunjukkan nombor giliran pelanggan bagi memberikan indikasi bahawa makanan mereka sedang dimasak bagi memberikan pengalaman tersendiri makanan dimasak oleh robot secara langsung. Walaupun restoran ini menjadikan automasi sebagai tarikan kepada pelanggan tetapi tenaga manusia masih diperlukan didalam pengoperasian bahagian depan dan belakang restoran. Tugasan yang paling jelas dapat dilihat yang masih dijalankan oleh manusia adalah dari segi plating, penambahan perencah(condiments), hiasan makanan dan pemberian makanan kepada pelanggan. Antara tugasan lain yang masih dijalankan oleh manusia adalah dari segi pengurusan, mise-en-place (penyediaan bahan seperti memotong dan mencuci bahan) dan pencarisilapan (troubleshooting) sistem maklumat.

11

Disini dapat dirungkaikan bahawa mod innovasi yang telah dijalankan oleh Spyce adalah berbentuk new market disruption. Jikalau dilihat dari segi pelanggan Spyce adalah kesemuanya pelanggan baharu yang disebabkan oleh faktor perniagaan ini adalah perniagaan baru. Manakala teknologi innovasi ini adalah sesuatu yang meningkatkan prestasi dari segi kawalan kualiti makanan, memudahkan sistem pesanan dan juga melancarkan sistem giliran tanpa mengorbankan kebolehan pelanggan untuk membuat pengubahsuaian dari segi bahan dan allergen didalam makanan. Tambahan pula dari segi model perniagaan Spyce berjaya menghasilkan sesuatu yang mampu milik dan berteknologi kehadapan sebagai tarikan kepada pelanggan. Keberjayaan innovasi ini masih lagi belum boleh dinilai sepenuhnya kerana usia perniagaan yang masih baru. Ujian sebenar mana-mana restoran baru hanyalah boleh diuji setelah beroperasi selam dua tahun seperti saranan kebanyakan kajian tentang keberjayaan restoran yang lalu. Kekurangan sentuhan interpersonal juga mungkin adalah satu kebimbangan apabila restoran yang tergolong didalam industri hospitaliti juga tidak dapat lar...


Similar Free PDFs