BPM3012 (adidas) DOCX

Title BPM3012 (adidas)
Author Ainnur Asyiqin
Pages 1
File Size 6.4 MB
File Type DOCX
Total Downloads 497
Total Views 863

Summary

Nama Tajuk Syarikat : adidas b) Latar belakang syarikat. ADI DASSLER Pada tahun 1920, Adi (Adolf) Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut olahraga. Kerana kualiti kasut yang dihasilkannya tinggi, perniagaan kecil-kecilan tersebut berjaya membuahkan hasil. Pada tahun 1924, Adi Dassl...


Description

Nama Tajuk Syarikat : adidas b) Latar belakang syarikat. Pada tahun 1920, Adi (Adolf) Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut olahraga. Kerana kualiti kasut yang dihasilkannya tinggi, perniagaan kecil-kecilan tersebut berjaya membuahkan hasil. Pada tahun 1924, Adi Dassler bersama saudaranya Rudolf Dassler membina Dassler Brothers OGH. Komitmen yang diberikan oleh Adi Dassler dalam mematikan kualiti kasut, menjadikan Dassler Brothers sebagai prosuder kasut olahraga, kasut hasil dari rekaan mereka turut menjadi terkenal dan sering dipakai oleh atlet lagenda untuk sukan olimpik. Jesse Owen, menjadi johan atlet di sukan Olymphic Berlin pada tahun 1936 dalam pada waktu yang sama Jesse Owen memakai kasut buatan Dassler Brothers. Pada tahun 1948, Adi dan Rudolf memutuskan untuk berpisah dan membuat keluaran kasut mereka sendiri. Rudolf membuat jenama Puma dan Adolf (Adi) membuat jenama adidas yang terhasil daripada gabungan namanya Adi Dassler. Kemajuan bidang penyiaran adidas didukung oleh bidang penyiaran dan televisyen, adidas mendapat keuntungan daripada menjadi rakan kongsi syarikat olahraga seperti acara olimpik atau bola sepak, ini kerana logo tiga garis adidas mudah dikenali meskipun dari jauh. Adidas mendaftarkan logo tiga garis sebagai logo adidas yang rasmi. Pada tahun 1948, logo tiga garis mula digunakan. Tahun 1972, logo adidas mengalami perubahan dengan mengenakan 'Trefoil logo' iaitu logo tiga daun serangkai yang bermaksud 'olimpik menghubungkan tiga benua'. Pada tahun 1996, adidas mengenakan konsep "We knew then-we know now" yang bermaksud kejayaan masa lalu dan kecemerlangan sehingga kini. Logo yang dikekalkan sehingga kini ialah logo tiga blok senget yang berbentuk dakian melambangkan maksud kekuatan, daya tahan diri serta masa hadapan. Sehingga kini setelah melepasi carta dunia daripada syarikat puma dan Reebok, adidas berjaya menempah nama sebagai keluaran olahraga kedua selepas Nike sehingga kini. Adidas menjadi salah satu jenama tetap yang digunakan oleh para atlet di olimpik seluruh dunia. Peralatan yang dikeluarkan adidas memperkekanlkan kualiti peralatan dan buatan yang tinggi. Logo yang digunakan adidas turut terlibat dalam segi promosi apabil pelanggan mengenali dan mengetahui jenama adidas melalui logo mereka. Adidas kini diklasifikasikan sebagai "All day I dream about sport". Kini, adidas mengeluarkan produk buat pakaian dan aksesori bahkan kasut untuk berjalan juga mula mengular dan menjadi trend buat para remaja. ADI DASSLER...


Similar Free PDFs