Business Plan(Ah Cedapp) sedaapp nawww PDF

Title Business Plan(Ah Cedapp) sedaapp nawww
Author Muhymin M
Course entrepreneur
Institution Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Pages 30
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 40
Total Views 510

Summary

DPB2012 – ENTREPRENUERSHIPNAMA SYARIKAT – AHCEDAPP ENTERPRISENAMA PENSYARAH: CIK NORDALILAH BINTI WAHABMOHAMAD ARSYAD BIN ISMAIL 02DTM18FMUHAMMAD FAIZZUDIN SHAH BIN M FADZILFATHULLAH02DTM18FMOHAMMAD NAEILUL AMAR BIN MOHD SUNAZ 02DTM18FROBAATUL ADHAWHIYAH BINTI MOHAMADAZHAR02DTM18FCover letterTarikh:...


Description

DPB2012 – ENTREPRENUERSHIP

NAMA SYARIKAT – AHCEDAPP ENTERPRISE

NAMA PENSYARAH: CIK NORDALILAH BINTI WAHAB

MOHAMAD ARSYAD BIN ISMAIL

02DTM18F2047

MUHAMMAD FAIZZUDIN SHAH BIN M FADZIL FATHULLAH

02DTM18F2023

MOHAMMAD NAEILUL AMAR BIN MOHD SUNAZ

02DTM18F2038

ROBAATUL ADHAWHIYAH BINTI MOHAMAD AZHAR

02DTM18F2053

1

Cover letter Tarikh: 15 Mei 2021 Subjek: Surat Rancangan Perniagaan Tuan/puan, Saya Mohamad Arsyad bin Ismail, selaku Pengurus syarikat ini iaitu AhCedapp Enterprise menulis surat ini untuk disampaikan kepada tuan/puan rancangan perniagaan dengan harapan tuan/puan dapat mempertimbangkan persetujuan sehingga syarikat ini dapat beroperasi. Saya amat berbesar hati melampirkan rancangan perniagaan syarikat ini. Oleh itu, kami telah melampirkan secara terperinci mengenai perniagaan, rancangan pemasaran, rancangan kewangan dan rancangan pentadbiran yang diperlukan. Saya amat menantikan kerjasama tuan/puan demi menjayakan syarikat kami ini iaitu AhCedapp Enterprise pada masa terdekat dan bulan-bulan yang akan dating. Sebarang komen, pertanyaan atau pemberitahuan, boleh hubungi saya di [email protected] dan 01123734590. Terima kasih. Yang Benar, Pengurus Syarikat. (Mohamad Arsyad Bin Ismail)

2

Isi Kandungan Bil. 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0

Butiran Pengenalan Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan Latar Belakang Syarikat Latar Belakang Pemilik Latar Belakang Proposal Projek Rancangan Pengurusan / Organisasi / Pentadbiran Rancangan Pemasaran Rancangan Operasional Rancangan Kewangan / Analisis Jadual Pelaksanaan Projek Kesimpulan Dokumen Sokongan

Muka surat 5-7 7 7 8-11 12 13 - 19 19 – 23 23 – 25 26 27 28 29 - 30



RINGKASAN EKSEKUTIF AhCedappEnterprise merupakan satu perniagaan yang memprosesan Keropok Lekor Sejuk beku. Kami juga menawarkan Penghantaran secara Tunai (COD) perkhidmatan dan kami juga mengambil Agen dan Dropship dari setiap tempat khasnya di Pulau Pinang kerana syarikat kami terletak di situ. Namun begitu di negeri lain juga kami mengambil dalam beberapa sahaja dan bagi setiap Zon Barat, Zon Timur, Zon Selatan 3

dan Zon Barat, kesemuanya mempunyai wakil setiap negeri. Selain itu, Keropok Lekor Sejuk beku kami dihasilkan daripada ikan segar dan tepung kerana dua bahan ini adalah bahan utama dan bahan bahan kami akan diambil daripada pembekal yang dipercayai.

Perniagaan kami ini dimiliki secara Perkongsian antara rakan sekerja dan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Pengurusan (Manager) – Mohamad Arsyad Bin Ismail. Bahagian Aliran Tunai (Financial) – Mohammad Naeilul Amar Bin Mohd Sunaz, Bahagian pemprosesan dan pengeluaran (Production) – Muhammad Faizzudin Shah Bin M Fadzil Fathullah dan bagi bahagian pemasaran perniagaan kami (Marketing) – Robaatul Adhawhiyah Binti Mohamad Azhar.

Perniagaan kami ini dilakukan di beberapa tempat di beberapa negeri iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Johor. Disamping itu, ia bergantung kepada agen dan dropship di setiap kawasan dan tempat tersebut. Jumlah modal yang disumbangkan setiap seorang adalah RM 35 000 seorang dan jumlah keseluruhan yang dikumpulkan oleh kami ialah sebanyak RM 140 000.



1.0 PENGENALAN 1.1

Nama Syarikat

AhCedapp Enterprise 1.2

Kelebihan Syarikat 4

Syarikat yang telah ditubuhkan ini diterapkan dengan kaedah yang sanggup menanggung risiko daripada pelbagai aspek. Ini kerana, Syarikat kami amat produktif dalam membuat pekerjaan dengan menawarkan perkhidmatan makanan yang mudah untuk dimakan oleh pelbagai umur dan bangsa serta daripada keperluan pelanggan. Kami percaya bahawa Keropok Lekor Sejuk beku kami ini dapat mengembalikan kenangan terindah bersama keluarga mahupun kawan kawan yang lain kerana kebiasaanya ia dijadikan juadah ketika waktu santai dan sebagai pencuci mulut sesetengah individu. Seperti yang semua sedia maklum, dalam pengeluaran Keropok Lekor Sejuk beku ini kebiasaanya menjadi rebutan terutama golongan yang gemar akan Keropok Lekor , jadi kami telah menyediakan perkhidmatan COD 'Cash on Delivery' kerana sebahagian pelanggan ada yang mempunyai masalah dari segi jarak dan masa. Jadi, Syarikat kami ini telah menyediakan perkhidmatan COD dan juga akan sentiasa meneliti dari segi agen dan dropship yang telah ditetapkan kerana syarikat kami tidak akan membiarkan pelanggan tertunggu tunggu Keropok Lekor Sejuk beku kami ini.

1.3

Profil Industri

Syarikat AhCedapp Enterprise ini dimiliki oleh Empat orang iaitu rakan sekerja yang terdiri daripada Tiga orang lelaki dan seorang Perempuan dan kesemuanya dalam pelbagai bidang yang lebih kepada bahagian makana. Selain itu, nama syarikat kami AhCedapp Enterprise telah dijadikan sebagai nama rasmi yang akan membuat masyarakat mengenali syarikat kami dan produk yang kami telah keluarkan ini, jadi ia adalah salah satu kelebihan syarikat kami. Walaupun kami memproses Keropok Lekor Sejuk beku tetapi ianya bukanlah perkara yang biasa kerana produk kami sentiasa akan mendapat sambutan khasnya dari pelanggan yang menggemari juadah ringan ini.

1.4

Lokasi Syarikat

Syarikat kami yang rasmi terletak di Zon Utara iaitu di Pulau Pinang yang beralamat di 32, Lorong Mak Mandin 5/3, Mak Mandin, 13400 Butterworth, Pulau Pinang. Namun begitu kami juga mempunyai agen dan dropship serta beberapa pasaraya terpilih di tiga negeri Zon Barat, Zon Timur dan Zon Selatan iaitu di Selangor, Pahang dan Johor.

1.5

Tarikh Ditubuhkan

10 Februari 2018

1.6

Faktor Dalam Memilih Usaha Yang Dicadangkan 5

Kami telah sebulat suara untuk menubuhkan perniagaan yang ‘ready to eat’ dan juga merupakan makanan ringan kerana ia merupakan peluang dan berpotensi untuk menjana keuntungan kami di dalam kemahiran dan bidang masing-masing yang mempunyai banyak kelebihan. Selain itu, terdapat beberapa sebab kenapa kami memutuskan untuk menubuhkan perniagaan Keropok Lekor Sejuk beku yang dikenali syarikat kami sebagai AhCedapp Enterprise Ini kerana, kami melihat bahawa bidang dan kemahiran yang dimiliki oleh setiap orang itu mempunyai lebih banyak kelebihan yang dapat meluaskan lagi perniagaan kami di masa yang akan datang. Bukan itu sahaja, kami juga memberi masyarakat diluar sana sebagai peluang pekerjaan mereka iaitu yang dipanggil sebagai kerja sampingan. Oleh sebab itu, kami tetap mencari agen dan dropship di beberapa negeri dan dalam masa yang sama kami telah meringankan beban masyarakat di luar sana terutama golongan remaja atau pelajar kerana kebiasaanya golongan ini yang gigih untuk mencari duit tambahan untuk menyara kehidupan harian mereka. Selain itu, idea tercetusnya untuk membuka dan memprosesan Keropok Lekor Sejuk beku ini membuatkan sebilangan besar daripada masyarakat kita yang mempunyai keinginan untuk merasai makanan ringan ini dan juga Keropok Lekor ini kebiasaanya menjadi tumpuan oleh mereka yang selalunya waktu bekerja dan lunch hour dan kebiasaanya pekerja yang hendak membeli akan tertumpu pada peniaga kecil kecilan yang berniaga, sekaligus syarikat kami dapat membantu golongan peniaga kecil juga. Disebabkan ini, kami tetap untuk mencuba bahawa golongan remaja atau student ini dapat membekalkan Keropok Lekor Sejuk beku ini kepada golongan peniaga kecil kerana dari sini mereka juga akan mendapat keuntungan mengikut apa yang mereka tempah. Di samping itu, kami telah membuat kajian bahawa Kawasan syarikat kami terutamanya berada di Kawasan yang strategik dan mudah untuk pelanggan mencari. Begitu juga di beberapa negeri di Selangor, Pahang dan Johor.

1.7 Prospek Perniagaan Untuk Masa Depan Prospek perniagaan kami ialah perlu seimbangkan dari segi aliran tunai kerana kebiasaanya dalam menjalankan sesuatu perniagaan ia akan menjadi masalah dari segi Kewangan sesuatu perniagaan. Hal ini juga kami perlu mempunyai ciri ciri dimana sanggup menerima risiko samaada Syarikat kami ini dapat diperluaskan lagi ke seluruh negeri di Malaysia ini kerana ia adalah salah satu cadangan kami jika perniagaan kami berkembang dan maju serta dapat sambutan dari masyarakat. Jadi kami berhasrat akan terus membantu orang luar di sana dan dalam masa yang sama memperbaiki segala 6

kekurangan yang dihadapi oleh Syarikat kami samaada di dalam atau di luar syarikat kami. Di samping itu, kami juga akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami dan akan terus memberikan kualiti yang terbaik serta kami juga akan sentiasa melatih kesemua pekerja kami yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang pemprosesan dan pengeluaran Keropok Lekor Sejuk beku ini. Selain itu, cadangan kami pada masa yang akan datang ingin memperluaskan lagi produk kami ke luar negara .

2.0 TUJUAN MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN Rancangan perniagaan ini telah disediakan sebagai panduan untuk menguruskan perniagaan kami. Ini kerana, syarikat yang ditubuhkan memerlukan panduan kerana ia sangat penting untuk membantu kita memahami kriteria perniagaan makanan dan komponen syarikat yang berfungsi dalam penubuhan perniagaan serta dapat untuk mencapai matlamat dan objektif syarikat tersebut.

3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT Ahcedapp Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 2018 oleh kami berempat. Sebelum Ahcedapp Enterprise ditubuhkan kami berempat telah berbincang dan sebulat suara ingin menamakan perniagaan kami dengan nama Ahcedapp Enterprise. Setelah kami berbincang tentang nama syarikat, kami pula berbicang tentang produk yang ingin kami pasarkan. Kami ingin memasarkan produk yang mudah untuk didapati dari pembekal dan juga mudah untuk para pembeli menyediakan. Dan akhirnya kami sebulat suara ingin menjual Keropok Lekor Sejuk beku. Ini kerana, keropok lekor amat mudah untuk disediakan untuk dijadikan makan petang Bersama keluarga dan kawan kawan, ia juga agak popular dan boleh dimakan dikalangan semua jenis peringkat umur.

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK SYARIKAT

MANAGER

7

Nama: Mohamad Arsyad Bin Ismail No kp: 951018-05-0547 Alamat semasa: Taman Sri Nervillia, Seksyen 31/166 Kota Denai, 40460 Shah Alam, Selangor Alamat email: [email protected] Nombor telefon: 01123734590 Tarikh lahir: 18 Oktober 1995 Umur: 25 Status diri: bujang Kelayakan akademik: SPM, Diploma Teknologi Makanan Kursus yang dihadiri: Pengurusan Pemprosesan Makanan (2018), Kursus Pengendali Makanan (2019) Kemahiran: Dapat memberi komitmen yang tinggi dalam organisasi yang dijawat dan pernah dianugerahkan sebai Pengurus terbaik McDonald Pengalaman: Pengurus McDonald Sumbangan modal: RM35 000

FINANCIAL 8

Nama: Mohammad Naeilul Amar bin Mohd Sunaz No kp: 961121-14-1069 Alamat semasa: Lot 3058 Kampung Sungai Salak, Batu 9 Gombak, Selangor Alamat email: [email protected] Nombor telefon: 011 64085310 Tarikh lahir: 21 November 1996 Umur: 25 Status diri: Bujang Kelayakan akademik: SPM, Diploma Teknologi Makanan Kursus yang dihadiri: Kursus Pengendali Makanan (2018), Kursus Peramalan Aliran Tunai dan Khidmat nasihat pelanggan(2019) Kemahiran: Mampu memberi kerjasama yang baik dan boleh memberikan komitmen yang maksima Pengalaman: Pengurus Restoran Sumbangan modal: RM35 000

PRODUCTION 9

Nama: Muhammad Faizzudin Shah bin M Fadzil Fathullah No kp: 970428-10-1572 Alamat semasa: Bt21 Kampung Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor Alamat email: [email protected] Nombor telefon: 0176576711 Tarikh lahir: 28/04/1997 Umur: 24 Status diri: Bujang Kelayakan akademik: SPM, Diploma Teknologi Makanan Kursus yang dihadiri: Kursus Pengendali Makanan (2018), Secretial and Administrative Professionals Conference (2019) Kemahiran: Boleh bekerja secara berkumpulan Pengalaman: KRU Mcdonald, QC inspection food industry Sumbangan modal: RM35 000

MARKETING 10

Nama: Robaatul Adhawhiyah Binti Mohamad Azhar No kp: 991008-07-5016 Alamat semasa: D-1-19 Pangsapuri Pauh Damai, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang Alamat email: [email protected] Nombor telefon: 0199605107 Tarikh lahir: 08/10/1999 Umur: 22 Status diri: bujang Kelayakan akademik: Spm, Sijil Kemahiran Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Diploma Teknologi Makanan Kursus yang dihadiri: Kursus Pengendali Makanan (2018), Kursus Pemasaran (2019) Kemahiran: Fasih dalam bercakap Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Bekepimpinan dan mudah berkomunikasi dengan orang ramai Pengalaman: KRU Coolblog Malaysia, Pembantu pemasaran syarikat KADYN Sumbangan modal: RM35 000

6.0 LATAR BELAKANG PROPOSAL PROJEK

Lokasi kilang: 11

Ahcedapp Enterprise terletak dikawasan perkilangan di Makmandin, Pulau Pinang.

Harga premis: Harga premis yang telah ditetapkan dan dibeli secara perkongsian modal antara kami adalah sebanyak RM 40 000.

Jarak dari kilang ke tempat membeli bahan mentah: Syarikat kami tidak membeli barangan mentah dipasar raya, tetapi kami menempah dari pembekal dan ia akan menghantar bahan bahan tersebut ke kilang kami.

Bilangan pekerja: Bilangan pekerja yang diperlukan dalam syarikat kami seramai 200 orang sahaja dalam bidang-bidang yang tertentu.

Pengangkutan: Kami menggunakan lori sejuk beku untuk menghantar Keropok Lekor Sejuk beku ke agen dan dropship kami serta pasaraya yang melanggan produk kami.

Jarak penghantaran dari kilang ke pelanggan: Kami membuat penghantaran ke seluruh pasar raya di dalam negara iaitu di 4 Zon di Malaysia menggunakan lori sejuk beku yang telah sedia ada.

Kemudahan asas (Elektrik, Air dan Sebagainya): Kami mendapat semua bekalan tersebut dengan cukup dan telah membayar kepada pihak yang sepatutnya pada setiap bulan mengikut jumlah bayaran yang dikenakan. 6.0 Rancangan Pengurusan / Organisasi / Pentadbiran 6.1 Objektif, Visi dan Misi Organisasi Rajah A menunjukkan Logo, Visi, Misi dan Objektif AhCedapp Enterprise. 12

LOGO

Memastikan kualiti produk sebagai  keutamaan pelanggan .

Menyediakan peluang pendapatan dan  pekerjaan pada komuniti disamping  mempergiatkan aktiviti Ekonomi di  sesuatu kawasan.

Berwawasan menjadi syarikat terunggul  alam pemasaran berasaskan makanan  Sejuk beku .                                                                                RAJAH A

13

6.2 CARTA ORGANISASI 6.3



Pengurus Syarikat

Pengurus Kewangan

Pengurus Pengeluaran

Pengurus Pemasaran

Perancangan Manpower AhCedapp Enterprise mempunyai empat rakan dan mereka menguruskan perniagaan seperti yang ditunjukkan dalam jadual dibawah. Perancangan Manpower yang disenaraikan adalah seperti yang dilampirkan: Jawatan Pengurus Syarikat Pengurus Kewangan Pengurus Pengeluaran Pengurus Pemasaran

Bilangan 1 1 1 1

14

6.4 Jadual Tugas dan Tanggungjawab Setiap pengurus dan pekerja haruslah mempunyai sikap tanggungjawab dalam menjalankan operasi perniagaan. Ia nya amat penting bagi setiap pengurus untuk mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka di dalam syarikat kerana ia akan membimbingnya dalam menyelesaikan tugas mereka. Jadual dibawah menerangkan tugas dan tanggungjawab setiap jawatan. Fungsi dan tanggungjawab berikut telah dikenalpasti dan akan diberikan kepada individu masing-masing untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.

Jawatan / Tugas Pengurus Syarikat

Pengurus Kewangan

Pengurus Pengeluaran

Pengurus Pemasaran

Tanggungjawab • Memastikan objektif dan misi syarikat dapat dicapai mengikut rancangan. • Menyokong dan memberimotivasi kepada pekerja dalam organisasi atau program dan operasi. • Menganalisis laporan bulanan setiap jabataan. • Menganalisis belanjawan modal mengenai asset yang perlu dibeli atau sebaliknya. • Merangka, membuat perkiraan, serta mengatur strategi kewangan. • Merancang, menyusun, mengarah, mengawal segala aktiviti berkaitan dengan penghasilan produk dan perkhidmatan melalui satu proses transformasi input kepada output. • Menetapkan rancangan pemasaran yang strategic untuk syarikat dan mengenalpasti peluang pemasaran baru. • Analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) • Mempromosi produk dan perkhidmatan perniagaan kepada pelanggan.

15

6.5 Pelan Imbuhan Untuk syarikat kami, kami memilih skim KWSP untuk diberikan kepada semua pekerja. Jadual dibawah menunjukkan rancangan imbuhan setiap pekerja di AhCedappEnterprise yang dilampirkan adalah seperti yang berikut:   JAWATAN

BILANGAN PEKERJA

GAJI BULANAN (RM)

SUMBANGAN KWSP (12%) (RM)

SOCSO (2%)

JUMLA H (RM)

PENGURUS SYARIKAT 

1 

3500 

420 

70 

3990 

PENGURUS KEWANGAN  PENGURUS PENGELUARAN PENGURUS PEMASARAN  JUMLAH 

1 

2700 

324 

54 

3078 

1 

1900 

228 

38 

2166 

1 

1900 

228 

38 

2166 

4 

10000 

1200 

200 

11400 

   

6.5.1 Gaji Upah atau gaji pokok akan dibayar secara tunai seperti yang ditetapkan dalam kontrak pekerjaan. Upah akan dibayar sebulan sekali kepada pekerja dan pembayaran akan dibayar pada akhir bulan. Gaji akan didebitkan ke akaun mereka pada 26 hari bulan setiap bulan. Sebarang kenaikan gaji akan ditentukan oleh pihak pengurusan. Gaji akan diberikan kepada semua pekerja berdasarkan kelayakan dan pengalaman bekerja.

6.5.2 Caruman KWSP dan PERKESO KWSP adalah simpanan wajib bagi pekerja sehingga mereka akan mempunya wang untuk menampung diri mereka setelah mereka bersara. Sebagai garis panduan umum, majikan diminta mencarum sekurang-kurangnya 12% dari gaji pokok pekerja. Perniagaan AhCedapp Enterprise juga memberikan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk memastikan pekerja mendapat pampasan atas kemalangan atau penyakit yang berkaitan dengan pekerjan. 16

6.5.3 Waktu Bekerja Setiap pekerja yang berkerja dalam syarikat AhCedapp Enterprise harus bekerja selama 8 jam sehari, bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Sabtu. Kami juga memberikan waktu rehat kepada pekerja dari jam 1.00 petang sehingga 2.00 PM . Selain itu , pekerja boleh membuat ‘overtime’ ataupun kerja lebih masa mengikut keadaan tempat bekerja.

6.5.4 Elaun Perubatan Elaun perubatan akan diberikan kepada pekerja sekiranya sakit.

6.5.5 Insurans Perlindungan insurans akan diberikan kepada semua pekerja, premis, dan juga pengangkutan.

6.5.6 Bonus Bonus akan diberi bergantung kepada prestasi kerja.

6.5.7 Pampasan dan Faedah kepada pekerja Pampasan dan faedah diberikan kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi dan kepuasan kerja mereka.  

6.5.8 Cuti Semua pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu.

6.5.9 Cuti tahunan dan cuti sakit Setiap pekerja akan diberi cuti tahunan sebanyak 14 hari. Dari segi cuti sakit pula, sijil perubatan (MC) mesti diluluskan oleh pengawai perubatan berdaftar. Sekiranya pekerja dimasukkan ke hospital, mereka berhak mendapat cuti sakit 17

selama 60 hari di mana gajinya akan dibayar . Tetapi sekiranya pekerja dimasukkan ke hospital lebih dari 60 hari, gajinya tidak akan dibayar ( Cuti tanpa gaji )  

6.6 Senarai peralatan dan bekalan pejabat Senarai peralatan dan bekalan: Bilangan 

Jenis Peralatan

Senarai Peralatan Kuantiti 

1 2 3 4 5 6 7 8

Meja  Kerusi  Mangkuk Komputer Peti sejuk beku Tong gas Dapur gas Lori

16 16 20 16 8 8 8 1

Harga seunit Jumlah kos (RM) (RM) 35 560 10 160 5 100 1500 24000 6000 48000 24 192 99 792 24000 24000                    Jumlah
...


Similar Free PDFs