CTU552 N Kumpulan 10- Dualisme PDF

Title CTU552 N Kumpulan 10- Dualisme
Author Adamm Nadzmi
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 20
File Size 334.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 68
Total Views 132

Summary

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAANUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, PUNCAK ALAMCTU 552 (BA2452B)FALSAFAH DAN ISU SEMASATAJUK:PENGARUH DUALISME DALAM PENGAMALAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:SATU PENGAMATAN AWALDISEDIAKAN OLEH:AMMAR MUSTAQIM BIN MOHAMED KAMAL 2020985609ASHLISYA MURSHED BINTI MUNIR 2020996537HARIZ A...


Description

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, PUNCAK ALAM

CTU 552 (BA2452B) FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TAJUK: PENGARUH DUALISME DALAM PENGAMALAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: SATU PENGAMATAN AWAL

DISEDIAKAN OLEH:

AMMAR MUSTAQIM BIN MOHAMED KAMAL

2020985609

ASHLISYA MURSHED BINTI MUNIR

2020996537

HARIZ AQIL BIN ELMEE

2020977133

IKLIL ALIFF BIN ROZLAN

2020988507

ILYAS BIN AB RAHIM

2020978777

SITI SAHIRA BINTI MOHAMMAD NOOR

2020964311

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD AZHAR

PENGESAHAN PENSYARAH PENGARUH DUALISME DALAM PENGAMALAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: SATU PENGAMATAN AWAL

DISEDIAKAN OLEH: AMMAR MUSTAQIM BIN MOHAMED KAMAL

2020985609

ASHLISYA MURSHED BINTI MUNIR

2020996537

HARIZ AQIL BIN ELMEE

2020977133

IKLIL ALIFF BIN ROZLAN

2020988507

ILYAS BIN AB RAHIM

2020978777

SITI SAHIRA BINTI MOHAMMAD NOOR

2020964311

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 – Falsafah dan Isu Semasa, khusus bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Semester 2, Universiti Teknologi MARA Cawangan Puncak Alam. Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.

Disahkan oleh:

__________________ Muhammad Hazim Bin Mohd Azhar Pensyarah Penilai CTU552

24 Mei 2020

ABSTRAK

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG RINGKAS KAJIAN Dualisme adalah satu ideologi yang lahir daripada intelektual Barat. Namun demikian, Dualisme kini bukan saja satu fahaman yang bertapak di benua tersebut, malah ia telah merebak dan berkembang ke seluruh dunia, termasuklah Asia Tenggara dan sebahagian besarnya adalah negara-negara Islam. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik beberapa aspek mengenai Dualisme. Antaranya konsep ideologi, faktor kelahiran dan tokoh pendokong, penyerapan di Malaysia dan cabaran, serta kesan dan kaedah untuk menangani Dualisme.

OBJEKTIF KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang kami perolehi. Antara objektif yang kami perolehi adalah mengenali dengan lebih lanjut mengenai konsep ideologi Dualisme. Selain itu, melalui kajian ini juga kami mendapat pendedahan tentang penyerapan Dualisme di Malaysia dan cabaran-cabaran Dualisme yang dihadapi oleh Malaysia. Seterusnya, kajian ini dapat menambahkan daya pemikiran kami dengan memikirkan secara kritis mengenai implikasi-implikasi Dualisme terhadap negara serta kaedah menangani Dualisme di Malaysia.

HASIL KAJIAN Berdasarkan kerja kursus ini, kami mendapati ideologi Dualisme banyak memberi impak yang negatif kepada rakyat Malaysia. Antaranya ialah negara-negara Islam seperti Malaysia amat mudah diserang oleh musuh-musuh Islam dari segi idea dan fahaman. Selain itu, umat Islam akan terjerumus berkiblatkan ideologi-ideologi Barat dalam merangka, merancang dan mengambil contoh peradaban Barat berbanding peradaban Islam. Disamping itu, ideologi Dualisme akan menyebabkan jati diri umat Islam akan luntur dan terjejas sehinggakan identiti sebagai contoh tradisi dan budaya dilupakan.

KESIMPULAN DAN CADANGAN Ideologi Dualisme ini amat membimbangkan kerana ideologi seperti ini dapat merosakkan keharmonian semua masyarakat tidak mengira bangsa, budaya serta Agama. Bagi yang beragama islam, ideologi Dualiseme juga dapat merosakkan akidah individu tersebut jika terlampau taksub dengan ideologi Dualisme. Oleh sebab itu, sewaktu menyiapkan kerja kursus ini, pelbagai cadangan dapat dikumpulkan oleh kami. Antaranya ialah, semua masyarakat hendaklah diberi pendedahan sebetulnya tentang keburukan Dualisme ini agar ideologi ini dapat dielakkan serta dihapuskan kerana ideologi Dualisme banyak memberi ancaman kepada orang Islam malahan kepada penganut agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu. Selain itu, pihak-pihak bertanggungjawab seperti agensi kerajaan dan sukarelawan bebas di Malaysia haruslah mengadakan kempen atau kelas motivasi kepada masyarakat sekeliling agar semua masyarakat dapat mengetahui maklumat-maklumat yang penting mengenai Dualisme.

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK ................................................................................................................................. 3 ISI KANDUNGAN .................................................................................................................... 5 1.0

KONSEP DAN IDEOLOGI DUALISME DALAM PENDIDIKAN ............................ 6

2.0

FAKTOR KELAHIRAN DAN TOKOH PENDATANG IDEOLOGI DUALISME .... 8

3.0

PENYEBARAN DUALISME DALAM PENDIDKAN DI MALAYSIA DAN CABARANNYA .......................................................................................................... 10

3.1

Cara penyebaran Dualisme di Malaysia .................................................................... 10

3.2

Cabaran Dualisme dalam pendidikan di Malaysia .................................................... 10

4.0

KESAN TERHADAP FAHAMAN DUALISME ........................................................ 12

4.1

Negara ....................................................................................................................... 12

4.2

Institusi ...................................................................................................................... 12

4.3

Masyarakat ................................................................................................................ 13

4.4

Individu ..................................................................................................................... 14

5.0

KAEDAH PENYELESAIAN DUALISME DALAM PENDIDIKAN ........................ 16

5.1

Pendidikan Bersepadu ............................................................................................... 16

5.2

Islamisasi Ilmu Pengetahuan ..................................................................................... 18

6.0

KESIMPULAN ............................................................................................................. 19

RUJUKAN ............................................................................................................................... 20

1.0

KONSEP DAN IDEOLOGI DUALISME DALAM PENDIDIKAN

Dualisme merupakan pandangan atau sistem falsafah yang menjelaskan semua fenomena realiti sebagai perkara yang mengandungi dua elemen tidak terpisah. Menurut kamus Dewan Bahasa & Pustaka Edisi Keempat, Dualisme membawa masksud kepada 1. Fahaman yang berasaskan dua prinsip yang saling bertentangan seperti antara kebaikan dan kejahatan, dan juga antara terang dan gelap 2. Keadaan apabila wujud dua sifat yang ketara saling bertentangan pada diri seseorang. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005) Pendidikan dari segi Bahasa membawa maksud kepada proses belajar dan mengajar; pengalaman menerima (ajaran, latihan, didikan) bentuk, kaedah, perihal mendidik (dalam ajaran, latihan, didikan). Manakala ilmuwan Barat menegaskan segala proses untuk memajukan sikap serta nilai baik yang menjadi amalan dalam sesebuah masyarakat kepada setiap individu yang hidup dalam kelompok tersebut. Golongan humanis mentafsirkan Pendidikan merupakan suatu proses mental, emosi dan perkembangan moral yang terus menerus sebagai permulaan kearah kualiti kehidupan yang membantu manusia untuk melihat perbezaan perundangan dan hubung kait pelbagai pandangan di antara satu sama lain. Islam pula menyatakan pendidikan ialah Al-Tarbiyah, yang berasal dari akar kata “Rab” yang memberi dua makna iaitu Tuhan dan yang mendidik alam. Pendidikan merupakan sesuatu perkara yang amat penting dan mencabar dalam kehidupan manusia. Tanpa pendidikan, manusia tidak akan mengenal huruf, tidak dapat membaca dengan baik, dan tidak mungkin dapat mencetuskan pelbagai idea yang bernas terhadap sesuatu keadaan. Tuntutan untuk menuntut ilmu ini berada pada tahap yang tinggi apabila sudah dinyatakan di dalam Al-Quran yang pada mulanya diturunkan kepada Rasulullah SAW berkaitan kepentingan menuntut ilmu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” [Al-Alaq: 1-5]

Permasalahanya ialah apabila tamadun manusia berkembang, tradisi keilmuan mula terpisah kepada dua yang menyebabkan pengasingan konsep ilmu duniawi dan ukhrawi. Inilah yang dimaksudkan dengan Dualisme dalam sistem pendidikan. Sistem Dualisme dalam pendidikan boleh dikatakan telah diterapkan oleh semua negara umat Islam di dunia pada zaman modenisasi ini. Terhadap beberapa pandangan berkaitan dengan Dualisme di dalam sistem pendidikan di Malaysia:

(a) … wujudnya dua sistem Pendidikan yang berbeza iaitu sistem Pendidikan tradisional Islam dan sistem Pendidikan moden. Sistem Pendidikan tradisional islam lebih menumpukan perhatiannya terhadap ilmu – ilmu keagamaan dengan mebgabaikan ilmu – ilmu moden. Manakala sistem pendidikan moden hanya menitikberatkan ilmu-ilmu moden dengan mengabaikan ilmu-ilmu keagamaan. (Abdul Halim Ramli, dalam rencana tulisannya, Memecah Dualisma Harmoniskan Ilmu: Reformasi Sistem Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Mohamad Abduh dan Sayyid Ahmad Khan).

(b) ...masalah masyarakat Islam rata-rata, bukan sahaja di Malaysia, ialah kita telah mewujudkan Dualisme di antara ilmu wahyu atau naqliah dengan ilmu aqliah ataupun ‘science’. (Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu).

(c) ...program pendidikan yang dimajukan di Barat tidak sesuai untuk masyarakat negara ini kerana program tersebut mengamalkan prinsip Dualisme dan sekularisme yang memisahkan ilmu keduniaan dan ilmu agama. (Nik Azis Nik Pa, dalam bukunya, Program Pendidikan pintar Cerdas: Teori dan Praktik).

Berdasarkan tiga definisi di atas, Dualisme dalam pendidikan secara ringkasnya ialah pengasingan di antara ilmu agama dengan ilmu selain agama, iaitu ilmu yang mempunyai pelbagai definisi, ilmu moden oleh Abdul Halim Ramli, ilmu sains oleh Datuk Seri Najib dan ilmu keagamaan oleh Nik Azis.

2.0

FAKTOR KELAHIRAN DAN TOKOH PENDATANG IDEOLOGI DUALISME

Dalam diskusi filsafat, fahaman Dualisme dianggap suatu versi dari pahaman idealisme. Dualisme adalah konsep yang menyatakan adanya dua bahan yang mendasari dunia. Dalam pandangan tentang hubungan antara jiwa dan raga, Dualisme menuntut bahawa fenomena mental adalah entiti non-fizik. Dualisme mula wujud sejak zaman Plato (427-347 SM), namun istilah Dualisme sendiri baru secara umum diguna pakai sejak Thomas Hyde memperkenalkan istilah ini sekitar tahun 1700 untuk menerangkan konflik antara baik dan jahat, yakni antara Omzard dan Ahriman, iaitu dalam kepercayaan Zoroastrianisme. Zoroastrianisme adalah kepercayaan masyarakat Iran kuno yang diamal pada abad ke-7 SM (Bagus, 2002). Christian Wolff (1679-1754), seorang filosof Jerman menerapkan istilah tersebut secara rasmi untuk menunjukkan penentangan metafisis antara pikiran dan material. Istilah Dualisme semenjak itu menjadi istilah filsafat dan diterapkan pada banyak penentangan dalam agama, metafizik dan epistemologi. Bukan hanya Wolff, René Descartes (1641), juga berpendapat pemikiran adalah bahan non-fizik. Descartes adalah orang yang pertama kali mengubah suai ideologi Dualisme dan mengenal pasti dengan lebih jelas tentang pemikiran dengan kesedaran dan membezakannya dengan otak, sebagai ruang kepintaran. Pendapat Descartes yang nyata itu adalah akal sebagai bahan yang berfikir (substance that think) dan material sebagai bahan yang memenuhi ruang (extended substance). Secara tidak langsung, pendapat Descartes menememukan kepada konsep Dualisme dalam pendidikan, iaitu sekolah umum yang memperoleh sokongan pemerintah dan menjadi tanggungjawab kementerian pendidikan, madrasah dan sekolah pondok.

Berkembangnya peradaban manusia telah mengubah sistem kehidupan manusia termasuklah sistem pendidikan. Kemunculan pendidikan moden telah mewujudkan pendidikan bersifat sekular iaitu sistem pendidikan yang menyamakan cara pengajaran ilmu-ilmu agama dan ilmu bukan agama, dengan kata lain pengetahuan yang sangat skeptik. Tujuan pendidikan seperti ini tidak dapat menyeimbangkan antara intelek, emosi, jasmani dan rohani. Oleh Sebab itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Dualisme pendidikan, maka individu perlu memahami dari aspek sejarahnya, kerana sejarah Dualisme berkait rapat dengan berlakunya sistem pendidikan tradisional dan moden yang dalam banyak hal saling bertentangan, sehinggakan muncul masalah besar terhadap negara, masyarakat, institusi dan individu.

3.0

PENYEBARAN DUALISME DALAM PENDIDKAN DI MALAYSIA DAN CABARANNYA 3.1

Cara penyebaran Dualisme di Malaysia

Dualisme Pendidikan mula meningkat naik ketika zaman penjajahan pihak barat yang terdiri daripada negara-negara membangun seperti negara British, Portugis dan Belanda di kebanyakan negara Islam. Sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu, Pendidikan Al-Quran dan Agama adalah satu-satunya sistem Pendidikan di Tanah Melayu. Raja-raja Melayu menerapkan sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu dan diikuti oleh rakyat. Sistem Pendidikan Islam menjadikan masjid-masjid, madrasah dan sekolah pondok sebagai pusat penyebaran pendidikan berasakan agama. Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, British telah menerapkan sistem Pendidikan sekular moden untuk mempengaruhi fikiran orang Islam. Penjajah British telah menempatkan institusi pertama sistem pendidikan barat iaitu Penang Free School pada tahun 1816. Walaubagaimanapun, sistem sekular tidak berjaya mematahkan sistem pendidikan Islam yang sudah lama bertapak di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, wujudnya Dualisme dalam pendidikan di Malaysia sehingga hari ini. 3.2

Cabaran Dualisme dalam pendidikan di Malaysia

Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam menangani Dualisme pendidikan adalah pendekatan yang terlalu bersifat fizikal dan mekanikal. Pendekatan seperti ini lebih terjerumus kepada konsep profesionalisme, kepakaran dan pengkhususan dalam bidang yang diperlukan dalam alam pekerjaan. Melalui pendekatan yang terlalu bersifat fizikal dan mekanikal mengakibatkan matlamat pendidikan untuk membangunkan insan yang bermoral, berakhlak, beradab dan berhikmah semakin terpinggir. (Tajul Ariffin Noordin & Nor 'Aini Dan, 2002) Seterusnya, cabaran yang dihadapi Malaysia dalam membendung dualisme adalah untuk mengembalikan wajah pendidikan berteraskan Islam. Hal ini disebabkan pendidikan di negara-negara Islam terjajah dengan cara pemikiran barat yang hanya memberi tumpuan terhadap aspek keduniaan. Konsep pemikiran barat menegaskan bahawa tuntutan duniawi mesti dilaksanakan semaksima mungkin, selagi manusia itu masih bernyawa dan tiada apa-apa lagi yang berguna selepas kematian. Konsep

pemikiran barat juga hanya berteraskan kepada aspek manusia kepada manusia, manusia kepada alam tetapi tidak mengambil kira hubungan manusia kepada Tuhan. Konsep ini akan mengakibatkan penolakan terhadap ajaran Agama Islam dan kepercayaan kepada Allah S.W.T. Akhir sekali, negara Malaysia terpaksa mengharungi cabaran Dualisme dalam pendidikan iaitu pemisahan antara pengetahuan hukum dan perkembangan moden sains barat. Konsep Dualisme ini telah mengakibatkan para ulama jahil tentang alam dan para intelektual tidak begitu berpengatahuan dalam bidang undang-undang Islam.

4.0

KESAN TERHADAP FAHAMAN DUALISME 4.1

Negara

Sistem Dualisme pendidikan yang dilaksanakan di negara ini memberi dua impak berbeza iaitu dari sudut kebaikan dan juga keburukan. Walaubagaimanapun, sistem pendidikan Dualisme terhadap negara ini sebenarnya lebih cenderung ke arah kesan positif berbanding kesan negatif. Kelebihan sistem Dualisme boleh dilihat melalui tujuan asal sistem Dualisme diwujudkan adalah untuk mewujudkan negara yang menekankan sesuatu bidang pembelajaran agar dapat melahirkan manusia-manusia yang arif terhadap sesuatu bidang. Dalam memastikan sesuatu pengetahuan itu dapat difahami dengan lebih mendalam oleh para penuntutnya, penumpuan yang jitu merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Oleh yang demikian, negara yang berjaya mengasingkan sesuatu ilmu dengan ilmu yang lain dapat menjamin penguasaan maksima pengetahuan seseorang individu tersebut dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan pendidikan di Malaysia. Kesan negatif terhadap sistem Dualisme di Malaysia pula adalah sistem pendidikan negara yang sukar dinilai disebabkan perbezaan matlamat setiap sistem pendidikan. 4.2

Institusi

Kesan ideologi Dualisme terhadap institusi pendidikan adalah penggubalan semula atau penyemakan kurikulum pada semua peringkat pendidikan, daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kepada peringkat pengajian tinggi. Asas penggubalan kurikulum ialah klasifikasi ilmu-ilmu menurut kerangka Islam, iaitu pertama ilmu-ilmu teras yang termasuk dalam kategori “ilmu yang ditanzilkan” dan kedua ilmu-ilmu yang termasuk dalam kategori “ilmu yang dicari”. Pemaduan antara kedua-dua kategori ilmu itu, yang juga mengisi konsep ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah dapat memenuhi konsep pendidikan menurut kerangka dan konsep pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal dan direalisasikan dalam Kurikulum Bersepadu pada peringkat sekolah di Malaysia,

bermula pada tahun 1987 hendaklah diberi perhatian semula. Dualisme, terutama yang memisahkan pendidikan agama daripada pendidikan umum perlu dirungkai. Di institusi pengajian tinggi, Ilmu Wahyu (The Revealed Knowledge) atau yang berkaitan dengan ketuhanan perlu dijadikan komponen teras dan diwajibkan kepada pelajar, supaya Ilmu Yang Dicari (The Acquired Knowledge) tetap selaras dengan lunas-lunas yang berkaitan dengan ilmu teras itu. Hal ini penting untuk menyepadukan kedua-dua kategori ilmu itu. Dalam hal ini, kurikulum Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dapat dijadikan sebagai asas rujukan.

4.3

Masyarakat

Perbezaan dalam pemikiran atau idealogi telah mengakibatkan pemecahan atau dikotomi dalam kalangan ilmuwan agamawan Melayu kepada dua golongan utama iaitu golongan konservatif dan progresif.

Kategori Agaman Melayu yang progresif

dipengaruhi oleh tokoh reformasi Islam terutamanya Sheikh Jamaluddin al- Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Pemikiran mereka yang optimis tik mempengaruhi pemikiran orang Melayu serta menjadikan daya pemikiran mereka lebih kritis dan kreatif. Tokoh pembaharuan Islam yang banyak berkecimpung dalam bidang pendidikan, Muhammad Abduh, menyatakan sistem pendidikan Dualisme antara sistem pendidikan yang hanya memberikan pelajaran pengetahuan Agama yang hanya melahirkan golongan ulama yang tidak mempunyai ilmu moden manakala sekolahsekolah moden pula mengeluarkan ahli-ahli dalam pelbagai bidang kemahiran dan keilmuan tetapi terhad pengetahuan mengenai Agama Islam. Golongan cendiakawan dan ilmuwan yang lahir dari dua sistem pendidikan yang penuh dengan diskriminasi ini juga akan menimbulkan persaingan antara satu sama lain. Persaingan yang wujud bukanlah dalam keadaan yang membina ...


Similar Free PDFs