Kertas Kerja Hedonisme PDF

Title Kertas Kerja Hedonisme
Course Foundation Chemistry I
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 15
File Size 279 KB
File Type PDF
Total Downloads 212
Total Views 600

Summary

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH KAMPUS KOTA KINABALU Faculty of Applied Sciences Diploma In Science FUNDAMENTAL OF ISLAM KERTAS KERJA CTU 1011A3 TAJUK : HEDONISME NAMA PENSYARAH : USTAZ DISEDIAKAN OLEH : 1. NUR EFFY AZRIN BINTI MURNIN (2018 2. FADHILAH BINTI TAHANG (2018 3. NUR AQILAH BINTI...


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH KAMPUS KOTA KINABALU Faculty of Applied Sciences Diploma In Science FUNDAMENTAL OF ISLAM

KERTAS KERJA CTU 1011A3 TAJUK : HEDONISME

NAMA PENSYARAH : USTAZ

DISEDIAKAN OLEH :

1. NUR EFFY AZRIN BINTI MURNIN (2018 2. FADHILAH BINTI TAHANG

(2018

3. NUR AQILAH BINTI AWANG (2018858296) 4. NUR SYAZWANI (2018283906)

RAHMIE

BINTI

RAHMAN

PENDAHULUAN

Kertas kerja ini membincangkan berkenaan konsep budaya hedonisme yang mengetengahkan aspek - aspek berkaitan definisi budaya hedonisme dan prinsipnya. Justifikasi perbincangan topik ini kerana mutakhir ini budaya hedonisme merupakan salah satu daripada elemen yang menjadi pegangan dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda. Justeru, dalam kertas kerja ini juga turut membincangkan permasalahan dan implikasi fahaman ini.

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1.

KONSEP BUDAYA HEDONISME

1-2

2.

FAKTOR BERLAKUNYA HEDONISME

3

3.

IMPAK BUDAYA HEDONISME

4

4.

CARA MENGATASI BUDAYA HEDONISME

5-6

5.

KESIMPULAN

7

6.

RUJUKAN

8

KONSEP BUDAYA HEDONISME

Dari segi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Hedonisme boleh ditakrifkan sebagai pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Bagi seseorang yang melakukan atau mengamalkannya digelar sebagai hedonis. Hedonistik pula bersifat mementingkan keseronokan.

Sumber ini dipetik dari Kamus Dewan edisi keempat

Menurut Kamus Am pula bermaksud peradaban, fikiran, akal budi. Manakala berdasarkan Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan pula bererti kemajuan rohani, jasmani, sudah maju akal budi, kultur. Seterusnya, merujuk kepada Kamus Bahasa Melayu, budaya ialah fikiran manusia melalui latihan dan pengalaman dan Kamus Malaysiana mendefinisikan budaya sebagai cara berkelakuan seperti berfikir dan lainlain, kemajuan akal budi, kebudayaan. Hedonisme merupakan suatu pola pemikiran yang menyatakan bahawa memaksimukan keseronokan adalah perkara terbaik dan amat disukai dalam kehidupan manusia di alam ini. Istilah hedonisme ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu “hedone” dan “isme”. Perkataan pertama iaitu hedone merupakan istilah Greek yang bererti kesenangan atau keseronokan. Maksud perkataan kedua iaitu isme dijelaskan dalam Kamus Dewan sebagai akhiran asing kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan, sikap, serta perlakuan. Perkataan hedonisme ditakrifkan sebagai suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Oxford English Dictionary mendefinisikan hedonisme sebagai satu doktrin atau teori etika yang menyatakan bahawa keseronokan merupakan tahap kebaikan tertinggi atau matlamat akhir sesuatu tindakan.

Hedonisme juga diertikan sebagai kepuasan rasa dan kenikmatan yang menjadi ukuran tingkah laku sesuatu perbuatan yang baik. Hedonisme menilai kebaikan hanya berdasarkan kepada keseronokan semata-mata. Nilai moral dianggap mempunyai persamaan dengan nilai kebaikan yang diperoleh dalam budaya hedonisme ini. Penganut fahaman ini dikenali sebagai hedonis dan sifat golongan ini yang mementingkan keseronokan disebut sebagai hedonistik.

Para hedonis Greek atau Yunani telah mengklasifikasikan definisi hedonisme kepada dua pengertian. Pertama, hedonisme merupakan suatu tindakan bagi memperoleh keseronokan dan kebahagiaan. Kedua, hedonisme adalah satu falsafah keseronokan iaitu suatu dokrin falsafah yang menjelaskan bahawa sumber nilai moral adalah adalah keseronokan dan ia berada pada tahap kebaikan yang teratas. Definisi kedua ini selari dengan pandangan John David Garcia yang menyatakan bahawa dalam budaya hedonisme, keseronokan dan kegembiraan menerima kredit tertinggi. Beliau menjelaskan hedonisme ialah :

“ A sense of values which gives the highest value to pleasure and happiness. Hedonism represents the pursuit of happiness to the exclusion of awareness. A hedonists seeks to maximize the happiness above all else”.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA BUDAYA HEDONISME

Pengaruh media massa seperti pengaruh internat semakin menular dalam golongan remaja mahupun masyarakat.Hal ini demikian kerana,golongan remaja dan masyarakat mudah terdedah kepada banyak maklumat dan bukan semua maklumat adalah shahih dan berunsur positif.Apabila,golongan remaja ini terdedah dengan pengaruh internet yang kuat maka belia yang bernaluri yang tidak matang ini mudah meniru atau terikut-ikut hal yang di sekeliling mereka.Perkara ini menjurus golongan remaja ataupun belia ke arah pemikiran negatif.

Pengaruh artis secara amnya dari Barat mahupun Timur mempraktikkan gaya hidup yang hedonisme seperti minum arak,menagih dadah dan berjudi.Hal ini demikian kerana, tiada apa yang menghalang mereka melakukan perkara yang sedemikian dan golongan remaja ini yang bersifat darah muda dapat menjerumus golongan ini ke arah kemaksiatan dan keruntuhan akhlak.Tiada sudah lagi,budaya ketimuran yang diterapkan kepada golongan remaja sejak kecil seperti tundukkan badan apabila lalu

di hadapan orang yang lebih tua,memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan menyalami tangan ibu bapa sebelum gerak ke mana-mana.Secara khususnya,pengaruh artis ini sangat kuat kepada golongan remaja dalam sekelip mata sahaja budaya Islam yang diterapkan dlam diri remaja lesap begitu sahaja.

Perkara baharu akan mengundang dalam diri remaja perasaan ingin tahu membuakbuak.Remaja terdorong akan mencuba disebabkan tanpa panduan daripada ibu bapa.Selain itu, remaja yang kurang didikan agama boleh dikatakan nakhoda tanpa kapal.Hal ini demikian kerana,ibu bapa tidak melakukan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan sebaiknya dan akibat kesibukan kerja untuk mencari nafkah kepada anak-anak ,didikan agama kepada anak-anak diabaikan.Oleh itu,remaja mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme dan menginginkan kebebasan dalam hidup .

IMPLIKASI BUDAYA HEDONISME

Selain itu, peningkatan keruntuhan moral dan akhlak remaja turutmembimbangkan. Konsert-konsert hiburan walaupun memberi impak kepada keharmonian dan ekonomi negara, namun terlalu banyak mendatangkan kesan negatif. Kegelojohan remaja menyertai program realiti dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar dikhuatiri menjadi aliran baru generasi millennium.Bahkan, hampir setiap minggu remaja diajak berpesta, berdansa dan khayal denganhiburan. Secara sedar atau tidak, kegiatan ini memacu mereka ke arah keruntuhanmoral. Mahu atau tidak, kita bertanggungjawab kepada situasi bobrok ini.

Justeru, hedonisme bakal meruntuhkan tembok pertahanan dalaman degara.Remaja masa kini semakin hilang jati dirinya dek ditelan oleh nafsu buashedonisme. Semangat patriotik dan cinta akan negara semakin pudar dan luntur.Tembok pertahanan akan mula lemah dan mungkin akan roboh menyembah bumisuatu ketika nanti. Sedar atau tidak, hedonisme merupakan satu senjata sulit danagenda barat serta gerakan Zionisme dalam melemahkan dan meruntuhkan institusiIslam dan Iman dalam masyarakat kita. Kala ummah leka berhibur, bila-bila masasahaja pesawat pejuang Zionis boleh menjunamkan bom dan peluru untuk meranapkan negara Islam Hadhari yang penuh harmoni ini. Mana amalan IslamHadhari yang dicanang-canangkan oleh kerajaan jika rakyatnya begini. Apabilasosial kita lemah, kurang

jati

diri

dan

lembik

serba-serbi,

musuh

Islam

denganmudah

mengeksploitasikan dan memanipulasikan pemikiran pemuda-pemudiIslam kita.

Oleh yang demikian,tidak hairan lah apabila berita rompakan bank dan kedaiemas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras-ugut, pengedaran dadah dan lain-lainlagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yangdilakukan itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang adalahumpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta,hiburan dan sebagainya. Pendek kata, demi mendapatkan wang yang disifatkansebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yangsanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkanorang lain dengan pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadainyawa dan maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Sesuatu hal yangamat membimbangkan kita

ialah

jenayah-jenayah

ini

turut

membabitkan

golonganremaja.

Intihalnya,langkah-langkah drastik perlulah diambil bagi mengelakkankesan-kesan di atas lebih menjadi lebih kritikal seterusnya mendatangkan masalahkepada masyarakat setempat.

CARA ATAU LANGKAH MENGATASI BUDAYA HEDONISME

Dalam menangani masalah budaya hedonisme dalam kalangan muda, Islam telah menjadi satu penyelesaian terbaik dalam mencari jalan penyelesaian yang pasti mampu merubah pandangan dan perspektif anak anak muda terhadap budaya hedonism ini. Para ulama semestinya berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya. Syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan koncokonconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup didunia yang bersifat sementara ini. Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud; Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir? (Q.s. Al-An-am, ayat 32)

Walaubagaimanapun, antara cara-cara efektif yang dapat diambil melalui porspektif dan gaya hidup islam ialah :

Pertama sekali adalah penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat penting kerana didalam masyarakat Islam menongkah

arus globalisasi pada masa kini, jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah darirebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih kecil lagi. Jangan ditunggu sehingga mereka menjadi buluh baru hendak mantapkan mereka dengan ajaran Islam, maka ianya akan menjadi sia-sia. . Seterusnya, gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan. Para dai atau pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Belia muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian. Mereka juga melihat agama Islam itu sebagai bebanan dan hanya menyusahkan mereka. Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini. Itulah yang perlu mereka kaji . Ilmu Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ianya tidak kelihatan 'kolot' oleh anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka berfesyen, mereka boleh teruskan asalkan menutup aurat dan fahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan. Terangkan juga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki dan perempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya. Contohnya tidak boleh berdua-duan dengan yang bukan muhrim mahupun bersentuh-sentuhan.

Dari situ mereka akan faham bahawa agama Islam tidak melarang sama sekali apa yang mereka gemar lakukan, namun terdapat peraturan-peraturan yang mesti dikuti. Ini adalah kerana agama Islam itu sendiri adalah agama fitrah. Fitrah manusia sukakan keindahan dan kecantikan , kehidupan yang selesa di dunia, harta kekayaan, kenderaan mewah, perhiasan dan berpasang-pasangan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hedonisme menggariskan keseronokan sebagai asas utama kehidupan. Konsep kebaikan dan kebahagiaan yang dibawa oleh hedonisme hanya berasaskan kepada keseronokan duniawi serta penumpuannya kepada kebendaan semata - mata. Fahaman yang mula - mula diperkenalkan di Yunani ini seterusnya telah berkembang ke Eropah dan akhirnya tersebar ke seluruh dunia mengikut falsafah sekular Barat. Fahaman ini telah berubah menjadi satu budaya dan cara hidup masyarakat di era ini. Konsep keseronokan, kenikmatan dan kelazatan berjaya mempengaruhi masyarakat dalam pelbagai adegan perbuatan yang merosakkan masyarakat.

RUJUKAN

1. Abdul Monir Yaacob & Norhanizah Ismail (Eds) (2005), Islam Hadari : Himpunan Isu Kontemporari.

2. Arbak Othman (1994), Kamus Bahasa Melayu.

3. Holmes, Robert L.(2003), Basic Moral Philosophy.

4. (2001), Kamus Am : Cresent News (KL) Sdn. Bhd.

5. (2010), Kamus Dewan, Kuala Lumpur, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. (1994), Kamus Malaysiana, Kuala Lumpur : Ensimal (M) Sdn. Bhd.

7. Mardzelah Makhsin (2007), Sains Pemikiran dan Etika....


Similar Free PDFs