Kertas Kerja IPK 502 (Insurans Konvensional vs Takaful) PDF

Title Kertas Kerja IPK 502 (Insurans Konvensional vs Takaful)
Course Islamic Business
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 9
File Size 152.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 386
Total Views 516

Summary

ISLAMIK & KONVENSIONALKonsep Islamik Takaful & Insurans Konvensionala) ISLAMIK TAKAFULKonsep Takaful merupakan sekelompok golongan orang yang saling bantu membantu, menjamin antara status ama lain, dan bekerjasama, dengan cara masing masing mengeluarkan dana “tabarru”_._ Takaful berakar dari...


Description

ISLAMIK & KONVENSIONAL Konsep Islamik Takaful & Insurans Konvensional a) ISLAMIK TAKAFUL Konsep Takaful merupakan sekelompok golongan orang yang saling bantu membantu, menjamin antara status ama lain, dan bekerjasama, dengan cara masing masing mengeluarkan dana “tabarru”. Takaful berakar dari kata asal “kafala” yang berarti jaminan, jagaan, atau meliharaan, dan takaful juga berasal dari verba yang berarti sama-sama menjamin, sama-sama menjaga dan sama-sama memlihara. “Tabarru” membawa maksud sumbangan atau derma dengan ikhlas hati tunjuan untuk saling membantu, membahagikan kerugian dan untuk mengagihkan liabiliti dari konsep tabungan masyarakat. Menururt Eja Armaz Hardi (2015), dana “tabarru” digunakan untuk membantu peserta asuransi lain jika mereka menghadapi bencana atau perkara-perkara yang telah disepakati oleh semua ahli peserta. Dana tabarru tersebut tergolong dalam dana shodakoh peserta, dan peserta tidak dapat menariknya semula, kecuali beberapa dana yang termasuk dalam dana investasi bersama bidang produksi menurut hukum Islam.

b) INSURANS KONVENSIONAL Insurans konvensional adalah satu perjanjian antara dua pihak atau lebih, yang meibatkan orang yang dijamin dan syarikat insurans dimana pihak penanggung (syarikat isnurans) mengikat diri kepada tertanggung (orang dijamin) dengan menerima bayaran ansuransi, untuk memberikan penggantian kepada tertanggung atas tuntutan yang diajukan. Dalam erti kata lain, syarikat insurans menjual insurans kepada pelanggan, iaitu memberikan pelanggan sejumlah cagaran penjagaan pada kadar premium tertentu dalam tempoh masa tertentu (Asyraf Wajdi Dusuki dan Mohammad Mahbubi Ali, 2018). Semua premium yang dibayarkan oleh perusahaan asuransi adalah milik mutlak perusahaan asuransi, tetapi jika terjadi bencana seperti yang ditentukan dalam kontrak, perusahaan asuransi bertanggung jawab untuk menjamin atau membayar sejumlah kompensasi yang disepakati dalam kontrak. Selain itu, asuransi konvensional diperbolehkan untuk melakukan pelaburan dana pemegang saham di sektor apa pun, tidak kira sama ada dalam bahagian haram ataupun halal. Selain itu, banyak fikiran ekonomi Islam

mengatakan kontrak asuransi konvensional mengandungi banyak perkara-perkara yang melangar hukum syarak dalam Islam, antaranya adalah adanya unusr gharar, maisir, dan riba.

Perbezaan Islamik Takaful & Insurans Konvensional

Secara umum, tujuan industri asuransi syariah sebenarnya mirip dengan industri asuransi takaful. Keduanya merupakan sarana menolong kelompok yang kurang beruntung kerana terkena bencana. Jelas, kedua-dua, insurans ini adalah salah satu cara terbaru untuk menerima ganjaraan balik kepada sesiapa yang memohon instrument ini dengan memindahkan sesuatu bencana umum kepada perlindugan dari segi kewangan dan lain lain pertologan. Berikut adalah perbezaan antara islamik takaful dan insurans konvensional dari segi beberapa perkara.

a) SUMBER Islamik Takaful adalah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Dimana dari segi konsep, hukum-hakam, akad, operasi insurans dan lain lain perkara adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Manakala Insurans Konvensional pula adalah berlandaskan perundangan dan Kawal Selia. Kawal selia adalah salah satu suruhanjaya sekuriti yang memantau dan menyelia Bursa Malaysia. Sebelum ini, pihak kerajaan telah cuba memajukan sektor insurans orang tempatan akan tetapi tidak berhasil dan menyebabkan banyak perusahaan insurans tempatan yang ditutup kerana tidak berkembang maju. Hal ini karena mereka tidak mempraktikkan kepolisian yang tidak munasabah. Jadi, inisiatif untuk memelihara industri asuransi dalam Malaysia, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Akta Insurans yang berfungis sebagai penyelia industri-industri insurans yang ada di Malaysia (Hamiddin and Naeem, 2019).

b) AKAD

Dari segi akad, Islamik Takaful mempunyai akad Wakalah dan Mudharabah. Maksud perkataan wakalah adalah perwakilan yang diambil daripada kalimah bahasa Arab iaitu Al-Wakalah. Akad Wakalah juga dekenali sebagai Kontrak Wakalah, adalah kontrak perwakilan atau agensi yang dikontrakan oleh satu pihak untuk melakukan tugas tertentu. Dalam operasi takaful, perwakilan (Muwakil) adalah dari pihak dari peserta. Di sisi lain, ejen (perwakilan) adalah pengendali atau syarikat takaful. Manakala, Mudharabah ialah perjanjian perkongsian dimana sebelah pihak memberikan sumber modal dan sebelah pihak yang lain akan menawarkan kemahiran atau kewangan. Dalam oparasi ini, peserta disini dikenali sebagai pemberi modal manakala syarikat takaful ialah pengurus dana. Insurans Konvensional pula mengunakan akad Jual Beli atau Kontrak. Pembelian Insurans Konvensional adalah kesepakatan antara penanggung dan pemegang polisi. Ini berarti bahwa pemilik insurans akan membeli skim asuransi yang ditawarkan oleh pihak syarikat asuransi dengan nilai caruman yang telah ditetapkan bayarannya dalam sesuatu skim ansuransi tersebut (Faisal and Azman, 2018). Keadaan ini ternyata bertentangan dengan akad insuransi yang diguna-pakai dalam Takaful, dimana Wakalah dan Mudarabah digunakan sebagai akad.

c) OPERASI Sistem operasi Takaful mempunyai ciri dimana tiada unsur riba, gharar dan maisir. Manakala Insurans Konvensional pula mempunyai unsur riba, gharar dan maisir. Riba, merupakan perkataan dari arab yang bermaksud faedah. Riba juga dikenali sebagai bunga atau bayaran lebih. Menurut Asyraf dan Mohammad (2018), unsur riba wujud dalam insurans konvensional dalam keadaan dimana, kebiasaan skim insurans konvensioanal berlaku peralihan duit modal dengan kadar yang tidak sama. Hal ini bermaksud, pertukaran antara syarikat asuransi dan pelanggan akan terjadi dengan situasi dimana bayaran ganti rugi atau ganjaran tidak sama dengan bayaran caruman yang dikenaka. Selain itu, jangka waktu peralihan antara duit yang dibayar sebagai caruman secara bulanan atau sekaligus ketika mendatangani sesuatu kontrak insurans dengan duit pampasan yang patutnya deterima ketika berlaku apa apa musibah tidak terjadi secara

terus. Seterusnya, elemen riba juga wujud dalam bentuk pelaburan dan urusniaga yang dilakukan oleh insurans konvensional yang melibatkan riba seperti pelaburan dalam perkara-perkara perbankan konvensional, sekuriti hutang korporat,urusniaga forex dan sebagainya. Gharar pula, diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud ketidak tentuan. Ghahar juga dekenal pasti sebagai ketidak pastian dalam jual beli. Gharar berlaku dalam asuransi konvensional dalam bentuk dimana peserta insurans tidak akan tahu bila mereka akan ditimpa bencana atau musibah pada masa akan dating dan perkara seperti ini hanya diketahui pada Allah SWT (Eja Armaz Hardi, 2015). Perkara inilah yang dijual oleh syarikat asuransi konvensional kepada pelanggan tertanggung dimana perkara yang tidak tahu akan terjadi dijual belikan. Maisir disini membawa kata erti judi. Dari sudut kalimah bahasa Arab, maisir membawa maksud perjudian. Menurut Eja Armaz Hardi (2015), maisir dalam insurans konvensional berlaku dalam beberapa situasi. Pertama, ketika pelangan insurans itu terkena musibah secara mendadak selepas melanggan sesuatu insurans sehingga memperoleh hasil klaim sedangkan baru sediki sahaja membayar caruman insurans. Kedua, ketika seorang pelangan itu sudah membayar caruman secara penuh, tetapi tidak terjadi sesuatu hingga akhir perjanjian. Ketiga, apabila seorang pemegang insurans itu mengakhiri kontrak sebelum jangka waktu penarikan, dimana peserta itu tidak akan menerima balik jumlah duit yang dibayar dan duit dianggap hangus.

d) PELABURAN Untuk takaful, pelaburan yang dilakukan patuh kepada syariah. Manakala pelaburan insurans konvensional tidak berlandaskan syariah. Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab untuk memberikan nasihat dan bimbingan pada semua kegiatan termasuk pelaburan. Syarikat insurans konvensional juga mempunyai badan penasihat, namun fungsinya hanya memberi nasihat dalam perkara tertentu sahaja dan masih melakukan operasi berlandaskan riba, maisir dan gharar. Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan dalam takaful, fungsinya bukannya sebagai penasihat dalam perniagaan

sahaja malah ditubuhkan agar menjadi satu badan yang bertanggungjawab untuk melakukan kajian tentang insurans dimana setiap operasi dan skim insurans berjalan dengan mematuhi syariah, hukum-hakam dan halal-haram dalam jual beli. (Faisal and Azman, 2018).

e) RISIKO Dalam takaful, risiko yang ditanggung adalah berasaskan konsep perkongsian risiko juga dikenali sebagai “SHARING OF RISK”. Konsep ini ialah proses diama peserta akan bersama-sama berkongsi risiko dengan peserta lain yang dibawah skim insurans yang sama. Sistem operasi takaful adalah berlandaskan prinsip kebersamaan, dimana setiap peserta membuat derma kepada dana takaful. Duit dari dana ini akan digunakan untuk menolong antara satu sama lain ketika sesama peserta apabila musibah berlaku. Manakala insurans konvensional pula, risiko yang ditanggung adalah berasaskan konsep pemindahan risiko juga dikenali sebagai “TRANSFER OF RISK”. Konsep ini ialah proses dimana pengusaha akan memindahkan risiko kepada peserta atau sebaliknya. Risiko asuransi konvensional dibahagi menjadi tiga jenis: risiko murni, risiko spekulatif dan risiko pribadi. Dengan kata lain bahawa besaran bayaran yang harus dibayar oleh seorang pemegang asuransi di lihat dari besar kecilnya risiko yang di tanggung oleh perusahaan (Eja Armaz Hardi, 2015).

f) KEUNTUNGAN Dari segi keuntungan, takaful perkongsian antara pengendali dan peserta berasaskan Mudharabah. Menurut Eja Armaz Hardi (2015), jika berlaku apa apa keuntungan akan dibahagi berdasarkan perjanjian nisbah yand dibuat di awal awal perjanjian. Kerugian duit modal akan ditanggung sepenuhnya oleh sumber pemberi duit (rabb mal) dan kerugian usaha dan buruh akan ditanggung oleh pengurus dana (mudharib). Struktur mudharabah ini membenarkan orang yang mengendali takaful memperoleh keuntugan secara kongsi sahaja, dan tidak daripada dana risiko yang lebih. Lebihan duit risiko ini

dalam takaful mestilah dipulangkkan kepada kesemua peserta kerana duit lebihan itu bukan keuntungan tetapi adalah sebahagian duit modal. Insurans konvensional pula, keuntungan adalah hak milik syarikat sepenuhnya. Hal ini kerana skim insurans konvensional mempratikkan unsur gharar. Dalam unsur ini jika tidak ada tuntuan yang dilakukan oleh peserta, syarikat insurans akan mengambil kesemua keuntungan yang dimiliki oleh peserta. Ini jelas merugikan pihak peserta dimana, peserta tidak menerima apa apa keuntungan apa pun sedangkan akadnya adalah berasaskan jual beli. Situasi ini jelas menunjukan bahawa, insurans konvensional akan mengambil sepenuh keuntugan dan peserta tidak mendapat apa-apa pun.

g) CAJ YANG DIKENAKAN. Bagi takaful konvensional, caj yang dikenakan adalah milik peserta dan bukan milik syarikat. Hal ini kerana, syarikat takaful mengunakan konsep “tabarru” dimana dana yang digunakan bertujuan untuk saling membantu dan membahagikan kerugian. Manakala bagi insurans konvensional, caj yang dikenakan adalah milik syarikat sepenuhnya. Wang jual beli dalam kontrak insurans konvensional akan diambil oleh pihak syarikat dan tidak akan diperoleh semula oleh peserta. Wang yang diperoleh akan digunakan oleh pihak syarikat dengan sesuka hati kerana sudah menjadi milik syarikat itu sendiri.

PERKARA SUMBER

TAKAFUL AL-Quran dan Sunnah

KONVENSIONAL Perundangan dan Kawal

AKAD OPERASI

Wakalah, Mudharabah Tidak ada unsur riba,

Selia Jual Beli / Kontrak Terlibat unsur riba, gharar

gharar dan maisir

dan maisir

Berlandaskan Syariah

Tidak Berlandaskan

“SHARING OF RISK”.

Syariah TRANSFER OF RISK”.

PELABURAN RISIKO

Proses saling menanggung

Proses perpindahan risiko

risiko antara satu peserta

dari tertanggung kepada

dengan peserta lainnya.

penanggung dan

Perkongsian antara

sebaliknya. Hak milik syarikat

pengendali dan peserta

spenuhnya

berasaskan Mudharabah. Milik Perserta / Bukan

Milik syarikat sepenuhnya

KEUNTUNGAN

CAJ YANG DIKENAKAN

milik syarikan Jadual 1.0: Perbezaan antara Takaful dan Insurans Konvensional

Hukum Islamik Takaful & Insurans Konvensional a) TAKAFUL HUKUM: Wajib Sistem Takaful pada prinsipnya didasarkan pada konsep kerjasama, tanggung jawab, saling menjamin, dan saling mendukung antara satu sama lain. Dengan kata lain, itu adalah pemberian sumbangan bersama yang dikongsi antara satu dengan lain, bertujuan untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Di sini, masyarakat diwajibkan untuk memilih skema takaful berdasarkan kepatuhan terhadap ketentuan hukum Islam. Beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah dengan prinsip syarak yang perlu kita elak iaitu unsur riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidak jelasan). Manakala amalan takaful tidak mempunyai unsur-unsur ini dan mengunakan kobinasi akad Tabarru’ dan Wakalah sebagai jenis akad utama.

b) INSURANS KONVENSIONAL HUKUM: Haram & berubah mengikut keadaan. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 1516 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa

insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam. Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam. Hukum asal menggunakan produk Insurans Konvensional adalah haram kerana terdapat beberapa aspek-aspek yang bercanggah dengan prinsip syarak iaitu riba, gharar dan maisir. Tetapi, pengecualian diberi dalam keadaan dimana tiada Syarikat takaful yang menyediakan perlindugan Takaful kepada tuntutuan sesuatu sehingga adanya Syarikat Takaful yang menyediakan perlindugan terhadap tuntuan tersebut. Pengecualian ini diberikan dalam keadaan ini berdasarkan kepada kaedah fiqh: ‫الضرورة تبيح المحظورات‬ Maksudnya: Keperluan mengharuskan sesuatu yang dilarang. Namun, pengecualian ini adalah tertakluk sehingga ada syarikat takaful menyediakan perlindungan takaful kepada keadaan ini bedasarkan kaedah: ‫الضرورة تقدر بقدرها‬ Maksudnya: Keperluan adalah ditentukan oleh setakat mana pentingnya ia.

References Ali, A. W. (2018, April). RIBA DALAM INSURANS KONVENSIONAL: SEJAUHMANA KONSEP

TAKAFUL

BERPERANAN

MENANGANINYA?

ISLAM

AND

CIVILISATIONAL RENEWAL, 206-224. doi:: 10.12816/0049466 Dhiraj, I. I. (2019). A Conceptual Understanding and Significance of Takaful (Islamic Insurance): History, Concept, Models and Products. International Journal of Innovation Education

and

Research,

Vol:-7

No-4,

280-298.

doi:https://doi.org/10.31686/ijier.Vol7.Iss4.1408 Hardi, E. A. (2015, Desember). STUDI KOMPARATIF TAKAFUL DAN ASURANSI KONVENSIONAL. Jurnal Bisnis dan Manajemen Islam, Vol. 3, No. 2, 422-439. Noor, F. N. (2018). An Assessment of Customer’s Preferences on The Selection of Takaful Over Conventional: A Case of Saudi Arabia. TIFBR | Tazkia Islamic Finance and Business Review, Volume 12(1), 33-60....


Similar Free PDFs